Laman KM2: 6973 KM2 Index File Size: 3.5 Kb


TAG SP 650: Negara Islam tolak gelaran pengganas terhadap Palestin
By Reuters

10/4/2002 10:21 pm Wed

Reuters:

Negara Islam tolak gelaran pengganas terhadap Palestin

(Islamic states reject terror tag for Palestinians)

Kuala Lumpur April 2, 2002.

Perwakilan Negara-negara Islam yang bersidang di Kuala Lumpur telah menolak sebarang percubaan menganggap perjuangan Palestin menentang Israel sebagai perbuatan keganasan dan menafikan sokongan terhadap sesiapa di kalangan ahli mereka dalam peperangan global membasmi keganasan.

'Kami menolak sebarang usaha mengaitkan keganasan kepada perjuangan rakyat Palestin dalam usaha menegakkan hak mereka menubuhkan sebuah negara bebas dengan Al-Quds Al-Sharif. (Jerusalem) sebagai ibu negara,' demikian satu deklarasi yang dikeluarkan oleh OIC.

Persidangan Kuala Lumpur itu yang dimendungi oleh keganasan di Timur Tengah turut menolak sebarang usaha mengaitkan negara Islam dan penentangan Lubnan terhadap Israel sebagai kegiatan ganas, dengan pendirian bahawa pendirian semacam itu akan melumpuhkan perjuangan sejagat memerangi keganasan.

'Kami menolak sebarang tindakan unilateral (berpunca daripada satu pihak sahaja - penterjemah) terhadap sebarang negara Islam dengan alasan memerangi keganasan sejagat,' kata kenyataan itu.

'Kami akan mengusahakan satu persidangan antarabangsa secepat mungkin di bawah naungan PBB untuk merancang satu tindakan usahasama masyarakat antarabangsa memerangi keganasan dalam segala bentuk dan manifestasinya,' kata kenyataan itu lagi.

Deklarasi itu menyebut bahawa OIC mencari satu definisi (istilah) yang dipersetujui bersama oleh masyarakat antarabangsa untuk membezakan perjuangan dan penentangan insan yang dijajah ataupun ditakluki oleh kuasa asing.

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://sg.news.yahoo.com/reuters/nklr158810.html

Tuesday April 2, 5:47 PM

Islamic states reject terror tag for Palestinians

KUALA LUMPUR, April 2 (Reuters) - Islamic nations rejected on Tuesday any attempt to define Palestinians' fight with Israel as terrorism and ruled out support for unilateral action against any of their number in the global war on terror.

"We reject any attempt to link terrorism to the struggle of the Palestinian people in the exercise of their inalienable right to establish their independent state with Al-Quds Al-Shrif

(Jerusalem) as its capital," foreign ministers from the Organisation of Islamic Conference said in a declaration.

The Kuala Lumpur conference, overshadowed by violence in the Middle East, also rejected attempts to associate Islamic states and Lebanese resistance against Israel with terrorism, saying such a tack would impede the global struggle against terror.

"We reject any unilateral action taken against any Islamic country under the pretext of combatting international terrorism," the statement said.

"We will work towards the early convening of an international conference under the auspices of the United Nations to formulate a joint organised response of the international community to terrorism in all its forms and manifestations," it added.

The statement said the OIC look for an internationally agreed definition differentiated from the struggle and resistance of people under colonial or foreign occupation.