Laman Webantu (M) KM2: 5470 File Size: 10.8 Kb |
|
TAG SP 286: Mengkaji-semula Osama Bin Laden By MSNBC 18/9/2001 4:30 pm Tue |
[Sepatutnya media MSNBC ini mengkaji kesan daripada program Microsoft
Flight Simulator yang turut menjadi sebab WTC hancur dalam beberapa kelipan
mata... Mengkaji-semula Osama Bin Laden
(Rethinking Osama bin Laden) Oleh: Preston Mendenhall dan Robert Windren.
Di bahagian luar kubu kuat Taliban, yang kadangkala disebut sebagai tempat
kediaman Osama (Ussamah) bin Laden memang terdapat beberapa jaringan rumah
kediaman yang dianggap selamat daripada jangkauan Amerika. Di sinilah insan
yang paling dikehendaki oleh Amerika dikatakan menjadi perancang utama
serangan terhadap pangkalan kepunyaan Amerika. Setelah gagal menangkap Osama
untuk pengadilan melalui serangan peluru berpandu dan sekatan ekonomi
terhadap kerajaan Taliban, Washington kini mengendurkan tonjolannya terhadap
imej pelarian Saudi itu sebagai musuh utama Amerika. Ini adalah disebabkan
satu kesedaran, yang mungkin terlambat, betapa ia telah mencetuskan satu
gambaran seorang legenda yang sanggup mati syahid di kalangan berjuta
mujahidin yang anti-Barat. Apabila namanya dikaitkan kepada satu jumlah angka yang semakin membesar
yang ada hubung-kait dengan keganasan sejagat, Osama bin Laden telah
mendapatkan perlindungan di Afghanistan pada 1996, dan telah diterima oleh
pemerintah militia Islamiah Taliban sebagai seorang wira yang berjaya
memerangi kerajaan proksi Soviet pada 1980-an dulu.
Mereka yang ada berpengetahuan rapat dengan Osama pernah berkata bahawa
beliau sudah dapat menyesuaikan dirinya.
Melepaskan Kebendaan Kaya-raya Walaupun beliau adalah seorang hartawan hasil warisan kekayaan keluarganya,
Osama sanggup melupakan segala bentuk kemewahan seorang hawtawan Arab untuk
menumpukan diri kepada perjuangannya. 'Osama bin Laden memang ceria ketika bersama para pejuangnya. Dia kelihatan
tenang dan selamba", kata salah seorang Afghan yang biasa memahami cara
hidup Osama Laden. Tempat persembunyian seperti Kandahar, yang merupakan salah satu bandaraya
besar di Afghanistan, memberikan peluang kepada Osama untuk mendapatkan
segala keperluan untuk hdiup secara bersahaja. Kedudukan bandar yang
terletak di puncak satu laluan dagang antara Pakistan di bahagian barat dan
bekas republik Soviet di bahagian utara, barisan kedai di Kandahar memang
dipenuhi lorong belakang laksana sarang, yang dipenuhi barangan seludupan.
