Laman Webantu (M) KM2: 5409 File Size: 15.2 Kb |
|
TAG SP 272: Kenyataan Lee Kuan Yew Yang Sial By Brother Su 10/9/2001 12:50 am Mon |
[BN seperti sudah kehabisan peluru sehingga menggunakan khidmat Lee
Kuan Yew. Inilah kerajaan sial yang memenjara Said Zahari bertahun-tahun
ketika dulu dalam ISA tanpa dibicarakan sedikit pun. Kisah Said Zahari
itu sudah cukup untuk menunjukkan siapa Lee Kuan Yew dan pengganas yang
sebenarnya di Malaysia. (LKY's remark is sinister and uncalled for)
Kenyataan Lee Kuan Yew bahawa dia tidak menyenangi kalau-kalau PAS
memerintah negara ini dan kecurigaanya terhadap kemunculan militan Islam
adalah sial dan berniat jahat. Walaupun sudah lanjut usia, dia masih lagi
berbisa. Tentu dia faham selama ini betapa Malaysia adalah sebuah negara
kepolisan di mana rakyat tidak dibenarkan berhimpun untuk membantah secara
aman tetapi sentiasa diancam oleh undang-undang yang zalim di mana perdana
menteri telah menunjukkan kuasa yang tidak berdemokratik, ganas dan zalim
untuk terus mencengkam menjadi seorang diktator yang bengis. Sememangnya
diktator ini sengaja telah memperlekehkan kedaulatan undang-undang dan
demokrasi. Keghairahan Lee untuk menyetujui perjanjian dengan Malaysia tanpa menunggu
ketibaan masanya, kerana menjangkakan masa depan itu adalah era pemerintahan
kerajaan pimpinan PAS boleh diandaikan sebagai kesediaannya untuk berunding
dengan seorang diktator yang sudah gila, bodoh, terdesak dan yang semakin
hampir tumbang sedangkan dia sepatutnya menunggu untuk merundingkan segala
yang perlu satu hari nanti dengan pemimpin negara ini yang bijaksana,
berwawasan, dan bersifat demokratik. Apa yang mereka berdua lakukan
sebenarnya ialah saling ampu-mengampu di mana satu pihak sudah merencana
satu keuntungan masa panjang yang lumayan sedangkan yang satu lagi sudah
tentu disebabkan terlalu terdesak, melihat hanya faedah jangka pendek untuk
terus bernafas sahaja. Jolokan 'militan' dan 'ekstrim' adalah lumrah digunakan oleh mereka yang
Sedang mencengkam kuasa; Amerika Syarikat dan negara sekutunya, terhadap
masyarakat Islam yang berani bangkit menyanggah mereka, melalui kaedah
beperlembagaan dan berunsur demokrasi, terhadap ketidak-adilan dan keadilan.
Dakwaan militan ini adalah cuma satu muslihat untuk menanam semangat
menakutkan dan kecurigaan keselamatan mereka di kalangan orang bukan
beragama Islam (non-Muslim) dengan niat menjentik kebencian mereka terhadap
Islam dan para pengikutnya yang aktif. Inilah dia manifestasi pecah dan
perintah - satu taktik yang merupakan satu strategi berunsur Machiavelli -
di mana sesuatu pencapaian itu menyetujui kaedah yang dipraktikkan.
Sejarah sudah lama merakamkan betapa berabad lamanya (dan bukannya
bertahun sahaja) Islam telah mengungguli sebahagian besar tamadun dunia ini,
sebelum ia jatuh di awal 1920-an. Sepanjang era kegemilangan tidak ada
dirakamkan kegilaan fahaman rasis sebenarnya, Yahudi yang ekstrim, dan
masyarakat kafir yang didera, dizalimi dengan aibnya, dipancung, ataupun
isteri dan anak-anak gadis mereka yang diperkosa secara bertalu-talu, secara
terbuka dan dihamba-abdikan sebagai hamba seks yang tersiksa. Tidakpun ada
rakaman betapa rumah mereka di rampas dan dibakar, harta benda mereka dirompak
dan dimusnahkan, ataupuan masyarakat itu dibunuh beramai-ramai dalam satu
program 'penghapusan etnik', untuk melindungi rencana 'penghapusan bukan-Islam.
