Laman KM2: 6901 KM2 Index File Size: 9.1 Kb


TJ SP MGG: Rumah Murah Sebagai Bahan Rasuah
By M.G.G. Pillai

22/3/2002 11:08 pm Fri

Rumah Murah Sebagai Bahan Rasuah

(A house ! A house! A low-cost house for a bribe!)

Sejak pemilu 1955 di Malaysia, Barisan Nasional telah memerintah, didahului sebelumnya oleh Perikatan. Kecuali Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang pernah diperintah oleh pihak pembangkang. Dengan kata lain, BN dan lebih khusus lagi rakan unggulannya UMNO, menentukan dasar kebangsaan negara. Parlimen hanyalah merupakan satu forum sahaja, kerana itu ia diperlekehkan; dirujukkan hanya sebagai satu keperluan ataupun seandaianya dianggap perlu untuk UMNO bertindak begitu. Demikian juga di negeri-negeri, di mana dewan undangan negerinya mesti bersidang tidak lebih daripada dua kali setahun, dan kerana itu kerajaan BN menentukan persidangan demikian tidak melebehi daripada itu.

Selepas mencengakam kuasa selama empat setengah dekad, dan tidak banyak bahan bukti kekuasaan itu yang dapat dibanggakan, tiba-tba BN naik gelabah dan cuba merenung akan dasar dan projek yang pernah dijanjikannya selama ini tetapi tidak pernah tertunai janjinya. Yang menonjol ialah perumahan. Sejak pemilu pertama, ia menjadi isu politik negara. Perbadanan Perumahan Persekutuan, yang ditubuhkan pada 1950-an, telah membuat kerja-kerja perumahan yang mampu dibeli oeh rakyat jelata di beberapa kawasan di negara ini. Apabila kemerdekaan tercapai ia menjadi tanggungjawab seorang timbalan menteri perumahan, seorang kroni kepada perdana menteri ketika itu, Tengku Abdul Rahman Putra; yang telah melengah-lengahkan proses pemindahan hak milik kecuali dia diberikan imbuhan (rasuah).

Disebabkan perbuatannya itu mencetuskan skandal dia telah ditukar menjadi seorang duta untuk beberapa tahun lamanya sehinggalah kerakusannya turut menghambat martabatnya. Namun, perbuatan rakusnya itu menjadi satu ikutan sehingga hari ini. Apa ayng dibayar adalah merupakan sumbangan setiap orang, bukan sahaja di pihak pusat malahan di peringkat negeri. Kerajaan Persekutuan amat arif akan rasuah jenis ini tetapi tidak berdaya berbuat apa-apa. Yang paling jahat dengan rasuah jenis ini ialah anggota exco negeri-negeri. Kerajaan mengeluarkan beberapa kenyataan mahu membina rumah kos rendah, tetapi kalau mengikut sistem yang ada, ia tidak akan berjaya. Jawatankuasa negeri mengenai tanah, adalah satu badan yang dipengerusikan oleh menteri besar. Ini yang membuatkan ramai antara mereka yang begitu kaya raya sehingga menjadi lumayan ketika masih memegang jawatan. Begitu juga dengan beberapa ahli kebinet yang masih ada dan yang dulu-dulu. Ada seorang yang merupakan bilioner berkali ganda.

Kita diberitahu betapa tanah adalah urusan kerajaan negeri. Tetapi negeri yang kerap cerewet meluluskan urusan tanah terutama sekali kalau ahli exco negeri tidak menerima imbuhan mereka daripada pemaju perumahan dan pemilik rumah adalah negeri yang diperintah oleh BN. Perdana Menteri menentukan siapa yang sepatutnya dilantik exco negeri, selalunya terpaksa bercanggah dengan selera Sultan yang kerap mahukan perlantikan itu ditentukan oleh majlis dewan undangan negeri. Kalaulah BN betul-betul serius dengan perumahan, ia sudah mampu mengeluarkan syarat pelantikan setiap ahli exco bahawa pembangunan rumah murah diberikan keutamaan dan mereka seharusnya menanggung risiko seandainya keutamaan itu diabai.

Tetapi, syarat semacam itu tidak mahu dimajukan oleh BN. Ia sengaja membiarkan ahli exco memperkayakan diri mereka dan sengaja melengahkan kerja-kerja membina rumah kos rendah. Selalunya keizinan dibuat apabila ahli exco itu sendiri dapat menguasai pengagihan rumah kos rendah itu. Ad seorang exco yang memiliki 24 buah rumah, seorang lagi setelah dia mati, diketahui mempunyai 15 buah rumah, kebanyakannya memiliki antara lima hingga enam buah yang mereka jual dengan premium RM10,000 sebagai tambahan kepada harga RM25,000. Jadi ada tanggapan eloklah masalah tanah diserahkan kepada kuasa pusat. Marilah kita teliti apa yang terjadi apabila kerajaan pusat mengendalikannya di Kuala Lumpur. Bolehkah Menteri Perumahan memberitahu berapa banyakkah rumah kos rendah yang dibina di Wilayah Persekutuan di kawasan yang menyentuh masalah kelulusan negeri seperti yang disebutnya selalu? Kebanyakan rumah kos rendah ini bukan terbina disebabkan kerakusan yang sama dengan alasan yang membuatkan pembinaannya menjadi sukar dan bermasalah di peringkat negeri. Di manakah rumah kos rendah di Putrajaya yang dilupakan sema-sekali oleh pemajunya Petronas. Di sana, kebanyakan rumah adalah untuk peringkat menengah sahaja. Yang akan terjadi nanti ialah kemunculan pekan pinggiran di sekeliling Putrajaya yang kelihatan murahan dan menjolok mata.

