Laman KM2: 6992 KM2 Index File Size: 38.1 Kb


MMMM: B8 - Mahathir Harus Batalkan Lawatan Ke Rumah Putih
By Marhain Tua

13/4/2002 10:20 pm Sat

Siri MMMM

Bab 8: Mahathir Harus Batalkan Lawatan Ke Rumah Putih

Perdana Menteri Malaysia merangkap 'Wira Dunia Ketiga' telahpun menerima pelawaan Presiden Amerika George Bush Jr. dan beliau dijangka melawat Amerika antara 12 hingga 13 Mei 2002.

Kalau kita ambil-kira situasi dunia ekoran kemelut di Palestin, adalah lebih wajar sekiranya Mahathir membatalkan sahaja lawatannya itu. Ia akan membazirkan wang rakyat sepertimana beliau membazirkan wang rakyat dalam lawatannya selama tiga hari ke Maghribi, Libya dan Bahrain pada bulan ini. Apakah tujuan sebenar lawatan enam hari itu? Adakah ia mempunyai kaitan dengan lawatannya ke Rumah Putih. Benarkah desas-desus dia ke sana atas urusan Bush, sekaligus mula buat kerja menjadi 'barua' kepada Bush?

Daripada segi politik antarabangsa dan asam-garam diplomasinya, tarikh lawatan seseorang pemimpin Negara menemui seorang pemimpin yang lain adalah hasil persetujuan kedua-dua belah pihak. Yang pasti tarikh itu ditentukan lebih lama dulu lagi dan Mahathir tentu sedar betapa itulah tarikh ulangtahun Episod 13 Mei, 1969; di mana dia mempunyai peranan besar dalam pencetusannya. Episod 13 Mei adalah satu peristiwa yang berlaku ketika UMNO mengalami kekalahan besar dalam pilihanraya umum yang termasuk kekalahan Mahathir di Kota Star. Ekoran kekalahan itu dia telah menuduh Tunku Abdul Rahman Putra sebagai seorang pemimpin yang tidak berguna, kerana 'menjual ketuanan Melayu kepada kaum Cina.' Pertempuran dahsyat berlaku apabila kaum bukan-Melayu di Kuala Lumpur berarak meraikan kemenangan pihak pembangkang sambil memperlekehkan orang Melayu di Kuala Lumpur. Lagipun, kekalahan yang tidak diduga di kalangan calon Perikatan (yang mendahului penubuhan Barisan Nasional) UMNO Selangor pimpinan Dato' Harun Idris bergoncang kerana memperoleh kemenangan yang paling tipis dalam sejarah pemilu setakat itu.

Ekoran hasutan yang dibuat melalui surat layang yang dikatakan hasil tulisan seorang ultra-Melayu, Tunku dituduh lalai ketika meledaknya pertumpahan darah di Kuala Lumpur dan dituduh sibuk dengan mainan mahjong sahaja. Ketika itu, orang Melayu memang mudah terguris perasaannya apabila diberitahu bahawa pemimpin Melayu yang mewakili mereka telah terpesong dan memberikan kemudahan kepada kaum Cina (ketika itu). Inilah kelentongan yang dilakukan oleh Mahathir untuk meransang semangat orang Melayu ketika itu agar membenci Tunku Abdul Rahman Putra. Kalau dilihat akan kelakuan Mahathir sekarang ini, itulah perangai yang sedang dilakukannya sendiri.

- Lawatan Mahathir ke Negara Arab

Mahathir akan membazirkan wang rakyat marhaen dengan melakukan lawatan enam hari ke Libya, Bahrain dan Maghribi. Secara kebetulan lawatan itu adalah bertepatan dengan ulangtahun Gelita Empat Belas yakni satu peristiwa di mana marhaen Malaysia telah berkumpul di Kuala Lumpur menunjuk perasaan secara aman tetapi telah dihambat oleh polis dengan menggunakan kekerasan untuk menyuraikannya. Tarikh itu kini hanya merupakan catatan sejarah sahaja kerana marhaen Malaysia sudah tidak ada daya menunjuk perasaan lagi, bukan disebabkan mereka tidak mempunyai semangat menunjuk perasaan tetapi mereka lebih selesa menunggu masa yang paling sesuai untuk melaksanakannya.

Apakah gunanya Mahathir melawat Negara Arab itu dalam masa yang singkat kalau ianya bertujuan menunaikan agenda yang sudah lama tertangguh? Apakah dia mahu menunjukkan satu usaha bahawa dia berbincang dengan beberapa pemimpin Arab yang dilawatinya untuk mendapatkan pandangan mereka cara terbaik menyelesaikan masalah Palestin yang sedang dikepung oleh tentera Israel?

Munculnya Wira Palestin Yang Terkini?

Sejurus bersidang menteri luar negara Islam di Kuala Lumpur pada awal April lalu, kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Mahathir menerima jemputan bertemu Presiden Bush Jr. di Washington. Lantas, semua akhbar propaganda BN UMNO telah menyiarkan berita betapa perwakilan Negara Arab meminta jasabaik Mahathir merundingkan masalah Palestin. Liputan berita mengenai kisah itu telah disemarakkan lagi dengan pengakuan Mahathir bahawa dia akan berbincang dengan Bush akan pendapatnya untuk mencari jalan penyelesaian. Apakah Mahathir benar-benar mempunyai mandat untuk membincangkan perkara itu? Kenapakah ramai pemimpin BN terutama sekali UMNO yang menggembar-gemburkan perkara itu, sedangkan keadaan sebenarnya adalah begitu jauh dari kenyataannya?

