Laman Webantu (M) KM2: 5508 File Size: 5.1 Kb |
|
TAG SP 294: NYT - Memerangi Keganasan Di Peringkat Global By Kofi A. Annan 29/9/2001 3:50 am Sat |
New York Times Memerangi Keganasan Di Peringkat Global
(Fighting Terrorism On A Global Front)
Oleh: Kofi A. Annan Pengganas yang menyerang Amerika Syarikat pada 11 September, telah menyerang
sebuah negara tetapi melukakan seluruh dunia. Memang jarang, kalaupun begini
caranya, dunia ini dapat bersatu seperti yang dicetuskan oleh tragedi hari
itu. Inilah satu kesatuan yang dilahirkan oleh kengerian, ketakutan,
kemarahan dan perasaan simpati dengan rakyat Amerika. Perasaan ini adalah
lambang kenyataan betapa Pusat Dagangan Dunia yang terletak di sebuah
bandaraya bertahap antarabangsa, adalah kediaman kepada manusia daripada
pelbagai keagamaannya daripada sekitar 60 negara. Inilah satu serangan
terhadap kemanusian, dan setiap unsur kemanusian itu mempunyai peranan untuk
mengalahkan segala kuasa yang mencetuskan tragedi itu.
Ketika Amerika Syarikat membuat pendirian apakah bentuk tindakan yang akan
diambilnya untuk mempertahankan rakyatnya, dan ketika seluruh dunia
menyedari hakikatnya kesan malapetaka yang direncana, semangat persefahaman
11 September akan diingati dan diuji. Saya telah menyatakannya kepada
Presiden Bush dan Datuk Bandar Rudolph Giulaini - dan juga kepada warga New
York(ers) ketika berkumpul di gereja, sinagog dan masjid - akan solidariti
yang menyeluruh warga PBB kepada rakyat Amerika Syarikat di saat mereka
berduka. Kurang daripada 48 jam, Majlis Keselamatan dan Persidangan Utama
PBB telah bersama saya mengutuk serangan yang berlaku dan mengundi untuk
menyokong tindakan yang akan diambil terhadap mereka dan negara yang
bertanggungjawab membantu penyerang itu. Semoga tidak ada sesiapa yang
meragukan semangat solidariti ini. Semoga tidak ada sesiapa yang mempersoalkan pendirian dunia untuk memerangi
keganasan selagi ia diperlukan. Satu jawapan yang amat ketara di tahap
global setakat ini terhadap serangan minggu lalu adalah persetujuan negara
lain daripada pelbagai agama dan wilayahnya untuk bertindak dengan tegas
memerangi keganasan. Masyarakat antarabangsa dikenali bukannya kerana identitinya, tetapi dengan
apa dan siapa yang menentangnya. PBB mesti mempunyai keberanian untuk
memperakukan betapa terdapatnya tujuan yang serupa, tentu juga ada musuh
yang serupa juga. Untuk mengalahkan mereka, semua negara perlu bersatu dalam
satu usaha yang menyeluruhi setiap aspek sistem global yang bebas dan
terbuka yang telah disalah-gunakan dan dicemari oleh penyerang bajingan yang
mencetuskan keganasan minggu lalu. PBB memang mempunyai kedudukan yang unik untuk memajukan usaha ini. Ia
memberikan forum yang diperlukan untuk membangunkan satu koalisi universal
dan dapat menentukan kesahihan sejagat untuk bertindak terhadap keganasan
untuk waktu yang panjang. Beberapa konvensyen PBB telah menyediakan satu
bingkai perundangan untuk memperkasakan peraturan yang perlu dipatuhi untuk
membasmikan keganasan - termasuk proses ektstradisi dan pendakwaan para
durjana dan pembasmian usaha membersihkan dana haram (money laundering).
Semua konvensyen ini boleh dilaksanakan dengan secara yang menyeluruh.
Yang penting ketika bertindak terhadap keganasan itu ialah agar ia tidak
menjejaskan semangat setiakawan 11 September. Ketika seluruh dunia mesti
memperakui adanya musuh yang sama terhadap semua bentuk masyarakat, ia juga
mesti turut memahami bahawa musuh ini tidak pernah dikenal dan ditakrifkan
melalui agama meraka ataupun asal usul bangsanya. Tidak ada manusia, dan
agama ataupun wilayah yang seharusnya menjadi sasaran disebabkan kelakuan
buruk orang perseorangan. Seperti yang disebut oleh Mayor Giuliani, 'Inilah
yang kita perangi di sini.' Untuk membenarkan pecah-belah antara dan di
kalangan masyarakat dan membiarkannya mereput oleh tindakan itu semua,
adalah bersamaan dengan meniru gelagat para pengganas itu juga.
Keganasan mengancam peri kemanusian. Ketika dunia mengambil tindakan
memeranginya, kita terpaka diingatkan oleh keperluan membetulkan keadaan
yang membolehkan pertumbuhan kebencian itu dan sikap pengecualiannya. Kita
mestilah mengganyang keganasan, ketaksuban dan kebencian dengan lebih
berkesan lagi. Adalah menjadi tugas PBB untuk meneruskan kerjanya dan
membetulkan segala kepincangan dan konflik, ketidak-fahaman, kemiskinan dan
penyakit. Melakukan semua itu akan membasmi sumber kebencian ataupun menahan sebarang
unsur keganasan. Memang ada mereka yang akan terus benci-membenci dan terus
bunuh-membunuh walaupun setiap ketidak-adilan itu dihapuskan. Namun, kalau
dunia ini dapat menunjukkan keupayaan untuk terus maju, sudah tentu ia akan
mampu mengekalkan satu bentuk keadilan yang lebih perkasa dan saksama, lebih
bersifat kemanusiaan dan lebih tulen di kalangan masyarakat dunia yang
meliputi setiap agama dan bangsa, sehingga keganasan dapat dipatahkan.
Tamat Terjemahan: SPAR-20
|