Laman KM2: 6940 KM2 Index File Size: 6.3 Kb


TAG SP 639: B3: IWeb: Tipu Muslihat Holokus Yahudi
By IWeb

30/3/2002 1:16 am Sat

IslamWeb

Tipu Muslihat Holokus Yahudi - Bahagian 3 (Akhir)

(The Fabricated Holocaust of the Jews)


Perbicaraan David Irving

Pada 11 Januari 2000, David Irving muncul di mahkamah meminta satu penghakiman agar pihak tertuduh (Penguin Books Ltd dan Deborah E. Lipstadt) membayar ganti rugi dan meminta agar dikeluarkan satu injunksi terhadap penerbitan selanjutnya kerja dan buku itu dan pihak pembela membayar kos perbicaraan. Dia berkata adalah mustahil untuk terus menulis sejarah yang sebenar yang tidak dicampuri oleh pengaruh politik.

Irving memberitahu mahkamah betapa pihak pembela telah merosakkan ketokohannya sebagai seorang profesional. Pertama, ia mengisahkan segala kerugian kewangan yang boleh dikenakan terhadap seorang penulis dengan cara menyerang kewibawaannya, yang boleh menjadikannya seorang penulis yang tidak ada penerbitannya. Para penerbit enggan mengulang-cetak hasil tulisannya, dan enggan menerima tulisan baru sambil tidak lagi menghiraukannya. Irving berpendapat bahawa Ms. Lipstadt tidak bertindak berseorangan dalam usaha memusnahkan kerjayanya, dan mencemarkan ketokohannya sebagai seorang ilmuan sejarah. Semua itu adalah sebahagian usaha bertaraf sejagat yang tersusun untuk mencapai sasaran memusnahkannya.

Irving telah dihalau keluar dengan cara yang sungguh mengaibkannya daripada Kanada pada bulan November 1992. Barulah dia menyedari wujudnya beberapa fail dalam penelitian kerajaan Kanada yang mengandungi dokumen yang sungguh misteri mengaibkan maruahnya yang sengaja disisipkan untuk tujuan jijik sejak tahun 1992.

Perbicaraan beliau memakan masa tiga bulan dan berakhir pada 12 April 2000. David Irving kalah kes saman Holokus itu. Pada 6 Mei, 2000 Hakim Charles Gray menjatuhkan hukuman terhadap Irving dan mengarahkan beliau membayar 150,000 pound sterling sebelum 17 Jun kepada Penguin Books kerana tindakan saman malunya yang mendakwa dia adalah seorang yang menafikan kewujudan Holokus. Seandainya Irving gagal membayar gantirugi itu, Hakim Gray bertindak mahu mengisytiharkan Irving seorang yang muflis dan mahu merampas rumah kediamannya. Hakim Gray telah menolak rayuan peguambela Irving betapa sebarang arahan kos interim boleh menghalang usaha anak-guamannya untuk mengemukakan rayuan. Peguamcara yang mewakili Penguin telah menuntut sebanyak 500,000 pound sterling. Hakim Gray memberitahu Penguin untuk menuntut agar Irving membayar lebih banyak wang seandainya dia dinafikan hak untuk merayu. Kalau dia tidak membayar gantirugi, kita terpaksa menguat-kuasakan pembayarannya. Tujuan sebenar ialah membuatkan Irving seorang yang muflis. 'Satu badan amanah perlu dibentuk untuk menilai aset Irving. Penilaian itu mestilah mengambil kira rumah kediamannya.'

Penyangak Besar Yahudi

Irving telah menulis: 'Tidak ada sesiapa yang suka dikelentong apalagi kalau ia membabitkan wang yang banyak.' Irving telah menuduh Yahudi sebagai penyangak, dan menyebut Jerman sudah membayar Israel lebih sembilan puluh bilion deutsche marks dalam proses pampasan sukarela. Ini dianggap sebagai pampasan kerana 'wujudnya bilik gas beracun di Auschwitz. Holokus yang dilambangkan oleh kewujudan Auschwitz adalah satu metos, legenda ataupun pembohongan oleh Yahudi untuk mengugut rakyat Jerman agar membayar begitu besar jumlah pampasan kepada mereka yang dikatakan menjadi mangsa Holokus itu. 'Istilah kata Holokus telah sengaja disalahgunakan oleh Yahudi untuk menonjolkan kisah pembohongan betapa mereka dimangsakan. Pada April 2000 satu saman ganti rugi telah dikemukakan terhadap kerajaan Austria menuntut $18 bilion dollar sebagai pampasan kepada buruh paksa. Tetapi, kerajaan Austria hanya bersedia membayar $480 juta sebagai pampasan kepada mangsa buruh paksa Nazi.

Ms. Maria Schumayer seorang perunding Austria dalam isu ini telah bertemu dengan Timbalan Setiausaha Perbendaharaan AS Stuart Eizenstat pada April 2000 sebagai sebahagian usaha negaranya mendapatkan 'kedamaian perundangan' yang boleh melindungi firma Austria daripada tindakan mahkamah berkaitan buruh paksa. Jerman juga terpaksa mengikut langkah itu untuk memberi pampasan kepada buruh paksa nazi dulu.

Dalam satu pembaharuan, US Chambers of Commerce sedang merangka usaha mengutip sumbangan daripada syarikat Amerika untuk dijadikan sumbangan pampasan terhadap buruh paksa dan orang lain yang dipaksa bekerja di kilang Jerman yang dimiliki oleh syarikat AS ataupun anak syarikat mereka sepanjang Perang Dunia Kedua. Pertubuhan itu yang mewakili lebih tiga juta perniagaan seluruh dunia, telah memutuskan untuk menubuhkan satu tabung dana setelah diminta oleh pentadbiran Clinton dan beberapa syarikat besar AS yang diugut akan didakwa di mahkamah oleh pewaris mangsa yang terbabit.

Kenapa Diadakan hari Kenangan Holokus?

Untuk kali kedua pada 27 Januari, beberapa upacara telah diadakan di seluruh Eropah untuk mengingati hari Kenangan Holokus sambil mengingati mangsa kejadian itu. Pembacaan doa diadakan dan bendera dikibarkan separuh tiang dan ribuan lilin telah dipasang. Namun, sudah muncul perdebatan hangat apakah Hari Kenangan Holokus itu masih relevan dan kenapa hari itu memberi tumpuan kepada Holokus Nazi sahaja?

Selama seratus tahun yang lalu, darah manusia sudah banyak mengalir secara kejamnya dan keganasan masih juga berulang di dunia ini. Ketika tumpuan utama diberikan kepada apa yang disebut sebagai kezaliman yang ditimpa ke atas yahudi, kenapa tidak dianjurkan hari kenangan kepada pembunuhan beramai-ramai termasuk yang terjadi di Kemboja, Rwanda dan kisah kerja jijik yang dilakukan oleh Yahudi terhadap orang Palestin? Kenapa tidak dilancarkan upacara mengenang pembunuhan kejam yang memangsakan jutaan warga Algeria di tanahair mereka sendiri kesan kekejaman Peranchis menjajah tanah mereka? Bukankah peristiwa itu dikenang oleh orang Algeria sebagai satu pembunuhan kejam?

Sikap memilih ini sudah mendesak satu cetusan rasa yang membara betapa dunia Islam sengaja diperlekehkan di mana sahaja mereka berada.

....Tamat....

Terjemahan: SPAR
Asal: http://www.islamweb.net/english/