Mungkin tidak ramai pemimpin UMNO yang sedar bahawa mereka sendiri telah tertipu dengan propaganda yang disiarkan selama ini mengenai peranan yang akan dimainkan oleh Mahathir di Rumah Putih itu. Kita mahu terangkan sedikit maklumat di sini, kalaulah itu agenda Mahathir mahu bertemu Bush di Rumah Putih, adalah lebih wajar dia membatalkan lawatan itu sebelum terlambat.

Ketika marhaen Melayu merasa sedih memikirkan sekumpulan wira Melayu yang berpelajaran tinggi dan semangat kental dipenjarakan tanpa bukti dan asas yang konkrit, Mahathir sedang berfoya-foya dengan suku-sakatnya menghabiskan wang rakyat. Sedangkan kos perjalanannya ke Antartika masih belum selesai dikemas-kinikan oleh perbendaharaan negara. Jelas Mahathir sudah hilang harga diri membiarkan orang yang tidak berdosa terus terpenjara, sehinggakan Shaari Sungip hanya diberikan pelepasan beberapa jam untuk mewalikan pernikahan anak perempuannya. Memang jelas Mahathir adalah seorang manusia yang sudah berhati syaitan. Tetapi, apakah perasaan pemimpin Melayu yang lain dalam UMNO dan BN? Apakah pula perasaan pemimpin BN yang bukan-Melayu? Apakah mereka tidak ada isi perut memikirkan bekas rakan seperjuangan politik mereka merengkok dalam penjara dan anak dan isteri hidup tersiksa? Apakah pandangan dunia apabila melihatkan Mahathir cuba menjadi wira dunia ketiga dan pejuang kebebasan Palestin?

a) Mahathir Tidak Ada Mandat Bangsa Arab

Pergolakan di Palestin yang dicetuskan oleh serangan tentera Israel sudah masuk hari yang ke empat belas pada hari ini Jumaat 12 April, 2002. Ketika Ariel Sharon merencana serangan itu, pemimpin Negara Islam yang diwakili oleh Menteri Luar mereka telah berkumpul di Kuala Lumpur untuk bersidang di 'Hotel Banyak Kuda' dengan satu agenda sahaja iaitu 'Keganasan'. Persidangan yang digembar-gemburkan untuk menaikkan martabat Mahathir di Malaysia sebenarnya berakhir dengan satu kesan yang negatif setelah banyak akhbar Arab yang mengutuk Mahathir kerana mencadangkan semua pejuang relamati Palestin adalah pengganas. Sekaligus, martabat Mahathir di kalangan bangsa Arab sudah terjejas. Kalaupun dia pergi ke setiap Negara Arab selepas itu, Mahathir sudah dicap sebagai pemimpin Islam yang tidak memahami ajaran Islam dalam susur-galur perjuangan berjihad ke jalan Allah.

Tindakan Mahathir mencadangkan agar pejuang relamati Palestin sebagai pengganas adalah satu tindakan ala 'tape recorder' untuk mengulang semula pendapat pentadbiran Bush yang menganggap secara rasminya bahawa pejuang relamati Palestin itu adalah pengganas. Sekaligus persidangan yang mempunyai hanya satu agenda 'Keganasan' di Kuala Lumpur itu menjadi satu persidangan Negara Islam yang tidak relevan. Sekaligus Mahathir memperlekehkan Malaysia yang diisytiharkannya sebagai sebuah negara Islam dan begitu juga orang Melayu yang beragama Islam. Secara tidak langsung juga seluruh dunia Islam sedar, cerita di sebalik kemelut pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya dan anak-muridnya dan pemenjaraan Anwar Ibrahim yang pernah menjadi timbalan perdana menteri Mahathir sendiri.

b) Peperangan Proksi Amerika

Apakah caranya Mahathir mahu mempengaruhi Bush untuk memikirkan penderitaan orang Palestin sedangkan serangan Israel terhadap Palestin adalah satu peperangan proksi bagi pihak Bush dan Amerika?

Ariel Sharon sebenarnya sedang melakonkan satu skrip yang diolahnya bersama Bush dan timbalan presiden AS Dick Cheney. Skrip ini telah dirancang sebaik sahaja Amerika gagal mencari Osama Laden di pergunungan Afghanistan dalam satu operasi tentera besar-besaran yang dinamakan 'Operasi Anaconda'. Operasi itu kecundang dan berakhir dengan lebih dua puluh askar Amerika yang kini dalam tahanan pihak Taliban dan Al-Qaeda. Disebabkan ramai anggota tentera Amerika yang terkorban, Amerika bertindak menghentikan operasi itu dengan angkuhnya menyebut ia adalah satu kejayaan.

Untuk mengalihkan pandangan dunia kepada kekalahan Amerika dalam Operasi Anaconda, Bush telah merancang satu operasi baru untuk menggugurkan bom dan menyerang Iraq. Seluruh dunia sedar ketaksuban George Bush Jr. mahu menggulingkan kerajaan Saddam Hussein sebagai agenda terbesarnya selagi dia menjadi presiden Amerika. Inilah agenda yang mahu dilaksanakan dengan jayanya sebagai kerja penyudah kepada rencana yang dimulakan oleh ayahnya Bush Sr. Pada mulanya Bush mahu menyerang Iraq dengan alasan mengongkosi kumpulan ganas yang menghunjam pesawat ke atas Pusat Dagang Dunia New York dan Pentagon . Kini, seluruh dunia semakin ragu akan pembabitan warga Arab dalam kejadian itu walaupun ada kisah terjumpanya pasport salah seorang juruterbang tidak jauh daripada bangunan yang meletup.

