Laman Webantu (M) KM2: 5419 File Size: 4.4 Kb |
|
TAG SP 277: CNN - Kerisauan Pada Pembikinan Ampangan Bakun By Nick Easen 10/9/2001 11:05 am Mon |
[Kerajaan mengatakan bekalan elektrik tidak mencukupi tetapi
TNB mendapati terdapat lebihan kuasa yang boleh menyebabkan ia
rugi. Kerajaan mengatakan ia ingin mengekspot tenaga itu tetapi
kosnya dijangka lebih tinggi kerana kedudukkan Bakun amat jauh
dari pasaran Borneo (faktor transmisi/pengangkutan). Lagipun
Borneo mempunyai simpanan minyak dan gas asli yang banyak yang
tentunya boleh menjanakan elektrik sendiri dengan kadar yang
lebih murah. Siapa yang akan membeli letrik dari Bakun nanti?
Banyak pelabur luar tidak berminat dengan Bakun kerana ia amat
berisiko tinggi. Hanya mereka yang sewel yang sanggup membunuh
diri untuk terjun membina empangan besar ini yang sudahpun mencatat
beberapa tragedi ngeri. Kerisauan Pada Pembikinan Ampangan Bakun
(Unease At Malaysia's Megadam) Oleh: Nick Easen Kucing Malaysia: Ketika kontroversi pembikinan Hidro-elektrik Bakun
memuncak, begitu juga dengan kerisauan umum akan projek itu.
Sejumlah 11,000 ribu manusia, yang kebanyakannya daripada kaum pribumi
sedang sibuk berpindah daripada satu kawasan infrastruktur yang besar dalam
usaha mencari penempatan semula yang mereka anggap sebagai jawapan untuk
menghindari kemiskinan. Ketika tahap pertama pembikinan menghenyak Sungai Rajang dan mencetuskan
ledakan selut dan gegarannya masyarakat yang terancam itu mula dihantui
soalan bilakah peluang pekerjaan untuk mereka akan menjadi kenyataan.
Apabila satu kawasan hutan yang lebar dan luas menyerupai Singapura
ditenggelami air, penduduk setempat itu terfikir juga apakah masa depan
mereka akan tenggelam mengikut kaedah yang sama.
Wang pampasan yang diberikan terhadap tanah warisan mereka dikira tidak
mencukupi. Ramai yang sedang dihantui hutang lapuk disebabkan perpindahan ke
kawasan pertanian yang kecil, yang jauh daripada punca mendapatkan ikan,
memburu dan bertani. Kerajaan melegakan hati mereka dengan berkata keadaan akan berubah sebaik
sahaja kerja kontrak utama dimulakan pada suku tahun pertama tahun depan.
Kemajuan ekonomi di Bakun kata mereka, akan membawa faedah kepada penduduk
kampung dan tenaga elektrik yang disalurkan kepada Sarawak, Brunei dan
Kalimantan akan mewujudkan pendapatan serta menaikkan kegiatan ekonomi
setempat. Namun, penentangan kumpulan pencinta alam semakin memuncak di ampangan
Bakun, bukan sahaja disebabkan harga pembikinan yang ditetapkan oleh
kerajaan persekutuan sebagai tinggi dan mencetuskan bekalan elektrik yang
berlebihan, tetapi kerana runsing akan kesan ekologi tempatan dan kesannya
kepada rakyat setempat. Perlukan Pembangunan itu? Projek itu telah ditunda pada 1997 ketika tercetus krisis kewangan Asia.
Kemudahan Bakun untuk mengeluarkan 2,400 megawat telah dikecutkan untuk
memudahkan kerja permulaan. Projek asal telah merencana pembekalan elektrik
kepada Semenanjung Malaysia melalui kabel di dasar laut.
Kerajaan telah menghidupkan semula projek itu pada bulan Februari setelah
tersiarnya kebimbangan betapa simpanan bekalan sudah menurun bawah 30
peratus. Namun, pada masa yang sama para pengkritik telah menyebut betapa
TNB sudah mula membatalkan kontrak pembekalan kuasa disebabkan lebihan
bekalannya. Sejak 10 tahun yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir
Mohammad dan kerajaannya telah bertahan memerangi usaha para kumpulan
pencinta alam dan pertubuhan NGO yang mengatakan ampangan Bakun itu tidak
diperlukan dan berkemungkinan menjadi satu gajah putih dalam percaturan
pembangunan negara ini. Sebaliknya Mahathir telah menuduh para pengkritik pembinaan ampangan itu
sebagai sengaja menyekat pembangunan disebabkan agenda politik merreka.
Pada masa yang lalu Malaysia telah mengilhamkan beberapa pembinaan
projek infrastruktur dengan kesan yang bercampur-baur.
KLIA yang berbilion dollar kosnya masih lagi belum mencapai hajatnya untuk
menjadi pusat penerbangan rantau ini. Terjemahan: SPAR-20 Asal: KM2 5404 CNN: Unease At Malaysia's Megadam
|