Laman Webantu (M) KM2: 5391 File Size: 13.7 Kb |
|
TAG SP 269: HR - Rompakan Siang Hari Di Tabung Haji By Harun Rashid 6/9/2001 5:24 pm Thu |
5/09/2001 Rompakan Siang Hari Di Tabung Haji
(Daylight Robbery At Tabung Haji) Seseorang pakar ekonomi mengatakan simpanan wang itu sebagai perbelanjaan
yang ditunda. Wang yang disimpan dalam bentuk tabungan adalah merupakan
perbelanjaan konsumer untuk masa depannya. Yang menyimpan wang itu
menganggap tabungannya itu sebagai simpanan masa depan yang selamat, sebagai
menampan terhadap kemungkinan bencana yang tidak terduga.
Memanglah sesuatu yang melegakan kalau ada sedikit tabungan untuk membayar
keperluan pendidikan anak-anak, ataupun sebagai wang pendahuluan untuk
membeli sebuah rumah ataupun kereta, ataupun sebagai biaya mengerjakan haji.
Semua ini hanya ada kebenarannya kalaulah wang yang ditabung itu berada
dalam keadaan yang selamat; jika tidak ia merupakan bahana keraguan dan
kerisauan yang tidak ada tepiannya. Simpanan wang yang dibiarkan di rumah mempunyai kesan yang negatif, kerana
wujudnya masalah keselamatan kerana aset cair memang mudah menarik minat
pencuri. Wang yang disimpan bersahaja di rumah mengundang pencuri di malam
hari. Ini menjadi punca ancaman yang menggugat keselamatan sesuatu keluarga.
Memang bukan satu perkara ganjil apabila ada keluarga yang dibunuh,
keseluruhannya oleh orang yang tidak dikenali. Motifnya ialah untuk
mendapatkan wang yang tersorok itu. Menggaji seorang pengawal keselamatan
sebagai pelindung ataupun satu jaminan adanya keselamtan adalah satu perkara
yang tidak boleh diambil kira lagi. Selalunya adalah lebih selamat menyimpan wang di bank, tidak kiralah bank
itu bersifat komersial ataupun sebuah bank simpanan sahaja. Keutuhan dinding
peti besi yang disaluti tembok konkrit melindungi wang simpanan meyakinkan
kita sehinggalah anda bersedia mengeluarkan wang itu untuk tujuan tertentu.
Menyedari betapa simpanan wang berada dalam keadaan yang selamat sambil
dijaga oleh pengawal yang bertauliah, membolehkan penyimpan wang itu tidur
di rumah dengan nyenyaknya. Kalau satu pra-syarat perjanjian menyimpan itu
telah dipersetujui, wang yang disimpan itu boleh digunakan untuk dipinjamkan
kepada orang lain, dan dana yang digunakan itu boleh memberikan pulangan
kerana ia digunakan untuk sementara. Di Malaysia terdapat beberapa institusi yang diwujudkan khas untuk menerima
simpanan wang daripada orang Islam untuk membolehkan mereka menabung sebelum
mengerjakan rukun Islam dan pergi ke Mekah mengerjakan Rukun Haji.
Masyarakat Islam menabung di Tabung Haji dengan keyakinan wang itu
dipelihara dengan baik. Simpanan di situ sudah membesar dan menjadikan
Tabung Haji satu institusi yang berdiri megah. Menaranya yang persis sebuah
reaktor nuklear memberikan keyakinan kepada penyimpannya dari jarak jauh dan
memberikan keyakinan kepada penabungnya untuk berkata: "Di sinilah saya
menyimpan wang untuk mengerjakan Rukun Haji!"
