Laman Webantu (M) KM2: 5432 File Size: 26.9 Kb |
|
RPN: Ada Gendang Adalah Tarinya By Marhain Tua 12/9/2001 5:07 pm Wed |
[Terbitan semula dari laman Reformasi Pendidikan Negara)
untuk rencana MMMM yang seterusnya Pandai atau tidak Mahathir menguruskan ekonomi dapat dibaca dari sejarah
kariernya. Jika projek kecil pun boleh lingkup bagaimana dia mampu membina
projek yang lagi besar dan lebih gila?
- Editor] Hello, Orang Jakarta !!!! Pada 9 Mac 2000 ini, Jakarta akan menyambut ketibaan seorang pemimpin
terulung dunia ketiga atas pelawaan presiden mereka yang keempat.
Orang Melayu, terutama sekali ahli-ahli UMNO haruslah mengambil iktibar
betapa sibuknya pemimpin ulung mereka yang bernama Dr. Mahathir bin
Mohammad sekarang ini. Dia amat sibuk sekali sedangkan usianya itu tidak
memungkinkan dia boleh bertahan lama menguruskan perkara kehidupan yang
berat-berat. Mahathir, pada umur tujuh puluh lima tahun - yang melebehi
12 tahun umur Nabi Muhammad (saw) ketika beliau wafat - kerap
mencetuskan emosi yang kerap berantakan. Semakin terserlah kini betapa
beliau yang semakin terkenal dengan panggilan MAHAFIRAUN sudah kerap
sangat menunjukkan ciri-ciri 'nyanyok' dan 'gila'. Yang paling ketara
sekali, beliau kerap menonjolkan ciri-ciri ingat dan lupa.
Akhbar South China Morning Post, (terbitan Sabtu) ada membuat laporan
betapa Mahathir akan melawat Indonesia, selama dua hari bermula 9 Mac
ini. Beliau akan ditemani oleh beberapa pegawai tinggi kerajaan dan juga
sektor awam "untuk memberi nasihat kepada Presiden Abdurrahman Wahid
tentang kaedah membangunkan ekonomi Indonesia." Laporan SCMP itu adalah
satu petikan daripada agensi berita Malaysia jua.
Ketibaan Menteri Luar Indonesia Alwi Shihab pada Isnin yang lalu untuk
mengundang Mahathir ke Indonesia adalah pelengkap teka-teki kenapa
perlunya beliau bertolak ke Jakarta sedangkan sapina mahkamah yang
membicarakan Anwar Ibrahim sudah lama menantinya. Rupanya, ekonomi
Jakarta begitu teruk sekali sehinggakan Mahathir diminta menerima
jemputan Gus Dur itu secara tergesa-gesa.
Sebagai rakyat Malaysia kita tentu bangga apabila diberitahu betapa
pemimpin kita "amat diperlukan untuk memberi nasihat" kepada seorang
pemimpin negara jiran. Apatah lagi kalau Indonesia selama ini kita
anggap sebagai 'negara abang' yang sudah mencapai kemerdekaannya lebih
awal dari kita. Lantaran pula penduduknya yang mencecah 200 juta itu
adalah sepuluh kali ganda lebih besar daripada kita, masih belum berjaya
menghasilkan seorang pakar politik sehebat pemimpin negara kita?
Antara Sapina Mahkamah dan Ekonomi Indonesia
Mahathir sedang menghadapi satu dilemma besar dalam hidupnya. Di sana-
sini dia bepergian, dia menggunakan masa yang ada untuk memburukkan
Anwar Ibrahim. Dengan lantang dia mengulangkan dalil-dalil kenapa Anwar
perlu disisihkan daripada kabinetnya. Kelakuannya itu amat bertentangan
dengan amalan seorang pemimpin ulung negara. Malahan tindakannya amat
bertentangan dengan budaya orang Melayu yang tidak menjatuhkan maruah
seorang pemimpin secara terbuka. Apatah lagi bila mahkamah yang sedang
membicarakan Anwar Ibrahim sudah berkali-kali mengeluarkan arahan agar
perkara Anwar tidak dibincangkan secara terbuka.
