Laman Webantu (M) KM2: 5443 File Size: 16.0 Kb |
|
TAG SP 280: Perang Dunia III - Satu Peperangan Awam Sejagat By Col. (R) Joseph Thomas 13/9/2001 4:56 pm Thu |
[Ramai berpendapat Perang Dunia (PD) ke III sudah lama bermula - cumanya
ia sedikit berbeda dari perang-perang sebelumnya. Selepas kejatuhan komunis
Rusia, Amerika sudah naik lemak. Ia sudah menjadi terlalu angkuh seolah-olah
tidak mampu disentuh. Memang sukar untuk menjatuhkan Amerika di medan perang
tetapi ia akan lumpuh jika di serang di lapangan awam. Itulah yang telah
dilakukan pada Sept 11 - sebagai satu pengajaran. Tapi Amerika nampaknya
masih tidak faham. (World War III - a Global Civil War) Oleh: Col. (R) Joseph Thomas - India. Perang Dunia Ketiga sudahpun bermula, cuma kita tidak berapa
mempedulikannya. Ini merupakan satu perperangan yang berbeza pada yang dulu
dan kita memang tidak bersedia menghadapinya. Perang Dunia Pertama memakan
masa empat tahun, yang kedua memakan masa enam tahun. Berapa lama agaknya
yang ini akan berterusan? Berbeza denan PD I dan II, yang ketika ini adalah berbentuk perang awam
sejagat. Yang berperanan kini ialah Amerika Syarikat dan Israel di satu
pihak dengan Britain berada di garisan pemerhati. Kumpulan 'pemberontak'
adalah pelbagai kumpulan fundamental Islamiah. Kedua-dua pihak menggunakan
keganasan sebagai senjata utama dan dengan itu kedua-dua pihak adalah
kumpulan pengganas yang kejam dan bersikap fanatik dalam menetapi sasaran
perang masing-masing. Kedua-dua pihak menganggap peperangan ini sebagai satu
bentuk berjihad. Kumpulan yang memerintah di A.S. beranggapan bahawa sudah menjadi hak mereka
setelah lahir dulu, untuk memerintah planet ini. Mereka pernah menjalani
satu kempen yang panjang mengharungi 'Perang Dingin' terhadap bekas Soviet
Union dan sekutunya. Akhirnya mereka berjaya memusnahkan Soviet Union dengan
memacu perlumbaan senjata. Inlah yang menghenyak ekonomi Soviet sehingga
memusnahkan matawang Rouble dan menyebabkan penduduknya bertukar selera
kepada dollar. Kini, lebih $22 bilion (dollar) sedang berlegar di Russia.
Ini merupakan satu pinjaman tanpa faedah kepada Amerika Syarikat yang jauh
lebih besar daripada pinjaman yang diberikan oleh IMF, A.S. dan negara
Eropah. Inilah beban besar Russia yang menghenyaknya dan tidak mungkin dapat
meringankan masalah mereka untuk satu masa yang panjang.
Dengan terhapusnya musuh besar, Amerika Syarikat perlu mewujudkan momokan
baru untuk membolehkan segala senjata perang digunakan. Musuh baru telah
diwujudkan di Iran, Iraq, Libya dan dengan beberapa kumpulan fundamentalis
Islamih. Kumpulan ini sengaja dimomokkan dan diacah dengan segala cemuhan
melalui media massa sejagat yang telah lama dikuasai. Setiap tindakan
'membalas dendam' terhadap sesuatu puak, diganti dengan cepat oleh musuh
yang baru pula. Kerana itu, pengeboman orang awam di Libya disebut sebagai
'tindak-balas' sedangkan kejadian mensabotaj sebuah pesawat Amerika disebut
sebagai 'keganasan'. Dalam sejarah, empayar yang termasyhur dan berjaya telah diwujudkan
berasaskan persahabatan. Contoh terbaik ialah empayar Roman dan British yang
memberi hak kerakyatan yang sepenuhnya kepada puak yang telah ditakluk.
Inilah yang telah mewujudkan satu masyarakat komanwel yang dapat berkekalan.