Demikianlah tanggapan ramai orang Islam selama ini. Tetapi, kerajaan baru
sahaja membuat pengumuman betapa satu proses penyelamatan sedang
dipertimbangkan, dan peristiwa ini amat memeranjatkan banyak pihak. Sebuah
institusi yang menerima tabungan wang sebenarnya tidak sepatutnya menemui
kegagalan seperti yang berlaku kepada satu perniagaan komersial. Wang yang
diterima sepatutnya dilaburkan secara berhati-hati, dan sebarang risiko
kalau adapun, harus merupakan sesuatu yang paling minima. Tetapi, kerugian
adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, dan selalunya masih banyak
kolateral ataupun cagaran yang membolehkan usaha mendapatkan balik wang yang
telah dipinjamkan. Tabung Haji sudah semakin galak menjadi bahan berita sekarang ini. Ada satu
kisah bagaiman RM1 bilion dilaburkan di Indonesia untuk membeli kawasan
ladang sawit di sana. Ini merupakan satu tindakan yang ganjil kerana harga
minyak sawit yang tidak menentu. Urusniaga membeli tanah itu terbantut
akhirnya. Mengikut jalan ceritanya, apabila kerajaan Indonesia mendapat tahu akan
urusan jualbeli itu, ia menjadi terkejut mendapati tanah ladang itu telah
dijual dengan hanya RM400 juta. Kemudian ada seseorang yang telah menjual
tanah itu kepada Tabung Haji dan membuat keuntungan yang tinggi. Urusniaga
jualbeli itupun telah dihentikan oleh kerajaan Indonesia. Tabung Haji telah meminta wang RM1 bilion dipulangkan kembali, tetapi
kerajaan Indonesia hanya memulangkan RM400 juta yang telah diterimanya. Apa
jadi dengan baki yang bernilai RM600 juta. Kalau ini sudah menjadi satu
persoalan disebabkan berlakunya kehilangan wang, bererti ia juga menjadi
tandatanya para pelabur Tabung Haji kerana ragukan wang yang hilang itu. Ini
adalah satu jumlah yang besar bersamaan dengan kehilangan 1% dalam bentuk
dividen tahunan. Jelas ada seseorang yang cuai mengendalikan urusniaga itu
sehingga wang sebanyak itupun boleh lesap.
Pada waktu itu seperti keadaannya sekarang, ketua Tabung Haji adalah manusia
yang dilantik oleh Perdana Menteri kerana jabatannya bertanggungjawab
menyelia operasi Tabung Haji. Sebagai seorang ketua, Perdana Menteri
menyelidik dulu setiap calon yang difikirkan layak mengetuai Tabung Haji.
Dia telah memilih adik iparnya.
Jadi perkara yang menghantui Tabung Haji sepatutnya dijawab oleh adik ipar
Perdana Menteri itu. Malangnya dia sudah menjadi arwah kini. BPR mungkin
merupakan agensi yang paling layak menjawabnya. Perdana Menteri memang ada
menyimpan nombor telefon BPR. Tetapi, selama ini tidakpun ada sebarang
permintaan rasmi agar BPR membantu. Mungkin juga BPR telah diarahkan agar
semua masalah itu diselesaikan oleh Perdana Menteri, mengikut amalan biasa.
Rakyat tentu yakin dia akan dapat menyelesaikan perkara itu dengan penuh
rahsia. Mungkin juga polis dapat membantu mencari di mana letaknya wang yang
didapati hilang itu. Tetapi, setakat ini tidakpun ada sebarang catatan
bahawa laporan polis sudah dibuat mengenai wang yang hilang. Inilah
malangnya, jika tidak bolehlah polis dipesongkan daripada kerja-kerja
menangkap rakyat mengikut akta ISA.
Laporan terbaru SUHAKAM telah melaporkan kisah kegaganasan polis. Kalaulah
duit yang hilang itu dapat ditemui semula lengkap dengan nama mereka yang
bertanggungjawab menyebakan kehilangannya, sudah tentu dapat mengembalikan
keyakinan rakyat terhadap kewibawaan polis. Martabat polis di mata rakyat
memang terlalu rendah sekarang ini, kerana disamakan dengan tindak-tanduk
Mafia. Oleh kerana polis Malaysia semakin prihatin dengan martabatnya yang
tercemar, telah meminta pertolongan daripada Scotland Yard yang mempunyai
motto kerja berbunyi: 'We always get our man'. (kami selalunya berjaya
mengesan sasaran). Polis Malaysia memang mempunyai motto yang sama.