Bahagian risik Amerika telah membelanjakan wang yang banyak untuk mengesan
orang yang paling dikehendaki di Amerika, tetapi Osama bin Ladin terus
berjaya mengelakkan tangkapan mereka. A.S. Kehilangan Jejak Pegawai risikan A.S. kini mengaku mereka sudah dapat maklumat yang lebih
baik daripada yang pernah mereka simpan mengenai kedudukan Osama selepas
letupan kedutaan Amerika di Afrika pada 1998, yang didakwa telah dirancang
oleh Osama Laden. Walaupun empat orang sudah tertangkap dan didakwa, dengan
dua orang yang mungkin menerima hukuman mati, para pegawai Amerika masih
tidak yakin mereka sudah mampu mengesan pergerakan kecil Osama yang
sebenarnya. 'Kami mungkin tahu bandar tempat dia bersembunyi, tetapi kami
tidak pasti di mana dia bersembunyi dalam bandar itu,' demikian kata seorang
pegawai risikan. Sebaik tiba di Afghanistan lima tahun dulu, Osama terhidu satu rencana CIA
untuk memerangkapnya, dengan cara menggunakan khidmat beberapa petugas yang
berpangkalan di Pakistan. Mengikut cerita pelbagai sumber Afghan, sejak itu
Osama telah memperkasakan pasukan kawalannya dan berpindah-randah antara
beberapa rumah persembunyian yang dianggap selamat, jauh di pedalaman
Afghanistan - dan jauh daripada jangkauan penguatkuasa undang-undang
sejagat. Walaupun berusia 44 tahun, Osama terus berpindah-randah sambil diberikan
perlindungan oleh pasukan pengawal yang menggunakan kereta pacuan 4x4 yang
bercermin gelap. Ada sumber yang melaporkan Osama bergerak pada waktu malam kerana Taliban
telah memberitahu beliau dan kumpulan pembantunya agar menyesuaikan diri
untuk bersahaja di kalangan masyarakat marhaen Afghanistan yang memang
melarat hidupnya. Kebenaran Untuk Beroperasi Dengan Bebas
'Osama Laden memang jarang dapat dilihat kerana itulah perancangan Taliban.'
Demikian kata seorang Afghan yang pernah berjuang di sisi Osama ketika
mereka sama-sama berjuang menganggotai kumpulan mujahidin Anti-Soviet.
'Tetapi, dia bebas melakukan apa yang disukainya.'
Kebebasan untuk beroperasi secara itu telah membingungkan Washington,
terutama sekali sejak Osama Laden sedar betapa panggilan telefonnya melalui
satelit dapat dikesan dan dihalang. Dia pintar mencampur-adukkan kecanggihan
cara berkomunikasi abad ke-19 dengan ke-20an untuk menghantar arahannnya.
Mengikut sumber risikan A.S., Osama Laden menggunakan rangkaian 'courier'
(utusan) 'Pony Express' untuk membawa mesej berahsia yang mengandungi data
dan maklumat dan diagihkan kepada utusan lain di negara yang menjadi
sasarannya. Apabila tiba di destinasi yang dikehendaki, mesej itu pun
ditafsirkan. Pelarian Saudi itu telah dilihat baru-baru ini membaca puisi di majlis
perkahwinan anak lelakinya di Kandahar.
Para pegawai A.S.begitu hampa dengan ketandusan maklumat terkini mengenai
Osama Laden sehinggakan mereka mampu merasa ceria apabila Taliban membuat
satu aduan yang tersilap mengatakan adanya pasukan khas Amerika untuk
menjejaki Osama Laden. Askar Amerika memang telah dilatih untuk menyerkap dan menangkap Osama Laden
dalam missi khas. Tetapi, Washington belum menghantar askar terlatih khas
ini ke Afghanistan. 'Biarlah mereka berfikir yang kita telah lakukan,' kata
seorang pegawai Amerika. Mengkaji-semula Osama Laden Kelicikan Osama melepasi operasi Amerika itu membuatkan A.S. mengkaji semula
cara menangkapnya. Kini Amerika sedar betapa Osama memang suka bersendirian
dan kaedah mencemuhnya membuatkan beliau diberikan status terhormat oleh
dunia Islam. Kerana itu pentadbiran Bush cuba mengendurkan strategi dan
propaganda menonjolkan nama Osama sebagai perancang utama keganasan.
Ada satu laporan tahunan terbaru berjodol 'Patterns of Global Terrorism'
(Corak Keganasan Sejagat) yang diterbitkan oleh Jabatan Negara dan CIA
Laporan itu memberikan kisah peranan jaringan 'Alumni Afghan' - anggota
pasukan anti-Soviet pada 1979 dulu yang ditaja oleh Amerika. Inilah helah
memperakukan keperwiraan anggota itu sebagai melenyapkan taktik mencemuh
peranan seorang insan kerana tindakannya mengganyang Amerika.
