Laman KM2: 6999 KM2 Index File Size: 8.8 Kb


TAG SP 659: GR: Keganasan Tajaan Israel
By Lev Grinberg

16/4/2002 6:50 pm Tue

Keganasan Tajaan Israel

(Israel's State Terrorism)

Oleh: Lev Grinberg - Pengarah Humphrey Institute for Social Research Ben Gurion University.

Apakah bezanya antara keganasan tajaan sebuah negara dengan tindakan ganas seorang individu? Kalau kita faham akan perbezaannya tentu kita akan faham kesyaitanan dasar AS di Timur Tengah dan segala bencana yang sedang melanda. Apabila Yasser Arafat dikepung di pejabatnya dan dijadikan tebusan oleh pasukan tentera Israel yang menyerang bumi Palestin, dia telah disagat bertalu-talu agar mencemuh keganasan dan tindakan rakyatnya bertindak balas. Keganasan tajaan Israel dianggap oleh pegawai AS sebagai tindakan 'mempertahankan diri', sedangkan pengebom relamati Palestin diaibkan dengan panggilan pengganas.

Terdapat hanya sedikit perbezaan dalam hal ini apabila keganasan Israel itu adalah tanggungjawab Ariel Sharon, Benjamin Eliezar, Shimon Peres dan Shaul Mofaz, sedangkan tindakan 'keganasan' individu dilakukan oleh mereka yang sudah begitu putus harap, dan selalunya bertentangan dengan kemahuan Arafat. Satu jam sejurus Arafat mengisytiharkan sokongannya agar satu gencatan senjata dilaksanakan dan mengucapkan selamat menyambut Perayaan Passover, seorang pengebom relamati meledakkan dirinya di sebuah hotel di Netanya, membunuh bersama 22 yahudi yang tidak berdosa yang mahu menyambut upacara Passover itu. Arafat ditohmah sebagai bertanggungjawab dengan tindakan itu, dan serangan IDF (Israel Defence Forces) dikatakan satu tindakan wajar yang menepati tuduhan itu.

Pada waktu yang sama, jenayah perang Sharon dan Israel telah dilupakan begitu sahaja, semuanya. Siapakah yang patut ditangkap kerana merencana pembunuhan hampir 100 orang Palestin? Siapa yang sepatutnya disumbat ke dalam penjara kerana membunuh sekitar 120 anggota perubatan (paramedik) Palestin? Siapakah yang patut dihukum kerana membunuh lebih 1,200 Palestin dan kerana mendera lebih 3,000,000 (tiga juta) orang awam sepanjang 18 bulan yang lalu? Siapa pula yang sepatutnya dihadapkan kepada mahkamah dunia kerana menempatkan pendatang haram di tanah yang dirampas daripada orang Palestin, dan kerana mengingkari resolusi PBB lebih tiga puluh (35) tahun?

Ledakan bom oleh pejuang syahid yang relamati yang membunuh orang awam yang tidak berdosa memang mesti dikecam tanpa ada dolak-daliknya; tindakan mereka itu adalah gelagat tidak bermoral, dan mereka yang merencananya harus dipenjara. Namun tindakan itu tidak boleh diperbandingkan dengan keganasan tajaan sesebuah negara seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan Israel. Tindakan yang disebut terdahulu adalah merupakan tindakan individu ataupun kumpulan yang sudah putus harapan yang tidak punyai banyak harapan di masa depan, disebabkan terlalu tertekan oleh pandangan dunia yang terlalu terpesong bertentangan dengan penderitaannya. Tindakan yang lagi satu adalah tindakan ganas yang dikatakan tindakan hasil keputusan 'rasional' sebuah negara yang menggunakan alat ketenteraannya untuk menjajah, lengkap dengan segala senjata perang, dan diongkosi oleh satu-satunya kuasa besar di dunia ini.

Namun, dalam perdebatan terbuka, keganasan negara dan pengebom relamati tidak pula difikir wajar untuk dijadikan perbandingan dalam kisah keganasan. Keganasan dan jenayah perang yang dicetuskan oleh kerajaan Israel dikira sah dan sebagai 'mempertahankan diri'; sedangkan Arafat yang sudah terkepung itu masih dimestikan bertugas menangkap segala 'pengganas'.