Hakim Ariffin Jaka baru sahaja mengulangkan amarannya itu selepas
tercetus berita betapa Mahathir telah mengongkosi satu perjumpaaan
dengan pelajar Malaysia di London. Beliau telah terbang ke London dan
bertindak membatalkan program khasnya di Davos untuk memberi penerangan
lanjut tentang kes Anwar. Kali itu dia telah mendapatkan khidmat khas
Ummi Hafilda untuk membantu usahanya. Bayangkan betapa terdesaknya
seorang pemimpin ulung negara pilihan rakyat (bukan pilihan undi hantu)
yang memerlukan bantuan seorang dara tua yang gilakan pablisiti untuk
memperkukuhkan dalilnya. Yang peliknya, bagaimanakah kelakuan Mahathir
itu boleh dibiarkan berleluasa oleh para strategis politiknya? Apakah
unggul sangat Ummi Hafilda sehinggakan seorang pemimpin yang bergelar
Wira Dunia Ketiga sanggup menggunakan khidmatnya? Apakah Ummi Hafilda
itu seorang professional yang sungguh tinggi ilmu pengetahuannya
sehinggakan Mahathir sanggup bersandar pada ketokohannya?
Jikalau Ummi Hafilda dianggap penting sebagai pelengkap kepada usaha
terdesak untuk memberitahu pelajar Malaysia di London, kenapakah tidak
dipanggil juga Azizan Abu Bakar untuk ikut serta di perjumpaan yang
sama? Bukankah tubuh diri Azizan yang dikatakan terbabit dalam tulisan
yang ditandatangani oleh Ummi Hafilda itu? Jikalau kes liwat merupakan
kes utama penyingkiran Anwar, bukankah suara Azizan lebih berbisa
daripada suara Ummi Hafilda sebagai bahan sokongan?
Kini, Mahathir akan ke Indonesia sebagai seorang penasihat ekonomi
terkenal, pastinya. Ketika ketua IMF dan Bank Dunia melawat Jakarta
dulu, mereka kerap menghabiskan masa selama seminggu untuk berbincang
dan mengeluarkan 'fatwa' tentang pemulihan ekonomi Indonesia. Mungkin,
kerana terlalu yakin dengan kepintaran seorang Wira Dunia Ketiga,
Indonesia memikirkan dua hari sudah cukup untuk Mahathir mengeluarkan
fatwanya pula. Samada dua hari itu ditentukan oleh Gus Dur ataupun oleh
Mahathir sendiri, adalah sesuatu yang kita harap akan didedahkan oleh
'pers' (media massa) Indonesia. Sebagaimana yang lazim, lawatan Mahathir ke luar negara yang
berlandaskan aktibiti ekonomi kerap diwarnai dengan beberapa majlis
penjanjian MOU (Memorandum of Understanding) di antara usahawan Malaysia
dan usahawan negara yang dilawatinya itu. Sudah tentu, perkara rutin ini
dapat kita jangkakan. Soalnya nanti, berapa banyakkah MOU yang akan
diusahakan? Berapa banyakkah pula MOU itu yang dapat dimenfaatkan? Kita
tentu masih ingat akan beberapa MOU yang disaksikan oleh Mahathir
sepanjang lawatannya ke luar negara di abad yang lalu. Kalau dibikin
kajian terperinci, semua MOU yang disaksikannya itu dulu sudah mampu
menggerakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Tetapi apa
kesudahannya dengan kebanyakan MOU itu, terutama sekali yang
dikendalikan oleh seorang korporat terkenal dengan jolokan 'Pakar MOU'?
Kita harap saudara kita di Jakarta akan sedar fenomena ini dan
mencatitkan nama-nama tokoh korporat yang akan menandatangani MOU itu.
Catatkan juga jenis perniagaan yang akan dimetraikan perjanjiannya itu.
Kita tidak mahu rumpun-bangsa kita terjejas gara-gara termetrainya
beberapa MOU yang kemudiannya ternyata perjanjian palsu yang layak
dibikin di antara manusia dengan hantu.
SIAPA MENEPUK BELAKANG SIAPA?
