Laman Webantu (M) KM2: 5420 File Size: 7.0 Kb |
|
TAG SP 278: Asiaweek - Rantau Yang Semakin Kacau By Asiaweek 10/9/2001 8:03 pm Mon |
[Krisis ekonomi kali ini sedikit berbeda dari krisis yang lalu kerana
ia sukar ditepis akibat dosa yang lalu. Sepatutnya negara-negara terbabit
(termasuk Malaysia) membaiki betul-betul kepincangan dulu tetapi ia cuma
ditutup agar tidak berbau. Ini tidak ubah seperti seorang pesakit yang
diberikan ubat lali atau 'tipu' agar tidak merasa sakitnya itu padahal
tuhan menjadikan sakit agar manusia merawat luka-luka itu. Sekarang semua
orang sudah tidak tahu bila ekonomi akan kembali seperti sediakala dan kita
terpaksa bergantung harap kepada simpanan dan berjimat cermat kerana mungkin
akan menjadi mangsanya pula. Kalaulah penyakit ini dirawat dari awal ia tidak
akan mencederakan ramai orang. Sekarang ia sudah terlambat sehingga banyak
perdana menteri menggeleng kepala. Jika ekonomi ranap mereka akan tersembam
jua... Bayangkan banyak perdana menteri Jepun hanya tahan sebentar sahaja. Media
kerajaan kini sudah malu untuk menyebut dasar pandang ke timur kerana Jepun
kini dilanda masalah ekonomi yang amat menggila.
- Editor] Rantau Yang Semakin Kacau (A Region in Pain) Masalah yang muncul secara bersistem menghantui rantau ini yang turut
dihantui berita ekonomi Amerika Syarikat yang sedang kegawatan, nampaknya
kekacauan ekonomi Asia tidak akan pulih dengan mudah.
Oh Doktor, memang kekacauan itu menyakitkan di mana juga. Tidak ada ubat yang
mujarab untuk memulihkan penyakit Asia secepat yang diharapkan. Kegawatan
semasa mungkin telah bermula sejak berlakunya kegawatan industri teknologi
Amerika tahun lalu, namun ia telah mendedahkan ketidak-seimbangan yang
memerlukan masa yang panjang untuk membangunkannya dan memakan masa yang
sama panjang untuk menyelesaikannya. Jepun sedang merengkok dalam lingkaran kegawatannya semula. Ketika Perdana
Menteri Junichiro Koizumi bertelagah dengan pembangkang yang menentang
reformasinya, adalah sukar untuk menggalakkan beliau meneruskan usahanya itu
(kerana penyusunan semula akan pasti memulihkan ekonomi Jepun) ataupun
mengharapkan beliau melambatkan usahanya itu (kerana penstrukturan akan
menyebabkan ribuan manusia kehilangan pekerjaan dan mencetuskan krisis
kewangan). Kegawatan ekonomi di Korea dan Singapura telah menunjukkan betapa munculnya
kekesalan menumpukan fokus ekonomi dalam satu bakul kemajuan yang tertumpu
kepada pengeksportan. Disebabkan kekurangan pesanan dan pengeluaran
berlebihan, pengeluaran barangan industri menjadi tertambat ataupun menjunam
di banyak tempat. Ini merupakan berita buruk di satu rantau di mana
pengeksportan adalah bersifat unggulan. Indonesia dan Filipina sedang
berperang dengan ketidak-keruan politik, dan banyak sistem perbankan yang
sedang dihantui hutang bertapuk yang disebabkan krisis 1997 dulu. China
sedang membangun. Pengeksportannya tidaklah tertumpu kepada teknologi, dan
ia mempunyai pasaran yang sungguh luas. Pelaburan di pihak awam dan swasta
dalam sektor perumahan, perkilangan dan infrstruktur masih teguh lagi.
Tetapi China tidak mampu menyokong ekonomi rantau itu secara bersendirian.
