Laman Webantu (M) KM2: 5399 File Size: 11.3 Kb |
|
TJ SP MGG: Teh Maharajah Untuk PM By M.G.G. Pillai 7/9/2001 8:37 pm Fri |
[Menurut orang tua-tua masyarakat Cina, teh yang dijamu itu
pernah menyelamatkan seorang maharajah Cina yang sudah gering sakitnya
pada zaman dahulu kala. Cara menghidang dengan rambut bertocang
itu pula bukan budaya Cina tetapi warisan budaya penjajah Manchu.
Ini tidak kena kerana sudah bercampur baur rojak jadinya - patutlah biro
MCA menggeleng kepala.... kerana majlis ini diatur oleh mereka yang langsung
tidak faham sejarah dan tradisi orang cina.
Bayangkan tidak ada pun wakil dari beberapa kumpulan besar masyarakat
Cina seperti FCAH (Federation of Chinese Assembly Halls) dan ACCIM
(Associated Chinese Chamber of Commerce and Industry).
- Editor] Malaysiakini Teh Maharajah Untuk PM (Tea For PM - strained and bitter) Oleh: M.G.G. Pillai Dua ribu pemimpin masyarakat daripada 120 pertubuhan Cina telah
berkumpul di Putrajaya minggu lalu untuk memberi kehormatan kepada
Perdana Menteri mengikut adat resam zaman Maharajah Cina purba.
Dua orang pelajar Cina berpakaian 'mandarin' lengkap dengan rambut
yang bertocang memberikan hidangan teh jenis 'Oolong' yang meniru
gelagat istiadat Maharajah di zaman dinasti Manchu.
Perdana menteri merasa lega dan gembira kerana keistimewaan
kehormatan itu, sedangkan bangsanya sendiri mengabaikan penghormatan
semacam itu kepadanya. Semua akhbar memberikan liputan yang meluas, Sin
Chew Jit Poh memberikan ruang depan dan satu muka dalam kerana
menghormati majlis yang bersejarah. Tetapi, tidak ada pun muka yang
mudah dicam di kalangan yang mengelilingi Mahathir, kerana
kebanyakannya mungkin telah terpilih secara rawak.
Kesan isiadat itu kini menyembur laksana telur tembelang yang dilemparkan
kepada muka PM. Malahan MCA yang selalunya menyokong apa juga
tindakkan Perdana Menteri menjadi terkejut. Tidak ada sebarang tokoh
terkenal Cina ataupun pertubuhan yang terkenal mengambil bahagian dalam
upacara yang disandiwarakan itu untuk memaparkan betapa beliau
dihormati oleh masyarakat Cina.
Dr. Mahathir telah memilih penasihat berbangsa Cina yang mempunyai
pengetahuan terhadap mengenai budaya China dan tamaddun bangsanya.
Inilah yang membawa bencana. Penasihat utama beliau mengenai hal ehwal
cina ialah seorang peguam berusia 51 tahun, Matthias Chang. Beliau begitu
tidak dikenali oleh masyarakat Cina sehingga ketika perlantikannya
diumumkan, akhhbar Cina tidak dapat persetujuan bersama bagaimana
mahu mengeja namanya dalam tulisan Cina.
Baru-baru ini dia telah bertemu dengan pegawai kanan beberapa akhbar
bahasa Cina. Dia bercakap dalam Bahasa Inggeris, semestinya dan
selepas berleter kepada mereka kerana tidak memberikan taat setia kepada
perdana menteri dia telah menawarkan satu pertemuan antara mereka dengan
Dr. Mahathir, dengan syarat mereka mempunyai agenda yang jelas untuk
berbincang dengan beliau. Para editor surat akhbar mendengarkan sahaja cakap beliau secara
berdiam diri. Rentetan pertemuan itu, maka dilangsungkan majlis hidangan
teh di Putrajaya. Chang telah dilantik tanpa MCA mengetahuinya terlebih dulu. Presiden
MCA. Dr. Ling Liong Sik terkejut apabila disoal mengenai perlantikan
itu. Mahathir memerlukan sokongan orang Cina untuk menghindar
kegelonsoran sokongan orang Melayu. Tetapi, dia cuba menyauknya
ketika orang Cina, seperti juga orang Melayu, semakin menyimpang jauh
daripada menyokong pemimpin politik mereka.
