Laman KM2: 6991 KM2 Index File Size: 11.2 Kb


TAG SP 657: WNet: Kemenangan Palestin Yang Semakin Ketara
By Patrick Buchanan

13/4/2002 10:06 pm Sat

Kemenangan Palestin Yang Semakin Ketara

(Palestinians Are Winning)

'Wahai rakyat Israel ... Israel sedang berperang ...!!!' demikian suara garau Ariel Sharon dalam ucapannya kepada negara pada Ahad yang lalu.

Keganasan pejuang berani mati kumpulan intifada - betapa ganas dan kejamnya kewujudan mereka di Natanya, Haifa dan Jerusalem - adalah merupakan perang gerila pembebasan kebangsaan yang dilakukan oleh bangsa Palestin terhadap penjajahan Israel. Ini merupakan satu taktik perang yang tidak ada tolok bandingnya pada abad ke-20, dan telah digunakan berulang-kali dengan jayanya terhadap empayar Barat.

Michael Collins pernah menggunakan keganasan untuk melahirkan Irish Free State. Menechem Begin telah meledakkan King David Hotel (yang membunuh ratusan jururawat British - penterjemah) untuk mengnyahkan British lari daripada Palestin. Kumpulan Mau mau telah menggunakan keganasan untuk menghalau British daripada Kenya. Kumpulan ANC pimpinan Nelson Mandela menggunakan keganasan untuk menjatuhkan kuasa kulit putih di Afrika Selatan, seperti yang dilakukan oleh Mugabe di Rhodesia. Kumpulan FALN menggunakan keganasan untuk menghalau penjajah Peranchis lari daripada Algeria. Kumpulan Islamiah menggunakan keganasan untuk menghalau pasukan Marine (komando Amerika) daripada Lubnan. Islamic Jihad, Hamas dan Briged Al Aqsa menggunakan keganasan untuk menghalau Israel keluar daripada Tebing Barat dan Gaza.

Keganasan memang berbisa dan pengganas masa dulu selalu muncul sebagai Negarawan di hari depan. Begin dan Mandela telah menerima anugerah Nobel Peace Prize, dan seorang lagi penerima hadiah Nobel kini sedang bertahan di Ramallah.

Keganasan memang amat berbisa menghantui kerajaan barat disebabkan senjata yang digunakan oleh Judeo-Kristian dan hukum hakam peperangan mereka. Tetapi, seperti sifat penentangan awam yang lain, keganasan memang kurang berbisa terhadap pemerintahan diktator. Ghandi mungkin telah diberikan nasihat yang betul untuk tidak berbaring di landasan keretapi di Jerman yang diperintah oleh Hitler.

Pernah berlaku kisah Lord Halifax bercerita kepada Hitler bagaimana sukarnya beliau berurusan dengan Ghandi ketika dia membuat lawatan di India sebagai Viceroy of India. Ketika itu Hitler mencelah jalan ceritanya itu dengan menjerit: 'Shoot Ghandi!' (Tembak Ghandi). Ketika Halifax terkejut dan bangkit dari duduknya, Hitler menjerit lagi: 'Tembak Ghandi, dan kalau itu masih tidak mencukupi untuk mereka menyembah bumi, tembak beberapa dozen ahli terkemuka Kongres, kalau itu masih tidak mencukupi, tembak 200 orang lagi sehingga mereka akur kepada peraturan negara.'

Tetapi, Israel tidak boleh 'tembak' Arafat. Kalau Israel berbuat begitu, ia akan kehilangan sokongan padu Barat, meledaklah rantau Arab dan dunia Islam, Arafat akan mati syahid membuatkan seluruh bangsa Palestin bangkit untuk membalas dendam.

Apakah gunanya semua itu? Bukannya Arafat yang merekrut pengganas. Kereta kebal Israel yang menyusuri bandar-bandar dan khemah pelarian di Tebing Barat yang merangsang calon untuk kumpulan keganasan. Walaupun Israel telah menghancurkan Palestinian Authority (PA), Arafat tidak kerugian apa-apa lagi. Dia sudah relamati syahid daripada merelakan dirinya menjadi seorang pemimpin Arab yang diperhambakan oleh Ariel Sharon.

