Laman Webantu (M) KM2: 5434 File Size: 5.6 Kb |
|
MMMM: 6C Pra Edisi - Mengenal Yakuza By Oldmind 12/9/2001 7:27 pm Wed |
Pra-edisi MMMM Bab 6 B/C: YAKUZA Asal: http://w1.313.telia.com/~31302275/yakuza6.htm
Ada dua jenis yakuza: bersuku-kaum dan juga yakuza bebas
Yakuza Bebas Mereka ini adalah anggota bawahan sahaja yang tidak membuat jenayah berat.
Cuma menjadi anggota kumpulan pengacau sahaja.
Namun mereka tidak bebas bergerak ataupun masuk penjara kerana kumpulan yang
bersuku kaum mempunyai kawasan kawalannya sendiri, dan sentiasa memberi
maklumat kepada polis kalau-kalau ada jenayah yang mahu dilakukan oleh
yakuza bebas itu. Kalau yakuza bebas itu membuat banyak kutipan wang, dia akan dibunuh ataupun
dinyahkan oleh kumpulan yang lebih tersusun itu.
Namun, yakuza bebas ada juga peranan sendiri untuk melakukan sesuatu yang
tidak diminati oleh yakuza bersuku kaum itu. Kerja itu selalunya dilakukan
dengan bayaran upah yang tertentu. Seorang anggota yakuza bebas kerap juga
dijadikan kambing hitam untuk mengaku kerja dan kesalahan yang dilakukan
oleh kumpulan yang tersusun. Seorang yakuza bebas yang pintar akhirnya
mempunyai kumpulannya yang tersusun yang dipimpinnya sendiri.
Yakuza yang bersuku kaum adalah laksana kumpulan mafia. Mereka tersusun
laksana satu keluarga masyarakat Jepun. Ketua kaum digelar Oyabun, dan di
bawahnya adalah anak-anaknya (Wakashu) dan adik-beradiknya (Kyodai).
Anak-anak itu dan adik-beradik itu bukanlah mempunyai talian darah
dengannya, tetapi demikianlah struktur organisasi yakuza itu.
Semua anggota sesuatu suku kaum itu mengikut arahan seorang Oyabun dan dia
pula bertanggungjawab melindungi mereka daripada sebarang bahaya. Kuasa
Oyabun diangap amat besar kerana semua anggota bawahan mengikuti arahannya
walaupun itu bermakna menggadaikan nyawa.
Asal: http://w1.313.telia.com/~u31302275/yakuza7.html
Kepimpinan Yakuza Di bawah seorang OYABUN ada beberapa penasihat yang bernama 'saiko-komon'
yang lengkap dengan satu barisan kakitangan yang menjalankan tugas sebagai
peguam, akauntan, setiausaha dan beberapa orang penasihat pula. Saikomono
mempunya kumpulan samseng yang tersendiri.
Kumpulan biasa yakuza disebut 'Wakashu' dan ketua mereka disebut
'Waka-gashira'. Taraf Wakagashira ialah satu takuk di bawah Oyabun, tetapi
dari segi kuasa sahaja, dan bukan dari segi pangkat. Peranan Wakagashira
ialah mengawasi segala arahan Oyabun itu dilaksanakan.
Kumpulan Wakashu mempunyai pemimpinnya sendiri yang dianggap 'anak' kepada
Oyabun. Dengan cara ini setiap kumpulan Oyabun itu adalah satu kumpulan
manusia yang hidup laksana satu keluarga besar.
Di kalangan Oyabun pula mereka mempunyai satu persyarikatan bernama Kyodai.
Ketua mereka digelar Shatei-gashira yang mempunyai pangkat yang sedikit
tinggi daripada Wakagashira dari segi pangkat tetapi dari segi kuasa, mereka
adalah sama sahaja. Kyodai inilah yang mempunyai 'anak-anak' sendiri dan
anak ini mempunyai kumpulan bawahan yang dianggap 'adik' ataupun (Shatei)
Semua kumpulan mengikut arahan pemimpinnya. Selalunya mereka perlu mendengar
arahan seorang Oyabun. TATTOO Tatu (tattoo) adalah pakaian biasa setiap yakuza yang menganggpnya sebagai
hiasan. Selalunya yang mereka lakar di badan itu adalah lambang kumpulan
samseng mereka.
Sejarah menghiasi badan dengan tatu itu dibuat pada awalnya oleh kumpulan
Bakuto. Selalunya mereka lakar satu gelang hitam di lengan sebagai tanda
kejahatan yang terlaksana. Akhirnya tatu menjadi satu lambang kekuatan diri kerana ia memerlukan 100
jam hanya untuk melakar pelbagai lukisan di bahagian badan. Lambang lakaran
itu adalah satu contoh seseorang itu tidak bersedia mengikut peraturan yang
ditetapkan oleh masyarakatnya. Kini, ia dijadikan satu usaha untuk
menunjukkan kumpulan yang dianggotai oleh seseorang.
YUBITSUME Yubitsume ialah satu perilaku mengerat sebahagian jari untuk dikirimkan
kepada Kumicho. Ini adalah satu lambang meminta maaf kerana sesuatu
kesilapan. Dan ia juga sebagai satu pengganti agar salah seorang 'anak' yang
tersilap itu dimaafkan. Apabila anda telah melakukan sesuatu yang melanggar kehendak seorang
Kumicho, anda ambil satu alat tajam seperti pisau dan mengerat hujung jari
anda dan membungkusnya dengan kertas dan mengirimnya kepada Kumicho sambil
meminta maaf darinya.
Itu sebabnya kita dapat lihat ada anggota yakuza mempunyai jari yang kudung
sebahagiannya. Tetapi kalau kesalahan itu berat, tidak ada sebab kumpulan
itu tidak membunuh anggota yang dianggap berpaling tadah itu.
Inilah perbuatan yang dimulakan oleh Bakuto. Ketika itu sesiapa yang gagal
membayar hutang perjudiannya, dia terpaksa memotong hujung jarinya dan
sekaligus mencacatkan usahanya memegang pedang. Ini mencetuskan masalah yang
lebih besar lagi kerana perjudian tidak dibenarkan pada waktu dulu di Jepun.
Terjemahan: SPAR |