Laman Webantu (M) KM2: 5505 File Size: 21.7 Kb |
|
TJ SP 293: B16B - Perisik di Padang Pasir By GT 29/9/2001 2:31 am Sat |
Bab 16B: Perisik Di Padang Pasir
(Spies In The Sand) Enam minggu kemudiannya, pada 12 Januari, 1991, Shalom menjadi anggota satu
pasukan khas Mossad dan pegawai risikan Aman yang duduk di satu meja
persidangan di United States Joint Special Operations Command. Nama
singkatannya ialah JSOC (tetapi para anggota yang terbabit menyebutnya
sebagai 'jaysock' sahaja). Tempatnya terletak di Pope Air Force Base,
Georgia. JSOC merupakan pusat pemerintahan pasukan Green Beret dan SEALs,
dan telah lama mempunyai hubungan rapat dengan Mossad.
Sebaik sahaja Shalom pulang daripada Iraq dulu, Shavit telah memberitahu
General Earl Stiner, ketua operasi JSOC, betapa Saddam mampu bertindak lebih
dahsyat daripada yang dicakapkannya. Panglima yang terkenal kebijaksanaannya
itu mempunyai stail menggunakan bahasa yang memang disukai oleh pegawai
Israel. Tetapi apabila bermesyuarat secara rasmi, loghat Tennessee dalam
pertuturannya terpaksa dipengapnya kerana mahu membuat keputusan yang
bijaksana. Sebagai pegawai komando terulung di Amerika, dia sedar nilai
hasil perisikan, dan daripada pengalaman peribadinya ketika berada di Timur
Tengah dulu, dia memang yakin bahawa Mossad selalu memberikan perkhidmatan
yang terulung. Sejak Saddam menakluki Kuwait, Stiner kerap berhubung rapat dengan pegawai
Israel yang dikenalinya. Sejarah hubungan mereka menyorot jauh sejak 1983
dulu, ketika dia baru dilantik menjadi Brigedier Jeneral, dia telah dihantar
bertugas secara berahsia di Beirut oleh Pentagon untuk melaporkan dirinya
kepada Ketua Turus Angkatan Tenera di sana dan memberitahu beliau setakat
mana Amerika akan membabitkan dirinya dalam Perang Lebanon itu.
Selepas itu beliau bekerjasama dengan Mossad dalam episod rampasan kapal
pelancongan 'Archille Lauro'. Ketika itu beliau telah memimpin satu pasukan
komando 'Delta Force' di satu pangkalan udara Itali di Sicily, di mana para
penculik telah berhenti sebentar dengan pesawat udara mereka setelah
membebaskan diri daripada Mesir. Pasukan Itali telah mencegah Stiner
daripada menangkap para perampas itu, dan ini telah mencetuskan peristiwa
tembak-menembak. Kerana terdesak Stiner telah mengejar pesawat perompak itu
dengan pesawat udara milik kerajaan, dan terpaksa membantutkan kerjanya itu
ketika kedua-dua pesawat itu memasuki ruang udara Rome dan seteleh pengawal
lalulintas udara mengugut untuk menembak jatuh pesawat yang membawa pasukan
Delta Force kerana tuduhan mencabul ruang udara. Pada 1989, Stiner telah
memainkan peranan sebagai komander pangkalan ketika mereka menyerang Panama,
dan beliau bertanggungjawab dalam operasi menyauk Manuel Noriega.
Hanya Pengerusi Bersama Ketua Tentera Panglima Colin Powell dan Panglima
Norman Schwarzkopf, yang memerintah pasukan bersekutu, yang faham akan
perhubungan Stiner dengan Mossad. Ketika Schwarkopf sibuk mengatur benteng
pertahanan di sepanjang sempadan Saudi, sebagai kubu mempertahankan serangan
pasukan Iraq, para pegawai risikan Stiner telah berjaya bekerja rapat dengan
Mossad untuk menubuhkan satu gerakan penentang dalam Iraq dengan niat
menumbangkan Saddam. Ketika Major General Wayne Downing, ketua utama JSOC mulakan mesyuarat di
bilik persidangan itu, semua yang hadir sudah sedar betapa masa terus
berjalan selepas Amerika Syarikat menetapkan tarikh 15 Januari, 1991,
bertepatan dengan hari Selasa sebagai hari penentuan yang ditetapkan oleh
PBB. Itulah tarikhnya seluruh dunia dikehendakki berdialog dengan pihak yang
sudah tuli di Baghdad. Saddam sudah mengulangi apa yang disebutnya sebagai
'Ibu kepada semua peperangan' itu. Dawning mulakan mesyuarat dengan memberi ingatan kepada yang hadir betapa
Washington tidak mahu Israel terbabit dalam perang itu. Sebagai balasan
Amerika menjanjikan bantuan politik untuk jangka panjang dan juga faedah
ekonomi yang menyenangkan. Israel memberikan tindakan balas yang pantas dengan membentangkan satu set
gambar yang telah dibesarkan yang diambil oleh Shalom dulu ketika Iraq
melancarkan roket Scud nya. Inilah yang mencetuskan banyak soalan: Apa
jadinya kalau Saddam memasang peledak nuklear pada peluru berpandu itu?
