Laman KM2: 6926 KM2 Index File Size: 6.0 Kb


TAG SP 632: B1: Time: Osama-Laden Asia
By Simon Elegant

27/3/2002 11:45 am Wed

Time Magazine
April 2002

OSAMA-LADEN ASIA - Bahagian 1

Oleh: Simon Elegant - Sungei Manggis

Satu hari pada bulan Mac 1991, seorang lelaki bermuka bulat dan berjanggut hitam muncul di hadapan rumah kepunyaan Mohamed Yuhana bin Hamidun di Kampung Sungai Manggis, kira-kira satu jam perjalanan dengan kereta daripada Kuala Lumpur. Tetamu itu berpakaian ala-warga Pakistan, dengan seluarnya yang kelihatan lusuh oleh perjalanannya dan menggunakan sepasang sandal getah sebagai pengalas kakinya. Dia mengenakan satu songkok hitam di kepala. Di tangannya ada satu beg plastik yang penuh dengan pakaian lusuh. Di sebelahnya ada seorang wanita yang memakai pakaian ala-Arab, dan mengenakan penutup muka yang dihiasi sepasang cermin mata tebal untuk melindungi penglihatannya.

'Lelaki itu berdiri di hadapan rumah saya dan memberi salam dengan suara yang lembut dan perlahan. Dia nampak bersahaja,' kata Mohammed ketika mengimbau pertemuan kali pertama beliau berjumpa Riduan Isamuddin, yang lebih terkenal dengan panggilan Hambali, seorang pemuda yang berusia 36 tahun dan kini amat dikehendaki oleh AS dan empat lagi negara di Asia Tenggara sebagai perancang segala operasi jaringan Al-Qaeda di Asia dan yang merupakan kuasa penentu sejak satu dekad yang lalu terhadap kerja-kerja kesamsengan yang berat oleh pengganas Asia.

Hambali muncul di Sungei Manggis itu untuk menyewa salah sebuah daripada beberapa dozen rumah sewa milik Mohammed yang dibinanya di belakang rumah dan menyewakannya kepada pekerja pendatang Indonesia dengan harga sewaan US$25 sebulan (lebih kurang RM100 sebulan- penterjemah). Wanita yang bersamanya itu ialah isterinya, Noralwizah Lee, seorang mualaf Cina daripada Sabah. Tidak ada sebarang perundingan dalam penyewaan itu kerana tuanpunya rumah sewa tidak pernah memilih siapa tukang sewanya. 'Dia ada berkata betapa bekas presiden Suharto sedang menghambatnya kerana berfahaman radikal dalam mengajar ajaran Islam,' kata Mohammed. Saya beritahu beliau: 'jangan simpan senjata, jangan buat kacau di tempat saya. Bayar sewanya, dan anda boleh menetap di sana. Saya tidak mahu tahu-menahu hal ehwal anda ataupun pendatang Indonesia yang lain.' Harapannya itu terjawab. Selama 10 tahun, Hambali tinggal di situ secara berlemah-lembut dan tidak mengganggu Mohammed dan keluarganya. Walaupun keadaan di situ selalu hangat dan menyesakkan disebabkan kekurangan angin yang bertiup, pendakwah itu bersama isterinya jarang sangat keluar rumah: pintu rumah sewa itu sentiasa tertutup sahaja.

Memang banyak perkara yang perlu dirahsiakan. Polis daripada beberapa negara dan bekas sekutunya berkata betapa pondok sewa itu berlantai simen dan mempunyai lubang tandas yang dikorek di bumi dan penuh dengan nyamuk merupakan pusat operasi di mana Hambali merancang beberapa kempen yang mencetuskan keganasan antarabangsa. Dia telah dikaitkan kepada beberapa rompakan bank dan rencana membunuh pemimpin politik di Malaysia dan pengeboman yang membunuh mangsanya di Indonesia dan Filipina. Pihak berkuasa juga menyebut betapa dia mengumpulkan sumbangan wang, membeli senjata dan mendapatkan pejuang jihad terhadap masyarakat Kristian di Indonesia dan Filipina.

[Catatan penterjemah - alangkah.... apabila ada kisah perancangan keganasan Islam dan perjuangan jihad, pelopor dan perencana perjuangan itu dikatakan tinggal di rumah sewa yang buruk ataupun gua batu yang jauh terperuk di hujung dunia. Tetapi kalau perjuangan itu dilakukan oleh pengganas beragama Kristian seperti mafia ataupun samseng Yakuza dan Triad Cina, perancangnya memakai limousine dan tinggal di istana kayangan sahaja - penterjemah]

Kemudian ada beberapa kempen yang gagal terlaksana tetapi hampir berjaya - seperti rencana pada tahun 1995 untuk meletakkan bom dalam 12 pesawat kepunyaan Amerika ataupun rencana meledakkan tujuh bom besar di Singapura pada awal tahun ini. Di sebalik semua itu Hambali merupakan wakil kuasa usaha dan penyelaras logistik Al-Qaeda. Polis berkata dia telah merancang jadual perjalanan, penginapan serta jamuan sambutan dua orang antara perampas pesawat dalam episod 11 September. Begitu juga yang dilakukannya kepada seorang yang disyaki terlibat dengan pengeboman USS Cole, dan pernah berjumpa dengan Zacharias Moussaoui, perampas yang ke-20 yang kini berada dalam tahanan di Virginia.

Selagi Hambali tidak ditangkap ataupun bertindak untuk mendedahkan ceritanya, adalah tidak mungkin untuk mencari jawapan kepada persoalan kenapakah seorang anak lelaki kepada satu keluarga Sunda yang terhormat dan kuat pegangan agamanya, Hambali sanggup menghabiskan hampir keseluruhan satu dekad yang lalu dalam kerja yang dianggapnya satu perjuangan jihad untuk memerangi musuh Islam. Namun, penelitian hidupnya itu memberikan gambaran betapa dia mampu mencapai begitu banyak kejayaan dan apa juga yang mungkin diusahakannya. Dalam satu penyelidikan dan wawancara yang menyeluruh yang dilaksanakan oleh TIME dengan pihak polis serta pegawai kerajaan, rakan dan taulannya dan bekas rakan seperjuangannya, Hambali menyerlah sebagai seorang tokoh, yang teliti, dan penyabar, mampu apabila diperlukan, mengambil risiko tinggi untuk menghadapi rencana yang amat tinggi risiko dan kesannya. Hambali juga merupakan seorang yang kuat memegang rahsia, sambil menggunakan kewarakannya sebagai satu topeng kekebalannya. Sikapnya yang berlemah-lembut itu mempunyai satu tarikan persona yang mampu mempengaruhi dan meraih sokongan para pengikutnya dengan sungguh berkesan. Kekuatan Hambali ialah dalam rencana mengirim para pengikutnya menjalani beberapa tugasan yang berakhir dengan ada yang menjadi mangsa tindakan mereka sehinggakan ada yang menemui kematiannya.

....bersambung....

Terjemahan: SPAR
Asal: http://www.time.com/time/asia/features/malay_terror/hambali.html