Laman KM2: 6939 KM2 Index File Size: 6.9 Kb


TAG SP 638: B2: IWeb: Tipu Muslihat Holokus Yahudi
By IWeb

30/3/2002 1:14 am Sat

IslamWeb

Tipu Muslihat Holokus Yahudi - Bahagian 2

(The Fabricated Holocaust of the Jews)


Hukuman Kepada Golongan yang Menafikan Kebenaran

Penafian Holokus menjadi satu frasa yang membanggakan Ms. Deborah Lipstadt sebagai ciptaan yang direkanya, dan frasa itu telah diguna-pakai seterusnya untuk memalukan sesiapa sahaja yang disyaki sebagai anti-Semitik, kerana penggunaan perkataan neo-Nazi, Nazis, rasis dan apa juga panggilan yang serupa, dianggap tidak wajar dan memadai lagi. Pusat Simon Wiesenthal yang berpangkalan di Jerusalem, adalah satu pusat kajian yang menumpukan kerja-kerja menghambat mereka yang dianggap sebagai penjenayah perang yang terlibat dengan aktiviti Holokus, agar mereka diekstradisi dan dibawa ke hadapan mahkamah untuk didakwa.

Pada tahun 1988, seorang lelaki yang asalnya adalah warga Jerman, Ernst Zundel, telah dihadapkan di mahkamah Kanada kerana menerbitkan bahan bacaan yang antara lainnya, menafikan wujudnya bilik gas beracun di Auschwitz. Ketika mempertahankan dakwaan, peguambela Mr. Zundel telah mendapatkan khidmat seorang juruteknik bernama Fred Leuchter, kerana beliau mempunyai kepakaran sebagai seorang perunding yang mereka-bentuk alat menghukum bunuh di (penjara) Amerika Syarikat Mr. Leuchter telah dihantar ke Auswitz untuk mencari sebarang bahan bukti untuk digunakan - ataupun sebaliknya - memperakukan kewujudan bilik gas beracun itu.

Beliau telah mengutip beberapa sampel daripada beberapa bahagian struktur Auschwitz yang dianalisanya di Amerika dan kemudiannya menyediakan satu laporan akan kajiannya itu dalam bentuk satu rumusan. Beliau berpendapat tidak wujud sebarang bilik beracun untuk membunuh banduan di Auschwitz. Malangnya untuk para peguambela Mr. Zundel, keterangan Mr. Leutchter itu diisytiharkan tidak sah oleh hakim Kanada dengan alasan Mr. Leuchter tidak mempunyai pengalaman yang relevan!!

Apabila seorang penulis Amerika ataupun ahli politiknya seperti Mr. Patrick Bucahanan, ditohmah sebagai penafi kewujudan Holokus, kerjayanya itu bolehlah dikatakan sudah terancam. Frasa itu sudah menjadi sebahagian istilah kata Bahasa Inggeris, kata Irving, kerana ia dianggap sebagai racun yang tidak ada antidotnya, mungkin tidak begitu kuat kesan bahayanya berbanding jarum suntikan yang mengandungi gas beracun yang disuntik di leher; namun bisanya itu adalah serupa; kepada mangsa yang terpilih. Apabila tuduhan itu mengena, ia ditanggung oleh yang terkena tuduhan itu laksana seorang pariah, yang dipinggirkan oleh masyarakat yang normal. Kerajaan barat sudah dipujuk untuk meluluskan undang-undang yang boleh dipertikaikan, termasuk beberapa perundangan yang dianggap melanggar hak asasi manusia terhadap kebebasan bersuara, berfikir dan beratur sesama manusia.

Di Jerman sudah menjadi satu kesalahan jenayah untuk mempersoalkan caranya, bahananya, sistemnya ataupun perangkaan Holokus itu. Tidak ada pembelaan dibenarkan. Beberapa kawan baik saya, yang tidak akan saya teragak-agak menyebut nama mereka di hadapan mahkamah ini, sedang merengkok waktu ini dalam penjara Jerman kerana berani menyuarakan persoalan itu.

