Laman Webantu (M) KM2: 5441 File Size: 9.1 Kb |
|
WTC: Mahathir Rupa-rupanya Takut Mati? By Man Kubur 13/9/2001 12:35 am Thu |
MAHATHIR RUPA-RUPANYA TAKUT MATI?
Apabila Mahathir membatalkan lawatannya ke Eropah akibat tragedi di A.S.
nampak jelas wira dunia ketiga ini rupa-rupanya takut mati. Mahathir sudah
terjebak akibat mulut celuparnya menuduh bukan-bukan kepada Islam dan Osama
Bin Laden dalam isu KMM. Tuduhan sebegini jugalah yang menjadi tabiat
Amerika yang kini menerimalah padahnya. Bulan lepas Dollah Badawi mengatakan
Malaysia adalah pusat kegiatan pengganas. Bukankah ini kenyataan dungu yang
akan merbahayakan negara jika A.S. bertindakbalas?
Sekarang barulah sedar betapa hapraknya membina bangunan yang tinggi-tinggi. Lihatlah bagaimana manusia terjun 'bunuh diri' dari WTC kerana sudah tidak sanggup menderita dibaham runtuhan konkrit dan disambar bebola api. Kita petik beberapa lapuran laman web terkemuka dunia mengenai tragedi ini:-
Apa yang menarik, Menara Petronas menganjurkan latihan kecemasan olok-olok
mengosongkan bangunan hari ini... Sepatutnya pemimpin negara ini sudah lama
mengambil iktibar dari tragedi Highland Towers. Malah sebelum ini bangunan
WTC itu pernah dilanggar oleh pesawat tentera Amerika sendiri kerana tidak
nampak akibat kabus. Sebentar tadi satu panggilan bom menyebabkan semua
mengosongkan bangunan tertinggi dunia itu. Tercungap-cungapklah kakitangan
Petronas turun tangga yang berpuloh-puloh tingkat itu. Nasib baik tidak
ada yang mati walaupun rasa marah membuak-buak di dalam hati.... Apa
perlunya Petronas membina bangunan sebegitu tinggi kerana terlalu sukar
untuk menyelamatkan diri. 18 minit (di WTC) tidak cukup untuk turun lari
dari puncak kalau tidak cukup kekuatan stamina.
Ramai pemerhati menyifatkan serangan kali ini telah dirancang dengan
teliti dan mereka yang memandu kapalterbang itu memang pakar. Ini
adalah kerana mereka mampu menyasarkan kedua-dua menara WTC dengan
begitu tepat sehingga para penyelamat juga terperangkap dan bertempiaran
lari. Manakala pesawat yang menuju ke Pentagon pula mematikan 'transponder'nya
agar ia tidak dapat dikenali. (Transponder adalah alat yang memberitahu pusat
kawalan identiti kapalterbang) Sebaik sahaja kedua-dua bangunan itu terbakar sistem komunikasi selular
A.S. terputus dan penerbangan dalam negeri dihentikan. Sekaligus ini
menyebabkan huru-hara kerana ramai terkepung tidak dapat keluar. Rakyat
Amerika terpaksa bergantung kepada radio kecil untuk mengikuti perkembangan
semasa kerana internet sudah sesak manakala talian talifon banyak yang
terputus. Kita meramalkan ramai rakyat Amerika akan memarahi presiden Bush juga
akhirnya kerana campurtangan dan menyibuk di negara yang tidak sepatutnya.
Bush sebenarnya tidak mampu menjaga keselamatan rakyat Amerika walaupun
sudah diberi amaran beberapa kali. Amerika mahu menjadi polis dunia
tetapi tidak mampu menjamin keselamatan rakyatnya sendiri. Pesawat kedua
yang menggodam WTC itu tiba 18 minit kemudian tetapi apa yang telah pakar
tentera Bush lakukan? Mereka seperti tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya
mampu memandang!! Memang simbolik serangan yang dilakukan itu kerana WTC di New York
adalah merupakan pusat dagangan dan kewangan A.S manakala Pentagon
adalah pusat strategik ketenteraan dan kerajaan. Jangan lupa baru-baru
ini Amerika dan Israel memulaukan sidang anti perkauman dunia. Tragedi
ini telah menjawab beberapa keangkuhan Amerika. Kita tertunggu-tunggu
bila pula sesuatu yang mengemparkan akan tiba menjawab keangkuhan Mahathir
pula. Hamas menyangkal ia terlibat manakala Osama Bin Laden turut
menafikan beliau terbabit. Osama berkata lebih kurang begini:
"Sesuatu yang diserang itu selalunya akan bertindakbalas termasuklah
haiwan. Oleh itu jika tidak mahu diserang, jangan menganggu atau membuat
kacau di negeri orang" Apa yang menarik dalam isu ini ialah musuh itu masih belum diketahui
sesiapa.... Amerika suka bermain api, mengusik tepi kain orang dan
menjolok sarang tebuan - sekarang rasalah percikkannya.... Lain kali
jangan bermain di negeri orang dan jangan suka menyalahkan orang kerana
sejarah menunjukkan gergasi pun boleh tumbang dan kata-kata itu akan
berpatah balik ke belakang. Malaysia's Petronas Towers evacuated after bomb scare
KUALA LUMPUR (Reuters) - Malaysia's twin Petronas Towers, the tallest
building in the world, were evacuated on Wednesday after a bomb scare,
police said. The evacuation, initially described as a safety drill, followed a series of
terror attacks which killed thousands in the United States and destroyed
the twin towers of New York's World Trade Center.
"It's a real check," Police Chief Inspector Azly Zakaria said, adding that
police were searching the building. "We received a phone call from the KLCC (Kuala Lumpur City Centre in the
twin towers) at 8.30 a.m. and the caller said the bomb would explode at 9."
He said the call had been traced to a public phone booth but that the
caller had given no details. Office occupants calmly abandoned the buildings, the work place for 6,000
people, and a search was still under way late in the morning.
At 1,483 feet (452 metres), the joined Petronas Towers in the capital Kuala
Lumpur is the tallest building in the world.
http://www.guardian.co.uk/worldlatest/story/0,1280,-1164895,00.html
Wednesday September 12, 2001 5:10 AM KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) - The world's tallest buildings, Kuala Lumpur's
Petronas Twin Towers, were evacuated Wednesday morning following a bomb
threat. The threat came during morning working hours, some 12 hours after terrorists
attacked the World Trade Center in New York and the Pentagon in Washington.
Police confirmed that a threat had been phoned in from a public telephone to
Petronas' building management about 8:30 a.m. and that the caller said that a
bomb would explode at 9 a.m. Police said that people would be allowed to return to work once the building was
declared safe. Police officials said that no chances were being taken in the wake of the attacks
in New York and Washington, where a hijacked jetliner was also crashed into the
Pentagon. Workers and witnesses said that thousands of people in both the 1,483-foot
towers were told to leave the buildings. When they reached the ground, they
were told there had been a bomb threat.
``We were told on the P.A. system that there was an emergency situation at the
towers, so we were asked to evacuate,'' said Tarajit Singh, a finance supervisor
for Petronas, the national oil company.
``We had to walk down and leave the building,'' Tarajit said. ``I walked down 58
floors. Only those who were sickly or expecting got to use the elevators.''
About 2,000 people milled around the wide esplanade and park around the building. Police and fire crews were on standby. |