Mossad sudah berpuashati bahawa Iraq mempunyai keupayaan membuat alat itu.
Ia juga mempunyai keupayaan memasang peledak kimia dan senjata biologi pada
kepala Scud itu. Apakah Israel mesti menunggu peristiwa yang akan terjadi
selepas itu? Apakah rencana pihak bersekutu untuk menyekat pelancaran Scud
tersebut? Apakah pihak Amerika mengetahui berapakah jumlah Scud yang
dimilikki oleh Saddam? Salah seorang pegawai perisik Downing menyatakan bahawa mengikut taksiran
terbaik mereka, Saddam mempunyai sekitar lima puluh Scud sahaja.
'Kami menganggarkan Saddam mempunyai lima kali ganda daripada itu dan
mungkin juga lima ratus Scud semuanya,' jawab Shabtai Shavit.
Yang hadir terdiam membisu di bilik itu sehinggalah Downing menyoal apakah
Shavit mampu menunjukkan tempat Scud disimpan? Shavit hanya mampu memberikan
satu kawasan yang samar di kawasan padang pasir di bahagian barat Iraq dan
juga di bahagian timur negara itu. Pihak Amerika bersetuju dengan Downing
betapa 'memang banyak tempat menyorokkan Scud itu di kawasan padang pasir.'
'Itulah, lagi cepat anda mulakannya, lagi baik,' kata Shavit tanpa cuba
menyorokkan perasaan kehampaannya. Downing membuat janji untuk menyegerakan perkara itu, dan majlis itu
ditamatkan dengan satu ingatan yang diulang lagi agar Israel tidak
melibatkan diri - namun semua hasil pemantauan perisik Mossad dan Aman
memang dialu-alukan oleh Amerika Syarikat. Pada waktu yang sama, mereka
boleh merasa yakin bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya akan menangani
masalah Scud itu. Pasukan Israel pulang ke negara mereka dengan perasaan
yang amat kecewa. Pada 17 Januari, 1991, sejurus selepas jam 3.00 pagi, - beberapa jam sahaja
selepas Operasi Desert Storm dilancarkan - tujuh peluru berpandu Scud telah
mengena Tel Aviv dan Haifa, memusnahkan 1,587 bangunan dan mencederakan
empat puluh tujuh orang awam. Pada siang hari itu, Perdana menteri Yitzak Shamir telah menggunakan telefon
(hotline) ke Washington menanyakan berapa ramaikah lagi rakyat Israel yang
harus mati sebelum Presiden Bush mahu bertindak. Perbualan yang singkat itu
berakhir dengan Bush merayu agar Shamir bersabar, sementara Shamir pula
memberi amaran bahawa Israel tidak akan duduk bersila melihatkan segala
bencana. Shamir telah mengarahkan jet pejuang Israel mengawasi bahagian utara angkasa
Iraq. Ini membuatkan Bush menjanjikan tindakan seandainya jet pejuang Israel
itu dipanggil pulang. Lagipun dia mahu mengirimkan dengan segera dua meriam
penangkis peluru berpandu jenis 'Patriot' untuk membolehkan Shamir
'mempertahankan bandaraya anda,' sementara pasukan bersekutu 'akan
menghancurkan saki-baki Scud dalam beberapa hari lagi.'
