Laman Webantu (M) KM2: 5454 File Size: 7.7 Kb |
|
TAG SP 282: Kekejaman dan Keganasan Yang Menakjubkan By Robert Fisk 14/9/2001 8:55 pm Fri |
[Kita sedang menyaksikan satu peperangan yang amat dahsyat akibat sikap
dan keganasan Amerika pada masa lampau yang dahsyat juga. Mereka tidak akan
datang menyerang jika Amerika tidak campurtangan dan membunuh orang awam
yang tidak berdosa di perantauan. Serangan itu jelas ingin mengajar Amerika
agar jangan berlagak sembarangan. Amerika mampu dikalahkan hanya dengan
mengirim beberapa orang yang berani mati dan pakar merancang. Apa yang menarik
itu mampu dilaksanakan dalam tempoh yang tidak sampai satu jam lamanya...
tetapi telah menyebabkan Amerika meraung-raung sakit tidak terkira.
- Editor] (The wickedness and awesome cruelty....)
Oleh: Robert Fisk Beginilah jadinya. Keseluruhan sejarah moden Timur Tengah - keruntuhan
empayar Osmaniah, Deklarasi Balfour, pembohongan Lawrence of Arabia,
pemberontakan Arab, pembinaan asas kerajaan israel, empat peperangan
Arab-Israel dan penaklukan Israel selama 34 tahun yang ganas - semua
itu tertebus dalam bebrapa jam gara-gara tindakan berani pihak yang
mewakili masyarakat bangsa yang ditindas dan diaibkan tetapi mampu kini
membalas dendam dengan cara yang kejam dan keganasan yang menakjubkan.
Patutkah perkara ini dilakukan dan adilkah puak ini dikaitkan dengan
begitu pantas tanpa sebarang bukti, sedangkan dalam kisah kekejaman
yang dulu di Oklahoma, membuktikan bahawa itu adalah kerja jijik rakyat
Amerika sendiri? Dengan mudah sekali, Osama bin Laden mula di bibir orang; kekayaannya,
theologinya, dan juga ketaksubannya yang menakutkan kerana mahu
menghancurkan kuasa Amerika. Saya pernah duduk di hadapan Ben Laden
ketika dia menceritakan kisah orang-orangnya membantu menghancurkan
tentera Russia di Afghanistan dan Soviet Union. Keyakinan mereka yang
tiada tepiannya membolehkan mereka mengisytiharkan perang terhadap
Amerika. Tetapi ini bukannya peperangan demokrasi berlawan dengan
keganasan yang disogokkan agar dunia mesti mempercayainya dalam masa
yang terdekat. Ini ada kaitan dengan kisah peluru berpandu Amerika
yang menghunjam rumah kediaman Palestin dan helikopter AS yang melepaskan
tembakan peluru berpandu itu arah satu ambulan Lebanon pada 1996 dan
bom-bom Amerika yang meledak di perkampungan Qana. Ini juga ada
kaitannya dengan militia Lebanon - yang diupah dan memakai unifom Israel,
sekutu Amerika - yang mengganas dan merogol serta membunuh di
beberapa khemah pelarian. Tidak, memang tidak perlu diragukan, keganasan yang tidak dapat
dibayangkan terhadap apa yang telah berlaku di Amerika Syarikat. Apabila
wujudnya orang Palestin yang meraikan kematian sekitar 20,000 hingga
35,000 manusia yang tidak berdosa, dan dianggap sebagai simbol kehampaan
mereka dan juga fahaman politik yang mentah, dan kegagalan mereka untuk
memahami kenapa mereka menuduh musuh Israel mereka yang berlagak
kurang sopan. Selama bertahun mereka beretorik, dengan segala janji mahu
menyerang balas Amerika, dan mengerat kepala ular yang ganas itu, kita
menganggapnya omongan semata. Mana mungkin fikir kita, satu bangsa yang
mundur, konservatif, tidak demokratik, dan dipimpin oleh satu kumpulan
regim yang korup dan tidak bersatu, mampu merencana satu agenda yang
menjanjikan sesuatu yang di luar dugaan kita. Kini kita baru sedar
akan kebenarannya. Dalam beberapa jam selepas penghapusan semalam, saya mula tersentak
mengingatkan segala serangan luarbiasa AS dan sekutunya, yang kini
kelihatan kecil sahaja berbanding apa yang terjadi kelmarin. Lupakah
kita akan peranan beberapa pejuang jihad yang meledakkan diri mereka
dan membunuh 241 askar Amerika dan 100 komando Peranchis di Beirut
pada 23 Oktober 1983 dulu, dengan serangan yang mempunyai ketepatan
yang tidak dijangkakan? Terdapat hanya tujuh saat perbezaan antara pengeboman komando Amerika
dengan kemusnahan komando Peranchis yang berada tiga batu jaraknya.
