Laman Webantu (M) KM2: 5422 File Size: 10.3 Kb |
|
TAG SP 274: KQ - Jambatan Baru Johor: Satu Kebodohan Mega By Kim Quek 10/9/2001 8:02 pm Mon |
[Masalah kesesakkan boleh diatasi tanpa perlu berbelanja mega membina
jambatan baru dan memusnahkan tambak Johor yang tentunya akan mencekik
pengguna dengan tol yang tinggi. Inilah bahananya bila Umno diberi terlalu
banyak kuasa di Johor. Sekarang rasalah sendiri akibatnya.
- Editor] Jambatan Baru Johor: Satu Kebodohan Mega
(New Johor Bridge; A Mega Folly) Akhirnya Mahathir berjaya juga memujuk Singapura yang tidak berapa berminat
sebenarnya, untuk menyetujuai satu idaman para pemimpin UMNO yang berputik
sejak lama dulu, untuk menggantikan tambak Johor dengan membina satu
jambatan untuk kenderaan dan satu terowong untuk kereta api merentasi Selat
Johor. Ketika pencadang projek ini sedang meraikan kejayaan, rakyat marhaen di
Johor mengambil sikap dingin sahaja. Mereka mempunyai sebab yang mudah
kerana bersikap begitu. Kumpulan swasta yang telah lama memperjuangkan
projek ini sudah lama mencongak akan habuan besar dan segala kemewahan yang
akan mereka balun. Namun rakyat Johor sudah mula memikirkan dengan penuh
kerunsingan bahana projek ini. Kos projek ini akan menelan berbilion ringgit, yang sudah pasti terpaksa
dicekik daripada setiap rakyat Johor melalui kutipan tol. Ini adalah berbeza
dengan pembinaan 'Second Link' jambatan kedua, yang memberikan mereka
pilihan untuk menggunakannya, mereka kini terpaksa menggunakan laluan
terbaru itu kali ini apabila tambak yang ada dirobohkan.
Kerisauan itu kini meledak menjadi bantahan. Mereka marah dan berkata; "Apa
gunanya membina satu jambatan baru dan juga sebuah terowong Apa salahnya
dengan tambak yang ada?" Jawapan sebenar ialah: tidak ada sebarang cacat cela kepada tambak yang ada.
Kita membina jambatan yang baru itu kerana para pemimpin (UMNO terutamanya)
beranggapan bahawa sebuah jambatan baru adalah lebih indah daripada rupa
tambak yang ada, apalagi dengan berlakunya aliran air di bahagian bawahnya.
Seandainya kita perlu berbelanja beberapa juta ringgit untuk memperindahkan
estetika, memang tidak ada sesiapa yang merungut. Tetapi apabila harga
pembinaan menelan beratus juta ringgit, seperti dalam hal ini, ia menjadi
satu perkara serius yang memerlukan perundingan dan persetujuan rakyat
secara keseluruhannya di negara ini. Apatah lagi memikirkan faedah sebenar
hanya untuk memperbaiki tahap estetika di sana.
Apabila dikaji betapa besarnya projek itu yang melibatkan harga yang
bergunung tingginya, kita harus menolak projek ini tanpa berlengah lagi,
apatah lagi kalau diambil-kira kos yang terlibat itu terlalu tinggi. Cuba
kita imbas segala kerja yang akan terbabit dalam projek ini.
Untuk membina sebuah jambatan, kerja-kerja membina jambatan itu termasuk
pembinaan pusat kastam, imigresen dan kuarantina (CIQ) membabitkan 100 ekar.
Kerja membina struktur jambatan sehingga tahap tengah penyatuannya
(mid-point dan kompleks CIQ), melibatkan aliran baru sistem lalulintas di
bandar Johor Bahru lengkap dengan segala aturan jalan menghubungkannya
kepada jambatan baru itu kira-kira 8 km kepada lebuhraya Utara Selatan.
