Laman Webantu (M) KM2: 5392 File Size: 5.5 Kb |
|
TAG SP 270: Time - Khairul, Mangsa Perang Politik di Malaysia By Simon Elegant 6/9/2001 6:53 pm Thu |
Time Asia Khairul, Mangsa Perang Politik di Malaysia
(Khairul - Innocent Victim of Malaysia's Political War)
Oleh: Simon Elegant Perutusan: Memecah Ikatan Belenggu - Perang politik Malaysia meragut mangsa
yang tidak bersalah. Adalah sukar untuk tidak menyukai Khairul : seorang pelajar dengan
kesungguhan untuk membantu anak-anak yang tidak berkemampuan, beliau juga
seorang anak muda yang mempunyai penampilan yang menarik dan perbadi yang
sangat disenangi. Sememangnya, begitulah beliau pada kebiasaannya. Hari ini
wajahnya seperti ada yang tidak kena : kulit di bawah matanya kelihatan
lebam akibat keletihan. Beliau menghisap rokok keretek Indonesia satu demi
satu, tanpa benar-benar menyedari apa yang sedang dilakukannya, matanya
melemparkan pandangan ke sekeliling dari masa ke semasa laksana seekor
haiwan yang terperangkap. Tangannya kelihatan menggigil sedikit. Beliau
memberitahu yang beliau tidak dapat tidur pada malam hari dan dihantui
mimpi-mimpi ngeri apabila terlelap di siang hari.
Kami sedang duduk di sebuah kedai kopi di Kuala Lumpur pada suatu petang
baru-baru ini, dan setiap kali seseorang mengambil tempat duduk, Khairul
memandang mereka dengan perasaan syak wasangka dan marah yang
bercampur-baur, terutamanya kepada lelaki di dalam lingkungan usia
pertengahan tahun dengan potongan rambut yang pendek. 'Saya merasakan
seperti mereka sedang memerhatikan saya sepanjang masa,' jelasnya. "Pihak
polis memberitahu saya, 'jangan lupa, kami tahu apa yang sahaja yang kamu
lakukan'" Kebimbangannya itu dapat difahami : Baru-baru ini Khairul telah dibebaskan
setelah ditahan selama beberapa minggu di bawah Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA). Akta tersebut membenarkan penahanan yang kekal di dalam
penjara tanpa perlu dibicarakan - atau tanpa apa sahaja, seperti buku-buku,
pen, kertas dan lawatan dari keluarga, sekiranya mereka yang memenjarakan
anda itu tidak menyukainya. Kesalahannya? Besar kemungkinan adalah bantahan
terhadap ISA yang akhirnya menyebabkan beliau diperlakukan sedemikian
rupa. Khairul, pelajar berusia 22 tahun yang mengikuti pengajian kejuruteraan
elektrik, tidak melakukan lebih dari mengendalikan pusat tiusyen untuk
pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan, dan mempersoalkan dasar-dasar
kerajaan yang merangkumi semuanya dari ISA kepada langkah menyelamat
syarikat-syarikat kroni. Bukanlah satu kesalahan yang besar pun, barangkali
anda berkata. Memang benar. Namun Khairul adalah seorang lagi mangsa yang
tidak bersalah di Malaysia yang masih bergelumang dengan pertempuran
politik yang menyaksikan pertembungan Perdana Menteri yang telah lama
berkuasa Mahathir Mohamed dengan bekas Timbalannya, Anwar Ibrahim. Anwar
telah ditangkap dan dipenjarakan genap tiga tahun pada bulan ini. Beliau
kini menjalani hukuman penjara 15 tahun selepas disabitkan dengan kesalahan
korupsi dan kes l***t di dalam dua perbicaraan kontroversial yang telah
meninggalkan kesan yang pahit di kalangan ramai rakyat Malaysia.
Peperangan politik tercetus dengan kuatnya dan kemudian menjadi lemah.
Demonstrasi jalanan, yang satu ketika dahulu sering diadakan, kini semakin
berkurangan. Namun kemarahan terhadap Perdana Menteri masih berterusan,
membara di sebalik ketenangan, dan kerajaan telah bertindak keras sejak
beberapa bulan kebelakangan ini, menangkap ahli-ahli politik pembangkang,
mereka yang dituduh sebagai pengganas-pengganas Islam, dan dua pemimpin
pelajar, salah seorangnya adalah Khairul. Akan tetapi Khairul bukanlah
seorang ahli politik dan tidakpun menyimpan cita-cita ke arah itu. Atas
sebab itulah beliau merasa amat terkejut apabila ditangkap. Namun begitu
beliau sepatutnya sudah boleh membaca dari ucapan-ucapan Perdana Menteri
yang bersungguh-sungguh mengecam rakan-rakan pelajar Khairul yang berbangsa
Melayu (orang-orang Melayu Islam merupakan 60% dari populasi tempatan;
selebihnya adalah kaum Cina, India dan suku kaum yang lain) sebagai pemalas
dan tidak berguna, lebih berminat untuk menyertai demonstrasi jalanan dari
belajar. Pihak polis mengutarakan perkara yang sama kepada Khairul semasa sessi soal
siasat, sehingga membingungkannya. 'Saya memberitahu mereka tahap militan
di kalangan pelajar adalah sifar. Kebanyakan pelajar Malaysia tidak
langsung berminat dengan hal-hal lain selain belajar dan menamatkan
pengajian serta mendapatkan satu pekerjaan yang baik.'
Sudah seminggu Khairul dibebaskan dan beliau masih merasa tidak sihat Namun
apa yang telah berlaku terhadap dirinya semasa ditahan - tujuh jam disoal
siasat dalam sehari oleh dua pasukan yang berbeza, diasingkan di dalam sel
berukuran dua kali empat meter dengan lampu yang dinyalakan sepanjang masa,
ketidakpastian tentang bila, atau jika, beliau akan dibebaskan - tidak
dapat mengubah dirinya, katanya. 'Sesungguhnya ia telah menjadikan
pandangan dan prinsip saya lebih kuat lagi.' Sehingga di lain ketika.
Terjemahan: SPAR 09 Asal: http://www.time.com/time/asia/news/ column/0,9754,173567,00.html
atau KM2 5381: Malaysia's political war claims an innocent victim
|