Laman Webantu (M) KM2: 5488 File Size: 9.0 Kb |
|
TAG SP 291: Anjing Yang Menyalak Jarang Menggigit By Mark Tuner 28/9/2001 7:44 am Fri |
M@rhaen Pulau Pinang (A Barking Dog Seldom Bites) Oleh: Mark Tuner Keganasan atau atas apa nama sekalipun, tetap merupakan satu jenayah. Lantas
hati kita turut bersedih dengan keluarga mereka yang terkorban di WTC, New York
dan Pentagon, Washington DC. Keluli serta konkrit yang tertimbun di dua tapak serangan belum lagi diubah dan
nasib mereka yang terperangkap di bawah timbunan batu-batan itu belum dapat
dipastikan lagi; Presiden Amerika Syarikat sudahpun mengisytharkan perang
terhadap sebahagian daripada dunia ini, terutamanya Osama Bin Laden.
Kenapa Tergesa-gesa? George Bush telah mengisytiharkan perang dengan bersandarkan kepada bahan bukti
yang belum pasti yang mengarahkan kerajaan Amerika kepada Osama bin Ladin.
Dalam masa yang sama orang yang tertuduh telah menafikan penglibatannya.
Amerika telah mementaskan seluruh kejadian itu melalui rangkaian propaganda yang
hebat, terutamanya CNN, Pengawasan Sains Kristian dan juga badan berita sedunia
yang dikatakan bebas. Pemimpin Asia seperti Presiden Musharraf dengan membabi-buta telah bersetuju
mematuhi tekanan yang dikenakan ke atas mereka bagi menjayakan rancangan Bush
iaitu 'Doktrin Peperangan Dunia Ketiga' dengan mengorbankan keamanan dunia
dan integriti Islam itu sendiri. Tidak lama lagi, kita menjangkakan usaha yang
sama akan menular ke Indonesia, sebuah negara Islam terbesar di dunia.
Malaysia, dengan populasi orang Islam sebanyak 65% sedang memainkan peranan
untuk menghenyak Islam berikutan sikap Mahathir Mohamad yang beriya-iya merayu
undangan ke Rumah Putih, dan dalam pergelutannya untuk terus merangkul kuasa
yang semakin menghilang. Di Amerika 50,000 anggota simpanan telah dikerah 'berkhidmat kepada negara
yang hebat ini', sementara para komando, tentera laut dan angkatan pakar SEAL
sedang merancang untuk ditempatkan di Pakistan dalam sedikit masa ini. Para
proksi Musharraf masih lagi berada di Kandahar, dengan kata-dua bahawa Osama
mesti diserahkan dalam masa tiga hari. Sedang mereka masih lagi berada di kota
itu, Pemimpin Taliban telah mengumumkan keengganan mereka untuk mematuhi
permintaan itu dan menyatakan kesediaan untuk berperang. Di bumi Pakistan
sendiri, rakyatnya telah mula berdemonstrasi menyanggahi keputusan Musharraf
dan memulakan langkah mogok ke seluruh negara pada 21 September ini.
Sindrom Koboi: George Bush Junior telah mula membayar harga yang tinggi untuk cuba menjadi
Koboi Unggulan, dengan melantik 'Marshals' seluruh dunia dalam persediaannya
mewujudkan jalan selamat bagi kemasukan angkatan Amerika itu. Dia meniru
carakerja bapanya yang talah menjadi Koboi Unggulan terhebat Amerika. Collin
Powell, seorang Ketua Turus tentera yang terpaksa ketika itu, belum pun
berhasil mempersembahkan kepala Sadam Hussein kepada bapa Presiden sekarang,
kini bos barunya pula berkehendak kepala Osama bin Ladin di atas dulang.
Kesemua lakonan-sandiwara ini bertujuan memacu semula ekonomi Amerika yang
menjunam, dunia telah mengetahui bahawa Amerika akan menghadapi masalah
setiapkali berlakunya pertukaran Presiden dari satu parti ke parti yang lain.
Amerika perlu memulihkan dirinya dari kejutan yang amat memalukan apabila
dihunjam dalam negara nya sendiri. Ini adalah loceng 'amaran' kepada semua
rakyat Amerika bahawa biar apapun yang mereka sedang alami itu, adalah kejadian
biasa di Timur tengah dan banyak lagi tempat-tempat lain di seluruh dunia di
mana kejahatan tektik membuli Amerika telah direkodkan. Amerika patut melihat
diri mereka di dalam cermin dahulu dan cuba bayangkan nasib rakyat Iraq,
Palestin, Sudan, Libya, Somalia, Ethiopia, Afghanistan, Indonesia, Nicaragua,
Colombia, dan banyak lagi seperti di negara-negara Amerika Selatan yang telah
menderita disebabkan oleh manipulasi Amerika dalam usahanya mempertahankan
Keunggulan Globalnya. Setelah lebih empat dekad Amerika berjaya mengelirukan dunia Arab sehinggakan
mereka sering bertelagah di antara satu sama lain. Oleh itu, lapangan telaga
minyak Arab membangkitkan selera Amerika. Begitu juga, industri-industri yang
mempunyai tahap pencemaran yang tinggi ditempatkan di negara-negara Islam yang
miskin bagi membolehkan negara Barat menggunakan produk-produk pada harga yang
sangat rendah. Para pemimpin Arab yang telah dicap sebagai 'pemimpin jahat' dibiarkan menderita
dan akaun kewangan mereka di dalam sistem perbankan Barat telah dibekukan -
untuk dipergunakan sebagai wang percuma yang bakal bercambah bagi mengkayakan
rakyat Amerika, dan untuk membiayai lanjutan polisi Israel di bumi Palestin.
