Laman Webantu (M) KM2: 5444 File Size: 10.4 Kb |
|
TJ SP MGG: Amerika Mesti Terima Tindak-balas By M.G.G. Pillai 13/9/2001 6:04 pm Thu |
[Amerika diserang kerana sikapnya sendiri mengganas di negeri
orang. Ia perlu diajar sebab itulah WTC dan Pentagon diserang.
Itu telah memberi kekalahan moral yang amat besar kepada Amerika.
Oleh kerana tiada siapa mengaku melakukannya ini akan semakin
menyusahkan Amerika. Jika ia menyerang balas kepada pihak yang
tidak sepatutnya akan lebih binasa jadinya.... Memang bijak siapa
yang melakukan serangan semalam dan memang bijak juga kerana tidak
mengaku agar Amerika kepeningan.... (America Must Accept Retaliation) Empat buah pesawat yang dirampas oleh kumpulan yang tidak dikenali semalam,
telah dipandu untuk menghunjam menara kembar Pusat Dagangan Dunia di New
York di bahagaian perdagangan Lower Manhattan dan sebuah lagi mengenai
Pentagon (markas pertahanan) di Washington D.C. Sebuah pesawat lagi terbabas
di Pittsburg, Pennsylvania, berkemungkinan ditembak jatuh (berita terkini
menyatakan ini adalah kesan pergelutan antara perampas dengan anak kapal
yang melawan usaha menghunjamkan pesawat itu ke arah Rumah Putih -
penterjemah). Banyak nyawa yang terkorban dan ramai mangsa yang tercedera,
namun yang lebih menakjubkan ialah perancangan yang mengejutkan Amerika
Syarikat serta menghenyak keangkuhannya.
Tidak siapa yang tahu siapa yang merancang semua itu. Para pengulas A.S. dan
para pengamat telah bertindak cepat mencadangkan bahawa kumpulan fundamental
Islam seperti Osama bin Laden telah terbabit mengaibkan A.S. sejak Great
Britain menghancurkan Washington pada 1812. Ini merupakan reaksi spontan
terhadap setiap serangan penganas di bumi A.S. Satu ketika dulu, sebuah
bangunan kerajaan persekutuan di Oklahama telah dimusnahkan, dan kumpulan
fundamental Islam telah ditohmah, sebelum Timothy McVeigh seorang ahli
kumplan pelampau ditangkap dan akhinya dihukum mati tiga bulan yang lalu.
Perancangan yang bijak dan hebat itu mencuit beberapa banyak andaian lagi.
Selama ini, dalam usaha menegakkan ketuanannya untuk menjadi paling berkuasa
di dunia ini, Amerika Syarikat telah bertindak angkuh untuk mempamerkan
keganasan sesuka hati di Timur Tengah, dan Amerika Latin dan kini terpaksa
merasakan bahananya. Setiap kali ia menarik angkatan bersenjatanya
disebabkan kecelakaan yang tinggi menimpa mereka ataupun disebabkan suasana
yang mengancam ketuanan mereka, semua musuhnya, tidak semestinya kumpulan
fundamentalis Islamiah akan bertindak ganas di Amerika Syarikat. Inilah yang
telah berlaku. Kumpulan Islam Ataupun Pengganas Dadah
Tidak ada yang lebih hebat yang dapat dilakukan selain yang terjadi semalam,
dalam setiap usaha untuk melebamkan mata Amerika. Selain daripada kumpulan
fundamentalis Islam yang menjadi sasarannya, terdapat juga beberapa kumpulan
lain yang mempunyai agenda yang sama. Kumpulan 'narco-terrorists' ataupun
pengganas-dadah di Amerika Selatan dan negara lain yang sekian lama menaruh
dendam terhadap Amerika Syarikat kerana segala keganasan yang dilakukan
terhadap mereka. Mereka ini tidak semestinya beragama Islam. Osama bin Laden
mungkin merupakan seorang antara ratusan mereka yang bersedia mengaku telah
melakukan kerja-kerja semalam. Oleh kerana banyak yang berdendam itu
beragama Islam, tidak bererti kumpulan bukan-Islam tidak mungkin terlibat.
Amerika Syarikat memang 'frust' kerana tidak mampu menyerap masuk kumpulan
Muslim yang memang lama mengidam menghancurkan pengaruh hegemoninya di dunia
ini. Selama ini ia berselindung di sebalik undang-undang Amerika yang
menegah kerajaan A.S. daripada melakukan pembunuhan ke atas rakyat asing
dengan cara mendapatkan khidmat kumpulan perisik British, dan pasukan SAS
(Special Air Services - satu unit komando British - penterjemah)
melaksanakan kerja ganas itu. Demikian laporan seorang pakar risik di CNN
pada pagi ini. Ini bererti Amerika merelakan pasukan sekutunya memegang
senapang yang sudah berasap. Sesiapa sahaja yang merencana peristiwa semalam tentu telah membuat
pendirian bahawa selagi kegaganasan sejagat itu tidak dilakonkan di bumi
Amerika Syarikat sendiri, iaitu di Washington DC, tidak ada perubahan yang
boleh diharapkan. Sudah menjadi satu amalan A.S. selama ini bertindak balas
setiap kali salah satu pangkalan perangnya diserang, dengan sengaja
menyerang kediaman awam di negara yang mahu diserangnya itu, seperti apa
yang dirasakannya sendiri semalam. Apabila keganasan menjadi sebahagian
dasar awam, seperti yang diamalkan oleh A.S. sudah semestinya ia menerima
pula tindak-balas yang sama caranya. Kehidupan manusia tidak bergiat dalam
satu kelompongan, dan keimbangan kegaganasan, seperti yang disebut oleh
Henry Kissinger, adalah satu kesan tindak-balasnya yang tidak dapat
dielakkan. Penduduk New York dan Washington D.C. telah bertindak dan merasakan persis
yang ditanggungi oleh penduduk di Tripoli, Baghdad, Khartoum, setiap kali
mereka diserang oleh pengebom Amerika Syarikat, seperti pengeboman yang
berlaku semalam. Ini bukannya satu pertembungan antara demokrasi melawan
totalitarianisme, tetapi ia merupakan satu hambatan keganasan rasmi dengan
keganasan yang tidak rasmi. Dalam usaha untuk menegakkan segala
kepentingannya di dunia ini, Amerika Syarikat bertindak-balas dengan
bermacam cara. Apabila ia membuat keputusan bahawa Osama bin Laden yang
terlibat, Afghanistan dan beberapa negara lain yang terlibat dengan kegiatan
Osama Laden boleh menjangkakan kemunculan balasan dendam kesumat Amerika.
