Laman KM2: 6969 KM2 Index File Size: 6.7 Kb


TAG SP 647: B2: Pravda: Hamas, Israel Bersekongkol Mengganyang Arafat
By Dmitry Litvinovich

7/4/2002 10:57 pm Sun

Pravda
4/04/2002

Hamas dan Israel Bersekongkolan Mengganyang Arafat - Bahagian 2

(Hamas dan Israel Unite Against Arafat)

Ketika Ariel Sharon menghalau PLO ke Tunisia setelah berakhirnya peperangan Lubnan pada awal 1980-an dulu, dia sebenarnya berusaha kuat agar orang Palestin di wilayah yang dijajahnya dapat melupakan Yasser Arafat. Masyarakat Islam diberikan pengikhtirafan sebagai puak yang lebih disenangi, dan diharapkan mampu mengenepikan masyarakat Palestin daripada terbabit dalam perjuangan pembebasan kebangsaan. Pasukan khas Israel telah menjalin perhubungan dengan pemimpin spiritual Islamiah pada 1982-1983. Pada tahap awalan, tidak ada disebut perkataan keganasan ataupun kamikaze. Kumpulan agama Islam memang sibuk dengan hal-hal kemasyarakatan, pembinaan masjid, hospital, taman asuhan kanak-kanak, dan khutub-khanah. Ketua pemimpin kumpulan 'Muslim Brothers' (Ikhwan Muslimin), Sheikh Ahmd Yassin, telah melancarkan satu program mingguan di TV Israel menyeru warga Palestin bertaqwa dan taksub kepada agama mereka. Program itu kerap digunakan untuk menyelar kumpulan pimpinan Arafat, yang dikatakan sebagai mafia Tunisia yang 'hidup mewah di hotel besar dan terlebih minum wain'.

Propaganda perdamaian keIslaman yang dicanai oleh yahudi sendiri, berupaya untuk bertahan lama, tetapi ia telah dicemari oleh ledakan intifada pada 1987. Kumpulan Islamis faham betapa ia memerlukan satu pengalaman partisan dan tanggapan perjuangan keperwiraan, yang mewarnai unsur-unsur militan Arafat, untuk merangkul sokongan orang Palestin. Satu perubahan radikal terjadi dalam taktik kumpulan Islamis. Ahmad Yassin telah mencipta Hamas, sebagai satu sayap ketenteraan Ikhwan Muslimin, mengikut ajaran semangat berjihad sebagai satu senjata rahsia kepercayaan agama mereka.

Tindakan keganasan yang berunsur jihad Islamiah oleh pejuang relamati Hamas telah memeranjatkan masyarakat yahudi, dan perdana menteri ketika itu Yitzhak Rabin (pemimpin puak kiri Israel) semakin yakin bahawa perundingan mengenai masa depan Palestin dapat dijalin dengan penigkut Arafat. Dia berkata: 'Saya faham bahawa seandainya kami tidak memperakukan PLO sekarang ini, kumpulan radikal Islam akan menambat pengaruh mereka dan sebarang usaha damai tidak akan dapat dirundingkan untuk satu waktu yang panjang.' Rabin merupakan seorang ahli politik yang pintar, tidaklah sedungu Sharon, dan beliau faham sejak awalan 1990-an lagi, betapa Israel telah lupa untuk memainkan peranan mengantikan pergerakan Islamiah sebagai alternatif kepada Arafat tetapi kesedaran itu muncul terlalu lambat kepada keperluannya. Pertubuhan itu sudah menjadi sebuah kuasa politik yang bebas di Timur Tengah dan pemimpinnya, Sheikh Yassin sudahpun mempunyai pengaruh yang setara dengan Yassir Arafat.

Sheikh Yassin bertindak menjelajah ke seluruh negara Arab pada 1998. Dia pergi ke Arab Saudi, Teluk Parsi, Syria, Sudan dan Iran sebanyak empat kali. Sumber Arab memberitahu betapa dia mampu mengumpulkan sumbangan berjumlah $300 juta dalam masa yang singkat itu. Wang itu telah digunakan untuk melaksanakan penyatuan pergerakan Hamas secara politik dan seranta di wilayah yang ditadbir oleh PA (Palestine Authority).

