Laman KM2: 6947 KM2 Index File Size: 4.2 Kb


TAG SP 643: FT: Kronologi Kejatuhan Perwaja
By Financial Times

1/4/2002 1:01 am Mon

[Pernahkah Eric Chia disoal-siasat oleh BPR ataupun oleh polis Malaysia? Cuba teka! - Editor]


Kronologi Kejatuhan Perwaja

(Chronology of the Perwaja Collapse)

  1. April 22, 1982, Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. ditubuhkan dengan modal berbayar sebanyak RM250 juta.

    Kilang mula dibina enam bulan kemudiannya.

  2. 1986 - Perwaja Terengganu mula mencatatkan kerugian lebih RM131 juta setakat akhir 1986 disebabkan masalah pengurusan dan mendadaknya nilai matawang Jepun.

  3. Februari 1987, satu pasukan pengurusan yang baru telah dilantik dengan diketuai oleh (Tan Sri) Datuk Eric Chia. Tujuannya untuk membaik-pulih dan mengembalikan keuntungan. Sebelum itu dia merupakan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan UMW.

  4. 17 Mei, 1988. Kerajaan menerima lebih 10 cadangan untuk membaik-pulih Perwaja yang sudahpun kerugian RM1.2 bilion.

  5. 2 Mac, 1989 - Tan Sri Zainal Abidin Sulong telah dilantik pengerusi syarikat dan setahun kemudiannya, Perwaja Steel Sdn Bhd. ditubuhkan untuk mengambil-alih operasi Perwaja Terengganu Sdn. Bhd.

  6. 11 Mac, 1996 - KWSP telah meluluskan pinjaman sebanyak RM600 juta kepada Perwaja Steel untuk membesarkan 'rolling mill' di Gurun Kedah. Ini merupakan pinjaman kali kedua daripada KWSP kepada Perwaja.

    Kali pertama, pinjaman bernilai RM100 juta, adalah sebahagian pinjaman lanjutan kepada Perwaja pada akhir 1980-an.

  7. Mac 1996 - Perwaja Steel melaporkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM376.54 juta setakat tahun berakhir 31 Mac, 1995.

    Kerugian ini adalah disebabkan antara lainnya, pembikinan kilang baru di Gurun. Lagipun syarikat itu terlalu bergantung kepada bahan mentah luar seperti bekalan besi mentah Brazil dan Australia dan skrap daripada India.

  8. 10 April, 1996 - BPR (Badan Pencegah Rasuah) sedang mengaudit akaun untuk mengesan kemungkinan berlakunya salah-urus dan penipuan yang menyebabkan Perwaja Terengganu Sdn Bhd. menanggung kerugian sebanyak RM2.5 bilion. Tindakan BPR ini adalah ekoran laporan mantan Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim kepada Parlimen sehari terdahulu yang membabitkan laporan awalan oleh pasukan audit kewangan dan pengurusan. Perdana Menteri (Mahathir) Penyangak berkata kerajaan akan bertindak untuk menyelesaikan masalah Perwaja Terengganu Sdn. Bhd.

  9. 16 Jun, 1997 - Maju Holdings Sdn Bhd. Mengambil-alih Perwaja Steel dengan menguasai 51 peratus saham dan penguasaan pengurusan.

  10. 4 Mei, 1999 - BPR masih terus menyiasat kerugian RM2.9 bilion yang ditanggung oleh Perwaja Steel setakat 31 Disember, 1995. Demikian kata Ketua Pengarah BPR ketika itu, Dato Ahmad Zaki Husin, yang menambah betapa siasatan itu bermula Oktober 1996.

  11. 22 Julai, 1999 - Anwar membuat laporan polis di lokap dan mendaftarkannya di balai polis Tun H.S. Lee

  12. 9 September, 2000 - Eric Chia yang pernah menerajui Perwaja Steel membuat kenyataan yang dia bersedia memberi keterangan di mahkamah.

    · Straits Times Singapura melaporkan betapa Chia pernah menghabiskan enam bulan mengutip maklumat dan dokumen mengenai urusniaga daripada Chile, Brazil, Jerman, Itali dan juga Jepun.

  13. 26 Februari, 2002 - Dr. Mahathir berkata terdapat salah-urus dan penyelewengan kewangan di Perwaja Steel dan Malaysia Airlines, yang mencatatkan kerugian besar. Menyebut Perwaja, Dr. Mahathir berkata seorang peniaga yang diamanahkannya untuk mengurus syarikat itu mungkin telah 'tersilap-urus' dan menyauk wang syarikat. Namun siasatan telah dihantui jalan buntu. Pada hari yang sama, syarikat telah menutup kedua-dua kilang tersebut.

  14. 26 Mac, 2002 Perwaja Steel akan membuka semula kilangnya di Gurun dan Kemaman pada April ini, demikian kenyataan Dato' Abu Talib Mohamed, Ketua Eksekutif syarikat tersebut.

- Financial Times Information Limited - Asia Africa Intelligence Wire.

Terjemahan: SPAR
Asal: KM2 6934