Mungkin secara kebetulan, kedatangan Mahathir sudah pun didahului oleh
satu program menghapuskan pengaruh Habibie di Jakarta. Nampaknya Gus Dur
amat serius dengan kedatangan Mahathir sehinggakan beliau sanggup
membubarkan sejumlah dewan dan badan yang dibentuk oleh Presiden J. B.
Habibie satu ketika dulu. Dalam usaha untuk memperbaikki ekonomi yang
meleset Presiden Habibie telah membentuk satu dewan penasihat presiden
yang dianggotai oleh 34 orang. Dengan keputusan Presiden Nomor 33/M
tahun 2000, Gus Dur membubarkan dewan itu dan mengantikannya dengan satu
panel khas yang mempunyai tiga orang penasihat. "Mereka terdiri daripada
Prof. Dr. Widjojo Nitisastro dan Prof. Dr. Ali Wardhana, serta Jenderal
Subagyo Hadisiswoyo untuk bidang militer."
Gus Dur telah membubarkan juga kumpulan Duta Besar Keliling, Utusan
Khusus RI, Tim Nasional Reformasi Menuju Masyarakat Madani (TNRMMM),
Dewan Penegakan Keamanan dan Sistem Hukum (DPKSH), 22 menteri pada
Kabinet Reformasi Pembangunan dan Jaksa Agung, dan beberapa tim kecil
yang lain. Tindakan Gus Dur ini menerima sokongan positif beberapa
analis di Jakarta kerana memikirkan bahawa kumpulan pilihan Habibie
sudah tidak relevan lagi dalam pentadbiran Gus Dur. Gus Dur sendiri
berkata, pembubaran itu terpaksa dilakukan kerana selain terlalu banyak,
tugas antara dewan-dewan berkenaan sering bertindih.
Presiden Abdurrahman juga dijangka akan mengumumkan rombakan
besar-besaran di dalam Tentera Nasional Indonesia (TNI) pada minggu
depan dengan menyaksikan beberapa pegawai kanan TNI, yang dicap sebagai
orang Jeneral Wiranto, akan disingkirkan.
Soalnya sekarang apakah segala pembubaran dan penghapusan pengaruh
Habibie itu sesuatu yang benar-benar kebetulan menjelang ketibaan Wira
Dunia Ketiga itu? Bukankah ramai di kalangan para penasihat presiden
itu sudah akrab dengan beberapa pemimpin kerajaan Malaysia yang akan
datang sebagai tamu? Apakah tindakan Gus Dur itu sudah mengambil kira
ciri-ciri keakraban yang sudah lama terjalin itu?
Pertemuan Yang Merunsingkan? Pertemuan dua pemimpin unggul, dua negara yang berdaulat dan berjiran
itu akan dirakam oleh sejarah sebagai pertemuan yang amat merunsingkan.
Ini berlandaskan kepada populariti kedua-dua personaliti yang terbabit.
Mahathir, merupakan seorang pemimpin yang sedang dilanda krisis identiti
disebabkan semakin ramai orang Melayu yang tidak lagi menyanjunginya.
UMNO parti pimpinan Mahathir sedang dilanda masalah dalaman yang belum
pernah dilaluinya dalam sejarah parti itu.
Di waktu yang sama, Gus Dur masih lagi merupakan seorang pemimpin sebuah
negara yang terus dimestikan bersabar untuk menilai prestasinya. Keadaan
kesihatannya yang belum lagi betah itu memberi ruang kepadanya untuk
memestikan rakyat Indonesia meladeni sikap ingin-tahu mereka terhadap
prestasi kerajaan beliau. Jika tidak kerana keadaan kesihatannya itu
sudah pasti rakyat berantakan di jalanan meminta Gus Dur melepaskan
jawatannnya. Di sinilah terletaknya kemuliaan bangsa Indonesia itu.
