Laman Webantu (M) KM2: 5474 File Size: 9.9 Kb |
|
TAG SP 288: Serang Balas Yang Berliku By CSM 18/9/2001 6:36 pm Tue |
[Sebarang serangan balas Amerika tidak akan mampu menyelesaikan masalah,
sebaliknya ia mungkin akan mengundang lebih banyak masalah lagi. Masalah
sebenar Amerika ialah keengganannya untuk mengaku betapa dirinya sendiri
adalah punca segala masalah. (Retaliations is trickier than Aghan terrain)
Oleh: Cameron W. Barr, Scott Peterson Jerusalem dan Moscow: Satu ribu tahun yang lalu, ada sebuah puak Islamiah
bernama 'Assasins (Hassassin - penterjemah) yang menggunakan taktik
menyerang pemimpin Arab dan juga puak Kristian untuk lebih dua abad lamanya.
Puak ini telah menggerunkan musuh sehinggalah bala tentera Mongol mampu
menjahanamkan kubu-kuat mereka di pergunungan Parsi.
Jutawan Saudi Osama (Ussamah) bin Laden, mempunyai sedikit perwatakan
sebagai Assasin zaman moden, dan semakin kerap dikaitkan sebagai arkitek dan
perancang serangan terhadap Amerika pada Selasa lalu. Seperti puak purba
dulu, dia telah bersumpah untuk mengnyahkan orang asing daripada bumi Timur
Tengah dan memilih untuk bersembunyi di kawasan pergunungan. Tanpa menyebut
namanya secara khusus, Setiausaha Negara, Colin Powell telah berjanji pada
hari Rabu lalu, untuk melancarkan satu 'serangan berbentuk kepelbagaian
daripada banyak dimensi.... untuk menundukkan kegaganasan ini'.
Namun, para pengamat berpendapat, cara meniru kaedah Mongol dulu tidak akan
menjanjikan kejayaan yang mudah kepada Amerika. Kalaulah Osama laden
benar-benar punca segala sumber serangan, serang-balas A.S. itu
berkemungkinan berhadapan dengan keadaan geografi yang kompleks dan penuh
risiko yang mungkin mencetuskan peperangan yang lebih besar lagi.
Masalah yang utama ialah hakikatnya bahawa Osama Laden adalah seorang
individu yang bukan mengepalai sebuah kerajaan, ataupun memiliki sebuah kubu
pertahanan yang besar. Dia hanya memiliki satu jaringan kumpulan militan
yang berselerakan dalam bentuk sel-sel di merata Timur Tengah, Eropah, Asia,
dan Amerika Utara. Hanya sebuah negara yang memberikan sokongan terbuka
kepadanya; Afghanistan. Inilah sebuah negara yang musnah disebabkan
peperangan saudara, miskin dan melarat sejak beliau hidup di sana pada 1996.
"Kalaulah serangan Amerika Syarikat tertumpu hanya kepada usaha menangkap
Osama Laden, orang Afghan akan diberikan kata-dua untuk menyerahkannya,'
kata Mustafa Hamarneh, pengarah Pusat kajian Strategi di Jordan. 'Jika
tidak, Amerika dan sekutunya akan mengambil tindakan ketenteraan.'
Pucuk kepimpinan Afghanistan, yang merupakan militia Taliban yang mempunyai
dasar Islam yang keras - telah membuat rayuan kepada AS agar tidak
'bertindak menekan Afghanistan kami telah lama merana,' kata salah seorang
jurucakapnya. NATO sudahpun mematuhi satu bahagian perjanjian yang membolehkannya membantu
AS dan Presiden Bush. Beberapa pegawai telah menyatakan betapa mereka
bercadang mengumpulkan satu ketumbukan tentera bersekutu untuk menghadapi
musuh yang tidakpun mereka dapat tentukan. 'Saya fikir, ia akan merupakan
satu ulang-tayang Perang Teluk dulu,' sambung Hamarneh. 'Kali ini AS akan
menerima jalan yang lebih mudah untuk mendapat persetujuan negara Arab dan
Islam mengganyang Osama Laden dan Taliban berbanding usahanya dulu untuk
mendapatkan sokongan terhadap Iraq."