Perbezaannya cuma terletak kepada cara orang yang dicari itu dapat
ditangkapnya. Kerana itu motto polis Malaysia berbunyi 'We always get our
man, innocent or not'. Namun, mereka masih belum dipanggil untuk menyiasat, sehingga rakyatpun
kehairanan. Seseorang seharusnya menganggap kerugian yang berlaku sebagai
sebahagian hal dalaman kakitangan Tabung Haji dan Jabatan Perdana Menteri.
Nampaknya perkara ini sudah menjadi satu masalah keluarga.
Tersebut pula kisah bagaimana seorang pegawai di Tabung Haji telah ditahan
oleh dua orang yang tidak dikenali ketika dia memandu keretanya di kawasan
pedalaman. Orang itu mahukan RM100,000 yang dibawa oleh pegawai itu
diserahkan kepada mereka. Pegawai Tabung Haji itu mengalah dan dua orang
yang dikatakan merompak itu masih belum dapat dikesan bersama wang
rompakannya. Pegawai yang malang itu pulang membuat laporan tanpa ada sesiapa yang
menjadi saksinya. Kalaupun ada satu laporan polis yang dibuat, ia tidak
memberikan identiti pegawai yang dirompak itu, dan penjelasan kenapa dia
membawa wang sebanyak itu secara bersendirian dalam keretanya. Para
penyimpan wang di Tabung Haji menganggap cerita itu sebagai kegagalan Tabung
Haji memindahkan wang simpanan dengan cermat dan secara terkawal. Selalunya
pemindahan wang sebanyak itu dilakukan dengan menggunakan kereta khas. Kini,
polis masih lagi mencari dua lelaki yang memandu kereta BMW.
Dana Tabung Haji telah disebut dalam kegiatan membeli saham di BSKL. Ini
merupakan satu keanehan kepada insitusi simpanan wang. Ada yang menyebut
bagaimana dana Tabung Haji digunakan untuk menyokong harga pasaran saham
syarikat para kroni yang telah merudum. Apabila harga saham itu jatuh, nilai
pelaburan Tabung Haji jatuh juga, sehingga memungkinkan satu lagi proses
penyelamatan oleh kerajaan. Rencana ini apabila dilanjutkan bererti
menggunakan wang yang berguna untuk menyelamatkan wang yang sudah hilang.
Apabila kerajaan mengumumkan kerja-kerja penyelamatan yang dianggapnya
perlu, jumlah wang yang digunakan untuk sesuatu proses itu tidakpun disebut.
Yang disebut ialah proses penyelamatan itu 'tidak seharusnya dibiarkan
gagal'. Oleh kerana dana Tabung Haji itu lumayan bernilai sehingga RM80
bilion, jumlah kerugian pun besar juga, sehingga memerlukan penyelamatan
yang dijangka terbesar sekali. Oleh kerana kerajaan sedang sibuk
menyelamatkan MAS, Renong, dan LRT bernilai sekitar RM10 bilion,
penyelamatan Tabung Haji akan memerlukan lebih banyak wang yang mampu
disediakan. Apabila jumlah pendepositan adalah lebih besar daripada jumlah aset dana itu
keseluruhannya, bererti tercetuslah 'technical bankruptcy' ataupun secara
teknikalnya, dana itupun dikira sudah muflis. Seandainya setiap penyimpan
bertindak menarik simpanannya, akan berlaku satu ketika dana itu akan
kehausan simpanannya, sehingga terpaksa menutup pintu daripada diserang oleh
penyimpannya. Perkara semacam ini tidak boleh berlaku seperti yang telah
berlaku pada KWSP, kerana di sana, sebahagian daripada jumlah wang yang
disimpan itu tertahan sehinggalah seseorang pencarum itu mencapai usia
pencennya. Keadaan yang lebih menyulitkan akan menghantui Tabung Haji kerana
sesiapa sahaja boleh menuntut wang simpanannya secara spontan mengikut
keinginan penyimpannya. Besar kemungkinannya berita malang ini sudah tersebar luas dan mencetuskan
keadaan tidak selesa, kerana pengeluaran yang besar sudah mula dibuat.
