Laman KM2: 6942 KM2 Index File Size: 5.2 Kb


TAG SP 641: B4: Time: Osama-Laden Asia
By Simon Elegant

30/3/2002 1:22 am Sat

Time Magazine
April 2002

OSAMA-LADEN ASIA - Bahagian 4

Oleh: Simon Elegant - Sungei Manggis

Untuk beberapa tahun yang penting dalam pengalamannya, Hambali telah mengalami pahit getir kesan keganasan, dan mendapat pengalaman pahit yang menepati kewaspadaannya untuk kuat menyimpan rahsia. Pada Jun 1994, Hambali yang sudah menjadi orang kaya baru telah menubuhkan sebuah syarikat bernama Konsojaya, dengan hajat mahu mengeksport minyak sawit Malaysia ke Afghanistan. Rakan kongsi perniagannya ialah Wali Khan Amin Shah, seorang warga Pakistan yang kemudiannya dipenjara oleh kerajaan AS kerana terbabit dengan pengeboman sebuah pesawat Phillippine Airlines pada Disember 1994, yang mengorbankan seorang peniaga Jepun. Pendakwa raya di AS berkata pengeboman itu hanya merupakan satu latihan kepada beberapa rencana untuk meledakkan bahan letupan terhadap tidak kurang daripada 12 pesawat komersial AS di rantau Pasifik. Ini merupakan satu gambaran jelas pembabitan Hambali dengan kumpulan Osama bin Laden. Polis Filipina telah menjejaki perbualan telefon yang menunjukkan kerapnya hubungan telefon antara pejabat Konsojaya di Malaysia dengan pejabat Mohammed Khalifa, yang merupakan ipar kepada Osama Laden yang mengepalai satu pertubuhan amal yang dikatakan menyalurkan segala wang tabungan Al-Qaeda.

Wali Khan dan seorang lelaki lagi bernama Ramzi Yousef, telah didakwa terbabit dengan pengeboman Pusat Dagangan Dunia pada tahun 1993, - dan telah juga didakwa terlibat bersama seorang subahat oleh mahkamah New York pada tahun 1996, sebagai bersekongkol mahu mengebom 12 pesawat udara. Tetapi Wali Khan berjaya melepaskan dirinya di Manila pada awal 1995, dan lari ke Malaysia. Mengikut siasatan Filipina, Hambali telah membantu beliau mendapat bantuan kewangan dan memulakan hidup baru sebagai tuan punya kedai makan di Langkawi. Di sana dia menggunakan nama Osama Turkestani. Tetapi Wali Khan telah ditangkap pada Disember 1995, oleh seorang pegawai polis Malaysia yang ternampak akan kecacatannya. Wali Khan tidak mempunyai tiga jari pada tangan kirinya. Beliau telah diserahkan kepada pegawai AS.

Para penyiasat Filipina berkata, melalui Konsojaya, Hambali merupakan perancang utama rancangan mereka, yang diberi nama Bojinka, satu perkataan Serbo-Croatia yang bermakna 'ledakan'. 'Pada waktu itu, Hambali sudahpun memainkan peranan penting dalam penyebaran perjuangan militan Islam di rantau ini,' kata Rodolfo Mendoza, bekas ketua unit anti-keganasan di Filipina yang menjalankan siasatan Operasi Bojinka itu.

Peranan Hambali dalam Operasi Bojinka dan hubungannya kepada ipar Osama, telah tidak dikesan sehingga awal tahun ini. Namun dia mempelajari banyak hal daripada kegagalan itu, dan bersembunyi untuk beberapa tahun selepas tertangkapnya Wali Khan. Hambali kembali semula kepada asas perjuangannya, berdakwah dan mengumpulkan sumbangan derma, sambil merapatkan hubungan dengan Abubakar dan Mohammed Iqbal, ataupun Jibril, seorang lagi pendakwah yang telah berpindah ke Sungai Manggis. Polis Malaysia menyatakan betapa setakat tahun 1990-an, pakatan tiga pendakwah ini merupakan pusat kegiatan keganasan dan radikal Islam Di Malaysia dan di rantau ini. (Jibrail telah ditangkap oleh Polis Malaysia pada Jun 2001 dan dituduh cuba menggulingkan kerajaan untuk menubuhkan sebuah republik Islam. Kini dia ditahan oleh polis) Mereka bertiga itu telah berdakwah kepada kumpulan kecilan mengandungi peniaga runcit, artisan dan pekerja kilang sehingga para profesional seperti seorang jurutera daerah, peniaga dan pensyarah universiti. Abubakar dan Jirail selalunya berganti-ganti mengimamkan solat berjumaah, sambil terus berdakwah. Hambali kerap senyap membisu dalam kumpulan besar seperti itu kerana lebih gemar berdakwah dengan kumpulan yang lebih kecil, yang sengaja merupakan pilihannya. Abubakar yang pernah menetap beberapa pintu daripada rumah sewaan Hambali di Sungai Manggis, berkata bagaimana kawannya itu tidak berapa pandai berucap secara berapi-api. Kerana itu Hambali lebih gemar dengan kumpulan yang kecil. 'Hanya apabila berada dengan kumpulan kecil pilihannya, Hambali dianggap semacam seorang 'sheikh', kata Abubakar.

Salah seorang ahli kumpulan itu ialah Mohammed Sobri, seorang bekas askar dalam Angkatan Tentera Malaysia yang mengizinkan rumahnya di luar Kuala Lumpur dijadikan tempat persinggahan Hambali, Bashir dan Jibrail, untuk mereka bertemu, berkumpul dan bersolat. Sobri yang kini berusia 38 tahun, memang amat mengkagumi Hambali. 'Mungkin kerana beliau pernah berjuang di Afghanistan dan pernah bertemu Osama. Dia kerap bercerita mengenai Palestin dan Chechnya dan Bosnia dengan maklumat yang jelas melalui pengalamannya sendiri.'

....bersambung....


Terjemahan: SPAR
Asal: http://www.time.com/time/asia/features/malay_terror/hambali4.html