Laman KM2: 6911 KM2 Index File Size: 9.5 Kb


TAG SP 629: Pravda: Lanjutan P/Salib Pentagon: Sasaran Terbaru: Indonesia
By Oleg Artyukov

24/3/2002 1:33 am Sun

[Sila baca komen penterjemah di akhir terjemahan]


Lanjutan Perang Salib Pentagon: Sasaran Terbaru: INDONESIA

(The Pentagon's Crusade: Next Up, Indonesia)

Oleh: Oleg Artyukov

Bertepatan dengan jangkaan, perang mengganyang penyokong Osama bin Laden kini merebak kepada lebih banyak kawasan yang lebih besar. Indonesia sudah menjadi sasaran terbaru dalam peperangan anti-keganasan itu, di samping Afghanistan, Filipina, Yemen dan Georgia.

Akhbar 'US Today' melaporkan betapa pentadbiran Bush telah menerima pelbagai maklumat yang dianggap sahih betapa pejuang Al-Qaeda sudahpun berpindah daripada Afghanistan memasuki Indonesia. Pilihan mereka itu memang boleh dianggap ada logiknya. Gugusan kepulauan Melayu (arkipelago) memang mengandungi beberapa ribu kepulauan yang sangat bagus untuk pejuang militan berlindung, dan lebih penting lagi Indonesia merupakan negara Islam terbesar di dunia. Penduduk Indonesia berjumlah 200 juta dan lebih 90 peratus adalah beragama Islam.

Sebahagian besar penduduk Indonesia memang cenderung kepada kefahaman Islam yang dikatakan (oleh Barat) berunsur radikal. Dalil ini memang mudah diperjelaskan. Majoriti penduduk Indonesia (dan juga Pakistan) adalah golongan miskin. Ini juga dikatakan sebabnya ramai penduduk beragama Islam yang merusuh dan mengganas untuk mencuri dan menjahanamkan kedai dan perusahaan milik etnik Cina Indonesia sebaik sahaja Presiden Suharto digulingkan pada tahun 1998. Pergeseran antara penganut Kristian dan Islam sudah menjadi terlalu kerap di Indonesia, dan dalam banyak hal golongan beragama Islam yang bersalah, walaupun golongan beragama Kristian tidak tahu bersabar kerana cepat mahu membalas dendam.

Selepas bermulanya operasi mengganyang pengganas di Afghanistan, ribuan rakyat Indonesia merusuh di tepi-tepi jalan sambil membuat tuntutan agar AS menghentikan serangan terhadap Taliban. Kerajaan yang ketika itu diketuai oleh presiden Megawati berjaya menenangkan keadaan. Namun, sehingga kini, kerajaan Indonesia tidak dapat mengawal keadaan itu sepenuhnya. Krisis ekonomi yang menyerang negara pada akhir 1990-an dulu, masih lagi menyenakkan keadaan negara. Kerana itulah, presiden Indonesia tidak berapa menyerlahkan pendapatnya apabila AS mencadangkan untuk mengirim askarnya ke negara itu.

Ramai warga Indonesia yang bersuara lantang menuduh AS kerana sengaja mencetuskan krisis ekonomi Indonesia. Satu penerbitan pernah muncul di Indonesia pada 1997, yang menyatakan betapa AS merancang untuk membina satu pangkalan tentera di kepulauan Natuna yang kaya dengan sumber minyaknya. Ketika Suharto masih berkuasa, Indonesia tidak membenarkan kehadiran tentera asing di buminya. Rakyat Indonesia berkata bahawa keengganan Suharto menempatkan tentera AS dan membeli jet pejuang F-16 buatan Amerika kerana memilih pejuang Su-30 buatan Russia menjadi penyebab penggugurannya. Rakyat Indonesia kini sudah semakin yakin penglibatan Amerika dengan penggulingan Suharto kerana ia telah mengongkosi rusuhan jalanan pada bulan Mei 1998. Tambahan pula dengan pembabitan AS yang menyebabkan merudumnya nilai matawang Indonesia pada awal 1997. Sebaik sahaja Suharto jatuh, AS telah menawarkan bantuan kerjasama kepada pucuk pimpinan Indonesia yang baru termasuk janji melindungi Indonesia daripada sebarang serangan luar. Namun, rencana itu gagal disebabkan tercetusnya pertumpahan darah di Timor Timur, yang mahukan kemerdekaan daripada Indonesia. Rundingan kerjasama itu berakhir pada 1999.