Mereka sanggup bersabar meladeni tindak- tanduk Gus Dur dan kerenahnya
dalam mentadbir negara. Rakyat Indonesia pada keseluruhannya sudah
mempamerkan satu harga diri yang sungguh mulia apabila melihat cara-cara
Gus Dur bertindak. Pernah ketika Gus Dur berada di Kairo dan Vatican,
beliau membuat beberapa pengumuman yang menggemparkan yang kemudiannya
ditarik balik setibanya di negara sendiri. Pernah juga Gus Dur memberi
ingatan agar Jeneral Wiranto melepaskan jawatannya sebelum beliau pulang
ke tanah air. Tetapi, apabila tiba di Jakarta, ia tidak mahukan Wiranto
berhenti kerana memikirkan keakraban persahabatan mereka berdua. Namun,
dalam dua hari selepas itu dia telah mengeluarkan surat perintah
menggantung jawatan Wiranto dan melantik seorang penggantinya pula.
Kini, Gus Dur dijangka merombak Tentera Nasional Indonesia pula dan cuba
menghakiskan pengaruh Jeneral Wiranto dalam pasukan tentera itu. Apakah
impaknya rombakan itu, masih belum dapat dianalisa lagi kerana rombakan
itu masih belum dilaksanakannya ketika penulisan ini. Ia pasti akan
terlaksana juga. Impaknya itu nanti yang boleh mencurigakan, walaupun
Gus Dur kerap mencabar para askarnya agar jangan memberontak kerana
sebab-sebab yang dia sendiri tahu. Pemergian Mahathir ke Jakarta untuk
hanya dua hari tentunya dianggap sebagai satu lawatan singkat sahaja.
Samada beliau ke Jakarta untk memberi tunjuk ajar kepada Gus Dur akan
cara memerintah negara, adalah satu subjek yang patut kita renungkan
bersama. Walaupun akhbar luar memberi lapuran bahawa lawatan Mahthir itu
berbentuk "to advise President Abdurrahman Wahid on ways to rejuvenate
Indonesia's economy;" kita masih boleh membaca laporan itu secara sinis
sahaja. Hanya orang yang sewel sahaja yang boleh mempercayai laporan
luar seperti itu. Rakyat manakah yang boleh menerima hakikat lawatan Mahathir itu berupaya
memberi nasihat ataupun tunjuk-ajar kepada Gus Dur menyuntik ekonomi
Indonesia? Apakah benar-benar Gus Dur boleh menerima nasihat? Demikian
soalan seorang kenalan daripada Jakarta ketika berbual dengan saya
semalam. "Kedudukan beliau sendiri sedang tergugat dengan seribu
teka-teki, masakan Gus Dur boleh menerima nasihat Mahthir itu?" Lagipun,
apakah nasihat yang diberikan itu dapat menjamin lonjakan ekonomi
Indonesia seperti yang diharapkan? Untuk memahami keadaan ekonomi sekarang eloklah kita menyingkap sejarah
ekonomi kedua-dua negara yang dihenyak oleh kemuflisan, keaiban dan
kesengsaraan yang datang melanda. Semua ini ada dirakamkan dengan
baiknya oleh bebrapa majalah ekonomi luar negara. Dalam penulisan ini
penulis mengajak para pembaca membelek majalah Far Eastern Economic
Review keluaran February 19, 1998. Majalah terbitan Hongkong itu telah
merakamkan segala peristiwa yang berlaku di beberapa negara yang dilanda
kemerosotan ekonomi dengan baik sekali.
- Laporan Murray Hiebert Tentu ramai yang masih ingat akan nama Murray Hiebert. Dia telah
dipenjarakan selama enam bulan di Malaysia dan kini sudah pun pulang ke
negaranya. Namun, pada Februari 19 itu Murray Herbert bersama beberapa
orang kawannya ada melaporkan lawatan Mahathir ke Singapura, selepas
melawat Bangkok dan Manila sebelumnya. Mahathir telah membuat cadangan
agar negara Asean mengurangkan penggunaan dollar Amerika dan berdagang
sesama negara Asean dengan menggunakan matawang negara masing-masing.
Cadangan ini memerlukan seseorang pengimpot membeli sesuatu barangan
dengan menggunakan matawang negara si pengekspot barangan tersebut.
Kemudian, timbul pula satu cadangan agar matawang Singpura digunakan
sebagai alternatif kepada matawang US Dollar. Cadangan Mahathir itu
sebenarnya menyusul satu cadangannya yang menarik juga sebelum itu.