Kemudian, berlaku pula serangan terhadap beberapa pengkalan
tentera Amerika di Arab Saudi, dan usaha tahun lalu 'yang hampir
berjaya' untuk menenggelamkan USSS Cole di Aden. Alangkah mudahnya kita
melupakan senjata baru ciptaan Timur Tengah yang tidak mampu
ditandingi oleh Amerika ataupun negara Barat: pejuang jihad yang
berani mati dengan ledakan bom yang dibawanya.
Kita boleh menjangkakan, betapa banyak usaha dilakukan untuk menyungkup
segala kesalahan dan ketidakadilan yang mencetuskan malapetaka
kelmarin. Kita akan diberitahu kisah keganasan yang dicetuskan oleh
pengganas yang tidak berotak; dengan penekanan diberikan kepada perkataan
'tidak berotak' tanpa menyedari betapa Amerika amat dibenci oleh
penduduk sebuah kawasan yang menjadi tempat kelahiran tiga agama
terbesar di dunia. Tanyalah setiap orang Arab apakah perasaannya apabila 20,000 hingga
30,000 manusia yang tidak berdosa kehilangan nayawa dan dia akan
menjawab laksana seorang yang berotak, bahawa itu adalah satu jenayah
yang besar. Tetapi, mereka juga akan bertanya balik kenapakah kita tidak
gunakan perkataan yang sama untuk memikirkan segala sekatan yang
telah menghancurkan nyawa sekitar satu juta kanak-kanak di Iraq. Kenapa
kita tidak meradang apabila sekitar 17,500 orang awam yang dibunuh
oleh Israel pada 1982 ketika menakluki Lebanon. Begitu jua segala
sebab kenapa Timur Tengah bergelora sejak awal September - penaklukan
tanah Arab oleh Israel, penyingkiran orang Palestin daripada kampung
halaman mereka, segala serangan bom dan penyemebelihan mereka oleh
tentera Israel...semua ini mesti disungkup agar tidak dijadikan alasan
kenapa berlakunya serangan kejam, kelmarin.
Orang Israel tidak boleh dipersalahkan - walaupun kita pasti Saddam
Hussein dan beberapa diktator yang lain akan membuat tuntutan itu -
tetapi pengaruh songsang sejarah dan pembabitan kita dalam segala
bebannya sudah tentu akan memihak secara terselindung dengan pejuang
berani-mati itu. Segala janji kita yang tidak tertunai, malahan peranan
kita memusnahkan empayar Osmaniah, telah menyebabkan tragedi ini. Selama
ini Amerika telah mengongkosi setiap peperangan israel sehinggakan kita
menganggapnya ia menjadi amalan yang percuma. Perkara ini sudah
berubah kini. Amerika akan bertindak untuk menyerang sesiapa yang
dianggap 'pengganas dunia'; dan serangan malam kelmarin terhadap Kabul
dianggap sebagai serangan pembuka. Malahan, siapa yang berani menuding
jari terhadap Amerika kerana penggunaan perkataan berbau perkauman
yang bererti 'keganasan'? Lapan tahun yang lalu, saya pernah membantu menghasilkan satu siri TV
memberi penjelasan kenapa ramai orang Islam yang membenci Barat.
Kelmarin saya teringatkan beberapa watak di dalam filem itu, keluarga
mereka yang hangus terbakar oleh serangan bom dan senjata buatan
Amerika. Mereka pernah menceritkan bagaimana tidak siapa yang datang
membantu mereka melainkan Allah. Theologi sedang berantakan dengan
teknologi, penyerang berani mati melawan kuasa nuklear. Sekarang barulah
kita tahu apa makna itu semua. Tamat. Terjemahan: SPAR-20 Atau http://news.independent.co.uk/world/americas/story.jsp?story=93623 |