Selepas jatuhnya kegemilangan empayar Turki pada awal abad ke-20an, tidak
adapun kisah bukan-Islam keluar beramai-ramai untuk mendedahkan kepada dunia
segala kedurjanaan dan keazaban yang mereka deritai, pengalaman menakutkan
dan segala lembaran sejarah hitam para datuk moyang mereka disebabkan kerajaan
Islam yang memerintah kehidupan mereka dahulu sehinggakan mereka sanggup
memperlekehkan ajaran agama Islam. Semua label panggilan seperti 'militan', 'radikal' dan 'ekstrimis' yang
Dicop terhadap orang Islam adalah panggilan yang dicipta untuk melindungi
kebajingan, kezaliman, ketidak-adilan dan korupsi yang selama ini diamalkan
oleh kerajaan pimpinan UMNO dan segala kata-cipta seperti itu akan
melambangkan lagi sifat kegaganasan UMNO terhadap pihak pembangkang.
Diktator itu sudah semakin tertekan, dan ketakutan akan kalah dalam pemilu
yang akan datang sehingga dia terpaksa mencipta beberapa taktik berunsur
Machiavelli - mencetuskan peristiwa - meniru segala bentuk kezaliman yang
pernah dilaksanakan oleh pemerintah zalim lain dalam sejarah manusia.
Dengan demikian, ia mencetuskan perasaan takut di kalangan rakyat jelata.
Secara membuat perbandingan, rakyat akan terdorong memilih regim yang ada
kerana memikirkan ia adalah lebih baik daripada militan Islam yang sengaja
dimomokkan itu. Secara mainan putaran minda, kita telah disogokkan dengan kisah betapa
pasukan pejuang kebebasan yang tidakpun berkelengkapan canggih untuk
berperang tetapi sanggup memerangi pasukan bala tentera Russia yang lengkap
bersenjata, dengan memberikan panggilan 'Pemberontak' Afghan kepada pejuang
itu. Apakah pasukan Palestin menjadi kumpulan radikal dan militan ataupun
Apakah pihak yang tidak sah ataupun, saya ulangi, pihak haram-jadah regim
Israel yang memerintah, yang bertindak zalim, pelampau, radikal, militan dan
ekstrim? Bayangkan kebajingannya, siapakah antara dua kumpulan ini yang
ditaja dan dilindungi oleh Amerika Syarikat dan rakan sekutunya? Siapakah
sebenarnya yang menggalakkan keganasan dan unsur militan yang diganasi oleh
regim yang haram-jadah? Di manakah pendirian Lee Kuan Yew dalam hal ini?
Kita telah dengar banyak urusan antara Singapura dan Israel.
Kita sudah lama didedahkan kepada keganasan dan 'penghapusan etnik' yang
dilakukan oleh orang Serb terhadap Islam Bosnia yang sunguh kejam, ganas dan
penuh kebinatangan. Secara perbandingan, apakah kita bolah memanggil orang
Serb sebagai pelampau berlebihan, ekstrimis, dan 'Pejuang Agama Kristian'?
Kejadian yang serupa telah berlaku di Chechnya, dan kini muncul di beberapa
tempat di Albania di mana yang menjadi mangsa adalah orang Islam. Sebagai
perbandingan, apakah kita boleh kata munculnya kini satu kumpulan militan
Kristian yang mahu membersihkan Eropah daripada menjadi tempat orang Islam
dengan cara 'penghapusan etnik' dan bukannya 'penghabusan Islam'? Pernahkah
kita dengar segala kejijikan itu dilakukan oleh dunia Islam terhadap rakyat
bukan-Islam sepanjang kegemilangan empayar Islam? Lihatlah sendiri bagaimana
hebatnya putaran minda mencengkam fikiran manusia!