Kini sudah ada sebuah buku yang menunjukkan betapa pengeboman Pusat Dagang Dunia itu dilakukan oleh muslihat robotic dan pemusnahan Pentagon bukan disebabkan pesawat terbang kerana memang tidak ada pesawat yang terhempas di situ.. (rujuk artikel M@RHAEN: 11 September di Pentagon - Boeing 757 Yang Lesap) Oleh kerana terlalu ramai yang sangsi akan kejadian 'malapetaka' September 11 itu, Bush mahu memesongkan perhatian dunia agar tertumpu kepada pembunuhan ngeri di Palestin.

- Lawatan Dick Cheney ke Negara Arab

Tetapi Amerika tidak mendapat sokongan padu pemimpin dunia lain kecuali Tony Blair perdana menteri Britain, dalam usaha menyerang Iraq. Dick Cheney telah menghabiskan 10 hari menjelajah 12 negara di Timur Tengah untuk mendapat sokongan mereka menyerang Iraq. Semua pemimpin Arab menolak pujukan Amerika, termasuk Kuwait yang merupakan musuh ketat Iraq.

Pada 1991 dulu Dick Cheney merupakan setiausaha pertahanan Amerika dalam kerajaan Bush Sr. Beliau telah menjelajah seluruh Negara Arab dan mendapat sokongan mereka untuk menyerang Iraq. Arab Saudi meminjam beberapa pesawat pemantauan AWAC (Advance Warning Aircraft Carrier) dan pangkalan udaranya untuk menempatkan askar bersekutu. Beberapa Negara Teluk menjadi pangkalan penempatan askar bersekutu yang bersekongkol dengan Amerika. Iraq hancur oleh serangan itu dan padang minyak Kuwait menyala kerana terbakar.

Sebelas tahun kemudiannya, Dick Cheney menjadi timbalan presiden Amerika kepada Bush Jr. dan dia masih mahu meneruskan agenda memusnahkan Saddam Hussein sedangkan yang dimusnahkannya selama ini adalah rakyat Iraq yang tidak berdosa.

Malahan, sebelum Dick Cheney mengadakan lawatan itu, Bush ada mengemukakan rancangan mahu menyerang Iraq, Iran, Syria, Korea Utara kerana inilah negara yang tersenarai sebagai negara pengganas yang dimusuhi Amerika.

Dick Cheney mempunyai dalil menyerang Iraq kerana Saddam Hussein dikatakannya 'masih menyimpan senjata pemusnah dan berbahaya yang mesti dimusnahkan'. Tetapi, pembohongan Dick Cheney itu disangkal oleh dunia barat termasuk Scott Ritter, bekas pegawai risikan komando Amerika yang menganggotai UNSCOM (United Nations Special Commission on Iraq). Beliau dilaporkan berkata bahawa: 'Tidak mungkin Iraq mempunyai daya melancarkan serangan kimia dan biologi pada masakini. UNSCOM telah memusnahkan lebih 90 peratus stok penimbal (stockpile) kimia dan biologi Iraq yang tersimpan semasa Perang Teluk dulu.'

Untuk memperkuatkan tekanan kepada pemimpin Arab, Amerika yang kecundang dengan Operasi Anaconda telah menghantar lebih ramai askarnya ke Somalia dan Kenya sebagai satu helah untuk menjejaki pejuang Taliban dan Al-Qaeda yang dikatakan sudah lari bersembunyi di Somalia. Muslihat ini dipertingkatkan dengan bantuan Britain, Australia dan Russia. Pada Mac 22, dua buah pesawat peninjau (reconnaissance) RAF Canberra lengkap dengan kelengkapan fotografi mendarat di Mombassa (lapangan terbang Kenya yang hampir dengan sempadan Somalia). Pada hari yang sama sebuah pesawat pengangkutan Russia yang disewa oleh RAF telah mengangkut 140 askar dan kelengkapan tentera dan mendarat di Mombassa (lapangan terbang antarabangsa Moi). Tambahan askar ini memang tidak diperlukan kerana sudah ramai perisik Peranchis, British, Jerman dan Itali yang sentiasa berkeliaran di rantau itu selama ini.

Kelentongan Amerika mahu menyerang Iraq adalah satu muslihat besar pentadbiran Bush agar Amerika terus bernafas dalam suasana 'bersiap sedia untuk berperang'. Hanya dengan ketegangan untuk berperang membolehkan Bush untuk terus bertahan. Beberapa perlembagaan Negara yang menyangkuti suasana perang akan mengenepikan sebarang usaha rakyat Amerika melancarkan operasi menjatuhkan pentadbiran Bush. Seperti yang dirakamkan oleh sejarah, pentadbiran Bush muncul melalui tipu muslihat dengan pengundi hantu dan pengundi tipu yang direncana di Florida, dengan kerjasama adiknya Jed Bush yang menjadi Gabenor Wilayah Miami.

Dengan lain perkataan, kalau Mahathir berjumpa Bush nanti memang banyak kesamaan yang mereka miliki dalam aspek memegang tampuk pemerintahan melalui tipu muslihat menggunakan pengundi tipu dan pengundi hantu. Di Amerika ada Akta Darurat yang disebut 'Patriotic Act' yang banyak meniru undang-undang zalim yang termaktub dalam 'Internal Security Act'.

- Ketaksuban Ariel Sharon

Sejurus Dick Cheney pulang dengan penuh kehampaan daripada Timur Tengah, tiba-tiba Timur Tengah telah meledak dengan dahsyatnya. Ariel Sharon telah menyerang Ramallah dan mengepung kediaman Yasser Arafat dan menghalang Arafat daripada menghadiri persidangan Arab di Beirut pada 27 dan 28 Mac. Bayangkan seorang Presiden sebuah kerajaan yang berdaulat dikepung oleh kuasa asing dengan kereta kebal kuasa asing itu mengepung rumah kediamannya, dan keseluruhan institusi keselamatan Palestin dimusnahkan dengan serangan daripada udara.

