Laman KM2: 6966 KM2 Index File Size: 5.4 Kb


TAG SP 647: B1: Pravda: Hamas dan Israel Bersekongkolan Mengganyang Arafat
By Dmitry Litvinovich

6/4/2002 1:38 pm Sat

Pravda
4/04/2002

Hamas dan Israel Bersekongkolan Mengganyang Arafat

(Hamas dan Israel Unite Against Arafat)

Konflik yang sedang melanda Timur Tengah bukannya disebabkan oleh ledakan bom kumpulan pejuang relamati ataupun tindakan balas Israel; masalahnya sudah begitu berakar tunjang lebih dalam daripada jangkaan kita. Politik, wang, dan keagamaan memang saling teranyam. Kedua negara yang terbabit sedang bergegar disebabkan wilayah sempadan yang dianggap begitu bermakana dalam sejarah hidup mereka.

Rakyat marhaen memang sukar mendefinisikan betul dan saalahnya masalah Timur Tengah, apalagi kalau diungkit akan segala usaha perdamaian Mictchell dan Tenet. Malahan rancangan Perdamaian Saudi tidak memberikan jawapan yang wajar kepada soalan yang semakin melebar. Suruhanjaya antarabangsa Mitchell telah menyudahkan kerja-kerjanya sejurus sebelum tercetusnya rusuhan di Timur Tengah. Pentadbiran AS telah menerima satu laporan akan munculnya satu lagi program perdamaian di rantau itu. Israel sudah bersedia menerima-pakai saranan suruhanjaya itu dengan cara berikut: Pertama - adakan genjatan senjata, dan setelah terjamin satu situasi aman barulah dimulakan perundingan. Puak Palestin bertegas agar penempatan yahudi di wilayah yang ditakluki dan dirampas dulu harus dihentikan dulu dan hanya selepas perkara ini terlaksana barulah segala aktiviti yang disebutkan itu dapat dilaksanakan. Para perunding damai sejagat telah dapat melihat wujudnya perangkap dalam hal ini: adalah mudah untuk Arafat mengadakan gencatan senjata berbanding tugas Sharon yang terpaksa menghentikan pembikinan kawasan perumahan. Rencana 'Mitchell Plan' mensyaratkan penghentian pembikinan penempatan Yahudi di wilayah yang dijajahnya, lantas mengaibkan segala kerenah pihak berhaluan kanan Yahudi yang taksub dengan kuasa Sharon. Dengan itu, rencana 'Greater Israel' (Israel Yang Lebih Luas dan Perkasa) yang dikipas-kipas oleh pemimpin politik yahudi yang berpengaruh masakini, yang tidak dapat bertahan lama, walaupun Israel memang ketandusan kawasan untjuk menampung kemasukan pendatang yang baru. Ariel Sharon memang tidak suka melihat perkembangan seperti ini. Setakat ini, perkembangan in telah tercapai dengan adanya rundingan damai, sehingga menarik kebencian pihak Palestin. Sebenarnya, ketika kedua-dua pihak sedang merundingkan kuasa wilayah hak PA (Palestinian Authority), agenda rundingan yang leceh, dan usaha menghambat puak ganas, menjadikan Yahudi terus menjajah kawasan yang ada dan mengiktirafnya sebagai wilayah hak mereka.

Ada sebuah majalah Russia 'Itogi', yang melaporkan betapa perdana menteri yang ada memang taksub dengan konsep penjajahan selama satu tempoh yang lama, dan Israel beranggapan dia mengikuti satu konsep yang tersiar dengan jelas dalam satu artikel tahun 1923 'Mengenai Tembok Besi' oleh Vladimir Zhabotinsky. Zhabotinsky fikir bahawa masalah Palestin boleh diselesaikan dengan cara begini: Pertama, Palestin hendaklah dinafikan segala harapan untuk menerima bantuan Arab; kemudian, bantuan kebangsaan yang disalurkan kepada orang Palestin hendaklah disagat dan kepimpinan Palestin yang tidak mesra hendaklah digantikan dengan puak yang lebih moderat. Dengan cara ini Israel dapat melaksanakan satu perjanjian damai mengikut peraturan sesuka hatinya.

Ariel Sharon merupakan manusia yang merencana pemikiran begini: sebagai seroang penglima perang dan musuh ketat Arafat, dia menjadikan masyarakat Islam satu kumpulan alternatif yang 'moderat' kepada pergerakan Palestin Kebangsaan. Ketika menjadi menteri infrastruktur ketika Israel mengamalkan kemasukan besar-besaran imigran daripada Soviet Union, dia telah memulakan penjajahan wilayah yang tidak dipertikaikan. Kesan kepada dua strategi ini membolehkan Sharon naik mendadak mencengkam kuasa.

Apakah kuasa yang menjadi sandaran perdana menteri ini? Tidak kiralah betapa peliknya perkara itu, dia telah memilih Hamas. Izinkan saya mengimbau kenangan anda kepada pertubuhan ini. Hamas telah diasaskan oleh Sheikh Ahmad Yassin pada 14 Disember, 1987 atas dasar dua pertubuhan Islamiah, yang didaftarkan secara rasmi sebagai pergerakan budaya dan pendidikan. Ibupejabat pertubuhan ini ialah di Teheran. Hamas dianggotai oleh pertubuhan berfahaman politik dan yang berani berjuang. Pemimpin Hamas telah ditangkap dan dihukum pada 1991, selepas itu Moussa Abu-Marzuk ( yang pernah tinggal di AS dan mengendalikan masalah kewangan Hamas sejak 1974, telah mengambil tempat sebagai penterjemah negara. Selepas itu beberapa pecahan Hamas bergerak secara aman di AS, Eropah, Arab Saudi, Syria, Lebanon dan Iran. Terdapat beberapa kumpulan 'shahid' di Hamas, termasuk pejuang relamati yang berusia sekitar 18-27 tahun, kebanyakannya daripada keluarga miskin. Kerana itulah Israel percaya betapa para pengganas telah memberikan sokongan kewangan kepada kumpulan pengganas untuk satu tempoh yang panjang.

....bersambung....

Terjemahan: SPAR.

Asal: http://english.pravda.ru/main/2002/04/04/27343.htm