Sama ada Israel mengaku ataupun tidak, bangsa Palestin sudah hampir menang. Hezbollah telah berjaya mengusir Israel keluar daripada bumi Lubnan. Kebangkitan Intifada pada peringkat pertama telah mencuit hati Israel pergi ke Oslo untuk menawarkan tanah sebagai ganjaran perdamaian. Gelombang Intifada Kedua mencuit Barrak menawarkan 95 peratus tanah Tebing Barat. Gelombang pejuang syahid Palestin sanggup mengorbankan nyawa mereka dengan keyakinan keluarga mereka tidak akan menerima padah balas dendam tetapi akan sentiasa mengenangi mereka. Penaklukan Tebing Barat oleh Sharon kali ini, tidak akan menyebabkan warga Palestin menyerah kalah.

Apakah tidak ada jalan lain?

Hanya ada satu jalan sahaja dan ia adalah penubuhan negara Palestin. Kewujudan sebuah negara berdaulat hak mereka sendiri akan memberikan martabat Palestin dan mencegah tindakan keganasan terhadap Israel. Inilah jaminan maruah mereka. Syria tidak membenarkan kegiatan keganasan di Golan Heights, kerana Assad amat mengerti kemungkinan kalah tanah kepunyaannya kalau berperang dengan Israel. Begitu juga selepas mencapai kemerdekaan mereka, kumpulan IRA, Irgun, Mau Mau dan ANC menamatkan keganasan mereka.

Tetapi masa amat mencemburui perjuangan kita. Disebabkan tindakan kekerasan Israel, bangsa Palestin sudah menjadi radikal. Tayangan Al-Jazeerah setiap malam menunjukkan betapa orang Arab terkorban dihambat oleh Yahudi yang menggunakan senjata perang Amerika. Inilah yang menjadikan seluruh dunia Arab menjadi radikal. Dunia Arab dan Islam semakin yakin betapa taktik yang mengnyahkan Israel keluar daripada Lubnan dan mendesaknya berunding di Oslo mungkin satu taktik yang akan dapat mengnyahkan Israel keluar daripada Timur Tengah secara keseluruhannya.

Seandainya pada hari ini bangsa yahudi di Israel sedang mencari jawapan sesama sendiri 'Berbaloikah perjuangan Judea dan Samaria?' kita seharusnya bertanya kepada diri kita sendiri 'Berbaloikah rencana menegakkan empayar kita?' Kepada orang Arab dan Islam, perjuangan kita ini adalah satu kehilangan pada sebuah negara barat dan kewujudan imperialisme di rantau persekitaran dunia mereka.

Pada hujung minggu sudah terbit berita betapa Amerika merancang menempatkan askarnya di Timur Tengah dan Presiden Bush menyokong Sharon sepenuhnya. Kalau Amerika sudah membuat keputusan melepaskan peranannya sebagai orang tengah dalam peperangan Palestin-Israel, kerana mahu menjadi sekutu Israel, adalah lebih baik kalau askar Amerika tidak ditempatkan di Tebing Barat. Kemungkinannya nanti kita akan dihantui semula pengalaman penyingkiran marines kita di Beirut dulu.

Patrick Buchanan

Terjemahan: SPAR




Asal: http://www.wnd.com/news/article.asp?ARTICLE_ID=27056


Palestinians are winning

Posted: April 2, 2002 1:00 a.m. Eastern

© 2002 WorldNetDaily.com

"Citizens of Israel, the state of Israel is at war - a war against terror," thundered Ariel Sharon in his Sunday address to the nation.

But Sharon's rage and resolve notwithstanding, Israel is not at war with terror. Israel is at war with Palestine.