Dalam satu kisah pada Oktober 2000 di mana kapal induk USS Cole telah
diserang di Yemen, dan pengeboman kedutaan AS di Kenya dan Tanzania pada
1998, 'dua episod di mana Amerika telah menuduh secara terbuka pembabitan
Osama Laden' tidakpun disebut sebarang rujukan kepada penglibatan jutawan
Saudi itu. Strategi Baru Yang Mungkin Terlambat
Akan tetapi, strategi Washington untuk menghentikan usaha menyuluh Osama
Laden mungkin merupakan sesuatu yang terlambat.
Hari ini, di setiap kem pelarian Afghan di Pakistan, nama kanak-kanak yang
paling popular ialah Osama. Banyak syarikat niaga tempatan yang menggunakan
nama 'Osama' sebagai salah satu rangkaian nama syarikat mereka.
Usaha Amerika memfitnah Osama Laden telah menjejaskan hubungan diplomatik
dan kemanusiaan di Afghanistan. Para pegawai dan petugas organisasi bantuan
itu mempunyai satu rujukan kepada perkara ini: 'Faktor OBL'.
'Osama bin Laden adalah laksana awan mendung di angkasa Afghanistan,' kata
Yusuf Hassan, ketua operasi South and Central for the United Nations High
Commission for Refugees (Suruhanjaya Pelarian tajaan PBB).
Pendekatan Washington yang disebut 'all-Osama-all-the-time' telah mendingini
perhubungan diplomatik dengan beberapa negara sekutunya di rantau itu,
terutama sekali Pakistan, yang merupakan segelintir negara yang mengiktiraf
kerajaan Taliban Afghanistan. Ada seorang diplomat kanan di Kabul yang bersuara dengan syarat tidak
disebut namanya, memberitahu MSNBC.com bahawa Washington telah mengambil
satu 'kaedah pintas' dalam satu rantau yang sungguh bergelora dalam usaha
menyelesaikan masalah yang memerlukan masa yang panjang.
'Amerika Syarikat amat ghairah menyelesaikan perkara itu, tetapi ia tidak
mempunyai dasar yang jitu,' kata diplomat itu.
Kehadiran Amerika yang Lebih Menonjol di Rantau
Terdapat banyak petanda, bagaimana Washington semakin berminat untuk
meningkatkan pembabitannya di rantau ini. National Security Agency (NSA:
Agensi Keselamatan Negara) telah mula memasang iklan untuk mendapatkan
khidmat jurubahasa Uzbek untuk turut menganggotai kumpulan jurubahasa
seperti Pashto, bahasa utama di Afghanistan dan bahasa Arab yang merupakan
bahasa ibunda Osama Laden.
Amerika Syarikat telah juga menaja CENTRALASBAT, ataupun latihan bersenjata
bagi wilayah tengah yang membabitkan ratusan komando daripada A.S.,
Uzbekistan, Kazakhstan, Kyrgyztan dan Turki. Latihan ini membabitkan aksi
terjun daripada helikopter dan peswat udara yang terbang rendah di kawasan
latihan yang bersempadan di antara bekas jajahan Soviet dengan Afghanistan.
Amerika Masih Hangat Menjejaki Osama Laden
Pihak tentera telah menayangkan barisan pesawat dalam kumpulan C-17 yang
merupakan pesawat pengangkut jarak jauh dan menerbangkannya dari Amerika
terus ke Asia Tengah. Ini merupakan 'satu rekod penerbangan jarak jauh'
sebagai satu ingatan dan sindiran kepada kerajaan di Asia Tengah betapa
Amerika mampu bertindak cepat dalam krisis yang memaksa bantuannya.
Di sebalik sikap Washingtan berlembut dalam usaha mengutuk Osama Laden, para
pegawai melaporkan betapa mereka masih galak menjejaki persembunyiannya.
'Dia masih ghairah mencetuskan satu serangan in Amerika Syarikat,' kata
seorang pegawai. 'Dia semakin ghairah menggunakan senjata yang berbentuk
pemusnahan massa - kimia, berbentuk biologi ataupoun radiologi - dalam
serangannya.' Tamat. Terjemahan: SPAR-20 Asal: MSNBC: Rethinking Osama bin Laden
|