Laman KM2: 6921 KM2 Index File Size: 5.8 Kb


TJ SP MGG: Ketari VII: Bermulanya Perang Mulut
By M.G.G. Pillai

27/3/2002 12:51 am Wed

Ketari VII: Bermulanya Perang Mulut

(Ketari VII: The war of words, not policy, begins)

Hari ini 23 Mac, 2002 adalah hari penamaan calon. Hari seterusnya bukan merupakan tumpuan cara untuk menang tetapi ia ditumpukan kepada kerja-kerja pengaiban. Yang mengetuai kerja jijik ini ialah Lim Kheng Yaik, Presiden Gerakan, dan Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP. Pengarah operasi BN ialah albatros UMNO di Pahang dan menteri besarnya, Adnan Yaakob. Dia telah mengeluarkan arahan agar semua orang tidak sengaja bercakap tidak menentu, menteri kabinet dibenarkan memberi penerangan akan hal kementerian mereka. Yang penting hanya dia seorang sahaja yang berhak mengeluarkan kenyataan dengan anggapan supaya pengundi Ketari tidak terkeliru kalau terlalu banyak mulut yang menyogok maklumat yang dianggapnya bercelaru.

Dr. Lim mengingatkan beliau siapa bos sebenarnya di situ sambil meneruskan segala perkataan jijik yang mnyerlahkan dendam kesumat terhadap DAP. Ini merupakan satu pilihanraya kecil di mana BN dan DAP melepaskan geram masing-masing. Kedua-dua pihak memang berkecamuk dengan strategi mereka sehinggakan kelihatan mempunyai kekuatan yang sama. Namun, BN dijangka akan menang dengan apa cara jua. Lunas merupakan satu pengecualian kerana Keadilan telah meletakkan calon Melayu di kawasan yang majoriti penduduknya kaum India sehingga berpecah sokongan Melayu secara terbuka. Calon MIC tidak punyai peluang di sana dan ini telah memerangkap BN. Tetapi tidak kali ini, di Ketari.

Adnan Yaakob memang bertanggungjawab ke atas keseluruhan operasi. Tetapi dia amat dibenci di Bentong kerana gelagatnya pada pemilu 1999 dulu seperti yang dirakamkan di laman web reformasi. Kerana itu urusan harian operasi adalah diuruskan oleh bekas menteri besar Selangor Mohamed Taib yang mempunyai angan-angan besar mahu menjadi calon perdana menteri. (Walaupun dia mendapat sokongan akar umbi oleh kerana dia tersilap langkah dengan arahan perdana menteri mengenai pemindahan hak milik tanah yang membuatkannya tidak lagi relevan dalam politik UMNO), dia telah berjaya merencana kemenangan pilihanraya kecil Indera Kayangan baru-baru ini.

Sebaliknya DAP memang sedang tertekan. Ketika Keadilan meletakkan calonnya di Indera Kayangan, DAP enggan berkempen untuk membantu kerana membantah kemasukan Keadilan di situ. Kini ia merasakan bahana keangkuhan itu di Ketari. PAS mahupun Keadilan tidak akan memberikan sokongan mereka secara terbuka. Tetapi mereka akan hadir dengan penuh tenaga di situ. PAS tidak akan mengibarkan simbol partinya, begitu juga Keadilan. Mereka berkempen dengan semangat muafakatan supaya DAP tidak akan menuduh mereka nanti seandainya kempen itu tersasar.

DAP tersasar dalam perdebatan mengenai keIslaman, sambil menjadi bahan ejekan BN dan punca cemuhan PAS dan Keadilan. Ini merupakan satu strategi yang tersilap, dan bukan mudah untuk memperbetulkannya. Lagipun tidak ada perdebatan terbuka mengenai hal ini. Yang dibincangkan hanya secara kasarnya untuk menyerang ketokohan dan menghaprakan isu yang perlu dibincangkan.

BN tidak mampu kalah kali ini, demikian yang diberitahu oleh Lim Ah Lek kepada saya malam kelmarin; kekalahan akan menyebabkan ada jari yang menuding ke arah perbalahannya yang membabitkan Dr. Ling. Inilah yang dikatakan lebih awal oleh Mahathir Mohamed. Gerakan memang ghairah mahu menang tetapi ketandusan ide akan cara yang terbaik. Kerana itu ia bertindak dengan serangan peribadi yang murahan yang tidak dimengerti langsung oleh para pengundi. DAP mengaku mereka menghadapi masalah yang besar kerana BN sudah bersedia dengan segala tipu muslihat untuk tidak membenarkan episod Lunas berulang lagi. Hanya satu keajaiban yang akan membantu DAP menang kali ini.

Bermula dengan Ketari, sudah ada satu perundangan baru dalam pilihanraya. Daftar Pemilih (pengundi) tidak boleh dicabar lagi walaupun wujud beberapa kesalahan dalamnya. Apa sahaja yang diterangkan oleh SPR dan Menteri Rais Yatim, ia harus diterima pakai. Ini bererti sebarang kesilapan SPR tidak akan menghantuinya. Satu ketika dahulu beberapa orang hakim pernah mengeluarkan penghakiman yang mengalahkan BN, di Mahkamah Rayuan. Kini sebarang usaha untuk membuat rayuan ataupun bantahan terhadap keputusan pilihanraya tidak lagi akan mendatangkan kesan yang dapat mencabar peraturan undang-undang.

Malaysia tidak mengamalkan satu peraturan biasa di mana pihak pembangkang dirujuk untuk mendapatkan pendapat mereka di luar sidang parlimen ataupun dewan undangan negeri. Kerajaan berlagak sombong menggunakan haknya yang mutlak sebelum sesuatu undang-undang itu diluluskan. Saya teringat satu episod di Nigeria yang membabitkan Sir Abubakar Tafehwa Balewa, ketika itu menjadi seorang perdana menteri Nigeria. Beliau telah dikerumuni oleh satu kumpulan wartawan Britain yang dijemput menghadiri sidang Parlimen. Seorang wartawan meminta beliau maklumat di mana letaknya pejabat pemimpin Pembangkang ketika itu. Beliau menjawab: 'Apa!!!! Menyediakan sebuah pejabat di Parlimen kepada musuh rakyat jelata????' Malaysia kini mengamalkan sikap sebegini secara jelas sejelas-jelasnya. Adalah penting memenangi pilihanraya daripada mempunyai keyakinan kepada sistem pilihanraya itu, di negara ini. Dalam kemelut yang sedang menghantui Ketari, masalah akan menyerlah seandainya calon yang tidak sesuai diberikan kemenangan.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my

Terjemahan: SPAR
Asal: KM2 6917