Laman KM2: 6941 KM2 Index File Size: 6.3 Kb


TAG SP 640: B1: CSM: Dua Pemimpin Tertinggi Al-Qaeda Dikesan
By Ilene R. Prusher

30/3/2002 1:17 am Sat

The Christian Science Monitor
March 26, 2002 edition

Dua Pemimpin Tertinggi Al-Qaeda Dikesan - Bahagian 2

(Two top Al Qaeda leaders spotted)

Oleh: Ilene R. Prusher

'Malangnya hampir semua pemimpin Al-Qaeda yang ternama sudah berkumpul di kawasan saya ini,' kata Zadran. 'Masalahnya ialah Afghan Taliban. Tanpa penyertaan orang Afghan dalam Al-Qaeda, pasukan asing dalam kumpulan itu tidak dapat bertahan. Mereka yang membuat kerja-kerja membeli makanan di bandar untuk memenuhi keperluan orang asing.'

Zadran berpendapat semua pejuang Al-Qaeda sedang bersatu untuk menentang tentera AS. 'Kami sedang menghadapi masalah besar. Besar kemungkinan meledaknya satu serangan besar-besaran daripada empat penjuru bandar ini,' kata Zadran yang kelihatan letih kerana mampu berehat antara tiga hingga empat jam setiap hari. 'Mereka mungkin memasang perangkap. Mereka berminat membunuh tentera Amerika dan bukannya tentera Afghan.'

Zadran amat risau kemungkian berlakunya serangan itu. 'Catatkan tarikh hari ini,' katanya dengan tegas. 'Akan ada satu operasi besar terhadap tentera Amerika tidak lama lagi. Kumpulan Al-Qaeda sudahpun berada di sini, dan mereka tidak akan pergi ke mana-mana. Sudah ada talibarut Al-Qaeda yang menghadiri majlis perbincangan dengan pihak Amerika.'

Ini merupakan minggu kedua secara berturut-turut di mana tentera yang dikendalikan oleh keluarga Badsha Khan memberikan amarannya akan kehadiran pelarian daripada Shah-e-Kot yang merupakan medan perang Operasi Anaconda dan kini sudah bertapak di benteng perang yang baru untuk melancarkan serangan terhadap tentera Amerika. Pada petang Ahad dulu, Zadran telah menerima maklumat kewujudan antara 200 hingga 300 pejuang Al-Qaeda di Gunung Kucing, yang diberi nama begitu kerana kehadiran banyak kucing di situ. Seperti kawasan pergunungan yang lain yang digunakan sebagai gua perlindungan oleh Al-Qaeda, kawasan itu mempunyai banyak laluan terowong yang pernah digunakan ketika Soviet menjajah Afghanistan pada tahun 1979 dulu.

Zadran telah membuka peta topografi kawasan itu, dan menunjukkan pergunungan yang jauh yang katanya harus diberikan perhatian oleh tentera AS. Zadaran sudah mengetahui kehadiran mereka, katanya, kerana beberapa orang pejuang Al-Qaeda telah turun daripada kawasan pergunungan untuk memasuki masjid tempatan dan 'Khaliffa Madrasah'. Mereka berjemaah dengan orang tempatan untuk bermesra dan menonjolkan imej yang menunjukkan mereka adalah pejuang jihad yang kuat beriman, memerangi musuh kafir yang datang daripada luar negara.

'Saya sudah letih memberitahu AS agar memotong laluan bekalan yang disalurkan kepada Al-Qaeda' kata Zadran yang mahu tentera AS mengepung dua kawasan itu yang dikatakannya dipenuhi oleh pelarian bersenjata. 'Tetapi tentera Pakatan Utara memberitahu Amerika betapa mereka mahu mengenal-pasti musuh mereka dulu' dan dia berpendapat perkara itu tidak benar. Inilah kesan keraguan yang ditanam oleh Pakatan Utara terhadap kumpulan Pashtun kerana pakatan Utara dianggotai sepenuhnya oleh kaum Tajik.

Beberapa laporan cara Osama bin Laden dan Zawahiri muncul di kawasan itu menyebabkan pegawai Afghan menjadi keliru dengan tradisi budaya dan hubungan perkauman yang menebal dan memihak seolah-olah kepada Al-Qaeda. Mengikut satu laporan, Zawahiri terpaksa melepasi satu sekatan yang dikawal oleh Zakim Khan, seorang lagi panglima perang yang dikatakan bekerjasama dengan Amerika. Apabila seorang lelaki yang dikenalpasti oleh tiga orang talibarut Zadaran menyerupai Zawahiri bergerak bebas dengan kumpulan Zakim Khan, sudah tentu panglima perang itu terpaksa menjamin keselamatan rombongan Zawahiri.

Seorang komander tempatan, Gula Jan, berkata dia berada di luar rumah kampungnya empat hari dulu apabila dia ternampak sekumpulan lelaki melintasi Saroza di wilayah Paktia. Jan berkata oleh kerana dia mengenakan sarban hitam yang besar saiznya, dan memiliki janggut yang panjang, tentu mereka terfikir dia adalah seorang penyokong masyarakat tempatan.

Kira-kira setengah jam kemudiannya, satu lagi kumpulan lalu di situ. 'Saya nampak seorang tua yang berat badannya, menunggang kuda sambil mengenakan kacamata hitam dan memakai sarban putih. Dia memakai pakaian Afghan tetapi mengenakan sehelai kot yang cantik, dan dia ditemani oleh dua lagi orang Arab yang bertopeng,' katanya.

'Dia turun daripada kuda tunggangannya sambil ketawa dan bermesra dengan saya' kata Jan. Dia berkata orang yang memakai sarban putih itu mula bercakap dalam bahasa Arab kepada rakan Jan.

'Dia bertanya kepada kawan saya "Mana dia musuh kita? Mereka mulakan satu peperangan untuk memusnahkan Islam dari muka bumi ini dan ini adalah perang salib puak Kristian terhadap Islam,' kata Jan. Dia menambah bahawa orang itu bertanya mana perginya tentera Pakatan Utara dan tentera Amerika. 'Kami sangsi kalau bertembung dengan mereka. Tolong tunjukkan jalan yang betul,' itulah soalan yang mereka tanya kata Jan.

Sepanjang lawatan mereka menemui penduduk setempat, Jan menyebut dia telah memohon maaf untuk berundur kerana mahu melihat poster orang yang dikehendaki apakah ia menyerupai gambar Zawahiri yang digugurkan di kawasan itu oleh pesawat Amerika. Orang itu memperakukan syak wasangka Jan bahawa beliau sebenarnya ialah Zawahiri.

(Ha.... tengok macam mana liciknya propaganda Amerika selepas berbelit-belit semacam Raja Penyangak berkelentong - penterjemah)

'Saya tidak memiliki telefon,' kata Mr. Jan. 'kalau ada, saya tidak perlu memerika gambarnya dulu. Sudah tentu saya memanggil ibupejabat tentera dan memberitahu mereka kedudukan saya'. Dia memerlukan dua jam untuk pergi membawa maklumat itu ke Khost.

'Ketika kami sedang berbual, Zawahiri berkata: "Semoga Allah memberkati kalian dan melindungimu daripada musuh Islam. Cubalah jangan beritahu mereka dari mana kami datang dan ke mana kami akan pulang.'

Tamat.

Terjemahan: SPAR
Asal: http://www.csmonitor.com/2002/0326/p01s04-wosc.html