Pentadbiran George W Bush dan Pentagon, kini berkata adalah penting memperkenalkan askar Amerika di Indonesia. Alasannya dikatakan terlalu jelas walaupun banyak isu yang berbangkit terlalu samar. Pertama sekali, kalaulah kerajaan Indonesia membenarkan kemasukan tentera Amerika, berapa besarkah ketumbukan tentera itu? Jumlah penduduk Indonesia adalah besar dan sentimen mereka terhadap Amerika memang agresif. Inilah yang memerlukan pengiriman satu pasukan askar yang besar jumlahnya. Kedua, dengan kehadiran tentera Amerika di Indonesia apakah ia membawa makna Amerika bercadang membuka satu pangkalan tenteranya di salah satu kepulauan Natuna ataupun di tempat yang lain? Rakyat Indonesia beranggapan Amerika lebih berminat untuk memasang pasak di tanah yang mengandungi minyak dan bukannya mahu mencari pejuang Al-Qaeda. Mereka juga gusar akan meledaknya rusuhan di Indonesia disebabkan kehadiran tentera Amerika di negara itu.

Terjemahan: SPAR

[Komen penterjemah: Mat Teropong ada menyebut betapa gelagat Raja Penyangak mahukan Russia bangkit semula sebagai satu kuasa besar mengimbangi Amerika adalah satu lakonan sahaja. Lihat, apa jadinya dengan Indonesia kalau Amerika bersarang di sana? Dapatkah Malaysia lari dari pengaruh tekanan Amerika yang sudah lama bersarang di Singapura dan kini mempunyai bala tenteranya Selatan Filipina dan Selatan Thailand. Siapakah yang sedang dikepung oleh Amerika kalau bukan Malaysia?]




Asal:

http://english.pravda.ru/main/2002/03/20/27101.html

2002-03-20 THE PENTAGON'S CRUSADE: NEXT UP, INDONESIA

As has been anticipated, the war against bin Laden's followers is involving more and more regions. Indonesia is to become another participant of the anti-terrorism war, in addition to Afghanistan, the Philippines, Yemen, and Georgia.

USA Today reports that the Bush administration has received reliable confirmation of the fact that some al Qaeda militants moved from Afghanistan to Indonesia. This choice is quite logical. The archipelago consisting of several thousands of islands is an ideal shelter for the militants, and what is more important, Indonesia is the world's largest Islamic state. The Indonesian population consists of over 200 million people, and more than 90% are Muslims.

Radical Islamic trends are very popular among the Muslims in Indonesia. This is easy to be explained. The majority of the population (as well as in Pakistan) is very poor. This was also the reason why crowds of Indonesia's Muslims looted enterprises and shops of the well-to-do ethnic Chinese after President Suharto's dethronement in 1998. Conflicts between local Christians and Muslims are becoming more frequent in Indonesia, and, in most cases, Muslims are to blame, although, Christians are not slow to seek revenge.

After the start of the anti-terrorist operation in Afghanistan, thousands of Indonesians went to the street with demands to stop US attacks against the Taliban. The government headed by incumbent president Megawati Sukarnoputri managed to stabilize the situation. However, even now, the Indonesian government does not control the situation completely. The economic crisis that struck at the end of the 1990s, is still aggravating the situation in the country. For this very reason, the Indonesian president was so reserved when the USA suggested sending its troops to the country.

In addition, many Indonesians accuse the USA of the economic crisis. A publication appeared in the Indonesian press in 1997, that said the USA planned to build a military base near the Natuna Islands with its rich oil fields. During Suharto's presidency, Indonesia allowed no foreign military presence on its territory. The people of Indonesia say that Suharto's refusal to provide military bases to the USA and purchase America's F-16 planes and instead purchase of Russia's Su-30 became the reasons for his resignation. Indonesia is sure that the USA was connected with the resignation of Suharto, as it financed demonstrations and mass protest actions in May of 1998, not to mention the strange rupee (Indonesian money) collapse at the beginning of 1997. Right after Suharto's resignation, the USA offered cooperation to the Indonesian political leadership. At that, the USA promised safe and free protection from any aggression from the outside. However, the cooperation program failed because of the bloodshed in East Timor, which is striving for independence from Indonesia. The cooperation talks ceased in 1999.

George W. Bush's administration and the Pentagon now say that it is necessary to introduce US troops in Indonesia. The reason for this seems to be quite clear, but some issues are still vague. First of all, if the Indonesian government allows US soldiers into the country, how large is the US contingent going to be? The population of the archipelago is numerous, and its spirit is rather aggressive, which would require a rather large contingent to be sent to the country. Second, does not the arrival of American soldiers to Indonesia mean that the USA is reviving the idea of building a military base on one of the Natuna Islands or some other place? The people suppose that the USA is more interested in the archipelago's oil fields than in the liquidation of al Qaeda militants. They are also apprehensive of more violence in Indonesia resulting from the US contingent's presence in the country.

Answers to these questions will be given soon.

One final thought: the Pentagon is quite open now about America's plans to send troops to Somalia in nearest future.

Oleg Artyukov PRAVDA.Ru

Translated by Maria Gousseva