Laman KM2: 6916 KM2 Index File Size: 5.8 Kb


TAG SP 630: KQ: Mendewatakan Suruhanjaya Pilihanraya?
By Kim Quek

24/3/2002 2:06 am Sun

Mendewatakan SPR?

(Turning Election Commission Into An Infallibel Demigod?)

Oleh: Kim Quek

Demikianlah caranya pemerintah BN mahu melaksanakannya, melalui tindakan perundangan menjadikan daftar pemilih pilihanraya tidak dapat dijamah oleh tuntutan undang-undang.

BN baru sahaja membentangkan satu rang undang-undang di Parlimen, di mana sesuatu daftar pemilih, apabila sudah digazetkan, adalah merupakan dokumen terakhir yang tidak boleh dipertikaikan, ataupun dirayu lagi untuk diubah-suai, dimansuh ataupun diketepikan oleh mana-mana mahkamah.

Rang undang-undang itu sudah tentu bertujuan menghalalkan semua pengundi hantu yang telah wujud dalam daftar pemilih pada masa dahulu, termasuk menghalalkan kemasukan pengundi hantu daripada penelitian undang-undang.

Ini merupakan satu senario yang amat menjijikkan walaupun di negara ini wujud satu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan sebuah parti pemerintah yang berlagak seolah-olah mereka berlaku adil, dan kalau ada kesilapan ia adalah satu perkara biasa, tidak kira sama ada secara tidak sengaja ataupun disengajakan, dan setiap kali terjumpa kecacatan yang menyebabkan kesulitan kepada sesuatu parti, parti yang terhenyak itu sudah tentu tercalar selama-lamanya, kalau rujukan mahkamah dinafikan kepadanya.

Di Malaysia, ketaksuban pemerintah yang sedia ada mahu terus menang pilihanraya dengan apa juga cara dan sekaligus dibantu oleh SPR yang sanggup mengabdikan diri membuatkan undang-undang yang baru itu satu senjata berbisa yang pasti, menggantikan segala muslihat dan penipuan yang kini berleluasa, sambil menentukan kemusnahan pencabar di setiap pemilu, dan menjanjikan pemerintah yang ada terus bertakhta sampai bila-bila.

Seandainya masih ramai yang tidak percaya, izinkan saya menyenaraikan di bawah ini tipu muslihat yang dilaksanakan kepada Perlembagaan kita yang menjejaskan demokrasi dalam pilihanraya.



  1. Puluhan ribu pendatang Filipina dan Indonesia di Sabah telah diserap masuk menjadi apa yang disebut pengundi hantu, dalam satu kempen senyap-senyap untuk mendaftarkan mereka dalam daftar pemilih. Ini merupakan satu konspirasi yang disengajakan untuk mengimbangi kuasa politik di Sabah. Kesannya, USNO (yang kemudiannya bertukar menjadi sebahagian UMNO) telah dijulang daripada sebuah parti minoriti menjadi sebuah parti dominan di negeri itu. Walaupun pernah dibongkar dan didedahkan kewujudan pengundi hantu itu oleh Hakim Muhammad Kamal Awang, dalam penghakimannya membatalkan keputusan pilihanraya Likas pada Jun 2001, nama pengundi hantu dalam daftar pengundi Sabah belum lagi dibersihkan hingga ke hari ini.

  2. Pengubahan sempadan pilihanraya yang dilaksanakan setiap sepuluh tahun mengikuti yang dibolehkan oleh Perlembagaan telah dijadikan satu tindakan yang kerap dengan tujuan melaksanakan unsur 'gerrymandering' (satu istilah mengambil nama seorang senator Amerika untuk melakukan penipuan - penterjemah) oleh parti pemerintah dengan tujuan memaksima peluang untuk menang pilihanraya.

    Contohnya ialah Johor yang selalu sangat memberi kemenangan kepada BN secara besar-besaran disebabkan pertambahan yang mencecah 50 peratus, daripada 20 kerusi kepada 30 kerusi, walaupun pertambahan penduduk pada kasarnya sejak sepuluh tahun dulu hanya setakat 27%, sedangkan negeri lain mempunyai pertambahan penduduk yang lebih tinggi daripada Johor.

  3. BN selalu sangat mahukan pilihanraya dikendali secara rahsia, di mana tempoh berkempen bermula denan pembubaran dewan perundangan yang mendadak. Kemudian, SPR yang sentiasa menari gerak tempo paluan gendang BN mengumumkan tarikh pencalonan yang mempunyai tempoh berkempen yang singkat sambil memberi segala kemudahan kepada BN. Amalan ini merupakan faktor penting yang menentukan keputusan pilihanraya di Malaysia, di mana parti pemerintah memonopoli media massa, sambil menafikan segala hak kemudahan itu kepada Pembangkang. Kerana itu Pembangkang kerap gagal menyampaikan mesejnya ataupun bertindak-balas melawan propaganda songsang BN dalam tempoh masa terhad disebabkan ketiadaan kemudahan media massa.


SPR selalu mendakwa betapa ia menjalankan peranannya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan secara saksama dan adil. Jika demikian halnya, kenapakah SPR senyap membisu setiapkali BN melancarkan kempen palsu di TV memomokkkan Pembangkang sebagi pengganas dan penindas sebelum kempen sesuatu pilihanraya itu dibenarkan seperti yang terjadi dalam pilihanraya kecil Indera Kayangan?

Kenapakah SPR diam membisu apabila Perdana Menteri sengaja mengulang-ulang peristiwa 13 Mei (1969) untuk menakut-nakutkan kaum bukan-Melayu agar mengundi BN di setiap pemilu, sedangkan gelagat itu adalah bersalahan dan melanggar Akta Hasutan dan juga Akta Pilihanraya?

Kenapakah SPR tidak mampu bersuara terhadap aktiviti membeli undi yang sungguh terbuka dan berleluasa (termasuk peruntukan spontan belanjawan pembangunan oleh menteri-menteri semasa kempen pilihanraya) yang diamalkan oleh parti pemerintah di setiap pilihanraya?

Sinario yang dirakamkan di atas adalah jelas, sejelas-jelasnya. Dalam keadaan sedemikian rang undang-undang pilihanraya yang dibentangkan itu merupakan satu langkah jangka panjang untuk memperkasakan pemerintahan totalitarian yang sedia ada.

Kim Quek

Terjemahan: SPAR

Asal: KM2 6905