Ariel Sharon adalah seorang penjenayah yang telah terbukti melakukan pembunuhan ke atas pelarian Palestin yang berkhemah di Shatila dan Sabra ??.

Tindakan Sharon mengepung Yasser Arafat adalah bertepatan dengan upacara 'Passover' (hari cuti agama Yahudi) dan Arafat telah mengucapkan selamat menyambut upacara itu kepada kaum yahudi di seluruh dunia. Tetapi, Sharon bertindak mengepung kediaman Arafat itu setelah berlakunya pengeboman oleh pejuang relamati yang mengorbankan satu kumpulan rakyat Yahudi yang menyambut majlis makan di sebuah hotel.

Sejak 22 Januari 2002 sudah berlaku 35 peristiwa pengeboman oleh pejuang relamati di Israel. Inilah maklumat yang digembar-gemburkan di Amerika sekarang ini untuk mengabui pemikiran rakyat Amerika agar menyokong rencana Bush menyokong Ariel Sharon. Tetapi, apa yang tidak mereka ketahui ialah kisah Ariel Sharon mengarahkan askar Israel menjahanamkan stesen utama radio PA dan juga ibupejabat pentadbiran Palestin (PA - Palestinian Authority) pada 13 Disember 2001. Pesawat terbang Israel telah menyerang antenna stesen itu daripada udara. Suara Palestin (Voice of Palestine) yang menyiarkan serangan melalui gelombang sederhana (MW) kini bertukar kepada pemancaran gelombang FM mulai Khamis Disember 13, 2001.

Pada hari yang sama tentera Israel telah menghancurkan lapangan terbang antarabangsa Gaza, merobekkan permukaan jalan dan mencetuskan ketakutan kepada keseluruhan 119 jajahan dalam pentabiran Yasser Arafat. Ketika Ariel Sharon melakukan keganasan itu, Amerika masih melaungkan dasarnya betapa Yasser Arafat adalah dianggap sebagai pemimpin utama Palestin. Pengikhtirafan ini dibuat juga oleh ibupejabat European Union di Brussels dan ketua Gereja Katholik di Vatican. Pada 14.12.01, Vatican mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan kedamaian tidak akan tercapai di Timur Tengah selagi Israel tidak keluar daripada bumi yang ditadbir oleh Yasser Arafat.

Sharon mengeluarkan syarat bahawa Yasser Arafat tidak dibenarkan keluar daripada kediamannya selagi dia tidak memberi arahan dalam bahasa Arab kepada rakyat Palestin agar menghentikan serangan menggunakan pejuang relamati. Arafat enggan berbuat demikian kerana mengikutnya seramai empat puluh tujuh ribu (47,000) rakyat Palestin telah mati terkorban sejak 'Intifada' dilancarkan terhadap kerajaan Israel. Kerana itu Arafat sudah bersedia mati syahid seandainya Sharon memilih untuk memusnahkan terus kediamannya dengan beliau terus bertahan di situ.

- Ariel Sharon Mahu Melantik Pemimpin Boneka Palestin

Dunia Arab (sama ada mereka beragama Islam ataupun Kristian) sedar bahawa Ariel Sharon mahu membunuh Yasser Arafat ataupun mengaibkannya agar memberi laluan kepada seorang pemimpin baru yang boleh dijadikannya boneka memerintah Palestin. Dia mahu menjadikan wilayah PA itu sebagai satu jajahan Israel. Dia mahu Palestin satu bangsa yang dapat ditakluki oleh Ariel Sharon. Kerana itu Ariel Sharon sanggup melakukan pembunuhan ala-'ethnic cleansing' (penghapusan kaum) dengan alasan usahanya itu adalah satu usaha menjamin kehidupan bangsa Yahudi. Pada waktu yang sama sejak Ariel Sharon menjadi pemimpin utama Israel, dia telah menubuhkan 35 perkampungan baru di wilayah Palestin yang dirampasnya.

Pada 14 Disember 2001, Ariel Sharon telah memberitahu akhbar Jerman 'Bild' bahawa Arafat 'adalah sejarah dan tentera Israel akan berada di Palestin untuk mentadbir dan menentukan keamanan di situ.' Sejak daripada, itu askar Israel bebas bergerak dan mengganas. Jentolak digunakan untuk memusnahkan tembok dan bangunan sebagai laluan kepada kereta kebal Israel. Di ruang udara, pesawat helikopter Apache dan pejuang F-16 digunakan untuk mengebom sasaran yang difikirkan wajar.

Tindakan ganas Ariel Sharon telah menyedarkan kaum Palestin dan menyatukan beberapa pergerakan bersenjata mereka seperti Jihad Islamiah, Al-Fatah dan Hamas. Ketika keganasan ini berterusan, hampir semua pemimpin dunia telah mengutuk tindakan Ariel Sharon dan meminta Presiden Bush untuk campurtangan.

- Lakonan Bush dan Dick Cheney Memusnahkan Palestin

Kita telah membincangkan betapa peperangan Ariel Sharon dan keganasannya masakini adalah satu rancangan yang dibuat lama dulu dan Ariel Sharon melaksanakannya mengikut yang mereka persetujui. Cuma pada waktu ini, Ariel Sharon telah bertindak menghumbankan skrip yang diolah bersama itu kerana dia mahu mengambil peluang memuaskan nafsunya untuk terus mengganyang bangsa Palestin, sehingga mereka sanggup lari keluar daripada bumi Palestin. Dengan cara itu rancangan 'Greater Israel' akan tercapai.

