Laman Webantu (M) KM2: 5417 File Size: 2.7 Kb |
|
TAG SP 276: Asiaweek - Harga Barangan Mahathir By Maria Cheng 10/9/2001 9:10 am Mon |
[Rencana ini ringkas tapi tajam sindirannya. CEO Sapura telah membeli
komputer Macintosh Quadra manakala seorang VIP lagi membeli barang lain
yang sudah tidak terpakai lagi itu. Tidak ada orang luar yang berminat
sehingga dilelong senyap dengan harga yang menjatuhkan imej sahaja. Yang
peliknya media dungu BN pun menyiarkan berita lelongan ini juga... padahal
ia menunjukkan Mahathir sudah tidak popular dan tidak diminati lagi. Jika
tidak pasti ia akan mencecah harga yang lebih tinggi.
- Editor] Sept. 10, 2001. (Putting a Price On Mahathirabilia) Bertenang eBay...!!! Komputer bikinan Macintosh yang lama-lama dan apa juga
khazanah elektronik persendirian yang berunsur purba memang sentiasa menarik
minat lelongan di hari kebelakangan ini.
Akan tetapi, apabila alat komputer kegunaan awal 90-an yang digunakan oleh
Perdana Menteri Mahathir Mohamad dilelong pada minggu lalu di laman web
www.lelong.com.my, ia tidak pula mencetuskan satu kegilaan untuk membelinya.
Barangan yang ditawarkan itu ialah dua buah PC meja, satu laptop Toshiba dan
satu pencetak Apple Laser Writer, termasuk 10 buah buku yang siap diautograf
yang ditulis oleh Mahathir ketika krisis ekonomi melanda Asia pada 1997-98.
Walaupun tidak ada sebarang rekod yang dipecahkan, 22 pertaruhan pembelian -
yang tertinggi berharga $6,579 telah diterima untuk satu komputer Apple yang
sudah berusia satu dekad, ketika lelongan itu ditamatkan pada 5 September.
Pada keseluruhannya sejumlah $25,000 telah dapat dipungut untuk tabung
biasiswa pengajian di Universiti Multimedia yang baru berusia dua tahun.
Boleh tahan peristiwa itu, terutama sekali apabila tawaran itu diselindungi
beberapa muslihatnya. Laman web itu memberi amaran, walaupun peralatan itu
telah digunakan oleh pemerintah Asia yang paling lama bertakhta untuk cuma
lima tahun sahaja, peralatan itu sudah tidak berfungsi dan bertujuan untuk
menjadi bahan 'tontonan sahaja'. Lagipun jurucakap Lelong, Ling Tau Chuin,
telah menyatakan 'semua maklumat yang mungkin dianggap sensitif telah
dilupuskan'. Penyertaan untuk membeli barang lelongan itu mungkin menjadi
lebih tinggi seandainya rancangan Mahathir untuk membangunkan transformasi
teknologi tinggi telah menunjukkan kemajuannya.
Maria Cheng. Asal: KM2 5411 Asiaweek - Putting a Price On Mahathirabilia
|