Kenapakah 'militan' Islam wujud hanya apabila pihak pembangkang semakin
menonjol, ketika keyakinan semakin meninggi untuk pihak pembangkang meraih
lebih banyak kerusi dalam pemilu yang menjelang? Pada tahun-tahun yang dulu,
ketika Pembangkang kalah dengan teruknya, mereka tidak pernah betindak ganas
ala-militan, kenapakah kini ketika mereka semakin hampir melangkah ambang
kemusnahan UMNO, mereka mesti bertindak demikian? PAS dan badan Islam yang
lain, samada NGO atupun bukan NGO, tidak pernah bertindak ganas dalam
kewujudannya. Sebaliknya kita pernah mendengar di kebanyakan kempen politik,
yang membuat kerja-kerja jijik itu adalah pergerakan Pemuda UMNO dan PUTERI
UMNO yang bertindak ganas mencetuskan provokasi terhadap pihak pembangkang.
Apakah kita boleh lupa apa yang dilakukan oleh Puteri UMNO terhadap Presiden
keADILan ketika pilihanraya kecil Likas? Semakin jelas, parti yang
memerintah yang menyemarakkan trenda militan. Apa yang berlaku kepada polis
sekarang? Bukankah mereka semakin ganas? Bukankah itu unsur-unsur militan?
Diktator tua yang sudah semakin gila dan menjadi bebanan besar kepada
negara ini, memang terkenal kerana sikap membohong, memfitnah, salah guna
kuasa, tidak amanah, korup dan ganas. Dialah sebenarnya yang semakin
ketandusan sokongan dan semakin tertekan. Hanya seorang pemimpin zalim yang
menggelabah yang sanggup menggunakan cerita pembohongan untuk mengekalkan
kuasa. Ada satu perkara yang gagal dinyatakan oleh Lee Kuan Yew ataupun dia sengaja
memeram satu hakikat bahawa parti yang menentang kerajaan pimpinan UMNO
sekarang ini bukan sahaja PAS tetapi beberapa parti komponen BA yang lain,
keADILan, PRM dan DAP. Apakah yang membuat Lee berandaian bahawa PAS yang
akan memimpin kerajaan baru itu? Percantuman keADILan dengan PRM sudah tentu
akan menjadi satu kekuatan yang mesti diambil kira!
Brother Su Terjemahan: SPAR Asal: Malaysiakini Letters http://www.malaysiakini.com/Letters/20001/09/2001090703.php3
By: Brother Su (Reference : The Star dated 6th September 2001)
Lee Kuan Yew's remark for his not preferring PAS to rule this
country and his fear for the insurgence of the Islamic militancy is
indeed sinister and uncalled for. Despite his old age, he is still
shrewd. Surely he knew all the while that Malaysia is now in a
virtual police state where peaceful public dissent is not allowed
but instead threatened by dacronian laws and in which the prime
minister has shown his undemocratic, brutal and tyrannical might by
turning into a despotic dictator. He has indeed shown his utter
disregard for rule of law and democracy.
Lee's wish to close deals with Malaysia now rather than later,
anticipating that "later" might be ruled by the PAS-led government
could also imply that he prefers to negotiate now with a senile,
stupid, desperate, falling dictator rather than with intelligent,
far-sighted, democratic leaders later. So, what actually they did
was to "scratch each other's back" where one was looking for a long
term gain and the other, of course the desperate one, is hoping for
a short term gain enough to ensure his survival.
The term "militant" and "extremist" are widely used by those
usually in power, US and its allies, to Muslims who dare to rise
up, through constitutional and democratic means, against tyranny
and injustices. This allegation of "militancy" is just a ploy to
instil fear and insecurity among the non-Muslims and thus their
abhorrence to Islam and its politically active followers. This is a
manifestation of divide and rule tactic - one aspect of the
Machiavellian strategy - the end justifies the mean.