Beliau pernah mencadangkan agar ditubuhkan East Asia Economic Caucus
sebagai alternatif kepada peranan APEC (Asia Pacific Economic
Cooperation). Demikianlah cerita yang berlaku dua tahun dulu yang membabitkan Mahathir
dengan angan-angannya untuk menjadi wira ASEAN ketika dilanda serangan
ekonomi yang paling teruk dalam sejarahnya. Apakah hasilnya? "Pocik!!!
Wonnu ilei !! " kata orang Tamil. Mahathir tidakpun sampai ke
mana-mana. - Siapa Pegang Ekonomi ASEAN?
Ekonomi ASEAN adalah pegangan mutlak kaum Cina. Inilah hakikatnya yang
mesti diterima oleh semua orang Malaysia dan juga Indonesia. Inilah
warisan penjajahan barat sebelum mereka lari meninggalkan wilayah ini.
Laksana anjing kurap, para penjajah barat telah melepaskan negara
jajahan di gugusan kepulaun Melayu ini dengan menentukan ekonomi wilayah
tersebut berada di tangan kaum Cina. Kenapa? Kerana penjajah barat mahu
menentukan mereka masih dihormati di 'bastion' (kubu) penjajahan
terakhir mereka di Hongkong dan Macao. Walaupun mereka undur di
Indonesia dan Malaysia, mereka masih mempunyai tampuk kuasa (yang
sudahpun berakhir) di Macao dan Hongkong. Dari sanalah mereka telah
menentukan keselamatan pelaburan di tanah bekas jajahan mereka itu.
Demikian pintarnya orang barat kerana tempoh penjajahan yang lama di
seluruh dunia telah mematangkan mereka dengan tipu helah penjajahan.
Walaupun mereka sudah berundur lama daripada Indonesia dan Malaysia
mereka sebenarnya mampu mengawasi ekonomi kedua-dua negara ini melalui
proksi mereka di Singapura dan Australia. Demikianlah kejayaan mereka
itu sehinggakan kerajaan Israel pun memilih kedua negara tersebut
sebagai kubu terbesar di Asia bagi tujuan memperkukuh pengaruh ekonomi
mereka. - Pengaruh Yahudi Dalam Perniagaan Cina
Orang Melayu mungkin tidak percaya betapa adanya kaitan yang rapat di
antara peniaga Cina antarabangsa dengan peniaga Israel yang lebih
dikenali sebagai peniaga Yahudi. Kalau kita pergai ke Australia kita
akan dapat berjumpa ramai rakyat Malaysia dari kaum Cina yang sekarang
membuka restaurant makanan di hampir merata tempat benua Australia itu
sehinggalah ke Tasmania dan juga New Zealand. Ada yang menetap di sana
tanpa menyerahkan 'kerakyatan Malaysia' mereka.
Cubalah tanya mereka siapa yang membekalkan ikan, udang, lobster, ketam
dan segala makanan laut ke resaturant mereka itu? Mereka akan jawab,
pembekal makanan laut adalah orang Australia yang berasal daripada
Yunani (Greek) dan Cyprus. Sebenarnya hampir semua yang menggunakan nama
'Greek' itu adalah orang Yahudi yang lari ketika Hitler sedang
mengganas. Mereka diberi suaka politik oleh kerajaan di Athens dan dari
sana mereka belayar ke Australia untuk memulakan penghidupan yang baru.
Orang yang mempunyai nama yang serupa boleh juga didapati di Hollywood
dan mengusahakan industri perfileman di sana. Kejayaan mereka di
Australia telah mendedahkan mereka kepada kaum Cina yang datang secara
sambung-bersambung untuk tujuan memperbaikki keadaan ekonomi hidup
mereka. Ada yang datang daripada Kambodia, Vietnam, Filippina, Hongkong,
Macau, tanah besar China, Taiwan, Singapura, Indonesia dan juga
Malaysia. Kedatangan orang Cina ke Australia itu telah ditakrifkan oleh
orang Yahudi di sana sebagai penyambung semangat pelarian Yahudi
daripada Eropah satu ketika dulu. Lantas, berlakulah satu semangat
muafakatan di antara kaum Yahudi itu dengan kaum Cina di tanah orang
putih di benua Australia. Satu proses assimilasi semangat niaga terjalin
hingga menjadikan satu ikatan niaga yang amat kuat untuk millineum
baru. Dari Fort Famagusta ke Singapura dan Perth
Fort Famagusta adalah sebuah kawasan bandar yang luas di Cyprus. Ia kini
menjadi satu kawasan yang dikawal oleh PBB tanpa ada sesiapa yang
dibenarkan menghuninya. Pada satu ketika dulu, inilah bandar yang paling
indah di Cyprus sehingga tercetusnya perang saudara di antara orang
Cyprus keturunan Greek dan mereka yang berketurunan Turkey.