Pada 2 Februari, 2002, Pentadbiran Bush telah menyebut secara rasminya bahawa semua orang Palestin adalah pengganas. Setiausaha akhbar Rumah Putih, Ari Fleischer telah tersilap apabila menuduh bekas presiden Bill Clinton sebagai bertanggungjawab kerana krisis yang berlaku di Israel dan kawasan taklukannya.

Apabila Rumah Putih pimpinan Bush sanggup menganggap seluruh Bangsa Palestin itu sebagai pengganas, apakah mereka dapat menyekat Ariel Sharon menghantar 20,000 askarnya memasuki tanah yang ditaklukinya dan pada 12 Mac memulakan upacara mentatu nombor pada lengan orang Palestin? Dengan lain perkataan, Sharon telah melakukan satu pengaiban ke atas rakyat Palestin sepertimana kaum Yahudi telah diaibkan oleh Hitler ketika Nazi memerintah Jerman. Perkara itu telah dibantah oleh MK Yossi Lapid daripada Shinul Parti apabila melihatkan gelagat askar Israel terhadap askar Palestin di khemah pelarian Tulkarim dan dilaporkan pada keesokan harinya oleh akhbar harian berbahasa Hebrew 'Ha'retz'.

- Musibah Yang menimpa Arafat

Kalau difikirkan musibah yang mengena Yasser Arafat, ramai pemerhati Barat berpendapat bahawa Arafat sengaja menempah peristiwa penderitaan ini sebaik sahaja dia menolak rancangan damai di Camp David antara Clinton, Ehud Barak (perdana menteri yang dikalahkan oleh Ariel Sharon) dan Arafat.

Arafat mula memegang teraju pentadbiran Zon A Baitul Laham pada Disember 1965. Sejak itu dia menerima banyak sumbangan dana negara luar termasuk Malaysia. Yang paling banyak diterimanya ialah daripada Arab Saudi. Tetapi, Arafat hanya mampu membina sebuah ibupejabat polis untuk pasukan polis keselamatan Palestin, sebuah ibupejabat pasukan risikannya, sebuah tempat kediaman untuk tetamu VIP, dan sebuah pelantar pendaratan helikopter di Jabal Anton. Arafat tidak memikirkan ketika itu membangun tempat permainan kanak-kanak, hospital ataupun sekolah dan universiti. Arafat mempunyai alasan tersendiri kenapa dia memperlekehkan pembangunan infrastruktur itu di Baitul Laham. Seolah-olah dia sudah dapat meneka bahawa semua bangunan itu akan dimusnahkan oleh Israel sebaik sahaja Ariel Sharon merampas kuasa.

Arafat menerima penghormatan Amerika sepanjang perbincangan kedamaian yang dilancarkan pada musim panas 2000 di Camp David. Usaha damai yang dinamakan Camp David II itu, telah memaksa Arafat menerima rencana Clinton-Barak agar Palestin menerima kewujudan negara Israel dan Israel menerima kewujudan bumi Palestin di Tebing Barat dan Gaza. Arafat tidak mahu menyetujui perjanjian Camp David II kerana ada muslihat yang dia mesti terima bahawa pelarian Palestin yang telah meninggalkan kampong halaman mereka tidak ada hak kembali ke kampong itu. Sebabnya amat jelas kerana perkampungan asal Palestin sudah dijadikan perkampungan baru Yahudi untuk menempatkan pendatang daripada negara luar.

Keengganan Arafat menyetujui Perjanjian Camp David II membuatkannya dicemuh oleh Clinton yang ghairah mahu melihat usahanya menjadi catatan sejarah. Sehinggalah beliau melepaskan jawatannya, Clinton telah merayu kepada pemimpin Arab yang lain untuk memujuk Arafat. Tetapi mereka enggan berbuat demikian kerana hormat dengan pendirian Arafat. Lagipun, kenapa pula mereka mesti masuk campur di tahap akhir perundingan sedangkan mereka tidak pernah dirundingkan di tahap awal perundingan damai itu? Kegagalan Clinton itu dijadikan iktibar oleh Bush yang kini mengerahkan Collin Powell berunding dulu dengan pemimpin Arab sebelum Powell berunding pula dengan Arafat. Sedangkan Bush tidak pernah menunjukkan minat campur tangan secara serius sejak Ariel Sharon mengganyang Arafat empat bulan yang lalu.

Kalau dilihat akan keghairahan dan kelakuan Bush dan Amerika, sesiapa yang engkar arahan mereka, sudah pasti diserang dengan jet pejuang sebagai usaha mengajarnya. Tetapi, lihat apa yang terjadi di Israel, sudah berapa kali Amerika menegah Sharon dan meminta beliau mengundurkan askarnya, Ariel Sharon bangkit menyerang balas dan berkata kasar kepada Bush. Kenapakah tidak ada sebarang usaha Amerika mengebom Israel? Kenapakah tidak ada satupun pemimpin Arab yang bangkit bersuara lantang meminta Amerika mengebom Israel?

Apapun pandangan Amerika sekarang ini yang mengatakan Arafat sebagai seorang pemimpin yang tidak berguna, segala usaha untuk berdamai sudah lama diusahakan oleh Arafat dengan pemimpin Israel sebelum Sharon. Yang paling menonjol ialah perdamaian Oslo (Oslo Peace Accord) yang membabitkan Arafat, Presiden Sadat daripada Mesir dan Yitzak Rabin. Perjanjian Oslo itu telah berakhir dengan penganugerahan Hadiah Nobel (Keamanan) kepada mereka bertiga. Tetapi, ia juga telah berakhir dengan kematian secara pembunuhan ke atas Sadat dan Rabin. Apakah Arafat akan menemui nasib yang sama di tangan Ariel Sharon ataupun pembunuh upahan yang didalangi oleh pihak tertentu?