Malangnya, Amerika telah memilih cara Israel yang mengamalkan keganasan
sebagai dasar pemerintahannya. Israel telah hidup dalam keadaan perang
saudara sejak enam dekad yang lalu. Inilah keadaan hidup yang tidak stabil
dan memerlukan kos yang tinggi. Pasukan pemikir Amerika telah memilih amalan
ini sebagai satu dasar untuk menegakkan kuasa di dunia ini.
Amerika mempunyai segala kemudahan kepada kecanggihan peralatan berteknologi
tinggi seperti peluru berpandu. Angkatan tenteranya digembleng di setiap
penjuru planet ini. Pasukan tentera laut, komando dan angkatan udarannya
memang kuat, berdisiplin dan hebat. Ramai anggota tenteranya memang fanatik.
Sebaliknya kumpulan fundamentalis adalah kumpulan yang bebas dan tidak
diselaraskan. Pada pandangan sipi nampak sangat perjuangan mereka itu tidak
seimbang. Bagaimana mungkin kumpulan yang tidak bersatu mampu mengganyang
satu kuasa ketumbukan yang tersusun, kuat dan mempunyai kecanggihan
persenjataan berteknologi tinggi da dua faktor dalam hal ini:
1. Tujuan Amerika ialah ketuanan global. Puak fundamentalis hanya mahu
mnyekat nafsu itu. Satu strategi menghindarkan itu adalah lebih mudah
daripada segi pertumpahan darah dan kosnya.
2. Amerika mempunyai satu kelemahan yang ketara. Mereka tidak mampu dihenyak
masalah kemalangan. Rakyat Amerika amat benci melihat ketibaan keranda yang
membawa mayat pejuang mereka pulang. Kemudahan TV yang terkini, menyiarkan
semua peristiwa ini terus ke ruang rehat di rumah mereka. Kemalangan dalam
peperangan Vietnam merupakan 10% daripada jumlah kematian di jalanraya
Amerika, namun orang Amerika sudah ghairah mahukan mereka dibawa pulang.
Kalau puak fundamentalis mampu mencederakan hanya 1% daripada bencana yang
mereka sendiri turut alami, bererti kemenaangan memihak kepada mereka.
Malapetaka ini tidak semestinya ditanggung oleh para pejuang mereka, kerana
sebarang sasaran sudah pun memadai.
Perang Dunia Ketiga telah diisytiharkan pada Ogos 1998. Selepas kejadian
kemusnahan kedutaan Amerika di Kenya dan Tanzania, Madeleine Albright telah
mengisytiharkan perang itu. AS kemudiannya telah menggugurkan bom
menggegarkan bumi Afghanistan dan Sudan. Osama bin Laden ialah seorang lagi
pemimpin kumpulan fundamentalis. Dia adalah seorang yang dikatakan sebagai
pelarian Arab Saudi dan amat popular di dunia Arab kerana ketegasannya
mahukan sekitar 5,000 anggota tentera Amerika keluar daripada bumi Arab
Saudi. AS pernah menuduh Osama bin Laden merancang serangan terhadap tentera AS di
Arab Saudi pada 1995 dan 1996, dan pengeboman kedutaan Amerika di Kenya dan
Tanzania pada 1998. Pasukan FBI Amerika telah menyenaraikan nama Osama bin
Laden di bahagian teratas dengan menawarkan hadiah $US5 juta kepada sesiapa
yang dapat memberikan maklumat sehingga tertangkapnya Osama. Sebaliknya
Osama bin Laden telah mengisytiharkan perang jihad terhadap Amerika
Syarikat. Dia berkata, "AS telah menceroboh bumi kita dan menaklukinya, dan
merompak milik orang Islam, dan apabila mereka menghadapi penentangan,
mereka menganggapnya sebagai 'keganasan'. Kami percaya adalah satu
tangggungjawab agama kita untuk menentang penaklukan ini dengan segala
kekuatan kita dan mendera penentang ini dengan menggunakan cara yang sama
mereka gunakan terhadap kita.' Di Arab Saudi, keluarga diraja Saud menganggap Osama bin Laden sebagai satu