Walaupun kerja-kerja diplomasi dianggap mudah, usaha logistik mungkin tidak
semudah itu. 'Terdapat pelbagai bahaya dalam setiap perkara,' kata John
Colley, seorang wartawan dan pengarang sebuah buku 'Unholy Wars:
Afghanistan, America and International Terrorism'. Kalaulah kali ini,
perencanaan itu dibuat secara menyeluruh, lengkap dengan kepakaran daripada
pelbagai organisasi daripada semua negara yang berbeza, bagaimanakah caranya
untuk bertindak-balas? Daripada pelbagai penangkapan dan siasatan yang dibuat sejak beberapa tahun
yang terdekat, menunjukkan betapa pasukan Osama Laden dianggotai juga oleh
orang Algeria, Mesir, Jordan, Palestin, Arab Saudi dan Yemen. Beberapa
negara mereka adalah antara yang paling rapat dengan AS dan Timur Tengah.
Salah seorang yang disyaki dan dikenali dalam serangan pada hari Selasa dulu
ialah seorang rakyat Arab Saudi yang telah menerima latihan memandu pesawat
terbang, dan dua orang yang adik-beradik dan memiliki pasport Emiriyah Arab
Bersatu. Para pengamat telah menyebut kemungkinan adanya seramai 50 orang
yang terlibat dalam perencanaan itu. Orang-orang Afghan yang sudah begitu lama hidup tertekan disebabkan konflik
yang berdekad lamanya dan kemiskinan yang dihantui kemarau panjang, tidak
akan membawa rugi yang banyak lagi seandainya mereka tidak pedulikan seruan
Barat. Sebaliknya, Osama Laden telah selama ini membantu pihak Taliban,
dengan kewangan dan sumber lain walaupun puak Taliban ini hanya diiktiraf
oleh tiga buah negara sahaja. Bukannya mudah untuk menakluk negara itu, Afghanistan ialah sebuah negara
yang bergunung-ganang dan mempunyai pejuang yang berani mati mempertahankan
negara dan telah mengalahkan semua askar asing yang cuba menaklukinya
termasuklah Soviet Union pada 1980-an. Setiap operasi besar ketenteraan
daripada luar perlu mendapatkan bantuan Pakistan, yang mempunyai satu
pasukan risikan yang pernah melatih dan membantu askar Taliban. Hubungan
kritikal ini telah membuatkan pegawai Amerika bertungkus lumus bekerja di
luar masa, bermesyuarat dengan pegawai Pakistan kelmarin dan beberapa hari
sebelumnya untuk mendapatkan sokongan mereka.
'Puak Taliban tidak pernah duduk tetap. Mereka berselerak di Kabul dan
Kandahar,' kata Mr.Cooley. 'Adalah satu kerja yang amat sukar untuk
menjejaki mereka - apalagi kumpulan Osama Laden.'
'Kerja ini adalah laksana selonggok anggur. Kalau dipetik sebiji anggur itu,
yang lain masih tergantung juga,' kata seorang pegawai perisik Barat.
'Setiap kumpulan kecil (sel) bertindak bebas walaupun mereka berhubung
antara satu dengan yang lain. Mereka berlatih bersama-sama. Mereka bekerja
sehaluan untuk perjuangan yang sama. Namun, masih wujud satu bentuk
perlindungan dalam sifat berbeza-beza.'
Osama Laden diketahui tinggal bersama 300 orang lain dalam satu kompleks
perumahan di selatan Kandahar. Mengikut Associated Press, beberapa laporan
telah diketahui pada hari Rabu yang lalu, betapa ramai orang Arab yang
berpindah keluar dari kompleks itu. Sementara itu, beberapa keluarga Arab
telah dilihat mengangkut barangan mereka dengan kenderaan untuk berpindah
keluar daripada situ. Osama Laden tidak pula menunjukkan sebarang simpati dalam perkara ini.