Tentu ada pembaca yang masih ingat akan nama Archibishop Markarios.
Beliaulah ketua kaum Cypriot beragama Kristian yang mengisytiharkan
kemerdekaan Cyprus dan kemudiannya terbabit dengan peperangan saudara
itu. Kini Fort Famagusta menjadi bahan tarikan pelancong sahaja. Kita
mampu berdiri di tepi pagar untuk menikmati keindahan bandar itu dan
mengambil gambar buat kenangan. Akan terpetiklah gambar burung-burung
yang terbang rendah membuat sarang di celah-celah menara masjid yang
terbina indah dan celah-celah rantai loceng gereja yang lama terbiar
berkarat. Ramai penduduk Fort Famagusta telah berhijrah ke Singapura dan
Australia. - Perniagaan Orang Yang Ketandusan Wang
Pasaran matawang adalah mainan orang Yahudi. Inilah dasar hidup mereka
walaupun pungutan riba merupakan ajaran agama yang amat ketat terhadap
mereka. Sudah menjadi amalan manusia, apabila lapar menjadi rakus bila
makan; apabila lama terpinggir menjadi gila bila melihat segala bentuk
kemewahan. Begitu juga dengan orang Yahudi. Apabila mereka tersisih dan
kehilangan hartabenda disebabkan kepahitan 'holocaust', mereka pergi
balik ke jalan yang sama untuk mendapatkan kekayaan yang hilang itu.
Mereka pasti mencari jalan 'express' untuk matlamat tersebut. Kerana itu
orang Yahudi amat aktif dalam pasaran matawang, saham, permakanan,
industri hiburan dan juga industri kelengkapan perang.
Tentunya, menjadi amalan biasa bagi orang berniaga untuk mencampuri
masyarakat peniaga untuk melebarkan bidang niaganya. Kerana itu orang
Yahudi memilih orang Cina bagi tujuan tersebut di seantero gugusan
kepulauan Melayu ini. Permuafakatan orang Cina dan orang Yahudi itu
tidak dapat dikesan dengan mudah oleh orang lain kerana sudah adanya
satu jaringan niaga yang telah teruji dek masa dan perjalanan urus niaga
itu sendiri. Bagaimanakah orang Melayu boleh mencampuri permuafakatan
itu secara menerkam masuk seperti yang diidamkan? Tentunya tidak
mungkin, kerana perniagaan yang dimulakan dari bawah memerlukan masa
untuk mencapai permuafakatan yang teruji. Hanya melalui tipu helah
sahaja orang Melayu diambil-kira dalam sesuatu permuafakatan itu dengan
tujuan untuk mengokohkan permuafakatan yang asal. Dengan cara ini bidang
niaga itu dapat diperluaskan dan tandingan dapat dikurangkan.
- Perniagaan Melayu dan Francaisnya
Ketika Sukan Komanwel hampir dilancarkan ada satu usaha memfrancaiskan
satu perniagaan Melayu berasaskan 'nasi lemak'. Sungguh gah majlis
pelancaran itu yang dilakukan oleh seorang menteri kewangan kedua
negara. Kini, menteri itu sudahpun hilang kerusi parlimennya dan menjadi
seorang penasihat kepada kementerian yang sama. Bukankah lucu
perlantikan itu, apabila bekas menteri kewangan kedua menjadi penasihat
kepada menteri kewangan yang pertama?
Kita tidak mahu menilai prestasi francais kedai makanan Melayu itu.