Sudah wujud peraturan dan undang-undang mensyaratkan pemaju perumahan membina rumah kos rendah bersama pembinaan rumah harga tinggi yang mereka majukan. Tetapi pembinannya adalah untuk mencukupi syarat, selalunya terbengkali secara disengajakan. Pada 1997, timbalan perdana menteri ketika itu, Anwar Ibrahim telah membuat pengumuman dengan penuh gah dan publisiti betapa 80,000 unit rumah kos rendah akan dibina setiap tahun. Untuk tahun itu, sasrannya merudum sebanyak 90 peratus. Setahun kemudiannya dia yang merudum dan sejak itu UMNO dan BN diserang penyakit lemah jantung sehingga tidak mampu bernafas lega lagi. Janji pembinaan rumah kos rendah itu telah dilupakan lagi.

Kini muncul satu inisiatif kerajaan persekutuan yang nampaknya semacam angin panas sahaja. Kerajaan merancang berbelanja sekitar RM1.4 bilion untuk menguruskan pembinaan rumah murah di setiap negeri dan merancang membina sekitar 40,000 unit setiap tahun, yang bermakna setengah dari yang pernah dijanjikan lima tahun dulu. Menteri Perumahan, Ong Ka Ting, telah memberikan segala alasan songsang kenapa projek itu mesti dibiayai oleh kerajaan pusat: harga tanah terlalu tinggi; keperluan rumah ialah di bandar-bandar dan di pinggir bandar; kerajaan negeri tidak mempunyai kewangan untjuk melaksanakannya.

Dengan lain perkataan, tidak ada daya politik untuk melaksanakannya. BN pusat tidak mahu memberi arahan kepada BN negeri untuk mengurusnya. Masalah lama disebabkan hubungan pusat-negeri yang selalu leceh sekali adalah alasan kenapa projek itu terlalu lama tergendala. Memang wujud masalah seperti itu. Tetapi apakah masalah itu akan terus wujud seandainya semua menteri besar dan ketua menteri diberi arahan ketika pelantikan mereka agar memulakan pembinaan rumah tersebut. Pada 1950-an dulu Menteri Perumahan Britain, Mr. Harold MacMilan, telah menjanjikan pembinaan 1,000,000 rumah kediaman untuk menyelesaikan kekurangan rumah. Dia melaksanakan janji itu dan kemudiannya dilantik menjadi Perdana Menteri Britain.

Tetapi tidak wujud keinginan untuk melakukan perkara itu di Malaysia. Yang menjadi keutamaan ialah mengisi kantong ahli politik. Mr. Ong membuat janji manis ini sebagai sumbangan MCA untuk memancing undi di Ketari. Beberapa hari dulu, Perdana Menteri bercakap mengenai keistimewaan kepada sekolah Cina. Menteri lain daripada parti komponen yang lain akan bercakap mengenai harapan besar dan dasar negara untuk rakyat Malaysia terutama untuk pengundi Ketari.

Apabila kerajaan mudah melupakan rakyat jelata dan menjadikan sifat itu sebagai dasar pemerintahan negara, cadangan untuk menjanjikan pembinaan 40,000 unit rumah kediaman adalah satu cerita haprak yang boleh diperlekehkan sahaja. Kalau anda teliti arkib akhbar daripada 1959, anda tentu dapat membaca janji manis menteri pertanian yang mahu menjadikan negara berupaya mengeluarkan beras secukupnya dalam masa 'dua tahun'. Janji 'dua tahun' itu sudah menjadi bertahun-tahun. Begitulah juga kisahnya dengan janji membina rumah kos rendah. Di sebuah negara di mana kerajaan pusat menguasai kerajaan negeri dengan cara mengawal peruntukan kewangannya, kerajaan negeri perlu bertandak mengikut rentak yang dimainkan oleh kerajaan persekutuan. Apabila ada negeri yang cuba menunjukkan kebebasan dari segi kewangannya, gaji pegawai kerajaan dinaikkan sehingga masalah negeri itu berulang semula.

Ini sebabnya kerajaan Persekutuan gelabah terhadap royalti minyak yang sepatutnya diterima oleh kerajaan Terengganu. Selama 22 tahun kerajaan negeri yang diterajui BN menerima royalti itu, ia telah membazirkannya. Apabila PAS naik berkuasa, royalti itu ditarik oleh kerajaan pusat dalam satu tipu-helah yang kini dipertikaikan di mahkamah. Demikian juga halnya dengan rumah kos rendah. Tidak ada sesiapa yang benar-benar berminat dan serius mengenainya apalagi kerajaan BN di pusat dan di peringkat negeri. Tetapi semua itu masih dibiarkan oleh pribumi. Demikainlah kesannya apabila pengumuman dibuat mengenai projek rumah kos rendah itu dan apabila diumumkan kepada mereka yang tahu mereka tidak akan mampu memiliki rumah semacam itu betapapun harapan meninggi dan keazaman untuk memilikinya.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my

Terjemahan: SPAR

Asal: KM2 6900