Saya mahu bertanya: Siapakah nanti yang akan menangkap Ariel Sharon, musibat yang sebenarnya bertanggungjawab mengeluarkan perintah membunuh warga Palestin? Bilakah ketikanya dia akan ditakrifkan sebagai seorang pengganas? Berapa lama lagikah dunia mampu memekakkan telinga daripada mendengarkan raungan Palestin bahawa yang mereka mahukan cuma kebebasan dan kemerdekaan? Sampai bilakah dunia mampu mengenepikan fakta bahawa sasaran utama kerajaan Israel bukannya keselamatan negara, tetapi penaklukan berkesinambungan dan penindasan berterusan bangsa Palestin?

Sebagai warga Israel di pihak pembangkang, kami sedang berdepan dengan kerajaan kami, tetapi sokongan antarabangsa yang diterima oleh Sharon senantiasa membahayakan perjuangan kami. Keseluruhan pendapat umum masyarakat sejagat terpaksa diputar-balikkan semula, dan PBB mesti menghantar pasukan pengaman untuk menghentikan pertumpahan darah dan kemusnahan yang semakin ketara. Orang Israel dan bangsa Palestin memang amat mengharapkan kesedaran masyarakat antarabangsa untuk mencetuskan pendapat terbuka mereka secara mengubahkan pendirian yang dapat merobah sikap sejagat. Semua ini amat diperlukan untuk menyelamatkan nyawa kita sebenarnya, dan menentukan harapan kita untuk menyaksikan masa depan yang cerah menjadi kenyataan juga.

Terjemahan: SPAR




Asal: http://www.globalresearch.ca/articles/GRI204A.html


Israel's State Terrorism

By Lev Grinberg April 1, 2002

What is the difference between State terrorism and individual terrorist acts? If we understand this difference we'll understand also the evilness of U.S. Middle East policies and the forthcoming disasters. When Yassir Arafat was put under siege in his offices and kept hostage by the Israeli occupation forces, he was constantly pressed into condemning terror and combating terrorism. Israel's State terrorism is defined by U.S. officials as "self-defense," while individual suicide bombers are called terrorists.

The only "small" difference is that Israeli aggression is the direct responsibility of Ariel Sharon, Benjamin Ben Eliezer, Shimon Peres, and Shaul Mofaz, while the individual terrorist acts are done by individuals in despair--usually against Arafat's will. One hour after Arafat declared his support of a ceasefire and wished the Jews a Happy Passover feast, a suicide bomber exploded himself in an hotel in Netanya, killing 22 innocent Jews celebrating Passover. Arafat was blamed as responsible for this act, and the present IDF offensive has been justified by this accusation.

At the same time, Sharon's responsibility for Israeli war crimes is being completely ignored. Who should be arrested for the targeted killing of almost 100 Palestinians? Who will be sent to jail for the killing of more than 120 Palestinian paramedics? Who will be sentenced for the killing of more than 1,200 Palestinians and for the collective punishment of more than 3,000,000 civilians during the past 18 months? And who will face the International Tribunal for the illegal settlement of occupied Palestinian Lands, and the disobedience of UN decisions for more than 35 years?

Suicide bombs killing innocent citizens must be unequivocally condemned; they are immoral acts, and their perpetrators should be sent to jail. But they cannot be compared to State terrorism carried out by the Israeli government. The former are individual acts of despair by a people that sees no future, vastly ignored by an unfair and distorted international public opinion. The latter are cold and "rational" decisions of a State and a military apparatus of occupation, well equipped, financed, and backed by the only superpower in the world.

Yet in public debate, State terrorism and individual suicide bombs are not even considered as comparable cases of terrorism. The State terror and war crimes perpetrated by the Israeli government are legitimized as "self- defense," while Arafat, even under siege, is commanded to arrest "terrorists."

I want to ask: Who will arrest Sharon, the person directly responsible for the orders to kill Palestinians? When is he going to be defined a terrorist too? How long will the world ignore the Palestinian cry that all they want is freedom and independence? When will it stop neglecting the fact that the goal of the Israeli government is not security, but the continued occupation and subjugation of the Palestinian people?

As Israelis in the opposition, we are fighting against our government, but the international support that Sharon receives is constantly jeopardizing our struggle. The whole international public opinion must be reverted, and the UN must deploy intervention forces in order to stop the bloodshed and the imminent deterioration. Israelis and Palestinians desperately need the awakening of the international community's public opinion and a reversal in the global attitude. These are needed both in order to save our lives (literally), and preserve our hope for a better future.

(Dr. Lev Grinberg is a political sociologist and Director of the Humphrey Institute for Social Research, at Ben Gurion University.)