Laman KM2: 7000 KM2 Index File Size: 16.2 Kb


TAG SP 660: PCron: Jenin - Nama Yang Harus Dalam Kenangan
By Ramzy Baroud

16/4/2002 6:52 pm Tue

Palestinechronicle.com - 8/4/2002


Jenin - Nama Yang Harus Dalam Kenangan

(Jenin - Remember This Word)

Oleh: Ramzy Baroud, Ketua Pengarang

JENIN, inilah satu nama yang mesti diingat selalu, kerana setiap kali anda lupa akan kepercayaan terhadap perikemanusiaan, apa yang anda perlu ingat ialah nama ini. Ulangi perkataan itu selalu, ketika anda merasa murung dan berduka. Ia pasti menyuntik semangat dan tenaga yang baru. Inilah dia lambang keberanian, yang melampaui batasan putus harap dan kehampaan, keberanian yang sudah menjadi satu legenda, semakin menghampiri status metos pula. Betapa lagi kita dapat menjelaskan perkara ini apabila sebuah khemah orang pelarian yang kecil, yang tidak sampai satu kilometer persegi keluasannya terpaksa berhadapan dengan kepungan beberapa ratus kereta kebal, helikopter Apache dan ribuan pembunuh yang terlatih dan menggelar diri mereka askar kerajaan?

Khemah pelarian yang mengandungi tempat perlindungan yang berbumbungkan khemah ini telah dibina pada tahun 1953 untuk menampung kemasukan ribuan pelarian Palestin. Inilah khemah kecil penempatan manusia yang membiakkan ketahanan dan kedegilan. Ramai warga Palestin yang telah dinyah daripada perkampungan kelahiran mereka di Palestin terpaksa hidup merempat dan melarat sedangkan mereka masih mampu melihat tanah mereka yang dirampas dulu, hanya dengan berpaling ke bahagian Barat khemah pelarian itu.

Selama hampir lima dekad mereka merenung ke arah barat. Kini, apabila golongan tua keluarga mereka sudah mati, anak-anak yang dibenarkan dalam keadaan yang sungguh hina tetapi membesarkan mereka dengan penuh bangga sebagai Palestin, telah diajar untuk merenung ke Barat jua. Barat adalah bumi Palestin, tanahair mereka. Di sanalah mereka pernah mendengar cerita lama daripada nenek yang sudah semakin ganyut usia mereka betapa indahnya kehidupan di situ satu ketika dulu. Itulah kisah yang mengingatkan betapa azabnya hidup mereka di bawah penjajahan.

Tiga belas ribu pelarian berlindung di khemah pelarian Jenin, yang terletak di pinggir Jenin di Tebing Barat. Impian mereka sudah melepasi jalan yang bertar, sistem saluran najis yang berfungsi dan sekolah pendidikan yang bestari. Impian mereka menjentik semangat untuk pulang ke kampung halaman. Ramai yang masih memegang geran tanah pusaka di Palestin itu, malahan masih ramai yang menyimpan anak kunci kepada mangga pintu rumah mereka, dan kebanyakan mereka itu amat faham apa ertinya resolusi PBB nombor 194: betapa mereka punya hak untuk pulang.

Tetapi, untuk beberapa dekad, pelarian itu semuanya merempat tanpa rumah kediaman, tanpa hak, dan untuk beberapa dekad juga mereka dihina dan diaibkan tanpa ada hentinya kezaliman yang direncana. Pada tahun 1967, Israel menambah keaiban ke atas mereka lagi, apabila ia menakluki Tebing Barat dan Gaza, menjadikan pelarian itu semua tertakluk kepada penjajah ketenteraan.