Di Peranchis keadaan lebih haru-biru lagi; sesiapa yang didapati bersalah di Peranchis di bawah undang-undang baru yang diberi nama 'pemindaan terhadap undang-undang kebebasan Akhbar' akan dihukum denda, ataupun penjara ataupun kedua-duanya sekali. Undang-undang yang diluluskan pada 1991, menjadikan satu kesalahan jenayah untuk mencabar sebarang jenayah perang ataupun jenayah terhadap insani 'seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan Nuremberg' pada tahun 1945.

Lima puluh tahun sudah berlalu, tetapi ia dianggap satu kesalahan jenayah untuk mempersoalkan apakah mahkamah Nuremberg dulu berlaku adil. Sejarah perlu diteliti semula oleh empat kuasa yang menang di pengadilan Nuremberg pada 1945-46 dulu.

Laporan Tindakan David Irving seperti yang disiarkan oleh laman web beliau termasuk beberapa pucuk surat kiriman para peminatnya, seperti seorang peminat daripada England yang menulis; 'Beberapa banduan yang terselamat di Auschwitz telah datang melawat beberapa sekolah di tempat kediaman saya, menunjukkan filem 'The Schindler's List'. Saya menganggapnya sebagai satu propaganda memutarkan minda budak sekolah yang masih muda.'

Laporan Tindakan Irving ada menyiarkan satu surat terakhir daripada Reinhold Elstner, seorang Jerman yang membunuh diri dengan cara membakar dirinya sehingga mati untuk menyemarakkan semangat nasionalisme Jerman terhadap 'tindakan balas dendam Zionis' yang 'mengaibkan bekas askar Jerman'.

Irving telah dituduh sebagai berfahaman anti-Semitisme. Beliau menyebut betapa selama 30 tahun dia menanggung kesiksaan 'hayunan keganasan' daripada mereka yang merupakan 'kumpulan minoriti' yang mahu menyusahkannya. 'Saya tahu apakah pertubuhan yang terlibat. Saya pernah mereka tekan dan pelbagai cara menakutkan seluruh dunia . Ini mereka gunakan terhadap saya'. Dia menambah: 'Ketika saya berada di Florida untuk tiga bulan lamanya, saya tidak dapat melihat kad kredit saya digunakan untuk kali keduanya di tempat yang sama. Inilah langkah berhati-hati agar Mossad tidak tahu di mana saya berada.'

Memang terdapat beberapa bentuk penapisan yang serius. Parti Labour di England telah mencadangkan hukuman penjara sehingga dua bulan kepada sesiapa yang menafikan kewujudan Holokus. Kalaulah undang-undang anti-penafi itu diluluskan, England akan menyertai Jerman, Austria, Switzerland, dan Peranchis mengharamkan sebarang idea betapa Holokus itu tidak pernah wujud.

Buat masa ini David Irving diharamkan memasuki Jerman, Australia, Itali, dan Kanada kerana pendapatnya itu. Pada tahun 1992, dia telah dikenakan denda sebanyak 10,000 Marks oleh mahkamah Munich kerana mendakwa bahawa bilik gas beracun di Auschwitz adalah satu pembohongan yang sengaja diada-adakan selepas Perang Dunia Kedua untuk menarik pelancong melawat Poland. Namun, Irving kerap juga melancong ke Jerman di sebalik pengharamannya.

Bradley Smith dan Ewald Althans, yang merupakan pemimpin kebangsaan telah menyokong pendapat Irving sepenuhnya; 'Saya sokong David Irving. Holokus itu adalah satu pembohongan. Gambar mereka yang mati bergelimpangan kerana racun di bilik gas itu adalah filem bikinan Hollywood, dengan suara latar Trevor Roper dan diarahkan oleh Hitchcock.'

Pada tahun 1975, David Irving telah meragui terbitan 'Diary of Anne Frank' sebagai satu penipuan dengan tohmahan ia ditulis selepas perang oleh seorang penulis skrip di New York dengan 'persetujuan bapa gadis itu'.

....bersambung....

Terjemahan: SPAR
Asal: http://www.islamweb.net/english/