Laman KM2: 6922 KM2 Index File Size: 7.3 Kb


TJ SP MGG: Diskriminasi Perkauman: Sekejap Ada sekejap Tiada
By M.G.G. Pillai

27/3/2002 12:52 am Wed

Diskriminasi Perkauman: Sekejap Ada sekejap Tiada

(Racial discriminataion: Now you see, now you don't)

Oleh: M.G.G. Pillai - 25/3/02.

Timbalan perdana menteri Abdullah Ahmad Bedawi berpendapat Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), N. Siva Subramaniam wajar memohon maaf secara terbuka kepada Kementerian Pendidikan dan semua sekolah yang didakwanya melakukan pengasingan pelajar mengikut kaum. Satu jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan terdiri daripada veteran dunia pendidikan, tidakpun mencadangkan perkara itu, dalam satu laporan spontan mereka, untuk mencegah masalah itu. Kalau mereka tidak mempunyai sebarang pendapat mengenainya, kenapa pula? Seperti biasa, kerajaan sengaja mencari seseorang untuk menjadi mangsanya kerana menjatuhkan air muka kerajaan. Apakah satu kenyataan meminta maaf daripaa NUTP menyelesaikan keadaan pengasingan kaum di sekolah-sekolah, sedangkan perkara ini memang wujud secara rasminya di setiap tahap pentadbiran hidup masyarakat kita?

Orang bukan-Melayu di setiap penjuru kehidupan Malaysia mengalami semua keperitan itu: ketika mahu membeli sebuah rumah, dia terpaksa membayar 12 peratus lebih tinggi daripada seorang Melayu. Kalau dia menganggotai perkhidmatan awam dia akan merasakan wujudnya satu siling kaca di atas kepala, kerana wujudnya satu kuota yang menentukan berapa tinggi pangkat yang boleh dicapainya. Itupun masih wujud beberapa kumpulan kecil dalam setiap jabatan kerajaan yang bersedia menyembelih mereka. Seorang pegawai bukan-Melayu yang memang dihormati terpaksa menunggu sehingga selepas persaraannya sebelum beliau diberikan gelaran bintang 'datuk'; kerana kuota untuk kaumnya telah habis langsai ketika gilirannya menerima gelaran itu. Apakah ada seorang bukan-Melayu yang inginkan biasiswa untuk pelajarannya? Dia perlu mematuhi peraturan kuota betapapun bijak dan pandai pemohon itu.

Apabila semangat perkauman diinstitusikan dan dirampas sekarang ini oleh satu kumpulan kecil Melayu untuk memperlekehkan lagi hal ini, dan tidak ada sesiapa baik Abdullah Badawi ataupun timbalan menteri pendidikan, Ajis Sudin yang sanggup bersuara menyanggahnya. Ini adalah satu andaian betapa perkara ini memang mendapat restu dari peringkat tertinggi. Kerana itu tidak menghairanakn kalau jawatankuasa kerja memperakukan tidak wujud pengasingan kaum di sekolah-sekolah. Tetapi setiap ibu bapa bukan-Melayu sedar betapa dakwaan itu memang benar. Mereka mengharapkan jawatankuasa khas itu menerima hakikat ini dan mencadangkan cara untuk membasminya. Sebaliknya mereka diberitahu tidak ada pengasingan itu dan NUTP diarahkan untuk memohon maaf sedangkan itu adalah hakikat sebenarnya di sekolah-sekolah. Ini bererti pengasingan kaum sudahpun menang. Kini mereka diberitahu secara rasmi betapa perkara yang lebih jijik akan berlaku.