Kemudian, perlu dibina pula saluran paip air terbaru untuk menggantikan yang
sedia ada di tambak dan ini juga memerlukan pengambilan tanah.
Pembinaan terowong kereta api mengikut Menteri Besar melibatkan kerja-kerja
yang bermula di Kebun Teh di Johor bahru dan berakhir di Keranji Road,
Singapura. Jaraknya ialah 8 km. Satu kompleks CIQ yang baru di Kranji dan
satu stesen kereta api di Johor Bahru akan dibina, dan ini melibatkan
pengambilan tanah juga. Kos terowong yang akan ditanggung keseluruhannya oleh Malaysia adalah
dianggarkan oleh pencadang projek Gerbang Perdana pada kadar RM1.5 bilion
ketika mengumumkannya kepada sidang akhbar pada 10.2.2001. Kos
keseluruhannya untuk menyiapkan keseluruhan projek termasuk pemusnahan
tambak yang sedia ada akan melebehi 2,500 juta ringgit (bersamaan 2.5 bilion
ringgit). Di samping itu penduduk Johor Bahru akan terpaksa menanggung kesesakan dan
kerumitan dalam hidup harian mereka untuk beberapa tahun ketika projek ini
dibina. Apakah pulangan kepada pelaburan mega dan ketidak-selesaan yang amat besar
ini? Jawapannya hanyalah keindahan yang lebih menyelerakan di Selat Johor.
Kini, saranan betapa akan muncul faedah estetika itu sudah dipersoalkan.
Singapura telah memberikan petunjuk yang ia akan menebus guna kawasan Selat
Teberau itu hingga ke bahagian tengah (penemuan sambungan) jambatan itu.
Apabila diambil kira tambakan-tanah untuk satu kawasan yang lebih besar di
bahagian Malaysia untuk menempatkan CIQ Kompleks dan jambatan, ruang air
selat yang sempit itu akan terus pupus, dan secara langsung menghapuskan apa
juga keindahan yang dicanangkan akan wujud di Selat tersebut. Lagipun,
pengambilan ruang berair untuk ditambak dengan tanah akan mencemar keadaan
persisiran pantai di kawasan yang berdekatan disebabkan hakisan tanah.
Menyedari hakikat bahawa sesuatu jambatan seperti itu hanya akan terserlah
keindahannya apabila wujudnya kawasan perairan yang luas, ramai yang akan
mempersoalkan bahawa keadaan Selat Teberau itu adalah lebih indah dengan
wujudnya Tambak Johor yang sedia ada kalau dibandingkan kemungkinan
didirikan sebuah jambatan baru untuk menggantikannya. Jambatan itu nanti
akan kelihatan pendek sahaja dan tegak berdiri di atas ruang air yang sempit
sahaja. Kalaulah para pemimpin yang mencadangkan projek ini telah mendapat ilham
daripada kewujudan jambatan yang indah di tempat lain, mereka akan dihantui
kehampaan apabila siapnya projek mereka itu nanti dan mendapati pembinaannya
tidak dapat menandingi pembikinan 'Golden Gate Bridge' di San Francisco
ataupun 'Harbour Bridge' di Sydney. Selain kisah estetika, Menteri Besar Johor telah berkata bahawa dia
menjangkakan jambatan baru itu nanti akan menjentik kemajuan ekonomi di
negara itu. Tidak ada sebarang asas kepada kepercayaan itu. Para pelancong dan pelabur
tidak akan berlipat ganda semata-mata disebabkan satu jambatan baru.
Peningkatan kemasukan mereka hanya akan berlaku seandainya banyak lagi
tarikan pelancong ataupun peningkatan suasana pelaburan di negeri itu.