History bear testimony to the fact that for centuries (not for few
years) when Islam ruled over a major part of this earth, before its
downfall in the early 1920's, records of non-Muslims including the
real racist, extremist jews, being persecuted, brutally tortured,
slained, or whose wives and daughters being repeatedly raped before
their very eyes and made sex-slaves for the army, whose houses and
properties being torned down and confiscated, who were forced to
flee their homeland, whose pregnant wives whose womb being ripped
apart, of killing carried out under the guise of "ethnic-cleansing"
to cover the "non-Muslim cleansing" were unheard of. After the
downfall of the Islamic empire in Turkey in the early 20th century,
there were no cases of non-Muslims turned out in huge numbers to
specifically tell the whole world about the unbearable, fearful and
tormenting experience their forefathers had when lived under the
Muslims rule and thus denouncing vehemently Islam as a religion
worthy of embracing. These misleading terms like "militants", "radicals" and
"extremists" branded on Muslims are concocted to cover up the
tyrannies, injustices and corruption already committed by the
UMNO-led government and such concocted accusations will justify
further UMNO's tyrannical action against the opposition. The
dictator is now so desperate, fearing that he may lose in the
coming general election has to resort to such Machiavellian tactics
- concocting events - usually applied by other despotic rulers
known throughout history - hence creating gruesome perception into
the mind of the citizens. By "The lesser of two evils", people may
continue to choose the present dictatorial regime as it is less
evil than the concocted intolerant "militant Islam".
By the game of perception, we heard the once ill-equipped Afghan
freedom fighters who were fighting against the invading
well-equipped Russian Army were called Afghan "Rebels".
Have the Palestinians become radicals and militants or it is the
illegitimate, I repeat ILLEGITIMATE Israel regime that commits
terrorism, ultra-racism, radicalism, militancy and extremism?
Worse, who among these two, are being sponsored and protected by US
and its allies? Who actually condone terrorism and militancy
committed by this illegitimate regime? Where does Lee Kuan Yew
stand here? We have already heard of dealings between Singapore and
Israel. We already knew the atrocities and "ethnic-cleansing" committed by
the Serbs against the Bosnian Muslims were brutal, savage and
barbaric. By the game of perception, can we call the Serbs as
ultra-racists, extremists, radicals and "militant Christian
Crusaders"? Such similar cases had also happened in Chechnya, now
surfacing in some parts of Albania where the victims are, infact,
Muslims. By the game of perception, can we say that there is
Militant Christian Crusaders resurging in Europe to get rid of
Muslims under the guise of "ethnic-cleansing" rather than
"Muslim-cleansing"? Have we heard of such atrocities being
committed by Muslims against its non-Muslim citizens during the
time of the Islamic empire? See how the power of perception can
affect the mind of the people! Why would there be "militant" Islam when the opposition is gaining
ground, when the confidence is high for the opposition to win more
seats in the coming general election? Even in the past years, when
the Opposition lost heavily, they never resort to militancy, why
should it be so now when the opposition is in a favourable position
to defeat UMNO? PAS and other Islamic bodies, NGO or non-NGO, since
their inception have never resorted to militancy. Infact we often
heard especially during political campaigns, it was the UMNO youth
wing and PUTERI UMNO who boldly flexes their muscles to provoke
the opposition campaigners. Remember what Puteri UMNO did to the
president of keADILan during the last Likas by-election?
Apparently, it was the ruling party that is propagating a militancy
trend. What about the police now? Aren't they becoming brutal?
Isn't this militant? The old, senile dictator who is now a liability to the country, who
is well known for his lying, slander, abuse of power,
untrustworthiness, corruption and brutality is the one who is
loosing ground and in utter desperation. Only a desperate despotic
ruler would readily resort to concocting stories to ensure he
remain in power. One more thing, Lee Kuan Yew fail to notice or purposely disregard
it, the party who is opposing the UMNO-led government is not PAS
alone but other components which made up the BA, keADILan, PRM and
DAP. What makes Lee think that it will be a PAS-led government? The
resulting merger of keADILan-PRM may surely be a force to be
reckoned with! Brother Su |