The terrorism of the suicide bombers of the intifada - ugly and awful as its manifestations are in Netanya, Haifa, and Jerusalem - is but a tactic in a guerrilla war of national liberation being waged by the Palestinian people against Israeli occupation. It is a tactic with a venerable pedigree in the 20th century, where it was used repeatedly and successfully against the Western empires.

Michael Collins used terror to bring into being an Irish Free State. Menachem Begin blew up the King David Hotel to drive the British out of Palestine. The Mau Mau used terror to run the British out of Kenya. Nelson Mandela's ANC used terror to overthrow white minority rule in South Africa, as did Mugabe in Rhodesia. The FALN used terror to drive the French out of Algeria. Islamists used terror to run the Marines out of Lebanon. And Islamic Jihad, Hamas and the Al Aqsa Brigades are using terror to drive the Israelis off the West Bank and out of Gaza.

Terrorism works, and the terrorists of yesterday often emerge as the statesmen of tomorrow. Begin and Mandela won the Nobel Peace Prize, and a third Nobel laureate is now holed up in Ramallah.

Terrorism works best against Western governments inhibited in the weapons they may use to combat it by their Judeo-Christian and just-war moral codes. But, like civil disobedience, terror is far less effective against dictatorships. Gandhi would have been well advised not to lie down in front of the trains in Hitler's Germany.

Indeed, when Lord Halifax droned on to Hitler about his difficult dealings with Gandhi during his tour as Viceroy of India, the Fuhrer impatiently interrupted him, "Shoot Gandhi!" As an astonished Halifax stared in disbelief, Hitler went on: "Shoot Gandhi - and if that does not suffice to reduce them to submission, shoot a dozen leading members of Congress; and if that does not suffice, shoot 200 and so on until order is established."

But the Israelis cannot "shoot" Arafat. To do so would forfeit Israel's support in the West, ignite an explosion in the Arab and Islamic world, and make Arafat a martyr about whom the Palestinian people would rally and rise up for revenge.

And what good would it do? Arafat is not recruiting the terrorists. Israeli tanks and armor rampaging through the cities and refugee camps of the West Bank are doing the recruiting. As for the Palestinian Authority, the Israelis have smashed it. Arafat has nothing left to lose and would surely prefer to die a martyr's death than live as the Arab leader who capitulated to Ariel Sharon.

Whether the Israelis admit it or not, the Palestinians are winning. Hezbollah drove Israel out of Lebanon. The first intifada brought Israel to Oslo to offer land for peace. The second caused Barak to offer 95 percent of the West Bank. Today's suicide bombers die in the knowledge their families face no reprisals but will forever honor their memory. Sharon's reoccupation of the West Bank will no more cause the Palestinians to give up than the black-and-tans could force the Irish to surrender to Lloyd George.

Is there no way out?

The only hope lies in a Palestinian state. A small state of their own would give Palestinians a huge stake in peace and in preventing acts of terror against Israel - i.e., national survival. Syria does not allow acts of terror on the Golan Heights, because Assad knows he has a nation to lose in any war with Israel. And, after independence, the IRA, the Irgun, the Mau Mau and the ANC terminated the terror.

But time may be passing us by. For the Israeli repression has radicalized the Palestinians, and through Al Jazeera's nightly clips of Arabs cut down by Israeli Jews using American weapons, it has radicalized the Arab world. Arabs and Muslims are concluding that the tactics used to drive Israel out of Lebanon and bring her to Oslo may be the tactics that can drive the Israelis out of the Middle East altogether.

And just as Israelis must be asking themselves today, "What price Judea and Samaria?" we should be asking ourselves, "What price empire?" For, in Arab and Islamic eyes, ours is the last of the Western nations and imperial presence in their part of the world.

Over the weekend came reports America is planning to put troops in the Middle East and President Bush backed Sharon to the hilt. If America has decided to abandon the role of honest broker in the Palestinian-Israeli war, in favor of its role as Israel's ally, we would be well advised not to put U.S. troops on the West Bank, or we will likely revisit the lesson of the Marines in Beirut.