Di tahun yang kebelakangan ini, penduduk golongan muda di khemah pelarian telah membesar sehingga merupakan 44 persen daripada jumlah pelarian semuanya. Tanpa banyak kemudahan, mereka mampu mencapai tahap pendidikan yang sempurna di beberapa universiti berhampiran di Bir Zeit, Baitul Laham dan Najah. Maka lahirlah satu generasi golongan muda yang berpendidikan dan kental pendiriannya setelah dibesarkan oleh suasana orang pelarian. Mereka membesar sebagai satu golongan yang tidak pernah lupa mengabaikan tugas melihat ke arah barat di mana terletaknya Palestin sehingga mereka menjadi satu generasi yang tidak pernah gusar mengangkat obor yang difaraidkan oleh satu generasi yang semakin tua. Generasi tua itulah yang mendidik mereka satu pengajaran yang paling berharga; jangan lupa tanah air kita, hak kita, kebanggaan kita dan martabat bangsa. Itulah yang mereka ingatkan selalu tanpa ada tepiannya.

Apabila jalanraya Palestin meledak oleh kemarahan gara-gara laungan mahukan kebebasan, kebangkitan itu cuma baru bermula, dan pelarian Jenin sudahpun berada di sana, memimpin himpunan manusia, melaungkan semangat juang secara lantang, mahukan keadilan, hak asasi manusia dan kemestian mahu pulang.

Israel sudah amat matang memahami apa yang dimaksudkan oleh Jenin sebagai aspirasi militan mereka, betapa khemah pelarian yang itu adalah penghalang segala usaha Israel untuk menindas bangsa Palestin; kerana penindasan begitu dianggap penting untuk meluntur dan memusnahkan semangat mereka.

Bulan Mac lalu, Israel melancarkan 'Operasi Pengembaraan Warna-warni' (Operation Colorful Journey) dalam usaha mengganyang khemah pelarian Jenin dan Balata. Seperti yang disebut, 'operasi' itu memang penuh warna-warninya, dalam bentuk tumpahan darah di mana hampir 20 orang Palestin terbunuh dan ratusan yang tercedera di khemah pelarian itu. Banyak rumah kediaman yang musnah, namun semangat juang mereka masih kental. Pegawai Israel ada mengatakan bahawa tujuan missi mereka di Jenin adalah laksana 'mencari pengganas dengan penyepit.' Itupun, penyepit bala tentera yang nombor empat terbesarnya di dunia, dan yang merupakan salah satu kuasa nuklear terbesar di dunia, tidak mampu melunturkan ketahanan jati diri Jenin. Jenin bertindak balas dengan berani, dan ketika askar Israel berundur, orang Palestin muncul di pintu rumah, membawa masuk mayat yang bergelimpangan dan melaungkan kata semangat kebebasan Palestin berulang-ulang.

Tetapi General Sharon masih tidak dapat melupakan peperangannya yang belum selesai. Balas dendam adalah mainannya, walaupun terpaksa menghalakan dendam itu ke arah penghuni khemah pelarian yang tidak berdosa, yang bertindak balas dengan senjata lama dan pisau dapur sahaja. Semasa dia mengerahkan tentera menakluki Tebing Barat dia telah menggemblengkan hampir 300 kereta kebal, ribuan askar dan banyak Apache untuk menakluki khemah pelarian Jenin.

Setakat tulisan ini disediakan, lapan hari sudah berlalu di mana pengeboman dilaksanakan bertalu-talu, pembunuhan kejam dan pembunuhan beramai-ramai sudahpun berlaku. Khemah pelarian itu tidak musnah sepenuhnya. Ratusan rumah kediaman telah dihancurkan, lubang besar untuk dijadikan kubur beramai-ramai sudahpun digali, banyak mayat telah ditanam secara tergesa-gesa, manusia telah tertanam di bawah runtuhan kediaman mereka, tetapi khemah pelarian itu masih tegak dengan gagahnya.

Kerana rimas dengan saiz kecil khemah yang daif itu, kereta kebal Israel telah merempuh apa saja, rumah kediaman dan masjid menjadi mangsa kegilaan mereka, untuk membolehkan satu medan perang baru dibuka memudahkan usaha berdepan dengan pelarian yang masih kental semangatnya; sambil melihatkan khemah itu masih berdiri gagah menantikan serangan mereka.

Ketua tentera Israel, Shaul Mofaz, yang menerima keaiban kerana kesilapannya, telah menerajui 'operasi' itu sendiri untuk melancarkan pembunuhan ganas, sambil seluruh dunia diam terpaku untuk menunggu, menantikan berita bagaimana pelarian Palestin memerangi kereta kebal dan Apache yang menyerang tanpa henti.