Arafat telah dapat bertahan selama ini menghidupkan semangat dan harapan rakyat Palestin walaupun Israel sudah lama mengganyang bangsanya sejak 1967 secara kejam. Dalam pusingan terbaru mengganyang Arafat, Ariel Sharon bertindak bijak dengan memperteguhkan kabinetnya. Beliau telah mengambil Jeneral (B) Effi Eitam seorang radikal Yahudi yang mengetuai National Religious Party. Eitam pernah dilaporkan oleh Financial Times, London sebagai 'mendesak Israel memusnahkan Palestinian Authority, menangkap Arafat untuk diadili oleh mahkamah Israel dan menolak sebarang bentuk pentadbiran Palestin yang berdaulat di tanah jajahan Israel'. Mengikut Eitam, 'kerajaan Palestin seharusnya diisytiharkan di Jordan dan padang pasir Sinai di Mesir.' Eitam menganggap orang Arab di bumi Israel sebagai barah dan 'seandainya peperangan menghantui kita, terpaksalah kita bertindak mengikut peraturan perang dan orang Arab seharusnya dinyahkan daripada bumi Israel.' Dengan lain perkataan, Effi Eitam ialah seorang penjenayah yang sama statusnya dengan Slobodan Milosevic.

Keengganan Negara Barat Memihak Kepada Israel

Negara Barat yang menganggotai European Union (EU) telah mengutuk Ariel Sharon dan sekaligus memberi sindiran tajam kepada Presiden Bush. Hanya Tony Blair, perdana menteri Britain yang cenderung menyokong dasar Bush di Palestin. Kerana itu rakyat British dan masyarakat Barat memberikan gelaran kepadanya sebagai 'anjing peliharaan' (petty poodle) Bush. Kerana terlalu ghairah mahu sentiasa keluar daripada negaranya, Blair sanggup digunakan oleh Bush untuk melalak apa sahaja yang dituturkan oleh Bush.

Tetapi, majoriti pemimpin EU tidak bersetuju dengan Ariel Sharon dan telah memberi amaran agar dia menarik balik askarnya daripada bumi Palestin, dan mengembalikan martabat Arafat. Ariel Sharon bertindak angkuh menolak tawaran Romano Prodi, presiden Suruhanjaya Eropah. Tawaran Prodi itu adalah ekoran permintaan ramai pemimpin EU yang mendesak agar Israel dikenakan sekatan ekonomi, kalau enggan memenuhi permintaan EU.

Sharon bertindak angkuh dan menolak kedatangan Javier Solana dan Joseph Pique yang mahu mewakili EU bertemu dengan Arafat. Alasan menegah mereka bertemu itu ialah kerana dia 'tidak dapat menjamin keselamatan tetamu itu di kawasan yang tegang'. Lagipun Ariel Sharon terus bertegas Arafat mesti menegah rakyatnya dalam bahasa Arab agar tidak mengganas lagi. Bayangkan betapa hapraknya Ariel Sharon dengan penipuan seperti Mahathir menipu rakyat negara ini dengan kelentongannya. Bagaimanakah Ariel Sharon menuduh orang Palestin ganas sedangkan mereka tidak ada kereta kebal ataupun Apache dan F-16. Mereka tidak ada senjata pemusnah seperti yang dimiliki oleh Yahudi dalam usaha menghapuskan bangsa Palestin.

Pemimpin EU mahu bertegas setelah mengikuti berita bagaimana askar Yahudi menggunakan orang tua, wanita dan kanak-kanak sebagai perisai-manusia ketika mereka memasuki perkampungan Palestin. Perisai-manusia ini dikerah berjalan di hadapan jentolak yang digunakan untuk memusnahkan bangunan kepunyaan orang Palestin. Di belakang jentolak itu ialah kereta kebal yang melepaskan tembakan ke arah bangunan dan manusia. Sharon membiarkan askarnya memusnahkan khemah pelarian sehinggakan penghuni khemah pelarian itu terpaksa hidup merempat di bawah kain kanvas. Ambulan Palestin dimusnahkan dan askar Palestin serta orang lelaki yang menyerah diri sengaja ditembak mati dengan kejamnya. Apabila rakyat Palestin didera begitu kejam, salahkah kalau ada antara warga Palestin itu yang bernekad mengikat bom di badan mereka dan meledakkannya di kalangan orang Yahudi?

Propaganda Yahudi Yang Cekap

Oleh kerana Perang Israel-Palestin adalah merupakan satu peperangan proksi antara Amerika dengan Negara Arab dan dunia Islam, jentera propaganda Israel berada dalam keadaan cemerlang dengan bantuan jentera propaganda Amerika. Tujuan utama Amerika mahukan ketegangan di Palestin ialah mengalihkan pandangan kajian selidikan yang dilakukan di seluruh dunia terhadap Episod 11 September. Sudah semakin ramai yang berkata bahawa pemusnahan Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon itu sengaja dirancang oleh Bush dan kumpulan sulit yang dipelopori oleh bapanya George Bush Sr. Jika tidak masakan lebih 30,000 pekerja Morgan Stanley dan syarikat kepunyaan Yahudi yang sepertinya tidakpun menjadi mangsa, kerana mereka telah mendapat maklumat awal akan kemungkinan berlakunya serangan bom itu.

Kedua, sebaik sahaja memenangi jawatan presiden Amerika, Bush dan Cheney menunjukkan kerakusan untuk mengganyang Afghanistan dan Taliban kerana muslihat mahu menguasai saluran paip gas dan minyak daripada Laut Kaspian. Propaganda mengenai Taliban digembar-gemburkan sedangkan kisah betapa buku bacaan sekolah anak-anak Afghanistan adalah terbitan Amerika dan dihasilkan oleh penduduk Afghanistan yang mendapat suaka di sana, masih belum didedahkan. Sekaligus, selama tiga puluh tahun yang lalu Amerika sudah merencana merobotkan golongan anak-pinak Afghanistan agar begitu taksub kepada ajaran agama Islam yang menyesatkan. Ketika mereka memperlekehkan puak Taliban, mereka gembar-gemburkan kisah kaum wanita yang dipaksa menutup keseluruhan muka mereka. Tetapi kini Afghanistan sudah merdeka. Kaum wanitanya masih lagi tidak menanggalkan purdah mereka.