Perkara ini bukan sahaja terjadi di sekolah. AKMAL (Akademi Kastam DiRaja Malaysia) pernah menulis kepada balu Tun Tan Siew Sin, mendiang Menteri Kewangan betapa mereka berhasrat memadamkan nama mendiang daripada dewan yang membawa namanya dulu, kerana mendiang sudah lama tidak bernyawa. Bagaimanakah cara surat pengumuman itu disampaikan kepadanya? Siapa yang menghantarnya? Apakah dia tersilap. Nama itu telah dipadamkan sebaik sahaja dewan itu dicat semula. Itu yang membuatkan beliau merasa terhina. Apakah surat itu pernah dihantar adalah perkara lain. Bagaimanakah cara ia dikirimkan oleh pihak pentadbiran yang dikatakan terlalu sibuk? Ini contoh yang menunjukkan adanya usaha untuk melunturkan kesan kepentingan bukan-Melayu pada mata masyarakat awam. Majlis Bandaraya Ipoh pernah mengubah nama seorang wira Malaysia kerana beliau bukan berbangsa Melayu. Apabila dihangatkan isu itu, nama itu diletakkan semula pada jalan yang ditukarkan namanya.

Sekarang kerja jijik ini menjangkit ke sekolah-sekolah. Seorang pelajar bukan-Melayu yang berusia enam tahun, diasuh songsang agar menerima segala cemuhan yang difikirkan wajar diterimanya; betapa dia mendapat tempat belajar itu di sebuah institusi yang mengagungkan Islam dan kemelayuan adalah satu penghormatan baginya dan dia seharusanya tidak melupakan unsur itu. Pemandu Formula-1 Malaysia, Alex Yoong mendapat tajaan Malaysia hanya setelah ayahnya menganut agama Islam dan terpulanglah kepadanya untuk memikirkan agama itu sebagai anutannya untuk meneruskan usahanya sebagai seorang pemandu yang ditaja oleh Kerajaan. Salah seorang pemandu 'motor rally' Malaysia ialah seorang 'Sikh' yang memandu untuk Proton. Dia terpaksa menjadi jurujual kereta sebagai menyara hidupnya sehinggalah BMW dan beberapa syarikat kereta yang lain mengambil khidmatnya sebagai pemandu tajaan mereka.

Saya kenal beberapa pegawai kanan, yang sudah bersara ataupun masih berkhidmat lagi yang telah diberitahu untuk menganut agama Islam secara terang-terangan kalau mereka mahukan kenaikan pangkat. Seorang pakar perubatan yang sungguh tinggi kelulusannya telah memilih pulang ke Malaysia, tetapi kemudiannya menerima tawaran pangkat associate professor perubatan di Harvard Medical School. Apa yang dijanjikan kepadanya telah dimungkiri walaupun ada campur tangan seorang menteri, dengan alasan yang jelas, dia bukannya berdarah Melayu. Ini bukannya dasar kerajaan tetapi pegawai tadbir mudah mencari helah untuk melecehkan kerja mereka. Pegawai perubatan ini telah pulang selama dua tahun, dan dia memang dihormati dalam bidang kepakarannya. Dia tidak keseorangan dalam dilema ini. Tetapi mereka kerap kalah dan kecundang. Setelah beberapa lama mereka mampu merekapun memilih jalan untuk keluar semula.

Kerana itu timbalan perdana menteri tersilap menafikan wujudnya pengasingan kaum. Kaum bukan-Melayu sudah menganggap perkara ini sebagai sebahagian asam garam kehidupan mereka. Inilah bahana menjadi anggota kaum minoriti. Kini mereka dihadapkan dengan satu tindakan yang menggugat apa juga baki hak asasi yang ada pada mereka oleh satu kumpulan Melayu ala-Klu Klax Klan. Sebaik-baik mereka bermula di sekolah rendah, tidak menghairankan apabila ramai bukan-Melayu yang mula memikirkan secara serius untuk berhijrah ke luar negara. Meraka yang berhijrah itu mempunyai kepakaran yang tidak mampu dibiarkan oleh rakyat Malaysia. Saya pernah bertanya kepada mereka, kenapa. Memang wujud siling kaca di atas kepala yang tidak mampu mereka pecahkan. Sepatutnya setiap rakyat boleh naik tinggi setara kemampuan peribadinya dan menikmati faedah kerakyatan miliknya. Tetapi, betapa dilihat dengan teliti, kemudahan semacam itu memang tidak wujud di sini. Hak asasi mereka dicantas sehinggakan mereka mencapai satu tahap kehampaan. Apabila semua itu bermula di sekolah rendah, sudah tentu kehaprakan itu mudah membangkai secara menyeluruh.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my

Terjemahan: SPAR
Asal: KM2 6918