Tetapi, kita mahu mengungkit satu francais pertama makanan Melayu yang
pernah diasaskan oleh seorang menteri Melayu kira-kira tiga puluh tahun
yang lalu. Francais itu dinamakan 'Sate Anika'. Segala perancanaan
perusahaan sate (satay) yang ditaja oleh MARA ketika itu telah direncana
oleh pemimpin Melayu ini. Daripada jenis pencucuk buluhnya sehinggalah
kepada sambal sate yang diciplak daripada penjaja sate terkenal di
Kajang dan Kuala Lumpur ketika itu. Maka terciptalah 'kuah sate Majid',
'Kuah Wak Tasmin' dan 'Kuah Wak Rono'. Potongan ayam satepun dibuat
pelbagai bentuk. Kaedah pembakaranpun tidak menggunakan arang seperti
kebiasaan. Sate Anika menggunakan gas sebagai gantinya. Malahan kerja
mencucuk sate pun dibuat secara menggunakan separa mesin. Apa akhirnya
dengan projek francais pertama Melayu itu? 'Lingkup juga. Pocik!!! Wonnu
ilei' kata orang Tamil. Siapakah pengasas francais makanan Melayu yang
pertama itu? Namanya ialah Dr. Mahathir bin Mohammad.
Kemudian tercetus pula berita penubuhan 'sogososha' Malaysia yang
diketuai oleh seorang muallaf yang bernama Abdullah Ang. Penubuhan
sogososha itu adalah bertujuan meniru peranan yang dimainkan oleh tujuh
beradik Jepun seperti Mitsui, Kanematsu Gosho, dan yang lainnya. Hampir
setengah billion wang rakyat dilaburkan untuk penubuhan Sogososha
Malaysia itu. Apakah jadinya dengan usaha itu. Tentulah lingkup juga
kerana Abdullah Ang masih lagi di penjara (melainkan beliau sudah
dibebaskan tanpa berita). Ketika beliau dipenjara itu tercetus pula
berita bagaimana beliau diberi izin untuk keluar malam menikmati
'bahkuteh' di ibukota pada malam hari dan diberi kemudahan untuk
berurusan dengan pasaran saham di siang hari.
Indonesia seperti juga Malaysia sedang mengharungi satu era di mana
keadaan ekonominya sedang beransur pulih. Ia tenat satu ketika dulu
kerana keadaan ekonomi global yang turut tenat. Tetapi, Indonesia
merasakan impak kekalutan ekonomi itu yang paling menekan kerana kuasa
dan tampuk ekonomi itu dipegang oleh kaum Cina yang tidak berupaya
berassimilasi dengan masyarakat setempat. Walaupun mereka sudah lahir di
negara itu dan ramai yang tidak mampu bertutur dalam bahasa ibunda
mereka. Dari segi kehidupan semua kaum di Indonesia dikenal sebagai
warga Indonesia dan bebas menganut sebarang agama sehinggakan dalam
sesuatu keluarga itu ada pelbagai penganut agamanya.
Di sebaliknya pula, ekonomi Malaysia yang juga dipengaruhi oleh orang
Cina mampu mengharungi kegawatan itu tanpa mencetuskan huru hara dan
juga rusuhan jalanan seperti di Indonesia. Kenapa?
Kuasa ekonomi di Indonesia telah dipegang oleh orang Cina secara mutlak
sedangkan para pribumi Indonesia hanya menjalankan peranan proksi
semata-mata. Jurang pemisah yang diperkuatkan oleh pegangan agama orang
yang mendatang seperti Kristian telah menentukan pribumi yang
majoritinya beragama Islam itu disisihkan sehinggakan mereka terpaksa
melayari kehidupan mengikut rentak budaya setinggan di negara sendiri.