Peluru berpandu (missail) terus menghujani Israel. Pada 22 Januari, satu
massail itu gugur di pinggir Tel Aviv di Ramat Gan. Sembilan puluh enam
orang awam telah tercedera, ada yang teruk juga, dan tiga orang mati kerana
diserang penyakit jantung. Bunyi ledakan missail itu telah didengar sehingga
ibupejabat Mossad. Di Kirya, Amnon Shahak telah membuat panggilan kepada
National Military Command Centre di tingkat dua Pentagon. Panggilannya itu
lebih singkat lagi berbanding panggilan yang dibuat oleh Shamir kepada
Presiden Bush: Bertindaklah sesuatu kalau tidak mahu Israel bertindak pula.
Beberapa jam kemudiannya, Downing dan pasukan komandonya telah bertolak ke
Arab Saudi. Ketika tiba di kampung Ar Ar di sempadan Iraq ada seorang insan
yang lengkap berpakaian askar British, sedia menunggu mereka. Namanya ialah
Shalom. Dia tidak menjelaskan bagaimana dia dapat pakaian askar British itu,
kerana tidak ada sesiapa yang mahu tahu. Dia membawa bersamanya berita yang
amat mengejutkan. Dia telah memperakukan terdapat empat pangkalan pelancaran
roket Scud kira tiga puluh minit penerbangan, jauhnya dari situ.
'Baiklah!' kata Downing. 'Mari kita lanyak mereka.'
Pesawat helikopter jenis Chinooks telah mengangkut pasukan itu memasuki
kawasan padang pasir Iraq, lengkap dengan sebuah 'Land Rover' yang siap
diubahsuai untuk membolehkannya beroperasi di kawasan berpasir yang
kebanyakannnya berbentuk permukaan bulan. Dalam satu jam mereka telah dapat
mengecam kedudukan pelancar Scud. Dengan menggunakan hubungan radio yang
berahsia, ketua komando itu telah memberi isyarat kepada jet pejuang AS yang
dilengkapi peluru berangkai dan bom jenis 'thousand-pound'. Sebuah
hekikopter jenis Black Hawk telah membuat penggambaran video akan serangan
pemusnahan itu. Beberapa jam kemudiannya satu pita penggambaran telah diserahkan kepada
Shamir untuk tontonannya di pejabat sendiri di Tel Aviv.
Dalam satu panggilan telefon daripada Bush, perdana menteri itu mengaku
telah melihat semuanya untuk meyakinkan Israel agar tidak turut terlibat.
Tidak seorangpun yang menyebut peranan Mossad dalam pemusnahan Scud itu.
Pada hari berikutnya dalam Perang Teluk itu, pelancaran Scud telah membunuh
dan mencederakan hampir 500 orang - termasuk 128 askar Amerika yang mati
ataupun tercedera daripada sebuah Scud yang gugur di Arab Saudi; lebih 4,000
orang Israel yang kehilangan rumah kediaman mereka.
Bencana Perang Teluk itu telah menyebabkan Mossad dan Aman dikutuk dengan
hebatnya oleh beberapa sidang rahsia. Knesset telah membabitkan 'Foreign
Affairs and Defense Oversight Intelligence Subcommittee' (Jawatankuasa Kecil
mengenai Halehwal Luar dan Risikan Kecuaian Pertahanan). Kedua perkhidmatan
ini telah dikutuk kerana gagal meramalkan penaklukan Kuwait ataupun
memberikan amaran yang berpadan mengenai ancaman Iraq. Beberapa rahsia yang
sengaja dibocorkan oleh segelintir anggota jawatankuasa itu telah melaporkan
kisah pergaduhan antara Smnon Shahak, ketua perisik Aman dengan Shabtai
Shavit dan ahli jawatankuasa yang lain. Pernah berlaku pada satu ketika,
apabila ketua Mossad itu mahu meletakkan jawatannya. Namun, Shabtai Shavit
telah dipujuk untuk meneruskan khidmatnya.