Pada akhir Jun 1998, Yassin pulang ke Gaza. Kepulangannya yang sungguh bermakna itu membuatkan Arafat (yang sudahpun dianggap oleh ramai penganalis politik daripada kacamata politik) mengubah-suai dasarnya terhadap Hamas. Arafat menawarkan kerjasama dengan Hamas. Yassin enggan menerimanya, kerana persekongkolan itu bermakna Hamas terpaksa menerima-pakai perjanjian yang ditandatangani di Norway.

Sepakatan perjanjian 'The Declaration of Principles' antara Rabin dan Arafat pada 1993 hasil perundingan di Oslo telah dianggap sebagai satu dosa besar oleh pemimpin Hamas. Perjanjian damai itu membolehkan Arafat dan pasukannya pulang semula ke kawasan yang ditakluk, dan kawalan kawasan seluruhnya telah diambil-alih oleh pentadbiran Palestin. Puak Islamis yang merupakan calon untuk menonjol sebagai pemimpin moderat, telah menjadi musuh di Timur Tengah.

Cuba bayangkan perkara ini: Ariel Sharon yang tidak puashati dengan perjanjian damai dengan Palestin, kerana mereka mengancam mahu menegah pembinaan perkampungan baru yahudi, telah melancarkan satu operasi besar-besaran di wilayah milik Palestin. Arafat melepaskan pegangannya mentadbir wilayah itu dan pada waktu yang sama, merencana masa depan orang Palestin.

Sementara itu, tentera Israel telah berusaha menghapuskan infrastruktur keganasan, agar dapat bertahan untuk satu tempoh yang panjang untuk menyenangkan Sharon. Ariel Sharon sudah bersedia mengorbankan nyawa rakyat yahudi untuk 'Israel yang besar'.

Apa jadinya dengan Hamas dan pemimpinnya Ahmed Yassin? Dalam satu temubual dengan Jerusalem Post, dia telah menyebut betapa 'Islam membenarkan persetujuan damai untuk satu jangka pendek dengan musuhnya tetapi telah menegah sebarang usaha perdamaian yang berpanjangan. Seandainya saudara saya menghalau saya keluar, sudah tentu saya akan memeranginya. Tanah bumi ini adalah bumi keramat, kerana itu akan mudah mengetahui cara hidup dengan aman, berkeadilan dan sama rata haknya.

Dua musuh ketat itu sudah bersedia untuk berdamai dengan pihak yang ketiga, terutama sekali Yassir Arafat. Mereka berdua sedang merencana masalah teknikal, sekarang ini: Sharon sedang menyondol pengaruh Arafat, pada waktu yang sama dia cuba menghumban segala rencana damai yang tidak serasi kepada Israel. Pemimpin Hamas sedang mengambil alih kepimpinan pihak pembangkang masyarakat Palestin, ketika Arafat dikepung di kediamannya di Ramallah. Segala sokongan politik dan kewangan akan beralih secara automatis daripada PLO kepada Hamas. Ini bukannya satu ilusi, seperti yang diperakukan oleh perkara ini: Israel yang sudahpun mengisytiharkan niat menghapuskan keganasan, tidakpun mengganggu Hamas, yang sudah mendakwa bertanggungjawab terhadap beberapa tindakan keganasan yang terbaru. Ini adalah satu perkara yang pelik. Hubungan terdahulu antara Israel dan Hamas memperakukan kenyataan hakikat ini. Ada pepatah Timur yang berkata: 'Kesamaran terdapat pada diri anda, memungkinkan munculnya kemenangan pada pihak musuh'. Itu sebabnya persekongkolan itu dicetuskan untuk mencetuskan kemenangannya.

- Dmitry Litvinovich

....Tamat....

Terjemahan: SPAR
Asal: http://english.pravda.ru/main/2002/04/04/27343.htm