Laman KM2: 6950 KM2 Index File Size: 2.6 Kb


TAG SP 644: S/Perwaja: Swiss Sangkal Dakwaan Mahathir [Mesti Baca]
By Kim Quek

1/4/2002 1:18 am Mon

Skandal Perwaja: Swiss Sangkal Dakwaan Mahathir

(Perwaja Scandal: Swiss Rebuts Mahathir)

Pihak berkuasa Switzerland telahpun mendedahkan penipuan Perdana Mahathir yang baru-baru ini mendakwa betapa pihak berkuasa Switzerland telah enggan bekerjasama membantu Malaysia menyiasat skandal Perwaja.

Dalam satu ucapan di London pada 26 Februari 2002, Mahathir telah menuduh pihak Swiss yang enggan bekerjasama sehingga BPR (Badan Pencegah Rasuah) gagal menyudahkan siasatan yang bersangkutan dengan skandal Perwaja. Dia mendakwa pihak Swiss enggan mendedahkan akaun Swiss, yang menampung RM76 juta wang rasuah.

Sambil menafikan dakwaan (baca: pembohongan) Mahathir, Konsul Switzerland di Kuala Lumkpur telah membuat kenyataan (Malay Mail dan Akhbar Cina) betapa jabatan Kehakiman Switzerland bukan sahaja telah mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai Malaysia di Switzerland, malahan telah menyerahkan butiran dua akaun bank di Geneva dan Zurich kepada Kerajaan Malaysia pada bulan Mei 2001.

Namun demikian, Konsul Swiss itu menambah bahawa BPR belumpun membuat permohonan agar akaun di Switzerland itu dibekukan walaupun segala butiran telah diserahkan secara terperinci.

Konsul Swiss itu menambah, betapa kerajaan Swiss telah memberikan perhatian yang spontan kepada permohonan Malaysia pada masa lampau dan akan terus berbuat demikian pada masa hadapan. Terpulanglah kepada tindakan Malaysia seterusnya.

Terpulang kepada Mahathir sekarang. Apakah dia berbohong ketika memberitahu keengganan pihak berkuasa Switzerland untuk mendedahkan butiran bank tersebut? Apakah benar pihak BPR sudahpun mempunyai segala butiran akaun tersebut?

Ini merupakan skandal kewangan Malaysia yang paling besar, dan ia menjadi lebih berbisa apabila Perdana Menteri turut terbabit dengannya secara peribadi seperti yang didakwa oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam laporan Polis bertarikh 22 Julai, 1999 (No. 19625/99), dan sikap kerajaan Melaysia sengaja melambat-lambatkan penahanan mereka yang terlibat. Perdana Menteri mestilah memberikan jawapan yang spontan kepada pendedahan Swiss yang terbaru ini.

Kim Quek.

Terjemahan: SPAR
Asal: KM2 6936