ancaman. Sesiapa yang ditangkap memiliki risalah terbitan Osama akan
ditangkap dan dikenakan penjara selama enam bulan. Namun, dia terus dikagumi
oleh sebahagian besar rakyat Arab Saudi dan wawancaranya yang terbaru di TV
telah ditontoni oleh ramai orang. Pengeboman Iraq yang berterusan telah dilakukan tanpa sebab ataupun sebarang
provokasi. Masyarakat dunia sudah tidak lagi ambil kisah akan amalan jijik
ini. Pengeboman Yugoslavia yang baru dilaksanakan oleh Amerika menunjukkan dasar
hegemoni yang sebenar. Ini membawa andaian bahawa Amerika Timur dan Amerika
Selatan adalah dianggapnya laksana halaman Amerika sahaja. Inilah kawasan
yang dikuasai oleh AS sahaja. Eropah dikongsi pula dengan NATO dan AS
mempunyai peranan ketuanan dalam pertubuhan itu. Hanya di Afrika dan Asia
dibenarkan kepada PBB memainkan peranannya, itupun tertakluk kepada
putar-belit kepentingan AS. Di Yugoslavia, NATO campurtangan dalam perang saudara dan melancarkan
serangan bom selama 79 hari. Russia dan juga China tidak mampu membantah
peranan NATO yang mengenepikan kuasa PBB di situ. Satu pasukan ketenteraan
NATO telah memasuki wilayah Kosovo di Yugoslavia. Walaupun ada satu bantahan
awal Russia dan kehadiran anggota awam PBB di situ, itulah sahaja bantahan
yang termampu ditunjukkan oleh Russia dan Yugoslavia untuk menjaga airmuka
daripada diaibkan. Adalah satu perkara biasa kalau seseorang panglima perang membuat persiapan
untuk peperangan yang baru selesai. Tidak siapa yang pernah memikirkan akan
Perang Dunia III, kerana terdapat banyak perbezaan dalam konsep dan
perwatakannya berbanding peperangan yang lalu. Malahan pengamat di kerusi
empuk telah terlepaskan ledakan perang dunia ketiga itu. Semua pertanda
menunjukkan betapa Perang Dunia ketiga akan memakan masa yang lebih lama
lagi berbanding peperangan sebelumnya. Bersedialah untuk masa yang panjang
itu. Catatan Penterjemah: Sebenarnya sudah ada sebuah buku bertajuk 'The Third
World War' karangan General Sir John Hackett & others. Buku ini adalah
terbitan Sphere Books Limited London. Mereka meramalkan Perang Dunia III
bermula pada 1985.) Terjemahan: SPAR-20 Asal: This article was forwarded to me by a friend. It came originally from a
retired Colonel in India - Col. Joseph Thomas within hours after the
attack on America. - MGG Unlike WW I and WW II, the third war is a global civil war. The
status quoists are the United States and the Israelis with
Britain on the sidelines. The "rebels" are various Muslim
fundamentalist groups. Both sides use terror as their primary
weapon and hence both sides are terrorists. Both sides are
ruthless and fanatic in the pursuit of their aims. Both sides
look on the war as a crusade. The US ruling circles believe it is their birthright to rule the
planet. They undertook a long and bitter campaign - the "Cold
War" -- against the former Soviet Union and its allies. They
finally broke the Soviet Union by intensifying the arms race. The
Soviet economy collapsed under the strain. The resultant loss of
confidence in the Rouble impelled its citizens to exchange it for
dollars. Today over $ 22 billion circulates in Russia. These $ 22
billion represents an interest free loan to the United States and
far exceeds all the loans extended by the IMF, US and Western
nations. It is a crushing burden which has broken Russia's back
and which cannot be lifted for a long time.