Sokongan Kerajaan Daripada cuba berdamai denan mereka, Barisan Nasional telah
bertindak menyanggah mereka, sambil enggan memberikan bukti keterangan
yang dapat menenangkan. Sebaliknya bersikap angkuh terhadap segala
masalah yang membuat negara semakin kecundang. Mahathir telah
mengumumkan bahawa para penentangnya adalah kumpulan fundamentalis
Islam, chauvanis Cina dan komunis. Tetapi, dialah yang membantu
penciptaan semua kumpulan itu. Pada 1970-an, para pelajar universiti telah berpaling kepada
keagamaan apabila kerajaan mula mengganyang badan pelajar yang mempunyai
kecenderungan terhadap sosialisme ataupun politik sayap kiri sebagai
agenda mereka. Segelintir pelajar Cina telah ditangkap kerana mereka
mempunyai senapang buatan kayu yang mereka sediakan untuk pementasan
satu drama. Pertubuhan pelajar beragama Islam telah berkembang berganda-ganda dan
ada yang menerima galakan rasmi kerajaan. Dr. Mahathir tidak pun
menyebut betapa kerajaan memberikan galakan agar rakyat Malaysia
berjuang membantu puak mujahidin di Afghanistan, malahan beberapa ratus
orang Melayu telah pergi ke sana.
Perjalanan ke Afghanistan memang digalakkan. Tetapi, apabila Taliban
naik berkuasa, Kuala Lumpur naik jeran dan cuba menyekat rakyat
Malaysia daripada terus menyokong mereka.
Inilah yang menjadi asas pengganyangan terkini. Kedutaan Afghan di Kuala
Lumpur misalnya bukannya mewakili regim Taliban di Kabul. Demikian juga
gamaknya dengan masyarakat Cina.
Tindakan silap mengambilalih Nanyang Press Holding oleh MCA memperakukan
jurang yang luas antara parti politik Cina itu dalam kerajaan yang
ada dengan masyarkat Cina (di seluruh negara).
Tekateki Meritokrasi Demikianlah, perdana menteri terpaksa meragau apa juga sokongan yang
dapat dirabanya samada dengan penyertaan ataupun tanpa sokongan parti
Cina dalam gagasan Barisan Nasional. Dia terus meraba dalam
pencariannya. Masyarakat Melayu yang tidak biasa dengan cara pemimpin
menyalak dan meleterkan mereka, sengaja berpura-pura akur tetapi amat
marah dengan cara beliau memperlekehkan mereka.
Masyarakat Cina naik marah apabila dijadikan sasaran kerajaan yang
menyerang mereka secara terbuka seperti yang berlaku kepada rayuan
Suqui yang mengaibkan mereka. Apabila dia membuat keputusan kerana itulah nasihat yang diberikan,
masyarakat Cina berpura-pura menyintainya sehingga sanggup memberikan
hidangan teh yang hanya layak untuk para maharaja, sedangkan itulah
majlis yang lebih mengaibkan. Kini, dia perlu memikirkan cara lain
untuk membetulkan acara yang amat menghina itu.
Keinginannya untuk menegakkan konsep meritokrasi kini disaluti oleh
banyak tandatanya sehingga tidak ada perubahan yang akan berlaku
terhadap cara pengambilan pelajar ke universiti, sehinggakan tidak ada
yang boleh diharapkan oleh masyarakt Cina yang mahukan pembaharuan.
Apakah dia mampu melakukan perubahan itu?