Walaupun demikian, memang kita dapat menjangkakan peningkatan jangka pendek
kepada industri pembinaan dan khidmat sampingannya di kawasan Johor Bahru
ketika berlangsungnya pembinaan itu Kalau adapun justifikasi untuk menggantikan Tambak Johor itu, ialah apabila
ia sudah mencetuskan satu kesesakan yang tidak akan membolehkan sebarang
pembaikan terhadap aliran lalulintas. Ternyata perkara ini bukan yang
sebenarnya. Malahan, pihak berkuasa telah bertindak bijak tidak menyentuh
perkara ini, memandangkan keaiban yang sedang menghantui Link Kedua yang
menelan RM2 bilion untuk membinanya. Sejak siap tiga tahun yang lalu, ia
masih tidak dapat mengikis jolokan projek gajah putih yang sedang
menghantuinya. Kawasan itu sentiasa lengang kecuali pada hujung minggu
ataupun ketika musim cuti yang memang amat jarang itu.
Memang masih banyak ruang untuk memperbaiki keadaan di Tambak Johor apabila
dilihat barisan manusia yang panjang setiap hari di ruang pemeriksaan
imigresen di JB pada masa memuncak. Ini adalah disebabkan ruang pemeriksaan
yang dibuka untuk pemeriksaan kereta dan kelecehan untuk memeriksa pemegang
paspot Singapura. Dengan kemungkinan besar akan dipergunakan kad pintar
untuk para komuter dan dengan penggemblengan lebih ramai kakitangan untuk
bertugas pada waktu memuncak, semua kesesakan barisan manusia itu akan
terpupus juga. Tambak Johor yang sedia ada boleh menyediakan keselesaan
lalulintas untuk satu waktu yang panjang, dan Link Kedua itu memberikan
ruang yang selesa untuk lalulintas kenderaan berat dan bertindak sebagai
sokongan kepada lalulintas yang memuncak pada musim cuti.
Dari apa sudutpun, projek pembinaan jambatan dan terowong itu adalah satu
projek yang melambangkan kehaprakan idea yang bodoh, dan melambangkan betapa
hapraknya kepimpinan Mahathir. Projek jambatan dan terowong kereta api di
Johor Bahru itu adalah satu kesinambungan kepada segala projek mega
gila-gila dan suka-suka Mahathir yang membazir yang dimulakan sejak 90-an.
Terdapat sekitar setengah dozen projek gila-gila ini yang masih terperam
ketika tercetusnya krisis kewangan Asia yang menyekatnya dan menyebabkan
projek itu terhenti. Kalaulah tidak kerana sekatan yang kena pada masanya
itu, ekonomi Malaysia sudahpun terhumban dalam keruntuhan.
Pada hakikatnya, segala projek semacam ini adalah berunsurkan kedangkalan
input yang waras, didesak oleh pengejar kekayaan yang rakus yang sentiasa
memantau ketaksuban Mahathir terhadap projek mega yang berbentuk gila-gila
yang sekaligus memalitkan kegilaan itu kepada ketaksubannya terhadap
kegemilangan aktiviti ekonomi yang memuncak dan menghenyak pembaziran
belanja yang banyak. Lee Kuan Yew telah mendedahkan dalam persidangan akhbar pasca rundingan
betapa persoalan jambatan baru itu dan 'Pemusnahan Tambak Johor' telah
menjadi satu masalah melekit untuk satu waktu yang panjang dan merupakan
masalah yang lama menghantui Perdana Menteri Goh Chok Tong dan anggota
kabinetnya. Justeru, seandainya para pemimpin kita telah bertindak bijak, penghalang
besar yang menyekat putaran perundingan untuk menyelesaikan satu pakej
penyelesaian antara dua negara berjiran tentu tidak timbul. Banyak lagi masa
yang lebih penting untuk membincangkan usahasama ekonomi yang dapat
menyumbang banyak faedah kepada rakyat di dua buah negara itu.
Tibalah masanya untuk para pemimpin kita bangun daripada khayalan mereka.
Selagi tidak ada anjakan paradigma di kalangan pemimpin kita, bencana akan
terus menanti sambil kita menghadapi arus perjalanan hidup di zaman IT ini.
Terjemahan: SPAR-08-010 Asal: KM2 5407 - New Johor Bridge; A Mega Folly
|