Lebih lima puluh (50) peluru berpandu dihalakan ke arah khemah pelarian itu dalam jangkamasa satu jam, sehingga ratusan penghuninya tertimbus di bawah runtuhan, banyak mayat bergelimpangan di jalanraya. Askar Israel telah melancarkan pengeboman yang bersistem pada keseluruhan khemah itu, sambil mangsa yang mengalami pendarahan merana menanti kematian, tanpa ada bantuan perubatan. Hanya raungan kaum ibu yang meratapi penderitaan mereka sehinggalah nyawa berpisah dari jasadnya. Dengan peralatan yang amat daif khemah pelarian yang kecil itu bukan sahaja telah menentang serangan, tetapi mampu mengenakan balasan terhadap askar yang menggila yang sebelum itu berlagak angkuh betapa mereka amat perkasa.

Dari bahagian pedalaman khemah itu, dengan menggunakan satu telefon bimbit yang semakin daif kekuatan baterinya, seorang pejuang Palestin telah menghubungi TV Al-Jazeera. 'Saya cuma mahu mengingatkan seluruh dunia yang begitu berbangga itu, agar tidak runsing sangat, kami sedang bertahan dan akan terus berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir.' Di bahagian belakang, satu bangsa yang tinggi martabatnya sedang mendengar apa yang dituturkan oleh pejuang tadi, sambil berfikir sama apakah dunia masih mendengar ataupun prihatin dengan perjuangan mereka. Mereka menjerit dalam satu suara untuk kebebasan dan kemerdekaan Palestin. Sejurus itu bateri telefon itu pun pupus, mungkin tidak akan dicas semula.

Pada waktunya artikel ini diterbitkan, mungkin khemah pelarian Jenin sudah pun disodok oleh jentolak, di mana ratusan nyawa lagi sudah terkorban. Mungkin juga pertempuran itu masih berlarutan. Tetapi, yang pasti, pelarian khemah Jenin tidak akan mudah dipujuk-rayu untuk melupakan perjuangan mereka untuk bebas. Mereka pasti akan bangkit untuk melawan semula.

Israel masih lagi tidak dapat mengerti bahawa segala kecanggihan senjata perang yang dibikin oleh Amerika yang mereka gunakan terhadap penghuni khemah pelarian Jenin tidak akan berupaya mendesak mereka menggugurkan hak untuk berjuang mempertahankan maruah diri. Mereka tidak akan berhenti berpaling ke arah Barat, di mana letaknya tanah pusaka mereka dan tersimpannya martabat bangsa, kerana itulah tanahnya yang menjadi kunci rahsia yang menarik semangat orang Palestin untuk pulang semula.

Terjemahan: SPAR




Asal: http://palestinechronicle.com/article.php?story=20020408192557891


Jenin: Remember This Word

Monday, April 08 2002 @ 07:25 PM GMT

Israel knew too well what Jenin meant for its military aspirations, that particular refugee camp was a deal breaker for Israel's attempt to suppress the Palestinian population, to kill their spirit.

By Ramzy Baroud, Editor-in-Chief

Jenin. Remember this word, for every time your lose faith in humanity, all you need to do is to recall it. Repeat inside of you, slowly, when you are down and frail. It should give you vigor and lift your spirit. It's a symbol of courage, courage beyond these times of despair and degradation, courage that's legendary, almost mythological. How else can we explain that a small refugee camp, less than a kilometer sq. length and width stands for days in the face of hundreds of tanks, Apache helicopters and thousands of trained killers, they call soldiers?

Established in 1953 as a make-shift tent city to host thousands of Palestinian refugees, this small camp breeds tenacity and defiance. Many of those Palestinians who were uprooted from their villages in Palestine to live in the most humiliating conditions were still able to see the land that once was theirs, by simply gazing west.

For nearly five decades they looked west. Now, when their elders die, their children who are raised in the same impoverished yet proud Palestinian camp, also taught to gaze west. West is Palestine, their home, where they were told stories by aging grandmas of how wonderful life once was. It was a reminder of their dire hardship and life under occupation.