Tamat Terjemahan: SPAR-01-1591 Asal: http://malaysiakini.com/Column/2001/09/2001090601.php3
Thursday September 6 Tea for the PM - strained and bitter
CHIAROSCURO MGG Pillai 3:23pm, Thu: Two thousand community leaders from 120 Chinese organisations
gathered in Putrajaya last week to pay homage to Prime Minister Dr Mahathir
Mohamed in an echo of China's imperial past.
Two Chinese students dressed up as mandarins in pigtails serve him special
Oolong tea 'fit for an Emperor' of the Manchu dynasty.
The prime minister is gratified by this special 'honour', one his own
community denies him. The newspapers gave ample coverage, the Sin Chew Jit Poh
devoting the front page and another inside to this no doubt, historic event. But there
was no recognisable face among them, most appeared to have been selected at
random. The egg in the end is on the PM's face. Even the MCA, normally most supportive of
the prime minister in all he does, is horrified. No prominent Chinese community leader
nor Chinese organisation took part in this staged event to show how popular he is
with the Chinese community. Dr Mahathir prefers Chinese advisers with a limited knowledge of Chinese culture and
civilisations. And pays the price for it. His principal adviser on Chinese affairs is a
51-year-old lawyer, Matthias Chang. He is was so unknown to the Chinese
community until his appointment that the Chinese newspapers could not agree on how
to write his name. He recently met senior staff from the main Chinese newspapers. He spoke in
English, of course, and after berating them for not being loyal to the prime
minister he offered to arrange a meeting between them and Dr Mahathir but
'only if they have a clear idea of what they want to discuss with him'.
The editorial executives in the newspapers listened to him in silence. This was followed
by the tea-ceremony at Putrajaya. Chang was appointed with the MCA in the dark about it. The president, Dr Ling Liong
Sik, was caught flatfooted when he was asked to comment on it. Dr Mahathir needs
the Chinese community to obviate his declining Malay support. But he seeks it at a time
when the Chinese cultural ground, like the Malay, is fed up of its political leaders.
Government support Instead of coming to terms with them, the Barisan Nasional goes on the offensive,
providing little proof but much bluster of what ails this nation. Dr Mahathir says his
opponents are Islamic fundamentalists, Chinese chauvinists and communists. But he
helped create it. In the 1970s, undergraduates switched to religion when the government cracked down
hard on student bodies which had socialism or left-wing politics in their agenda.
Several Chinese students were detained for having wooden guns made for a play they
were preparing for. Muslim student organisations grew by leaps and bounds, and with it official
encouragement. Dr Mahathir does not mention that the government actively
encouraged Malaysians to fight with the mujahideen in Afghanistan, and indeed a few
hundred Malays went. Visits to Afghanistan were encouraged. But when the Taliban came to power, Kuala
Lumpur decided enough was enough, and tried to stop Malaysians from backing that
regime. That is at the heart of the current crackdown. The Afghan embassy in Kuala Lumpur,
for instance, does not represent the Taliban regime in Kabul. And so with the Chinese
community. The unwise MCA takeover of Nanyang Press Holding confirmed the wide dissonance
between the main Chinese party in the government and the Chinese community.
Meritocracy hedged So, the prime minister scrambles to get what support he can, with or without the
backing of the Chinese parties in the Barisan Nasional. And he stumbles badly. The
Malay community, unused to have their leader berate them, keep their counsel but are
angry at this finger pointing. The Chinese community is aghast at being targeted for what they say before
a government body as a pointer for discussion but which the government
turned into a public attack on them, as the infamous Suqui proposals were
and are. When he then decides, or is led to decide, the Chinese love him so much that they
willingly kowtow to him to offer tea fit only for emperors, more than face is lost. He
must find other ways to redress this scam.
His desire for meritocracy is hedged with so many conditions that little would change in
how admissions to Malaysian universities are made, making the Chinese community no
better off now than before. So, can he?
|