Para pemimpin Indonesia seperti Pak Soharto telah dilekakan oleh
segolongan peniaga Cina yang kaya melalui proses kronisma dan nepotisma
untuk menyisihkan Pak Soharto daripada rakyatnya. Keadaan ini lebih
menekan kerana budaya Keraton Jawa yang 'mendewakan' pengeran agong
tanpa mahu mengkritik dan menyanggahnya secara terbuka. Impaknya,
apabila rakyat latah, mereka memberontak dan berantakan di jalanan
sehingga mencetuskan pertumpahan darah. Mereka merusuh kerana diajar
untuk berbuat demikian oleh pihak tertentu yang mahu menagguk di air
keruh. Keadaan yang hampir sama berlaku di Malaysia. Ekonominya merudum dan
proses 'bail-out' yang mementingkan para kroni juga ditentang oleh
rakyat marhain. Tetapi rusuhan di jalanan tidak tercetus kerana sikap
toleransi rakyat yang memahami putaran dan perjalanan ekonomi negara
tanpa banyak tunjuk ajar daripada pihak yang memerintah. Rintihan rakyat
terhadap masalah ekonomi negara yang merudum itu cuba dipesongkan oleh
pemerintah dengan agenda tersendiri. Mahathir dan konco-konconya telah
membuat lawatan ke luar negara menuduh George Soros sebagai petualang
bangsat yang membawa celaka kepada ekonomi Malaysia. Orang luar tertawa
secara diam-diam dengan perangainya itu. Di tanahair sendiri, rakyatnya
pun turut tertawa di belakangnya. Pada waktu yang sama Mahathir telah menabur fitnah dengan menangkap
Anwar Ibrahim dengan segala tuduhan palsu yang masih tidak mempunyai
bukti yang kukuh. Namun, Anwar sudah masuk penjara untuk enam tahun
lamanya. Kini, Anwar masih menghadapi satu tuduhan yang lebih berat
untuk dijatuhkan hukuman dua puluh tahun penjara lagi. Semua ini
direncanakan oleh Mahathir bersama beberapa orang pilihannya untuk
menentukan tidak ada sesiapa yang akan merangkul jawatannya. Kerana,
MAHAFIRAUN ini mahu menjadi perdana menteri Malaysia sehingga dia mati
di singgahsana yang berharga cuma 'tujuh belas juta ringgit Malaysia
itu'. Kepada Saudaraku di Jakarta, saya ingin berkirim salam sebagai mewakili
berjuta lagi rakyat Malaysia yang serumpun bangsa dan mungkin mempunyai
susur galur dan akar umbi kekeluargaan yang serupa. Terimalah kedatangan
Mahathir dengan cara yang paling mulia seperti sediakala. Kerana itulah
lambangnya keagungan Budaya Melayu-Indonesia. Cuma, ketika dia mahu
memberi nasihat kepada Pak Gus Dur, kami pohonkan cuma satu permintaaan
sahaja. Cuba tanyakan Pak Mahatir nanti, kapankah beliau mahu
membebaskan Pak Anwar Ibrahim. Kalau mengikut salasilah ajaran Islam,
Pak Anwar Ibrahim tidak layak dihakimi di mahkamah sivil sedangkan
mahkamah Syariah sudah mencukupi. Kemudian, saudara tolong tanyakan kepada Pak Mahathir kapankan beliau
sanggup menghadirkan dirinya ke muka kehakiman negara yang sudahpun
mengirimkan sapina? Kalau dia sanggup menjaja bukti secara lisan di
seantero dunia, kenapa tidak jelaskan sahaja semua bukti itu di hadapan
jaksa yang boleh mendengarkannya? Kapan pula Pak Mahathir bisa terus
mengabui fikiran rakyat secara tipu muslihat begini? Bukankah kasus itu
sesuatu yang mengaibkan generasi Melayu akhirnya?
Adalah lebih afdal kalau kalian menentukan kedatangannya itu penuh
kerasan, kerana mungkin itulah lawatannya terakhir sebelum dihambat
jatuh daripada persada kepimpinan UMNO. Namun, inipun bergantung kepada
kemampuan seorang anak raja bernama Ku Leigh yang sanggup
menandinginya. Usah dicari jawapan dari Pak Mahathir bagaimana mahu meransang ekonomi
Indonesia kerana dia tidak tahu semua itu. Kalau adapun jawapannya
nanti, jangan sekali-kali mahu dipakai kerana sebagaimana kata orang
Tamil, konsekuensinya nanti adalah cuma 'Pocik, Wonnu Ilei' sahaja.
Cukuplah kalau kami di Malaysia sahaja yang menanggungi fenomena ini.
-Marhaintua-
|