Jabatan Perangsaraf Mossad (Mossad's Department of Psychological Warfare)
ataupun yang lebih dikenali sebagai 'LAP', selalunya digunakan untuk
menyebarkan maklumat songsang dan mengaibkan watak musuh Israel di kalangan
wartawan asing, sambil menumpukan kepintarannya pada media tempatan (mungkin
mereka pernah menggunakan khidmat Zam Mamak daripada Utusan Malaysia untuk
melatih mereka?). Wartawan pilihan dipanggil dan diberitahu betapa soal
kurangnya bahan risikan tidak menjadi pokok utama, yang pentingnya
masyarakat Israel telah terlalu manja dengan berita yang mereka suka di
kawasan sendiri. Berita yang benar selalu disogokkan oleh LAP; berbeza dengan negara lain
yang sama saiz negara dan jumlah penduduknya yang menggunakan begitu banyak
bahan risikan seperti yang diamalkan oleh Israel. Memang tidak ada pasukan
risikan negara lain yang dapat menandingi kepintaran Mossad dalam memahami
ragam dan niat musuhnya, ataupun yang dapat menandingi rekod pencapaiannya
menggagalkan rencana musuh yang cuba menjahanamkan Israel sejak lima puluh
tahun lamanya. Semua maklumat itu adalah berita sensasi yang diterbitkan
oleh media yang merasa berterima kasih dan berhutang budi untuk
menjadikannya maklumat dan bahan 'cerita dalam' untuk terbitannya.
Beberapa siri artikel dierbitkan dengan ingatan kepada pembaca bahawa di
sebalik pemotongan belanja pertahanan yang diperkenalkan sejurus sebelum
meledaknya Perang Teluk, Mossad telah berjaya menguruskan benteng
pertahanannya di Lebanon, Jordan, Syria dan Iraq. Rakyat telah berjaya
memahami apa yang tersirat: Mossad telah dikekang kerana pemimpin politik
telah menyalahgunakan peruntukan belanjawan pertahanan. Ini merupakan satu
tema yang biasa yang menjaminkan kejayaannya. Rakyat yang menjadi ketakutan
disebabkan serangan Scud itu telah menyalahkan kaedah memotong peruntukan
pertahanan itu dan mengalihkan pandangan mereka daripada Mossad untuk
menuduh pemimpin politik pula. Tiba-tiba peruntukan wang disediakan semula.
Israel yang selama ini bergantung kepada maklumat satelit AS, telah
melancarkan satelit risikannya sendiri. Keutamaan mereka ialah melancarkan
satu satelit tentera untuk memantau secara khususnya perjalanan Iraq. Satu
jenis senjata anti-missail yang bernama 'Hertz' telah dimulakan secara
pengeluaran pukal. Beberapa pelancar Patriot telah dipesan daripada Amerika
Syarikat. Jawatankuasa kecil perisikan telah menjadi lumpuh apabila berlakunya
serangan terbuka berbentuk pro-Mossad yang dibuat oleh orang awam. Inilah
yang memperkasakan kedudukan Mossad. Shavit muncul sebagai jagoan. Perisik
katsa di Iraq yang bergerak bersendirian telah diarahkan untuk mendapatkan
maklumat mengenai simpanan senjata kimia Saddam, dan senjata biologinya yang
telah berjaya menangkis serangan bertubi pengeboman pihak AS.
Rupa-rupanya Iraq masih memiliki simpanan (gas) 'anthrax', kuman cacar
(smallpox), virus Ebola, dan kimia urat saraf yang mampu membunuh setiap
penduduk Israel malahan juga sebahagian penghuni dunia ini.
Persoalan yang menghantui Shabtai, dan beberapa ketua masyarakat perisikan
Israel serta para pmimpin politik Israel ialah apakah maklumat ini boleh
diberitahu kepada rakyat Israel. Ini akan mencetuskan ketakutan di kalangan
rakyat Israel, dan mungkin memprovok beberapa kesan sampingan yang tidak
diingini. Industri pelancongan negara itu telah dimusnahkan oleh Perang
Teluk. Ekonomi Israel sudah sampai ke dasar lantainya dan pelaburan baru
sudah lama berhenti. Mendedahkan bahawa Israel masih dihantui serangan ganas
senjata berbahaya tidak akan mampu menarik kembali pelancong luar ataupun
menarik kemasukan wang ke dalam negara.