13 thousand refugees lived in the Jenin refugee camp, located near the city of Jenin in the West Bank. Their dream was beyond paved roads, functional sewer systems and good schools. Their dream was returning home. Many held the deeds to their land in Palestine, some even held the large old keys of their ravished homes, and most of them knew too well what UN Resolution 194 meant: it was their right to return.

But for decades those refugees remained without homes, without rights, and for decades they were subjected to never ending cruelty. In 1967, Israel added insult to injury when it invaded the West Bank and Gaza, the refugees are now under military occupation.

In recent years, the young population in the camps have grown to reach 44 percent of the total number of refugees. Yet with little means, many managed to attain a proper education at nearby Universities, Bir Zeit, Bethlehem and Najah. A young, educated yet defiant generation was born and raised in the small camp, a population that never forgot to look west, were Palestine is, a population that never feared to carry on the torch of a dying generation. That dying generation taught them one valuable lesson; never forget the land, our rights, our pride and our dignity. And they never did.

When Palestinian streets exploded with anger in a loud cry for freedom, the uprising was just getting started, and the Jenin refugee camp was there, leading the crowd, chanting the loudest, demanding justice, human rights and return.

Israel knew too well what Jenin meant for its military aspirations, that particular refugee camp was a deal breaker for Israel's attempt to suppress the Palestinian population, to kill their spirit.

Last March Israel carried out "Operation Colorful Journey" against the Jenin and Balata refugee camps. Like its name, the 'Operation' was colorful, bloody colorful, as nearly 20 Palestinians were killed and hundreds wounded in the refugee camp. Many homes were destroyed, but the spirit remained strong. Israeli officials said that their mission in Jenin was like 'picking up terrorists with tweezers." But even the tweezers of the fourth strongest army in the world, one of the most powerful nuclear powers, was hardly enough to bend the will of Jenin. Jenin fought hard, and as the soldiers were pulling out, Palestinians emerged from their homes, carrying their dead, and chanting about Palestine and freedom.

But General Sharon never forgets his unfinished battles. Revenge is his game, even if launched against refugees, fighting with old rifles and kitchen knifes. As he recently deployed his forces to invade West Bank towns, he spared nearly 300 tanks, thousands of soldiers and many Apaches to invade the Jenin refugee camp.

Until the writing of this article, 8 days after intensive bombings, horrendous killings and indescribable massacres, the camp is yet to fall. Hundreds of homes have been destroyed, mass graves have been opened, scores of dead have been buried in haste, men and women smothered under the rubble of their homes, and the camp is yet to fall.

Frustrated with the small size of the poor camp, Israeli tanks began stepping on everything, homes and mosques to find a way for themselves, to open a new battlefront with the defiant refugees, and the camp is yet to fall.

The head of the Israeli military Shaul Mofaz, embarrassed by the blunder, led the 'operation' himself to carry out a massacre, as the whole world stood and waited while the refugees battled the tanks, and fought the Apaches.

Over fifty missiles were fired on the camp within an hour; hundreds of people are said to be buried under the rubble; many bodies were scattered in the streets; Israeli troops began a systematic bombardment of the entire camp, the wounded bled to death, with no medical attention, just broken hearted mothers screaming in vain. With little means, the small camp, not only resisted, but inflicted heavy losses on the army that once claimed to be 'invincible'.

From inside the camp, using a cell phone with a dying battery, a Palestinian fighter reached Al Jazeera satellite television. "I just wanted to let the proud people of world, not to worry, we are resisting and will fight to the last drop of blood." In the background, a proud population stood listing to the speaker, maybe thinking that the world really listened or cared. They all chanted in one voice for freedom and Palestine, before the battery died, maybe not to be charged again.

By the time this article is published, maybe the Jenin refugee camp will be bulldozed, maybe hundreds more will be killed, maybe the fighting will still continue; but under no circumstances will the remaining refugees of Jenin be coerced to abandon their fight for freedom, their vow to return.

Israel is yet to be convinced that even with the most sophisticated US manufactured weapons, the people of Jenin refugee camp will never abandon their honorable fight, they will never cease to look west, where their land and pride are, where Palestine is calling on its people to come home.