Laman Webantu (M) KM2: 5473 File Size: 9.3 Kb |
|
TAG SP 287: Siapa Perancang Utama? [WTC] By MSNBC 18/9/2001 6:09 pm Tue |
[Amerika sebenarnya banyak tidak tahu dan ramai orang yang tidak kena
mengena akan menjadi mangsa kejahilannya itu. Kalaulah pihak yang melakukan
kemusnahan itu terus melenyapkan diri, Amerika akan tersilap memburu yang
hanya akan mengundang kemusnahan yang lebih dahsyat lagi.
- Editor] http://www.msnbc.com/news/627496.asp?Ocb=-b1f22998
(Who's The Mastermind) Oleh: Chirstopher Dickey dan Andrew Nagorski
'Siapakah yang mempunyai kebijaksanaan dan wang lumayan untuk membuat
kerja-kerja ini?' tanya seorang veteran ketika melihatkan keadaan
punah-ranah yang disiarkan di TV di awal pagi. Siapa sebenarnya mereka?
Spekulasi yang berwaspada tentu mengambil kira beberapa kelompok agamawan
yang mempunyai pendirian sendiri mengenai Maha Pencipta dan negara mereka,
seperti pengebom Oklahoma City yang baru sahaja menjalani hukuman mati,
Timothy Mc Veigh; ataupun para pengganas dan tuanpunya perdagangan dadah
Colombia, di mana askar A.S. melancarkan operasi rahsia yang semakin
menggila. Namun, tekaan pertama ramai pegawai perisik Amerika di Timur
Tengah, Eropah dan Amerika Syarikat ialah 'kumpulan jihad' yang telah
berkumpul di Afghanistan di bawah pengaruh seorang pelarian Saudi, Osama bin
Laden. 'Terdapat satu kumpulan manusia yang tidak semestinya mengikuti
arahannya atupun tidak pernah bertentang mata dengannya,' kata Richard
Murphy, bekas duta Amerika di Syria dan Arab Saudi, yang kini menjadi
anggota Majlis Hubungan Luar kerajaan Bush.
Osama Bin Laden memang suka bercakap. Dia pernah membuat pengumuman terbuka
melancarakan 'Perang Jihad' terhadap keseluruhan Amerika pada 1998 dan
mengajak dunia menyerang Amerika. Namun, tindakan yang bertukar daripada
retorik yang mengancam sudah berubah menjadi tindakan pembunuhan
beramai-ramai yang dilaksanakan oleh mereka yang tidak dikenali akan
identitinya. Walaupun Osama bin Laden dapat ditumpaskan, ramai pengamat
bersetuju, ancaman yang dikeluarkannya adalah laksana satu fatwa yang akan
dipatuhi. 'Kalau Osama bin Laden laksana seorang penggubah lagu, siapakah
kondaktor simponinya? Itulah yang kami ingin tahu.' Demikian kata seorang
pegawai Amerika yang amat prihatin dengan keganasan. Para penyiasat kini
dapat melihat satu corak tertentu dalam beberapa operasi tajaan Osama: pada
Ogos 1998, pengeboman kedutaan Amerika di Kenya dan Tanzania telah
dilancarkan, pada Oktober 2000 'USS Cole' di Yemen telah diserang dan pada
hari ini telah berlaku pengeboman secara menghunjamkan pesawat terbang oleh
penerbang berani mati ke atas Pusat Dagang Dunia di New York dan Pentagon.
Semua operasi yang disebut berjihad ini memerlukan masa bertahun untuk
merancangnya dan memerlukan satu koordinasi yang rapi, namun semua itu
bergantung kepada keberanian, unsur mengejutkan dan pengumpulan maklumat
asas oleh kumpulan manusia berbanding penggunan bahan letupan yang
sofistiket ataupun senjata pemusnah massa.
Para perancang telah mengawasi semua dan menyelidik apa yang perlu. Ada
beberapa orang petugas anti-kegaganasan telah membuat andaian betapa segala
risikan yang dikumpulkan oleh agensi A.S. mengenai kebarangkalian serangan
terhadap Amerika pada bulan Jun lalu, berkemungkinan telah dibocorkan oleh
segelintir petugas yang ada hubungan dengan Osama Laden. 'Sudah wujud satu
industri khusus untuk menyelidik Osama bin Laden, dan setiap kali kami
menerima sedikit isyaratpun kami bertindak macam nak gila,' kata seorang
penyiasat yang berpangkalan di Teluk Parsi. Pada waktu itu, kapal perang
A.S. sedang berundur daripada pelabuhan di Timur Tengah, beberapa pegawai
tentera sedang dipindahkan, dan penyiasat FBI yang terlibat dengan siasatan
USS Cole sedang bersiap untuk undur daripada Yemen kerana takutkan bahana
ancaman yang sedang menghangtui mereka. Nampaknya kini, para pengganas itu
'berkemungkinan telah menjalankan beberapa ujian di mana dan bagaimana
caranya kita mencungkil maklumat - dan apakah perkara yang telah kami
abaikan', kata sumber itu. 'Mereka telah melihat di mana kami bertindak dan
di tahap mana kami tidak bertindak.' Apakah mereka juga telah mengamati
lapangan terbang Amerika pada waktu yang sama untuk menguji kalau-kalau ada
peraturan baru yang dikuatkuasakan? 'Mereka bukan sahaja tahu merancang,
tetapi pintar untuk mengujinya,' kata penyiasat itu. 'Dan mereka sudah tahu,
rupanya, di mana wujudnya ruang yang lopong.'