Seorang pembantunya yang telah bercakap melalui telefon satelit kepada TV
Abu Dhabi daripada Pakistan, telah menyebut kenyataan Osama Laden bahawa dia
tidak terlibat dengan serangan di Amerika itu yang disifatnya sebagai satu
balasan daripada Tuhan. Buat masa ini, nampaknya Afghanistan tersenarai di tahap pertama sebagai
sasaran Amerika disebabkan keadaan masakini. 'Adalah sukar untuk menunjukkan
tempat di mana mereka akan mulakan serangan,' kata Esther Webmen, seorang
pakar sejarah Israel yang telah membuat kajian terhadap organisasi Osama
Laden. Dia merujuk kepada gelagat mereka yang ghairah mahu bertindak-balas
kerana serangan di AS itu. 'Kecuali Afghanistan,' katanya.
Beberapa pengamat Amerika dan Israel telah membuat andaian kemungkinan
adanya penglibatan Iraq yang membantu Osama Laden, tetapi mereka masih samar
dengan kaitan itu. 'Kalaulah mereka bertindak untuk menangkap Saddam Hussein
sekali, bererti kita akan menghadapi satu peperangan wilayah yang besar,'
kata Cooley. Pihak Russia telah memberikan sokongan mereka kepada kumpulan gerila
anti-Taliban di bahagian utara untuk beberapa tahun lamanya. Sekarang muncul
pula satu sokongan terbaru daripda AS yang lengkap dengan dana dan bantuan
lain yang akan memperkukuhkan kumpulan itu.
Sebarang usaha sokongan seperti ini akan menghidupkan kembali cara operasi
sulit Washington ketika memberikan sokongan kepada pasukan Mujahidin di
Afghanistan. Satu ketika dulu Amerika telah memberikan sokongan kepada
banyak kumpulan, termasuk kumpulan pimpinan Osama bin Laden - inilah yang
mencetuskan satu era kecelaruan di rantau ini bertahun lamanya dan di banyak
negara jiran lainnya. Walaupun akan terserlah risiko campurtangan, satu serangan ketenteraan, dan
kemungkinan kemunculan askar tentera Amerika di bumi Afghanistan, ia tidak
akan dicemuh hebat oleh dunia Islam, secara keseluruhannya. Demikan pendapat
Basharaheel Bashraheel, editor asing akhbar Al-Ayyam, di pelabuhan bandar
Aden, Yemen, di mana pengebom berani mati telah mengorbankan 17 tentera
Amerika ketika mereka menyerang kapal induk USS Cole pada Oktober tahun
lalu. 'Semua orang ini berfikir bahawa Taliban telah melindungi mereka ini
untuk satu waktu yang panjang, dan satu hari nanti, kumpulan Taliban
terpaksa menanggungnya,' kata Bashraheel.
Jordan, Algeria, dan Yemen dipercayai oleh perisik Barat mempunyai beberapa
kumpulan sel anggota Osama Laden. Tetapi, kalau negara lain tidak diserang,
dunia Arab akan beranggapan, bahawa serangan itu adalah satu hukuman yang
berpadan. 'Ini adalah disebabkan kumpulan Taliban itu dianggap terlalu
melampau,' katanya. 'Rencana mewujudkan satu pasukan bersekutu menentang kegaganasan, adalah
dianggap lebih baik dan lebih berkesan berbanding satu serangan besar
ketenteraan, kerana puak ini berselerak di banyak tempat di merata dunia,'
kata Bashraheel. 'Memenggal kepalanya tidak akan memberi kesan - ia
memerlukan satu usaha yang besar, membabitkan satu kumpulan daripada semua
negara untuk menghentikannya.' Terjemahan: SPAR-20 |