Lagipun, perpecahan di kalangan persyarikatan kuasa tentera Perang Teluk
itu, yang telah dianggotai oleh beberapa negara Arab yang bersikap dingin
kerana dimestikan berperang dengan saudara Arabnya, telah mencetuskan satu
semangat kasihan terhadap nasib Iraq yang sedang tertekan. Bukti kemusnahan
yang menimpa Iraq oleh serangan bertubi-tubi pasukan bersekutu hingga
menyebabkan mala petaka yang amat mengaibkan telah melahirkan semangat yang
membuak di kawasan lain di Timur Tengah dan memperbaharui kebencian
masyarakat Arab terhadap Israel. Lagipun, seandainya Tel Aviv menyiarkan
segala butiran simpanan Iraq yang tidak terjejas itu ia akan dilihat oleh
negara Arab yang pro-barat sebagai satu usaha Israel untuk mendesak AS dan
Britain melancarkan semula serangan terhadap Iraq.
Perbalahan dalam mendedahkan maklumat simpanan senjata perang Saddam telah
dipengaruhi oleh satu perbincangan rahsia yang sengaja dirancang begitu rupa
untuk menamatkan keganasan yang menghantui puak PLO dan Israel. Setakat
1992, perdebatan ini telah berpindah ke Norway, dan telah berjalan dengan
licin, walaupun ia memakan masa satu tahun lagi sebelum sebarang persetujuan
dapat dicapai dan disahkan secara terbuka pada Oktober 1993. Pada waktu itu,
Yasser Arafat dan perdana menteri Yitzhak Rabin telah berjabat tangan di
Rumah Putih, sambil disaksikan oleh Presiden Clinton yang pemurah dengan
senyumannya. Setiap orang yang berada di situ memang jelas wujudnya perasaan
kejayaan diplomasi di hati mereka. Akan tetapi, bukannnya semua warga Mossad yang bersetuju dengan formula
'land for peace' (tanah untuk kedamaian) - yakni tanah untuk orang Palestin
yang ditukarkan sebagai pengganti permusuhan - boleh mencapai kejayaannya.
Fundamentalisme Islam sudah membangun, di negara jiran Israel seperti
Jordan, Mesir, dan Syria, yang telah ditaja oleh pengaruh pelampau puak
Iran. Golongan mullah Teheran, masih menganggp Israel sebagai sebuah
pentadbiran pariah. Di kalangan Mossad, dan juga pada kebanyakan rakyat
Israel, kemungkinan wujudnya satu kedamaian yang berpanjangan dengan PLO
adalah satu impian semata. Zionis Israel memang tidak berminat berbaik-baik
dengan Arab; apa juga yang bersangkutan agama dan budaya mereka dianggap
oleh puak Zionis sebagai lebih rendah daripada kepercayaan dan sejarah;
mereka tidak dapat menerima perjanjian Oslo itu sebagai menjamin masa depan
mereka untuk mendapatkan Tanah Harapan di mana kedua bangsa itu dapat hidup
aman secara berjiran, kalaupun tidak riang ria, setidaknya dapat menghormati
sesama mereka. Semua ini dipertimbangkan oleh Shabtai Shavit ketika dihantui persoalan
apakah mesti diterbitkan maklumat simpanan kelengkapan perang Iraq. Akhirnya
dia bertindak untuk memerap sahaja maklumat rahsia itu untuk tidak
menjejaskan gelombang optimisma di luar Israel ekoran perjanjian di
Washington. Lagipun, kalaulah berlaku sesuatu yang tidak diingini, maklumat
mengenai simpanan beracun Iraq itu masih boleh didedahkan kepada umum. Imej
perwatakan Saddam yang ganas, memberi prasangka kemungkinan ada agennya yang
akan meletakkan satu tabung anthrax di stesen keretapi bawah tanah di New
York, ataupun seorang pengganas menyumbat satu tabung berisi virus Ebola
dalam sistem penghawa dingin pesawat Boeing 747, supaya setiap penumpang
yang menjadi mangsa akan merupakan satu bom jangka yang menyibarkan virus
itu kepada ribuan manusia lain sebelum kebenaran dapat didedahkan. Semua
andaian ini adalah senario yang memang cocok kepada pakar Mossad yang
terlatih dalam bidang 'psycholgical warfare' untuk menggerakkan semangat
kebencian bila tiba masanya untuk menyerang Iraq.
Ada dua lagi peristiwa, di mana kebenarannya telah disorokkan oleh Mossad,
yang mungkin menyebabkan banyak bencana dan memalukan Amerika Syarikat.
