Laman KM2: 6949 KM2 Index File Size: 2.1 Kb


BMUS 6: Mengimbau Kematian Nuraini Zulkiflee
By Mat Teropong

1/4/2002 1:16 am Mon

Mengimbau Kematian Nuraini Zulkiflee

Kedutaan Switzerland telah memberitahu Malaysiakini betapa ia 'terkejut' dengan laporan NST yang menyebut pihak Switzerland pernah mengaku menyimpan sedikit wang simpanan berkaitan skandal Perwaja dan telah enggan mendedahkan identiti pemegang akaun sebenarnya.

Mengikut Mr. Ulrich Schlaesli, (Konsul Swiss) Jabatan Kehakiman Switzerland ada menyatakan betapa ia telah bertindak dengan spontan dan tanpa sebarang kekalutan kepada permohonan Malaysia.

Kelmarin Malay Mail ada melaporkan betapa Ketua Pengarah BPR, Zulkipli Mat Nor, seorang Peguam Kanan Persekutuan - Almarhumah Nuraini Zulkiflee - dan seorang pegawai kanan BPR pernah berbincang dengan pegawai Kementerian Kehakiman Zurich pada bulan Mei 2001.

Siapakah Nuraini Zulkiflee?

Bukankah beliau yang telah pergi memancing di Sungai Perak (di Kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar) pada musim raya bersama bapa saudaranya dan secara tiba-tiba mati lemas?

Masih ingatkah anda?

Apakah kematiannya itu secara takdir Illahi tanpa ada tangan ghaib yang menyebabkannya?

Kalau wang yang disimpan di Switzerland itu merupakan wang yang 'dibayar' oleh Eric Chia kepada sebuah syarikat Hongkong yang tidak pernah wujud, dan menyebabkan Nuraini Zulkiflee turut terlibat melakukan penyiasatannya, apakah kaitan kematian Nuraini dengan syarikat yang tidak pernah wujud itu?

Raja Penyangak Mahathir Mohamad harus membenarkan satu suruhanjaya diraja untuk menyiasat kematian Nuraini Zulkiflee dan kaitannya dengan skandal Perwaja yang serba mungkin. Jika tidak seluruh rakyat Malaysia harus mendesak Mahathir meletakkan jawatannya.

Terlalu banyak kesangsian dan tandatanya rakyat marhaen terhadap kerja haprak yang dilakukan oleh Mahathir melalui kroni dan syaitan belaannya sejak kebelakangan ini.

Mat Teropong
30/3/02