Ketiga, Bush mahu terus menguasai dunia Arab. Tetapi dunia Arab sudah menghadapi banyak masalah dalam hal ini. Kerana itu dalam perang kali ini, Bush terpaksa mengadakan pelbagai helah untuk terus menempatkan askarnya di Arab Saudi. Tetapi jumlah askar itu terpaksa dikurangkan dan sebahagian besarnya sudah dipindahkan ke Qatar dan Somalia. Sebagai persiapan memperkasakan ketumbukan pasukan perangnya di rantau itu, sekitar tiga puluh buah kapal perang sentiasa berlegar-legar antara Teluk Parsi hinggalah Lautan Hindi yang berdekatan Somalia. Malahan di hujung bahagian lapangan terbang antarabangsa Moi, di Mombassa, ada satu kompleks ketenteraan untuk digunakan oleh American Rapid Action Forces.

Keempat; segala kegiatan Amerika dan pasukan pembangunan Yahudi adalah di bawah kawalan pasukan Pelobi Khas di Washington dan New York yang menguasai terbitan Yiddish dan banyak akhbar media massa dunia. Satu ketika dahulu, Hollywood adalah di bawah kuasa mereka sehingga dapat diambil-alih oleh Jepun dan Cina. Beberapa syarikat penyiaran TV dan radio sejagat adalah dikawal oleh Yahudi seperti CNN, CBS, Fox News dan sebagainya. Kerana itu kakitangan yang berani menunjukkan kisah sebenar di Palestin, mendapati diri mereka disingkirkan dalam satu tindakan yang sungguh licik, sehingga mereka merasakan diri mereka terhina.

Kelima; Setiap kali askar Israel dikerahkan memasuki Palestin sebahagian besar askar itu adalah kumpulan kerahan tenaga ataupun 'reservist.' Ramai di kalangan tenaga kerahan ini adalah anak-anak muda Yahudi yang sudah bekerja di Amerika Syarikat, Eropah dan Kanada. Mereka sanggup pulang ke Israel untuk menyahut panggilan perkhidmatan ini untuk mengelakkan nama keluarga mereka diaibkan. Walaupun dalam hidup mereka seharian di Amerika dan negara barat misalnya, ramai yang didedahkan kepada kisah sebenar penderitaan Palestin, tetapi apabila mereka menyarung uniform laskar Yahudi, perangai mereka bertukar rupa dan mereka bersikap garang dan ganas kerana otak mereka sudah dirobotkan.

Keenam; Israel menyerang Palestin dengan segala kemudahan kelengkapan perang termoden yang kebanyakannya adalah pemberian percuma daripada Amerika. Tetapi, mangsa yang diserang tidakpun mempunyai sebarang kelengkapan perang yang menyerupai kekuatan itu. Yang termampu digunakan oleh orang Palestin ialah lastik dan batu. Untuk memerangi keganasan Yahudi, maka dihimpunkan satu pasukan bersepadu daripada setiap lapisan gerakan Palestin yang sanggup menjadi pengebom relamati syahid. Mereka berjihad meledakkan bom yang dipasang di badan mereka untuk memusnahkan ketenteraman Yahudi. Senjata ini adalah sungguh berbisa dan menakutkan. Walaupun Yahudi bersedia dengan kawalan keselamatan di semua tempat, ada sahaja pengebom relamati yang berani mengorbankan diri bertindak balas. Namun demikian, bukan semua kekalutan yang berlaku disebabkan oleh pengebom relamati ini. Ariel Sharon amat pintar mencetuskan suasana kekalutan seperti itu seolah-olah ia dilakukan oleh pengebom relamati Palestin. Ada kalanya dia sendiri meledakkan bom itu untuk mencederakan segelintir orang awam Israel sebagai alasan untuk dia terus mencengkam keganasan di bumi Palestin. Keadaan ini amat mudah dilakukannya kerana sekarang ini wartawan tidak lagi dibenarkan memasuki kawasan yang dikatakannya berbahaya..

Ketujuh; Keganasan yang paling kejam selain di Ramallah ialah pemusnahan khemah pelarian Jenin yang kini mengorbankan banyak mangsanya di kedua-dua belah pihak. Oleh kerana terlalu ghairah mahu mengorbankan nyawa pelarian Palestin di situ, Ariel Sharon telah mengarahkan kumpulan 'reservist' mengganas di situ. Malangnya askar yang kurang berpengalaman telah termasuk perangkap pejuang Palestin dan sekitar 25 askar simpanan telah terkorban. Inilah peristiwa yang paling dahsyat menimpa tentera Israel sejak 18 tahun yang lalu. Namun, Ariel Sharon dan jentera propagandanya menyebut kematian itu adalah disebabkan tembakan pasukan kawan yang tersilap arahan.

Reaksi Dunia Islam

Hampir semua Negara Islam menganjurkan demonstrasi besar-besaran sebagai menunjuk perasaan mengecam Israel. Libya meminta negara Arab membuka pintu masuk negara mereka untuk membenarkan sukarelawan Libya memasuki Palestin. Permintaan ini disebabkan ada sekatan penerbangan daripada Libya yang dikuat-kuasakan oleh Amerika.