Seorang lelaki, yang terlalu ghairah telah mengeluarkan bukan sahaja
simpanannya, tetapi wang simpanan kawan-kawan kenalannya. Dia muncul untuk
mengeluarkan wang itu sekurangnya tiga kali setiap hari perniagaan untuk
selama satu bulan. Setiap kali dia mengeluarkan RM100,000 wang tunai,
mengambilnya daripada kaunter dan keluar bersama wang tunai itu. Dia lakukan
perbuatan ini setiap hari selama satu bulan tanpa menarik perhatian kerani
lain di kaunter itu. Mungkin juga mereka semua turut membantunya.
Setiap pengeluaran wang, besar ataupun kecil, memerlukan kad pengenalan,
lengkap dengan gambar dan cap jari. Setiap kali dia muncul untuk
mengeluarkan wang itu, dia datang dengan kad pengenalan yang relevan bersama
gambarnya dan cap jari yang betul. Dia pun menurunkan tandatangannya yang
relevan dan menunggu dengan sabarnya untuk wang yang dikeluarkan itu
disediakan dalam jumlah not RM100. Cara begitu licik yang dipamerkan oleh
seseorang yang tidak dikenali mengeluarkan wang simpanan begitu mudah, sudah
tentu melunturkan sebarang kepercayaan untuk orang lain manambahkan
simpanannya pada Tabung Haji. Perdana Menteri yang diminta mengulas akan perkara ini, menyebut adanya
masalah kebenaran kisah yang diceritakan itu. Dia memang pintar dengan
alasan begini, dan semua orang memang sudah tahu. Masalah yang dihantui oleh
Perdana Menteri ialah dia yang merupakan salah satu penyebab kepada masalah
itu. Dia melantik pegawai Tabung Haji sama caranya dia melantik menteri
kabinetnya. Rekod lantikannya itu memang tidak cemerlangpun. Setiap kali dia
mencari calon dia hanya mampu memilih seseorang yang diperlukan untuk
sesuatu tugas dengan orang pilihannya itu bermuka riang di depan kamera
sedangkan dia akhirnya merompak juga harta rakyat.
Kini perdana menteri telah memilih muka baru untuk menyelesaikan kemelut
Tabung Haji, kali ini mereka dipilih kerana pengetahun hal ehwal fudisiari,
dan semoga mereka lebih berhati-hati dengan simpanan wang penabung. Satu
tandatanya masih kekal berlegar; 'Siapakah yang dapat membalun wang yang
hilang itu?' Perdana Menteri tidakpun mengarahkan sesiapa menjejaknya.
Seolah-olah dia lebih menumpukan usaha untuk meredakan kemarahan rakyat
daripada mencari siapakah banjingannya dan berusaha untuk mendapatkan
kembali wang yang hilang itu. Jadi, proses penyelamatan Tabung Haji akan muncul juga. Pada waktu yang
sama, mereka yang menabung di Tabung Haji perlu membuat taksiran ke arah
sistem keselamatan yang diamalkan oleh institusi simpanan wang ini. Walaupun
usaha penyelamatan itu mungkin melegakan sesiapa, namun ia tidak serupa
dengan mendapatkan kembali tunai di tangan sendiri. Mereka yang bertindak
cepat mungkin tidak akan dinafikan hak diberi layanan sewajarnya. Mereka
yang sudah menyetujui rancangan penabungan bulanan secara automatik mungkin
terpaksa menilai semula kebijaksanaan untuk terus menyimpan di situ.
6 September, 2001. Terjemahan: SPAR-05-022 Link Reference : Harun Rashid Worldview: Daylight Robbery At Tabung Haji |