Laman Webantu (M) KM2: 5416 File Size: 11.1 Kb |
|
TAG SP 275: NYTimes - Agenda Nuklear China By B. Gill, J. Mulvenon 10/9/2001 9:56 am Mon |
[Amerika sekarang dilanda krisis ekonomi yang agak ganjil kerana
semua preskripsi tidak berkesan. Lagipun kepimpinan Bush sekarang
lebih banyak mendapat celaan daripada pujian. Bush muda seperti
mahu trademark Bush tua tetapi gagal dari mula kerana dia lupa banyak
orang jauh lebih hebat darinya. Dia semakin mencipta krisis demi krisis
yang akhirnya menjerut dirinya jua. (Serangan Iraq, Pengintipan di China
serta pemulauan sidang anti perkauman). Sudah ada desas desus Bush mahu
melekat di Indonesia kerana Osama Bin Laden dikatakan akan menjadikan
Indonesia atau Aceh sebagai Afghanistan yang kedua.
Isu ancaman China dan Osama sudah tentu akan melariskan jualan senjata
Amerika kepada negara sasaran dan yang berjiran. Tetapi sesuatu harus
dilakukan termasuk mengorbankan nyawa agar timbul suasana yang tegang.
Amerika memang suka bermain di tempat orang tetapi rakyat manakah yang
akan menjadi mangsanya nanti? Agenda Nuklear China (China's Nuclear Agenda) Oleh: Bates Gill dan James Mulvenon Washington: Apa yang merupakan perdebatan dalaman di dalam pentadbiran Bush terhadap
hubungan strategik nuklear antara Amerika Syarikat dan China telah terdedah
minggu yang lalu. Ini berpunca daripada kenyataan yang bercanggah yang
dicetuskan oeh para 'pegawai kanan pentadbiran' yang mencadangkan betapa
mereka tidak menentang usaha China meningkatkan simpanan pengimbal nuklear.
Tetapi, secara tiba-tiba pula Rumah Putih bertindak merobah pendiriannya. Di
antara segala isyarat yang berkecamuk itu ialah teka-teki bagaimana Amerika
Syarikat mampu menentang kemunculan kuasa nuklear China yang dianggap masih
kecil itu, dan ruang-lingkup kemampuan China membangunkan kekuatan nuklear
berbentuk senjata baru dan penentangannya terhadap pertahanan peluru
berpandu. Ketika pentadbiran Bush merencana satu format dialog yang lebih strategik
dengan China, proses itu terpaksa dimaklumkan dengan beberapa kebenaran yang
tidak menyenangkan. Pertama, selama 20 tahun yang lalu dan mungkin lebih dari itu, China telah
mempunyai keupayaan memusnahkan sekurang-kurangnya beberapa bandar raya
Amerika. Ini kisah yang memualkan, tetapi ada kebenarannya. Kuasa nuklear
China itu bersifat kecilan sahaja sejak kewujudannya. Di tahap awalan
program mereka, China tidak dapat mengesan kedatangan peluru berpandu, dan
mempunyai satu pusat arahan nuklear yang sengkek sahaja untuk mengawal
sistem nuklearnya. Di samping itu sistem yang ada ketika itu amat lembab
dalam penyediaannya dan tahap pelancaran peluru berpandu, menyebabkan ianya
terdedah kepada sebarang serangan awal Soviet Russia ataupun Amerika
Syarikat. Kini China mempunyai sebanyak 20 peluru nuklear jarak jauh dengan kekuatan
jangkauan untuk meledak di persisiran Amerika Syarikat, dan walaupun ia
mempunyai kebolehan melengkapkan pelbagai senjata perang kepada peluru
berpandu mereka, China masih berlengah-lengah dalam usaha melakukannya.
China masih lagi terus bergantung kepada kaedah 'penghindaran minima' dan
keupayaan yang paling rendah dalam usaha bertindak balas seandainya mereka
diserang dengan senjata nuklear. Jadi, ketika China sudah mempunyai
keupayaan mengerak Amerika Syarikat, keupayaan itu dianggap masih lemah
berbanding kekuatan nuklear Amerika Syarikat dan Soviet Russia.
Kedua, walaupun kita masih tidak menyenangi gelagat China menghalakan
muncung peluru berpandu terhadap bandaraya kita, pengimbangan kuasa nuklear
terkini antara Amerika Syarikat dan China tidaklah boleh dianggap stabil
secara strategiknya. Setiap pihak tidak berani memulakan serangan nuklear
terhadap pihak lain kerana takutkan bahana kerosakan yang akan dilakukan
oleh pihak lawan sebagai tindak balas. Keangkuhan kekuaatan nuklear Amerika
yang terpendam boleh dilihat pada satu kapal selam yang sarat dengan peluru
berpandu nuklear yang mampu membawa lebih banyak peluru berpandu daripada
keseluruhan inventori peluru berpandu China yang mampu menjangkau tanah
Amerika Syarikat. Ini bererti walaupun China melipat tiga kali ganda
keupayaan simpanan peluru nuklearnya, keseimbangan strategi itu tidak akan
terdaya ditukarkan. Ketiga, sama ada disukai ataupun tidak, kita harus menjangkakan senjata
nuklear China sedang melalui fasa modernisasi yang terus berkesinambungan.
