Laman KM2: 6711 KM2 Index File Size: 2.4 Kb


TAG SP 593: Star: Hentikan Kegilaan Berpolitik di Kampus
By The Star

4/2/2002 12:20 pm Mon

[Catatan Penterjemah - Tindakan Pemuda UMNO mengawal politik di kampus adalah salah di sisi undang-undang dan tenaga pensyarah universiti mesti bertindak menghalau dan mengecam sikap kurang ajar kumpulan ini. ]


The Star
27/1/2002

Hentikan Kegilaan Berpolitik di Kampus

(Stop meddling in campus politics, UMNO Youth told)

DAP telah membantah campurtangan dan kegilaan berpolitik Pemuda UMNO menyenaraikan nama pelajar dan pensyarah yang didakwanya terbabit dengan politik kampus kepada Kementerian Pendidikan.

Setiausaha biro seranta DAP Gobind Singh Deo berkata gelagat Pemuda UMNO itu adalah melanggar hak asasi manusia.

'Pemuda UMNO tidak ada hak mengaibkan orang lain seolah-olah mereka tidak ada hak untuk memberikan sokongan kepada pihak pembangkang," kata beliau dalam satu kenyataan. Gobind Singh membuat kenyataan itu sebagai mengulas tindakan Pemuda UMNO menyediakan senarai nama pensyarah dan pelajar yang menentang kerajaan.

Pengerusi biro pendidikan Pemuda UMNO Adham Baba berkata senarai nama pensyarah sudah dihantar kepada Kementerian Pendidikan besama satu memorandum, diikuti kemudian nanti satu senarai nama pelajar ekoran peristiwa 'lapan pelajar universiti yang ditangkap sebagai spy bilik operasi Barisan ketika pilihanraya kecil Indera Kayangan'.

Gobind Singh berkata Pemuda UMNO tidak ada hak melakonkan peranan 'jaga' kepada Kerajaan dalam politik di universiti. 'Ada banyak pertubuhan yang sah dan bertanggungjawab dengan kuasa perundangan untuk membuat siasatan itu,' kata beliau.

Lagipun kata beliau, Perlembagaan menjamin kebebasan kepada seseorang rakyat yang disiasat itu dan ini adalah hak asasi manusia yang perlu dihormati. 'Kalau ada bukti, mereka harus nyatakan secara terbuka untuk membolehkan mereka yang didakwa mempertahankan diri mereka,' kata beliau.

Tamat

Terjemahan: SPAR.

Asal: KM2 6688 Ref: http://thestar.com.my/services/printerfriendly.asp? file=/2002/1/27/nation/afgobind.asp&sec=nation