Laman Webantu (M) KM2: 5384 File Size: 4.1 Kb |
|
TAG SP 267: SHIT Yang Sama, Harinya Berbeza By RaisaGorbie 5/9/2001 9:07 am Wed |
[Al Arqam telah menonjolkan satu model ekonomi yang berjaya sehingga
kerajaan termalu kerana ia dapat hidup tanpa perlu dibantu. Mengapa
kerajaan menghapuskan sama-sekali gerakan al Arqam itu (atau mendenda
keseluruhan ahli gerakan itu) sedangkan yang silap itu cuma beberapa
kerat sahaja pemimpinnya?. Lagipun kesilapan itu boleh diperbaiki tanpa
perlu menghapuskan semuanya sekali. Bukankah ini yang diajar oleh ugama
Islam - dimana yang tidak betul diperbetulkan - bukannya langsung dilenyapkan
tanpa sebarang kesan. Kalaulah perniagaan al Arqam itu memang bersalahan
mengapa ia tidak dibicarakan? SHIT Yang Sama, Harinya Berbeza
(Same Shit Different Days: Efforts to revive banned Al-ArqamJ)
Oleh: raisagorbie@yahoo.com Pernahkah kerajaan memberikan penjelasan secukupnya terhadap dakwaannya
mengenai kegiatan militan Arqam.
Ini adalah satu jawapan kepada apa yang saya baca:
^
STS: Efforts to revive banned Al-Arqam
Penentangan kerajaan terhadap kewujudan Arqam yang dikatakannya terpesong
(disebabkan Al-Awrad Muhamadiah dan satu lagi alasan yang menyebut kewujudan
kumpulan militan 'Al-Badar'). Inilah satu propaganda yang berjaya,
membuatkan kerajaan menerbitkan gambar yang sengaja diada-adakan
menunjukkan pengikut Al-Arqam memikul senjata, dengan kiasan itulah gambar
kumpulan militan Al-Arqam. Sebenarnya itulah gambar orang awam sedang
berbaris. Sasaran utama ialah orang yang tertentu: Ustaz Ashaari seorang pemimpin
marhaen yang berjaya mengumpulkan ramai pengikutnya, kebanyakannya berjaya
dengan perniagaan mereka yang bebas dan penuh kreativiti tanpa tajaan UMNO.
Kalaulah kumpulan itu menyimpang daripada ajaran Islam, sepatutnya
segelintir individu di bahagian pucuk kepimpinan yang sepatutnya diambil
tindakan. Sebaliknya Kerajaan dan polis bertindak menghapuskan keseluruhan
pergerakan itu. Kerajaan beranggapan tindakannya terhadap Ashaari sahaja adalah tidak
mencukupi dan kerana itu mesti dikaitkan dengan unsur 'anti-nasional',
'militan', dan puak yang berbahaya. Kerana itu mereka cipta pasukan Badar.
Begitu juga, dengan beberapa idea yang dicetuskan oleh kumpulan pemikir dan
penasihat Mahathir, (yang haprak dan boleh dijangkakan), jalur yang sama
dirancang kini terhadap apa juga kumpulan pembangkang. Ini hanya merupakan
TAIK yang sama di hari yang berbeza.
RaisaGorbie-Moskva http://straitstimes.asia1.com.sg/asia/story/0,1870,67773,00.html?
Usaha Menghidupkan Al-Arqam (Efforts to revive banned Al-Arqam) Kuala Lumpur - Bekas ahli Al-Arqam sedang berusaha menghidupkan semula
pergerakan yang telah diharamkan di negara ini. Berita ini memranjatkan
kerana ahli-ahli kumpulan ini pernah menjalani kursus khas untuk memulihkan
akidah mereka. Menteri di Jabatan Perdana Metneri Abdul Hamid Zainal Abidin telah
mengarahkan penubuhan satu pasukan khas untuk memantau pergerakan ini.
Pasukan itu akan dianggotai oleh beberapa agensi seperti Jabatan Pembangunan
Islam Malaysia, polis, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Keselamatan
Nasional daripada Jabatan Perdana Menteri, katanya.
Dia berkata kerajaan telah mengesan beberapa bekas ahli Al-Arqam yang
menggunakan perniagaan mereka sebagai saluran meluaskan ajaran songsang
mereka kepada masyarakat, terutama sekali para pelajar.
"Nampaknya usaha untuk menghidupkan kembali pergerakan itu semakin jelas,
dan kita perlu menentang aktiviti ini untuk menolak pengaruh mereka merebak
dan berulang," demikian katanya seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.
Asal: KM2 : Efforts to revive banned Al-Arqam: Same Sh*t Different Day |