Laman Webantu (M) KM2: 5469 File Size: 5.0 Kb |
|
TAG SP 285: Bilakah Kita akan Sedar? [WTC] By Harry Browne 18/9/2001 3:49 pm Tue |
Bilakah Kita akan Sedar? (When Will We Learn) Oleh: Harry Browne Serangan terhadap Amerika (oleh apa yang disebut pengganas) telah
mencetuskan satu tragedi yang dahsyat sekali. Tetapi, itu sepatutnya tidak
menjadi sesuatu yang mengejutkan. Semua orang tahu, dalam peperangan, yang mula-mula menjadi mangsa ialah
kebenaran. Dalam setiap peperangan itu kebenaran selalunya bertukar menjadi
propaganda. Namun, kewarasan yang mula menjadi mangsa pertama; kerana
disebabkan ketiadaan fikiran yang waras makanya tercetus sesuatu peperangan
itu. Dasar luar negara kita memang sudah tidak waras berdekad lamanya. Ia
menunggu masa sahaja untuk menghenyak rakyat Amerika agar terlibat sama.
Itulah dia, sudah menjadi lumrah dunia apabila yang tidak berdosa selalu
sangat menanggung dosa orang yang sebenarnya bersalah.
Bilakah kita dapat menyedari hakikat betapa kita kita tidak boleh
membenarkan ahli politik kita mendera dan membuli dunia tanpa muncul pula
orang lain untuk membuli kita sebgai balasannya?
Presiden Bush telah membenarkan pengeboman berpanjangan di Iraq terhadap
orang yang tidak berdosa. Presiden Clinton telah mengebom orang yang tidak
berdosa di Sudan, Afghanistan, Iraq dan Serbia. Bush Senior (ayah presiden
sekarang) telah menakluk Iraq dan Panama. Presiden Reagan telah mengebom
orang yang tidak berdosa di Libya dan menakluk Grenada. Begitulah cerita itu
seterusnya. Apakah orang yang kehilangan keluarga dan sahabat-handai serta harta-benda
dalam serangan memusnahkan itu boleh bersimpati dengan Amerika kerana
musibah yang kini ditanggungnya? Sampai bilakah kita dapat memahami betapa
keganasan itu disambut dengan keganasan juga? Pengajaran dan Iktibar Reagan telah mengebom Libya dengan tujuan mengajar Muammar al-Qadaffi,
mengenai keganasan. Tetapi, tidak beberapa lama kemudiannya sebuah pesawat
TWA telah dimusnahkan di Scotland, dan kerajaan kita yakin bahawa Libya yang
bertanggungjawab. Bilakah kita akan sedar bahawa 'mengajar seseorang sesuatu' tidak pernah
berjaya mencapai maksudnya selain dari kedegilannya dan berkemungkinan
mengajar beliau untuk tambah degil lagi.
Berapa kalikah pada Selasa dulu kita mendengar seseorang menggambarkan
serangan ganas itu sebagai satu 'tindakan bacul'? Sedangkan mereka
sendiripun tersasar jauh sehingga bersikap bacul juga? Orang yang
mencetuskan keganasan itu telah mengorbankan nyawa mereka untuk memenuhi
segala kepercayaan yang ada betapa bodohpun kepercayaan mereka itu.
Tetapi, bagaimana kisahnya dengan presiden Amerika yang memberikan arahan
agar rakyat yang tidak berdosa dihujani bom - sedangkan presiden itu berada
di tempat jauh daripada bahaya pengeboman itu? Apakah perkataan yang patut
digunakan untuk membayangkan tindakan mereka itu?
Bilakah kita akan sedar bahawa mengenepikan kebenaran dan fikiran waras
ketika kita diserang bahang perang akan disusuli oleh kekalahan yang sudah
pasti? Kehilangan Kebebasan yang Terakhir
Kini, seperti hakikatnya bahawa malam mengekori siang, kita akan diberitahu
agar bersedia berkorban merelakan sedikit kebebasan kita itu membalas dendam
sesuatu yang sepatutnya tidakpun berlaku.
Bilakah kita akan sedar begtapa adalah tidak masuk akal merelakan kebebasan
kita atas nama kebebasan? Apa yang patut dilaksanakan? Pertama, hentikan kerja gila. Undur dulu dan fikirkan bagaimana perkara ini
boleh berlaku. Cuba persoalkan kenapakah sebuah negara yang kaya raya dan
dipisahkan oleh dua samudera yang luas terbentang sanggup bergelumang dengan
masalah orang sehingga ada pihak yang sanggup bertindak balas pula. Kalau
kita perhatikan Switzerland yang terletak di tengah-tengah Eropah tidakpun
dikacau jembalang kerana mereka tidak menjaga tepi kain orang.
Kedua, ambil pendirian agar pemimpin kita tidak menggunakan bencana yang
melanda sebagai alasan untuk mencetuskan keganasan mereka pula terhadap
orang yang tidak berdosa, di luar negara ataupun dalam negeri sendiri,
kerana ini akan mengundang banyak keganasan lagi.
Ketiga, carilah jalan dengan menggunakan kuasa undang-undang menghalang
pemimpin kita daripada mencetuskan kerja-kerja kebinatangan yang akan
mencetuskan kemarahan terhadap Amerika. Patriotisme? Tentu ada pihak yang akan berkata artikel itu tidak patriotik dan berunsur
bukan-Amerikan - dan ini bukannya masa mempersoalkan pemimpin kita ataupun
negara kita. Bilakah kita akan sedar bahawa tanpa kebebasan dan kewarasan, memang tidak
ada semangat patriotisme? Asal: KM2 5448: When Will We Learn |