Iraq bertindak lebih tegas untuk menghentikan pengeluaran minyak selama sebulan dan minta pengeluar minyak lain berbuat demikian. Iran bersedia kalau ada negara lain yang sanggup menyertainya. Tetapi, Arab Saudi sanggup mengimbangi kekurangan minyak itu untuk menentukan harga minyak tidak naik mendadak.

Kegiatan tindak balas dilakukan di banyak tempat di dunia ini dan sinagog Yahudi menjadi sasaran pengeboman di merata tempat di Eropah dan di negara Mediterranean.

China telah bersuara lantang memberi amaran kepada Ariel Sharon agar tidak mengapa-apakan Arafat. China mengingatkan PBB akan resolusi nombor 38 dan 242 yang menetapkan hak penubuhan Israel dan juga Palestin di tanah suci yang ada. China sedar betapa Israel dapat maju ke hadapan dengan adanya sokongan kuasa besar, dan Palestin yang masih merempat itu adalah kerana muslihat politik Amerika.

Selain itu, penderitaan Palestin disambut oleh dunia Islam hanya dengan retorik sahaja. Mahathir mengecam pengebom relamati sebagai pengganas dan beliau mendedahkan kebodohannya dalam satu persidangan Islam yang dia sendiri menjadi penganjurnya. Mungkin kerana itu persidangan itu tidak dihadiri oleh menteri luar daripada Mesir, Syria dan beberapa negara Arab lain, yang mungkin sudah lama mual dan menganggap Mahathir sebagai tin kosong sahaja.

Kenapa Mahathir Harus Membatalkan Pertemuannya Dengan Bush

Apapun alasan Mahathir untuk membincangkan isu Palestin dengan Bush dia harus sedar bahawa dia tidak mempunyai mandat berbuat demikian. Sejak tamatnya persidangan khas Kuala Lumpur hingga hari ini, pergolakan di bumi Palestin sudah banyak berubah sehingga begitu mencengkam dan sehingga Arafat tidak mempunyai bekalan air yang secukupnya untuk mencuci tandas dan keperluan kesihatannya. Semua itu adalah disengajakan oleh Ariel Sharon dan Amerika.

Bagaimanakah Mahathir mahu memujuk Bush mengarahkan Ariel Sharon menghentikan serangan tentera ke atas Palestin sedangkan dia sendiri sudah mengumumkan bahawa pengebom relamati Palestin adalah pengganas?

Satu ketika dulu pada 4 Februari 2002, (hanya dua bulan yang baru lalu) Mahathir ada berucap di atas tajuk 'Islam, Terrorism and Malaysia's Response' di New York. (Sila buka http://www.asiasociety.org/speeches/mahathir.html) Mahathir ada berkata:

'Kini ada usaha oleh satu kumpulan kecil Melayu Islam untuk melancarkan perjuangan ganas mengambil-alih kerajaan. Mereka ini adalah kumpulan muda ahli parti pembangkang Pan Malaysian Islamic parti (PAS) Kumpulan muda ini tidak percaya bahawa pilihanraya yang demokratik akan mampu memberikan kuasa kemenangan kepada parti mereka untuk melaksanakan versi pilihan mereka terhadap penubuhan sebuah negara Islam. Majoriti mereka ini adalah pelajar pengajian agama yang pergi ke Pakistan dengan alasan mendalami pengetahuan agama Islam. Sebaliknya mereka diajar bahawa kerajaan Malaysia tidak Islamik dan adalah tanggungjawab mereka menggulingkannya melalui keganasan. Mereka dilatih oleh Taliban dan pengikut Osama (Laden). Apabila pulang mereka dijangka melancarkan revolusi.

Di Malaysia mereka telah membunuh seorang wakil rakyat Kristian (Dr. Joe Fernandez - penulis), mencuba merompak senjata di balai polis, merompak bank dan meletakkan beberapa bom yang tidak meletup di beberapa tempat. Kami mampu mengesan dan menangkap mereka semua.'

Demikian pembohongan Mahathir terhadap bangsanya sendiri di rantau orang. Dia sanggup berbohong terhadap bangsanya walaupun darah yang ada di badannya itu mengandungi sesudu dua darah Melayu. Inilah dia Mahathir yang bergelar Wira Dunia Ketiga, Raja Penyangak dan Raja Kelentong.

Mahathir hanya tahu bermuslihat dengan angkuhnya bahawa hanya dia tahu menyelesaikan masalah dunia. Kalau dia tidak bersuara mengenai masalah dunia mungkin dia tidak dapat lama bernyawa. Malangnya di negara ini ramai rakyat Malaysia yang tidak berdosa merengkok dalam penjara kerana tipu muslihat jentera propaganda Mahathir.

Adalah lebih baik kalau Mahathir berada di negara sendiri untuk menyelesaikan masalah dalaman dan mengurangkan pembaziran wang rakyat. Tidak ada gunanya dia berjumpa Bush kerana kalau dia mahu menyelesaikan masalah Palestin dia sudah lama bercakap mengenainya di pentas dunia.

Mahathir sudah tidak ada kredibiliti untuk bersuara bagi pihak sesiapa. Terlalu banyak dosa yang dilakukannya di negara sendiri untuk dia menonjol dengan martabat yang tinggi. Kalau adapun agenda yang mungkin dapat dibincangnya bersama Bush ialah kisah sejarah mereka naik berpolitik yang mereka lakukan dengan pengundi hantu dan pengundian menipu.

Kalau Tony Blair yang menyokong Bush kini diberikan gelaran anjing ribaan oleh Barat, apakah kemungkinan Mahathir nanti diaibkan oleh Bush dengan pandangan jijik dan aib sehingga Mahathir diberikan gelaran anjing kurap pula?

-Marhain Tua-
15 April, 2002.