Laman KM2: 6961 KM2 Index File Size: 7.7 Kb


TAG SP 645: CNN - Yang Baik dan Haprak
By David Levy

4/4/2002 2:18 pm Thu

CNN: Yang Baik dan Haprak

(CNN: The Good And The Bad)

Christian Amanpour (wartawan CNN) baru sahaja selesai menemubual melalui telefon salah seorang pegawai Presiden Arafat yang sedang bertahan di perkarangan kediaman presiden itu.

Pegawai itu mendakwa bahawa askar Israel sedang menyerang kawasan rumahnya ketika itu dengan menggunakan orang Palestin sebagai perisai dan manusia tebusan. Amanpour menjawab, Israel memberitahunya, mereka tidakpun menggunakan taktik begitu.

Pegawai Palestin itu menjawab betapa puak Israel memang kerap suka membohong.

Amanpour mungkin sudah menghampiri penghujung kegemilangan kerjayanya sebagai seorang wartawan kerana beliau telah sekali lagi sanggup mendedahkan betapa korup pegangannya.. Dia tidakpun menyebut kisah bagaimana rakan sekerjanya di CNN, Michael Holmes telah menyaksikan dengan mata dan kepalanya betapa askar Israel pernah menggunakan orang awam Palestin sebagai perisai manusia. Para pemerhati antarabangsa telah juga melihat kejadian yang sama!

Ini bukannya pertama kali Amanpour melacurkan ciri-ciri kewartawanan yang dimilikinya dan mengenepikan etika asas kewartawanan, dan saya hairan berapa lama lagi CNN akan meneruskan khidmat beliau. CNN sengaja memutar-belitkan berita dengan sengaja mengenepikan butiran yang penting-penting. Marilah kita buka mata kepada pemberita muda yang mempunyai harapan seperti Michael Holmes dan perhatikan berapa lama dia dapat terus hidup selesa di bawah cengkaman jentera propaganda CNN.

Tentu anda masih ingat sewaktu serangan AS terhadap Afghanistan sedang memuncak, ketua CNN telah menegah keseluruhan kakitangannya menyiarkan rakaman wanita dan anak-anak yang terkorban (yang dikatakan dulu sebagai bencana perang) gara-gara pengguguran bom Amerika.

Saya rasa mual dengan kelentongan CNN. Setiap hari CNN memberikan sokongan kepada kerajaan Israel yang bersifat kejam. Israel menjadi satu bebanan besar yang memalukan kita warga Yahudi di seluruh dunia, yang tidak bersetuju dengan dasar Sharon.

Sinagog (rumah ibadat) Yahudi sedang terbakar di merata dunia, tiga daripadanya sedang terjadi masakini di Peranchis.

Mr. Sharon pernah didapati bersalah sebagai penjenayah perang oleh satu suruhanjaya khas kerajaan Israel beberapa tahun yang lalu. Kini, Mr. Sharon mengembangkan semangat anti-Yahudi di merata dunia dengan muslihat agar memaksa seluruh kaum Yahudi pulang ke Israel untuk memusnahkan puak Islam. Kami, di Peranchis, melihat anda warga Amerika adalah sama bersalah sebagai penjanayah seperti Sharon. Tanpa bekalan wang anda yang tidak ada hadnya, Sharon tidak mampu berlagak seperti yang dilakukannya sekarang ini. Kami tidak mengerti kenapa anda memberikan sokongan terbuka kepada penjenayah perang sedangkan ANDA yang akan menanggung bebannya pada akhir nanti. Seandainya Sharon berjaya dalam usaha menghapuskan pengganas/pejuang kebebasan, semua 'pengganas' ini tidak punyai pilihan lain kecuali mengalihkan sasaran mereka ke tempat lain di seluruh dunia.

Sehingga hari ini, CNN enggan melaporkan betapa keseluruhan peperangan ini adalah disebabkan keengganan Sharon memulangkan semula tanah yang dirampas oleh penduduk Yahudi Amerika (American Jews) di Tebing Barat. CNN mahu kita mempercayai kelentongan betapa ia adalah 'peperangan mengganyang keganasan'.

Hari ini, Israel telah menghalau keluar semua aktivis damai yang memasuki perkarangan kediaman Arafat. Tetapi dalam pemberitaan terkini, pasukan IDF dikatakan telah menembak beberapa anggota yang menunjuk perasaan.

Bermula pagi tadi, Israel telah menguat-kuasakan peraturan menegah wartawan memasuki Tebing Barat. Kini, pihak Yahudi bolehlah meneruskan kerja-kerja membunuh dan menyembelih dengan kejamnya tanpa dunia menyaksikan kerja-kerja jijik itu. Kesannya nanti, membolehkan CNN melaporkan maklumat yang cenderung kepada satu pihak sahaja - sudah pasti untuk menyenangkan kerajaan Israel.

Tamat.

Terjemahan: SPAR




Asal: http://www.rense.com/general21/CNN.HTM


CNN - The Good And The Bad

David Levy Paris, France 4-2-2

Dear Mr. Rense,

Christian Amanpour of CNN just interviewed over the telephone one of the officers at Arafat's compound.

He claimed that the Israelis are attacking his compound at this moment using Palestinians as human shields. Amanpour replied that the Israelis said that they are not using human shields.

The officer responded that the Israelis are always lying.

This may be the end of the journalistic career of Amanpour as she exposed herself yet again as a most corrupt person in terms of journalistic objectivity and integrity. She did not even mention that her CNN partner Michael Holmes reported yesterday from Arafat's compound that he himself (Holmes), saw with his own eyes Israeli soldiers are using Palestinian civilians as human shields. The international peace observers also saw the same thing!

This is not the first time that Amanpour is prostituting all basic journalistic ethics and I am wondering how long will CNN continue to employ her. CNN is blatantly manipulating the news by omitting key details. Let us keep our eyes on young honest journalists such as Michael Holmes and see how long he can continue to survive inside CNN propaganda machine.

I hope you remember the chief of CNN forbidding his entire CNN staff during the height of the US bombing of Afghanistan NOT to show images of dead Afghani women and children (er, pardon me, 'collateral damage') killed by American bombs.

I am very upset CNN's destorted journalism, EVERYDAY, is helping to support the criminal behaviour of the Israeli government. Israel is becoming a very heavy liability for all of us Jews around the world who do NOT agree with Sharon's 'policies.'

Jewish synagouges are now burning in several countries, three of them now, right here in France.

Mr. Sharon was convicted as a war criminal by a special commission of the Israeli government just a few years ago. Mr. Sharon is now spreading Anti-Jewish hatred around the world, in order to force all of us Jews around the world to immigrate to Israel to exterminate the Moslems. We, the French people, see youAmericans, just as much war criminals as Sharon. Without your unlimited money, Sharon could not have done it. We do not understand why you openly support convicted war criminals while it is YOU who will suffer the most at the end. If Sharon will succeed in the present extermination of "terrorists"/ Freedon Fighters, these "terrorists" will have no choice but to shift their targets worldwide.

Untill today, CNN refused to report that this entire war is ONLY because of Sharon's refusal to return the Palestinian land confiscated by the American-Jewish settlers in the West Bank. CNN wants us to beleive that it is a "war on terrorism".

Israel deported today all the peace activists who entered Arafat's compound yesterday. And in the most recent reports, the IDF is said to have shot a number of the demonstrators.

Israel, effective this morning, does not allow any journalist to enter the West Bank. Now, the Israelis can continue their massacres uninterupted and the world will never know anything. This results in CNN and others reporting only information from one side: that of the Israeli government.

Mr. Rense, thank you for posing the truth to the world.

David Levy Paris, France