Perdana Menteri Mahathir Mohammad yang membatalkan jadual lawatannya ke
Britain tidakpun berlembut dengan kenyataannya. Tetapi, kenyataannya itu
tidaklah begitu berbisa apabila dibandingkan dengan kata-kata Lee Kuan Yew
ketika mengadakan lawatannya di Kuala Lumpur dulu, bahawa kumpulan Islamiah
harus ditakuti dan dinyahkan kerana keenggangan untuk menerima norma
demokrasi. Keadaan sebenar adalah lebih daripada itu. Apabila jatuhnya kegemilangan
Soviet Union, keghairahan Amerika Syarikat untuk mengungguli kuasanya di
dunia ini telah disekat oleh dunia Islam yang tidak bersedia membenarkan
gelagat rakus Amerika itu. Demikianlah, walaupun tidak ada sesiapa yang
menyebutnya akan kesinambungan perjuangan Krused Pope Urban II yang bermula
pada 1089. Tetapi, pandangan Judea-Kristian terhadap tamadun Barat telah
dicabar oleh dunia Islam. Inilah sahaja cabaran yang serius sekarang ini
ketika negara-negara Islam terus dimomokkan secara biasa. Mereka bersalah
semuanya sehinggalah apa yang dikatakan kesalahan dibuktikan sebagai satu
kesilapan. Islam Yang Dimomokkan Kita tidak mencadangkan bahawa laporan awal adanya pembabitan kumpulan
fundamental Islamiah dalam serangan ganas itu adalah satu perkara yang tidak
benar. Cuma kita mengandaikan pembabitan mereka sehinggalah siasatan
menunjukkan perkara yang berbeza. Perkara ini bukannya terhad kepada Amerika
Syarikat, Singapura dan kini Malaysia pula membuat tohamahan itu sebagai
satu dasar pemerintahan. Betapapun tragisnya serangan di New York dan Washington D.C. mangsa
kecelakaan di Amerika hasil serangan rawak itu adalah lebih besar daripada
sebarang taksirannya. Cuma terdapat perbezaan di sini. Ketika Peperangan
Vietnam dulu terdapat 50,000 nyawa yang terkorban di Vietnam, dan ini
dianggap setakat 10 persen daripada jumlah kemalangan di jalanraya. Namun,
ia sudah memadai untuk memaksa Amerika Syarikat memanggil pulang askarnya.
Begitulah, Amerika terpaksa menarik balik anggota tenteranya di Timur Tengah
apabila askarnya terbunuh dalam serangan rambang. Ia menarik balik bala
tenteranya di Yugoslavia apabila Nato melancarkan serangan pengeboman selama
79 hari sehingga memusnahkan kedutaan China di Belgrade.
Tidak ada sesalan mahupun kemaafan. Namun suara membalas dendam yang
kedengaran di Kongres dan di banyak tempat yang lain semalam, adalah satu
sahutan kepada satu ketakutan akan munculnya lagi serangan yang serupa
kalau-kalau orang awam ditempat lain akan dimusnahkan oleh serangan bom
Amerika untuk menyebarkan perasaan takut itu. Soalnya dalam peperangan yang
tidak ada ketentuan siapa penyerangnya yang sanggup melintas garis sempadan,
segala kecelakaan dan kemusnahan sudah dilakukan di halaman rumah tangga
sendiri. Kalaulah Washington bertindak untuk menyerang musuhnya sebagai
membalas dendam, ia seharusnya menjangkakan tindakan balas yang serupa.
Balasan itu tidak semestinya datang daripada kumpulan fundamental Islamiah
ataupun negara Islam yang dianggap liar.
Sebenarnya banyak lagi rahsia yang terselindung di sebalik segala kejadian
di New York dan Washington D.C. itu. Seorang pengamat pertahanan India (sila
baca Perang Dunia III - Peperangan Awam Sejagat) berkata; kejadian semalam
ialah sebahagian peperangan awam sejagat yang merupakan Perang Dunia III.
Dia berkata bahawa Setiausaha Negara Puan Madeleine Albright, pernah
menyebut betapa kalau Perang Dunia Pertama berlaku selama empat tahun dan
Perang Dunia Kedua selama enam tahun, peperangan yang ini mungkin
berpanjangan lebih lama lagi. Andaian ini mungkin satu khayalan, tetapi
mungkin juga ada kebenarannya. Terjemahan: SPAR-01-1621 Asal: KM2 5440: MGG: America Must Accept Retaliation |