Seorang lagi pegawai A.S. yang prihatin dengan keganasan di Timur Tengah
telah mencatatkan betapa kejayaan yang dilihat kepada serangan terbaru ini
bergantung kepada pilihan senjata perang mereka: pesawat penumpang jarak
jauh yang sarat dengan minyak jet yang diketahui terbang tidak jauh daripa
Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon. Senjata api memang sukar diseludup ke
dalam pesawat terbang. Senjata lain seperti pisau yang diperbuat daripada
tembikar tidak dapat dikesan oleh x-ray.
Namun, sebahagian besar penelitian Washington kini tertumpu kepada ancaman
pengganas sejak lima tahun yang lalu, yang menyebut betapa secara teorinya
musuh fanatik Amerika telah merancang menggunakan senjata yang memusnahkan
'sama ada kimia, berunsur biologi ataupun nuklear' dan A.S adalah
sasarannya. John Parachini daripada Monetery Institute of International Studies telah
memberikan amarannya berulang kali, betapa berasaskan pengamatan belanjawan
yang menyeluruh, Washington telah membuat taksiran terhadap ugutan
'berdasarkan andaian manusia terhadap perbuatan yang mungkin dilakukan oleh
kumpulan pengganas, dan bukannya berlandaskan gelagat mereka pada masa dulu,
ataupun kemungkinan yang mampu mereka lakukan apabila dinafikan keupayaan
memperoleh barangan teknikal ataupun pembuatannya dan kesulitan
mengangkutnya' segala senjata yang boleh mencetuskan kemusnahan besar.
Menjejaki Kumpulan Jihad Sementara itu, musuh-musuh Amerika sudah semakin pintar menggunakan pelbagai
senjata yang mereka perolehi. "Sudah wujud satu kumpulan teras yang semakin
canggih dalam setiap serangan mereka,' kata seorang pegawai yang telah
memantau kumpulan jihad untuk beberapa tahun lamanya. 'Yang lebih menakutkan
ialah mereka berkeupayaan menggunakan senjata canggih ini pada satu waktu
yang sama'. Beberapa nama perancang utama kerap menyinar di skrin komputer
para penyiasat. Ayman Zawahiri pemimpin Jihad Mesir kerap disebut-sebut
sebaris dengan nama Osama bin Laden. Seorang lagi perancang utama ialah yang
berada di Tebing Gaza Palestin, bernama 'Abu Zubaydah' ataupun Mohammaed
Hussein Zeinal-abidin. Kadangkala dia ini dirujuk sebagai ketua ekskutif
Osama Laden dan telah disebut sebagai penghubung utama kepada beberapa sel
operasi 'pengganas' yang bergiat di Eropah Barat dan wilayah Balkans pada
1990-an. Namun siapa juga yang menjadi kondaktor pancaragam itu, mereka
bijak menggunakan petugas di medan perang yang tidak mengetahui keseluruhan
senario operasi mereka. 'Mereka pintar menggunakan petugas tempatan membuat
kerja tertentu,' kata seorang pegawai A.S. Walaupun ada penangkapan, dan
pendakwaan, tidak ada sebarang bukti mengaitkan pengeboman di Afrika dengan
episod membabitkan USS Cole, ataupun kisah Cole yang boleh mengaitkannya
kepada Osama bin Laden ataupun kepada jaringan kumpulannya yang bernama
Al-Qaeda.' Yang benar-benar diperlukan ialah tahap risikan yang lebih baik. Tetapi,
tahap keupayaan Washington untuk menembusi kumpulan ini masih lemah lagi,
dan segala khidmat persahabatan yang pada waktu dulu digunakannya untuk
mendapatkan bantuan, sudah tidak serasi seperti dulu. Pihak israel sekarang
ini mempunyai masalahnya sendiri. Pihak Mesir sentiasa bertolak ansur dengan
kumpulan pengganas untuk menjamin satu keadaan keharmonian di rantau mereka
(seperti yang disedari begitu lama oleh kerajaan Barat). Khidmat risikan
Pakistan sudah begitu lama bersimpul dengan puak Taliban sehinggakan amat
sukar untuk mempercayai cakap-cakap mereka. Pada minggu lalu pula, Raja
Fahad telah memecat putera Turki-el-Faisal yang berpendidikan di Amerika
dulu dan pernah memegang jawatan ketua perisik Arab Saudi lebih dua dekad
lamanya. Ada kalanya para penyiasat mendapat nasib baik juga. Selepas Pusat Dagangan
Dunia diserang pada 1993 dulu, salah seorang konspirator itu telah tersilap
dan pergi mendapatkan wang deposit sewaan van yang digunakan untuk megebom
bangunan itu. Selepas pengeboman di Oklahoma City pada 1995, Timothy Mc
Veigh telah ditahan oleh polis hanya selepas dia memandu sebuah kereta yang
tidak memasang plet nombornya. Tetapi, kebanyakan pengganas yang menyerang
Amerika sekarang ini bukan lagi orang sembarangan. Selagi Amerika tidak
berupaya menaksir risiko keganasan itu, dan cara terbaik untuk menyelinap
masuk jaringan kumpulan pengganas itu secara terus, semakin besar risiko
bahawa para penyiasat dan agen perisiknya terpaku kepada barang bukti
keganasan yang basi sedangkan pengganas sudahpun menggunakan kaedah lain
untuk terus mengganas lagi. Tamat Terjemahan: SPAR-20 |