Generasi nuklear China yang akan digembleng untuk sepuluh hingga 15 tahun
yang akan datang, akan bersifat lebih 'mobile' tepat dan lebih diyakini
daripada kekuatannya yang ada. Namun, kekuatan ini, akan terus bersifat
kecilan sahaja berbanding keseluruhan kekuatan tenaga senjata perang nuklear
Amerika, walaupun pentadbiran Bush bertindak mengecutkan tenaga nuklear
negaranya. Akan tetapi bilangan jumlah senjata nuklear tidak menjadi penentu bahaya
ugutan nuklear. Terlalu banyak tindakan yang boleh dilakukan oleh China
untuk menctuskan bahana yang mempunah kepentingan Amerika Syarikat. Ia boleh
bertindak mempercepatkan program modernisasi nuklearnya, sebagai
tindak-balas terhadap rencanap pertahanan Bush, dengan menambah beberapa
ratus peluru perisian nuklear dan menghalanya ke arah Amerika Syarikat,
memajukan dan menempatkan pelbagai jenis umpan untuk mengelirukan pertahanan
peluru berpandu ataupun melengkapkan peluru berpandunya dengan muncung
nuklear. Satu usaha modenisasi yang rancak akan mengejutkan semua jiran
China sehingga mencetuskan perlumbaan menyediakan kelengkapan perang
berbentuk nuklear di Asia Selatan. Kekuatan China mungkin juga menyenangkan
pengeksportan teknologi anti-peluru berpandu kepada Korea Utara, Iraq, Iran
ataupun Pakistan. Memang jelas bagi kepentingan semua negara bahawa China mengekalkan satu
simpanan nuklear yang kecil dan berkesan sebagai sifat untuk mempertahankan
diri. Ini bererti Amerika Syarikat harus memberikan ruang untuk China
mewujudkan sifat pengekangan itu. Pentadbiran Bush berkemungkinan berjaya
mendapat apa yang dikehendakkinya, daripada Beijing - 'pembangungan nuklear
yang minimal, tanpa sebarang ulang-semula ujian nuklear dan penerimaan
secara membisu pertahanan peluru berpandu'. Inilah kemungkinannya seandainya
Amerika memulakan satu dialog yang telus dan penuh kenyataan yang mengambil
kira segala keupayaan China dan kepentingannya dalam perbincangan itu.
Terjemahan: SPAR-20 Asal: September 7, 2001 China's Nuclear Agenda By BATES GILL and JAMES MULVENON WASHINGTON What had been an internal debate in the Bush administration about the
strategic nuclear relationship between the United States and China went public
last week, when troubling statements attributed to "senior administration officials"
suggested that they were not opposed to China's increasing its nuclear stockpile.
Then came White House backpedaling. At the heart of these mixed signals is the
question of how the United States should counter China's small nuclear force, in
the context of China's abilities to develop new weapons and its opposition to
missile defense. As the Bush administration prepares for a more serious strategic dialogue with
China, this process must be informed by certain uncomfortable truths.
First, for the past 20 years or more China has had the ability to incinerate at least
a handful of American cities. Unpleasant, but true. Its nuclear force, however, has
remained comparatively small since its inception. In its early years, China couldn't
detect incoming missiles, had only a fledgling nuclear command and control
system, and had very slow preparation and launch times for its missiles, making it
highly vulnerable to a first strike by either the Soviet Union or the United States.
China now has about 20 long-range nuclear missiles with sufficient range to
reach the continental United States, and while it apparently has the ability to place
multiple warheads on its missiles, it has so far chosen not to do so. The Chinese
continue to rely on a "minimal deterrent" and the barest of abilities to retaliate with
nuclear force should they come under nuclear attack. So while China has basic
deterrent capability against the United States, that capability is fragile compared
with the nuclear forces of the United States and Russia.
Second, while we may not like Chinese missiles pointing at our cities, the current
nuclear balance between the United States and China is nevertheless strategically
stable. Neither side would dare initiate a nuclear attack against the other for fear of
the damage the other would inflict in response. The overwhelming nuclear
superiority of the United States - a single American nuclear- armed submarine
carries more warheads than the entire inventory of Chinese warheads capable of
reaching the United States - means that even if China were to triple its current
number of nuclear missiles, the strategic balance would not be fundamentally
altered. Third, like it or not, we should expect China's ongoing nuclear weapons
modernization to continue. China's second-generation nuclear force, to be
deployed over the next 10 to 15 years, will be far more mobile, accurate and
reliable than its current force. Yet this force will almost certainly remain small in
comparison to the American nuclear arsenal, even if the Bush administration
unilaterally reduces United States nuclear forces.
But numbers of missiles alone don't fully determine the nuclear threat. There are
plenty of steps China could take that would be very damaging to American
interests. It could decide to accelerate its modernization program, in response to
the Bush administration's missile defense plans, by adding several hundred
nuclear-tipped missiles aimed at the United States, developing and deploying
sophisticated decoys to foil missile defenses or mounting multiple warheads on its
missiles. An aggressive modernization effort would spread alarm among China's
neighbors, spurring a nuclear build-up in South Asia. China might also move to
export antimissile defense technology to North Korea, Iran, Iraq or Pakistan.
It is clearly in the interests of both nations that China maintain the smallest
effective nuclear deterrent possible. But that means the United States must give
China incentive to show restraint. The administration is more likely to get what it
wants from Beijing - minimal nuclear buildup, no resumption of nuclear testing and
tacit acceptance of missile defense - if it begins a frank and realistic dialogue that
takes the realities of China's capabilities and interests into account.
Bates Gill is a senior fellow in foreign policy studies at the Brookings Institution and director of the Brookings Center for Northeast Asian Policy Studies. James Mulvenon is an associate political scientist at RAND. |