Pada masa yang sama, perang industri Amerika telah mengorak langkah bagi
memperlengkapkan setiap negara Arab yang telah diperbodohkan untuk menambah
lagi mesin perang mereka dengan peralatan yang terkini sehingga menyebabkan
mereka mempunyai lebih banyak kapal terbang dari juruterbang dan jurutera,
membolehkan pula kemasukan juruterbang dan juruteknik yang mencari keuntungan
semata-mata. Kedudukan Kewangan Selepas Kejadian:
Adalah sesuatu yang ironik apabila pentadbiran Bush berjaya mendapatkan
sebanyak USD 40 bilion lagi ke dalam pasaran saham sebagai perangsang kepada
ekonomi yang merosot. Adakah sesiapa pernah terfikir tentang wang negara Arab
dan negara-negara Islam yang telah dibekukan selama beberapa dekad pada akaun
para pemimpin mereka yang telah dilabelkan sebagai mereka yang keras kepala?
Dana yang dibekukan dari akaun kerajaan Iran sewaktu pemerintahan Shah Pahlawi
adalah hak rakyat Iran masakini. Begitu juga dengan akaun Libya, Iraq, Somalia,
Sudan dan lain-lain yang dikatakan dibuka oleh Subandrio dari Indonesia, Marcos
dari Filipina, Mengestu Maryam dari Ethiopia, Samuel Doe dari Liberia, Siesi
Seiko dari Congo dan banyak lagi yang lain.
Kesemua dana ini adalah wang-mudah yang membiayai industri-industri Amerika
terutamanya industri persenjataan.
Selama tiga dekad di dalam abad yang lalu, banyak kerajaan di Timur Jauh telah
bertahan dengan cara Amerika sehinggakan negara-negara ini telah dialu-alukan
sebagai harimau yang mengaum. Sedang harimau-harimau ini hendak mengaum, sistem
kewangan mereka dibelenggu dengan cara yang sungguh sistematik, menggunakan
'simpanan' yang enggan dibenarkan beku oleh Arab dan orang-orang Islam yang
berada di dalam sistem perbankan Barat.
Menyerang Arab, Afghanistan atau Islam?
Rakyat Amerika perlu sedar bahawa 'menyerang Arab dan Afghanistan' adalah sama
seperti mengisytiharkan perang terhadap Islam. Bush Jr. merasakan yang dunia
Islam akan mudah diperbodohkan sebagaimana beliau memperbodohkan Musharraf dari
Pakistan, Mahathir dari Malaysia atau kebanyakan saudagar-saudagar Sheikh
minyak dari negara-negara Teluk. Koleksi 'wanita' terbarunya kini berada di
Washington untuk memastikan negaranya, Indonesia, mengikuti rentak tari Rumah
Putih. Osama Laden mungkin tidak bersalah terhadap tuduhan terbaru yang dilemparkan
kepadanya. Terdapat banyak laporan bahawa sebahagian masyarakat Amerika dan
Eropah telah menyedari akan serangan yang ditujukan kepada New York dan
Washington, walaupun mereka tidak pernah mempercayai amaran tersebut. Mereka
tidak dapat menerima hakikat bahawa serangan asing boleh membolosi Amerika.
Fikiran mereka telah disekat semenjak zaman kanak-kanak lagi bahawa Amerika
merupakan satu-satunya kuasa paling hebat yang menguasai dunia dengan
berselindung sebagai polis sejagat. Generasi muda Amerika masakini yang sedang bersedia untuk menganggotai unit
simpanan perkhidmatan wajib negara perlu diberikan kesedaran bahawa Perang
Dunia Ketiga yang dilaungkan oleh George Bush Jr. adalah perang untuk memuaskan
industri jentera perang di satu pihak, manakala pertubuhan Zionis dan Freemason
pula di satu pihak yang lain. Mereka mungkin berfikir bahawa Afghanistan umpama
medan perang di dalam permainan komputer. Mereka mesti ingat, peralatan
pengawasan yang terbaik mungkin tidak dapat memastikan keselamatan kedudukan
Amerika di seluruh dunia. George Bush Jr. berjaya menjejaki Rumah Putih kerana tiada persaingan. Beliau
gagal untuk meraih populariti melalui peti undi dan cuba untuk menutupi
kekalahannya itu melalui seruan untuk berperang. Dunia Islam telah biasa dengan
pepatah Barat bahawa 'anjing yang menyalak itu jarang menggigit'. Begitu juga
Dunia Islam telah biasa dengan pepatah Timur yang mengatakan : 'Apabila seekor
harimau berundur ke belakang, ia bersedia untuk menerkam'!
Terjemahan: SPAR-20 Asal: KM2 5478 A Barking Dog Seldom Bites |