Pada satu petang Disember 1998, Penerbangan 103 Pan American Airways
daripada London ke New York telah meletup di ruang angkasa Lockerbie di
Scotland. Dalam jangka beberapa jam, kakitangan di LAP telah sibuk menelefon
hubungan media mereka, mendesak mereka menerbitkan cerita bahawa 'terdapat
bukti yang sahih' bahawa Libya, melalui pasukan risikannya, Jamahirya, telah
bertanggungjawab. (Pengarang buku ini telah menerima panggilan telefon
daripada LAP beberapa jam selepas letupan pesawat itu mengatakan penglibatan
Libya). Tindakan sekatan ekonomi (sanctions) dikuatkuasakan serta merta oleh
Barat terhadap regim Ghadafi. Amerika Syarikat dan Britain telah
mengeluarkan dakwaan bertulis terhadap dua orang rakyat Libya, menuduh
mereka memusnahkan pesawat Pan Am itu. Ghadaffi menolak dakwaan itu dan
enggan menyerahkan dua pegawai Libya itu untuk diadili.
Kemudian LAP telah menuduh Syria dan Iran sebagai perancang bersekutu dalam
bencana Lockerbie. Dakwaan terhadap regim di Damsyik (Damascus) itu
sebenarnya bertujuan untuk mengaibkannya dengan tuduhan menyokong gerakan
keganasan. Tuduhan terhadap Iran dipalitkan juga dengan lebih khusus lagi.
Pemusnahan Pan Am 103 itu adalah sebagai satu tindak balas kerana tembakan
pada 3 Julai 1998, apabila USS Vincennes menembak jatuh sebuah pesawat
penumpang Iran di Teluk Parsi, membunuh semua 290 penumpangnya. Itu adalah
satu peristiwa yang disebabkan kesilapan pihak Amerika dan mereka telah
menuntut maaf. Kemudian, LAP telah menuduh PLO (Palestine Liberation Organisation) dengan
bersekongkol untuk menghancurkan pesawat itu di Lockerbie. Tidak ada
seorangpun wartawan yang giat menyebarkan berita songsang ini pernah
berhenti sejenak memikirkan kenapakah Libya yang dituduh sebagai perancang
utama kemusnahan ini memerlukan bantuan Syria ataupun Iran, apalagi satu
kumpulan Palestin. Mengikut satu sumber risikan British, 'LAP telah sibuk sakan, Lockerbie
telah dianggap sebagai satu peluang keemasan untuk mengingatkan dunia betapa
wujudnya satu jaringan keganasan yang salama itu pernah diunjukkan oleh LAP.
Peristiwa Lockerbie tidak memerlukan pablisiti semacam itu. Malahan usaha
membabitkan banyak pihak menjadikan isu itu kehilangan bisanya. Yang kami
tahu, hanya puak Libya yang terlibat'. Malahan masih banyak fakta yang
menunjukkan betapa Pan Am 103 bukanlah satu kes semudah yang dijangkakan.
Kemusnahan pesawat Pan Am 103 itu berlaku ketika George Bush menjadi bakal
presiden Amerika Syarikat yang baru dilantik. Satu pasukan awalan
pemerintahan barunya telah berada di Washington dan sedang membuat kajian
keadaan di Timur Tengah. Episod ledakan pesawat itu akan menonjolkan watak
George Bush sebaik sahaja dia memasuki 'Oval office' di Rumah Putih.
George Bush pernah menjadi pengarah CIA pada 1976-77, di waktu Setiausaha
Negara Henry Kissinger menentukan corak dasar hubungan antara Washington
dengan Israel. Walaupun Bush menyokong dengan setianya segala dasar Reagan
terhadap Israel, pengalamannya mengarah CIA telah meyakinkannya bahawa
Reagan telah dipengaruhi dengan cukup berkesan 'untuk memihak kepada
Israel'. Sambil menunggu giliran menjadi presiden Amerika, Bush tidak perlu
diingatkan bagaimana, pada 1986, Amerika Syarikat terpaksa membatalkan
perjanjian menjual kelengkapan perang kepada Jordan bernilai US$1.9 billion,
kerana tentangan hebat daripada pihak pelobi Yahudi di Kongres. Bush telah
memberitahu pasukan petugas pengambilalihan kuasa bahawa sebagai seorang
presiden dia tidak mahu membenarkan sebarang campur tangan mana-mana pihak
yang menyekat sebarang usaha niaga sesiapa di negara itu. Sikap inilah yang
memainkan peranannya dalam kemusnahan Pan Am 103.
|