With no major enemies left the United States needed new demons to
justify its vast war machine. New enemies were invented in Iran,
Iraq, Libya and Muslim fundamentalist groups. Being in control
of the world's media it was quite easy to demonise and antagonise
them. Swift "reprisals", often against unrelated groups, created
new enemies. Thus, the bombing of civilians in Libya was termed
a "reprisal" while the sabotage of an American airliner was
called "terrorism." The long lasting successful empires in history have been based on
partnership. The best examples are the Roman and British empires
that gave full citizenship rights to conquered people. They
created commonwealths that endured. The Americans, however, have
chosen the modern Israeli policy of using terror as a State
policy. Israel has lived in a state of civil war for the past
six decades or more. It is an unstable equilibrium with heavy
costs. American opinion makers have, in their wisdom, chosen to
apply this policy on a global scale. The Americans have access to high tech gizmos like Cruise
Missiles. Their armed forces are deployed all over the planet.
Their navy, marines and air force are powerful, disciplined and
strongly motivated. Many of its members are fanatics. The
fundamentalists are a loose, unco-ordinated group. At first
glance it would appear that the struggle is unequal. How can
disparate groups take on powerful, well organised, high tech
forces ? There are two factors : 1. The Americans aim is global domination. The fundamentalists
only want to prevent this. A denial strategy is far cheaper in
blood and treasure. 2. The Americans have an Achilles Heel. They cannot absorb
casualties. The American public abhor the sight of coffins being
brought home. Modern TV brings such pictures right into their
living rooms. Their fatalities in the Vietnam conflict were less
than 10 % of the toll on their roads but it was enough to call
the boys home. If the fundamentalists can impose even 1 % of the
casualties that they themselves suffer, they win. These
casualties do not even have to be against combatants - any soft
target will do. World War III was officially declared in August 1998. After the
bombing of US embassies in Kenya and Tanzania, Madeleine Albright
declared war. The US then bombed Afghanistan and Sudan. While
the target in Afghanistan was the camp of Osama Bin Laden who may
have had some connection with the Kenya/Tanzania bombing, Sudan
was totally unrelated. Mohammed Omar, leader of the Taliban in
Afghanistan, declared war. He has promised an answer to American
bombing of Afghanistan and Sudan. Osama Bin Laden is another
leader of the fundamentalist groups. He is an exile from Saudi
Arabia and is very popular in the Arab world for his consistent
demand for the eviction of the estimated 5,000 US servicemen in
Saudi Arabia. The US has accused Bin Laden of masterminding the attack on US
forces in Saudi Arabia in 1995 and 1996 and also the bombing of
the US embassies in Kenya and Tanzania in 1998. The US FBI has
put Bin Laden on its"ten most wanted" list and offered a $ 5
million reward for information leading to his arrest. On his
part Bin Laden has called for a holy war against the United
States. He says that the US "violate our land and occupy it, and
steal the Muslim's possessions, and when faced by resistance,
they call it terrorism. We believe it is our Islamic duty to
resist this occupation with all our force and punish the
aggressor with the same means he uses against us."
In Saudi Arabia, the ruling Saud family see Bin Laden as a
threat. Anybody caught with Bin Laden leaflets is sentenced to
six months in prison. Nevertheless he remains popular with major
sections of the Saudi population and his recent TV interview was
keenly watched. Repeated bombing of Iraq continues for no good reason or
provocation. The world community now hardly takes notice of this
practice. With the recent bombing of Yugoslavia the contours of the
American hegemonic policy has become even more clear.
Essentially it means that North and South America are to be
treated as the US backyard. It is policed and dominated by the
US who rule the roost. Europe is shared with NATO though the US
is the paramount power within NATO. Only in Africa and Asia is
the United Nations allowed a role but even that is subject to
there being no vital US interests. In Yugoslavia, NATO intervened in a civil war and imposed its
will through a 79 day bombing campaign. Neither Russia nor China
have been able to oppose NATO's usurpation of the UN's role. A
NATO occupation force has moved into the Kosovo province of
Yugoslavia. There is a token Russian military and civilian UN
presence and this is the only concession that Russia and
Yugoslavia have been able to salvage to soothe their pride.
It is well known that generals always prepare for the previous war. Nobody has given thought to World War III because it is entirely different in concept and character to previous world wars. Even the armchair strategists have missed the opening of World War III. All the indications are that World War III will last longer than the previous two. Be prepared for the long haul. |