Laman KM2: 6931 KM2 Index File Size: 5.7 Kb


TAG SP 634: B1: CSM: Dua Pemimpin Tertinggi Al-Qaeda Dikesan
By Ilene R. Prusher

28/3/2002 10:22 pm Thu

[Awalkata Penterjemah: Ini adalah tulisan yang disiarkan oleh Christian Science Monitor. Ia harus dilihat sebagai satu tipu-helah untuk menyambung semula kegiatan tentera Amerika setelah mereka kecundang dengan operasi ANACONDA yang mengorbankan banyak nyawa dan kelengkapan perang Amerika!]


The Christian Science Monitor
March 26, 2002 edition

Dua Pemimpin Tertinggi Al-Qaeda Dikesan - Bahagian 1

(Two top Al Qaeda leaders spotted)

Oleh: Ilene R. Prusher

KHOST, AFGHANISTAN - Pegawai tentera Afghan yang bertugas bersama angkatan tentera AS di Khost berkata betapa dua pemimpin tertinggi Al-Qaeda, Osama bin Laden dan Ayman al Zawahiri, telah dapat dikesan di satu kawasan sejak lapan hari yang lalu.

Ini merupakan kali kedua orang nombor 2 Osama bin Laden kelihatan di tempat itu sejak sebulan yang lalu. Pasukan askar tempatan mungkin mempunyai motif tersendiri melaporkan mereka terjumpa Osama bin Laden. Kalau benar kisah itu, ia merupakan bukti pertama akan kehadiran Osama bin Laden di Afghanistan sejak beliau kelihatan di Tora Bora pada November dulu.

Timbalan presiden Dick Cheyney berkata hari Ahad lalu dalam rancangan 'Late Edition' betapa 'Osama bin Laden masih berada di Afghanistan, mungkin telah menyeberang ke Pakistan, tetapi saya fikir dia masih ada di kawasan yang luas itu.'

Laporan risikan tempatan menyebut betapa pejuang Al-Qaeda dan Taliban sedang berkumpul semula di bahagian selatan pergunungan dan di bahagian utara Khost, setelah menerima bantuan orang Afghan yang bersimpati dengan perjuangan mereka dan berjaya untuk bercampur dengan penduduk bandar sambil memberi bekalan kepada kumpulan pelarian.

'The Monitor' telah menemubual salah seorang daripada tiga orang talibarut yang membuat laporan kepada Kamal Khan Zadaran, komander tentera dan timbalan gabenor Wilayah Khost, kisah kemunculan Mr. Zawahiri empat hari yang lalu. Dia dikatakan menunggang kuda dengan satu kumpulan 25 orang lelaki menuju kawasan Pakistan di Selatan Wazinstan. Zadran juga memberitahu pernah menerima laporan betapa ada orang melihat Osama bin Laden di kawasan itu lapan hari yang lalu dan beliau berkemungkinan menyorok di pergunungan yang dipanggil Mir Chapar, yang berhampiran sempadan Pakistan.

Kemunculan terbaru ini hanya dapat disahkan menerusi temubual yang dimudahkan oleh bantuan Mr. Zadran, walaupun panglima perang di kawasan itu memperakukan bahawa pengaruh Al-Qaeda di kawasan itu semakin kukuh dan terus berkembang.

Laporan kehadiran Zawahiri di kawasan itu diperkukuhkan dengan pengakuan beberapa orang yang ditemubual secara bebas oleh 'The Monitor' minggu lalu dengan penduduk kampung Shah-e-Kot. Medan perang yang telah melibatkan Operasi Anaconda, kini dipenuhi oleh orang kampung yang telah diupah untuk membentuk gua baru untuk kegunaan Al-Qaeda dan mereka menyebut betapa doktor Mesir, Zawahiri menyusun kerja-kerja pembentukan tempat perlindungan di gua itu.

Bukannya mudah memperakukan maklumat dan bahan bukti yang dikemukakan oleh Zadran. Dia adalah seorang pemimpin kepada 600 anggota khas yang dikerah sebagai 'tenaga kempen' dan telah dilatih oleh AS untuk memberi tumpuan kepada kerja menghambat pelarian Al-Qaeda dan Taliban. Namun, beliau dan juga lebih kurang 3000 askar di bawah arahan abangnya Badsha Khan, yang merupakan panglima perang yang paling perkasa di rantau itu - masih lagi tidak mesra dengan panglima perang yang lain -- yang masih bersaing dengan mereka untuk mendapat kemudahan daripada AS.

Jurucakap Pentagon, Lt. Col Dave Lapan berkata berita kemunculan semula Osama bin Laden tidak pula sesuatu yang mustahil. Tetapi dia menambah; 'sudah menjadi dasar kami untuk tidak memperlekehkan sebarang laporan di mana dia berada ataupun tidak berada. Apabila kami mempunyai maklumat padu mengenai kehadirannya, sudah tentu tindakan tegas akan dilakukan untuk membawanya ke muka pengadilan.'

Namun, Zadran dan pembantu komander beliau berkata betapa mereka risau dengan penumpuan tentera Al-Qaeda di dua buah gunung di rantau Pashu Ghar, yang bermakna 'Gunung Kucing' yang terletak kira-kira 20 kilometer di sebelah utara bandar itu, dan Miser Bill Ghar, atau Gunung Mr. Bill yang terletak sekitar 25 kilometrer di bahagian selatan.

Di bahagian dalam ibupejabat tentera kepunyaan keluarga yang sungguh kuat kawalannya, Zadran menunjukkan bahan bukti betapa Al-Qaeda sudahpun beroperasi dalam bandar itu. Dia menunjukkan sehelai surat pengenalan palsu daripada sebuah badan amal Islamiah, yang menjadikan orang perutusannya, seorang lelaki warga Emiriah Arab Bersatu, kelihatan ceria mengutip sumbangan derma untuk umat Islam di Bosnia. Zadran berkata surat yang berlaminat plastik mempunyai sekeping gambar wajah seorang lelaki yang memakai pakaian tradisi Arab Teluk dan menyebut bahawa pemegangnya ialah Fahed Mohd Abdullah, adalah mempunyai alamat yang sama dengan satu tempat timbunan kimia, dan dia sudahpun menunjukkan bukti itu kepada tentera AS, kelmarin.

Zadran berkata bahawa surat dan kimia yang boleh membuat bom itu adalah petanda kecil betapa Al-Qaeda sudahpun bertapak di kawasan itu, dengan bertahan di pergunungan, sementara sekutu Afghan mereka keluar masuk bandar itu tanpa sesiapa yang dapat mengesannya, membawa bekalan dan maklumat untuk pelarian Arab, Pakistan dan Chechen.

....bersambung....

Terjemahan: SPAR
Asal: http://www.csmonitor.com/2002/0326/p01s04-wosc.html