Bagaimana pula dengan Amerika Syarikat? Berita minggu ini betapa para
pengilang Amerika Syarikat telah meningkatkan kegiatan kilang mereka pertama
kali sejak sembilan bulan lalu, memang menggalakkan. Tetapi para pengguna
sudah mengurangkan belanja mereka - kerana momokan kekurangan pekerjaan dan
kejatuhann pasaran saham. Pemulihan dijangka bermula di bahagian pertengahan
tahun kedua 2001. Kini para pengamat mengatakan pemulihan itu hanya mungkin
pada awal 2002, ataupun pertengahan tahun depan ataupun..... (siapa tahu? -
penterjemah) Kekurangan eksport bererti terhakisnya pendapatan yang bernilai berbilion
dollar. Mampukah keperluan pasaran tempatan mengisi kegagalan itu? Memang
ada trend penggunaan pengguna yang meningkat di Asia Tenggara. Kadarnya
menurun kepada satu pertiga hingga dua pertiga berbanding tahun lalu.
Syarikat yang dihenyak teruk terpaksa berjimat. Pertumbuhan pelaburan swasta
tahun ini di Hong Kong boleh menurun sehingga setengah parasnya kepada 7
peratus sahaja. Di Taiwan kadarnya dijangka mencapai 3 peratus. Pengurangan
tahun ini bererti kekurangan niaga untuk masa depan.
Pengeluar Asian sedang menjual sebanyak mungkin 'memory chips' seperti dulu.
Tetapi, harganya sudah menurun sehingga berkurangan 90% daripada harga tahun
lalu. Tidak ada sesiapa yang sanggup kehilangan peluang pasarannya, dan ada
yang berkata kalau ada harapan untuk memperbaiki keadaan ialah agar kerajaan
Korea Selatan membiarkan Hynix lingkup kemuflisan. Namun ada juga berita
baik di mana negara Asian mempunyai simpanan luar yang boleh dianggap sihat
dan regim matawang yang stabil berbanding pada 1997. Kerana itu kemungkinan
berlakunya satu krisis kewangan memang di luar jangkaan. Berita yang buruk
pula, negara yang sama tidak mempunyai perbelanjaan berlebihan untuk
membolehkan mereka berbelanja ketika dihantui kegawatan.
Dosa Lama Banyak negara Asian yang masih bergelut dengan krisis kewangan 1997 dulu.
Indonesia terpaksa menyelesaikan masalah $25 bilion dalam bentuk hutang
swasta dan pihak asing yang akan matang pada tahun ini. Ini bersamaan dengan
$116 setiap penduduk negara di mana lebih separuh penduduk hidup dengan
kadar kurang daripada $2 sehari.
Mencari Jalan Penyelesaian yang baru
Disebabkan risaukan kestabilan pekerjaan, sektor pengambilan pekerja secara
onlain sedang sibuk di Hongkong. Jangkauan kepada laman web yang menawarkan
berita pekerjaan melonjak daripada 236,000 pelawat pada April kepada 347,000
pelawat pada bulan Jun. Inilah laporan NetValue. Laman web yang paling
popular ialah part-time.com yang menarik minat golongan muda-mudi.
Kemunduran Niaga Kereta besar semakin ketandusan pembeli di Singapura. Mercedes, BMW dan
kereta mewah yang lain yang mempuyai kapasiti enjin sekitar 1600cc dan lebih
dari itu mencatat 36% jualan pada bulan Julai, menurun daripada 39% tahun
yang lalu. Carta penjualan model itu memang telah bergerak laju sejak 1991,
ketika ia hanya mampu mencatat 24% penjualannya dan menurun hanya pada
kegawatan 1998. Jumlah penjualan kereta masih meninggi, tetapi para pembeli
sudah berubah selera membeli model yang manjanjikan ekonomi. Yang paling
diminati ialah Nissan Sunny. Inilah model yang dijual dengan nisbah satu
setiap lima model terjual setakat ini.
Terjemahan: SPAR-20 Asal: http://www.asiaweek.com/asiaweek/magazine/ dateline/0,8782,174017,00.html
atau KM2: 5412 A Region in Pain
|