Laman KM2: 6709 KM2 Index File Size: 5.2 Kb


TAG SP 591: Ketibaan Orang Malaysia?
By Harun Rashid

4/2/2002 12:16 pm Mon

HR Worldview

Ketibaan Orang Malaysia?

(The Malaysians are Coming?)

Oleh: Harun Rashid - 29/1/2002

Malaysia akan menghantar satu rombongan istimewa ke New York untuk merayu ataupun meminjam dana baru sambil menyediakan satu gambaran betapa Malaysia adalah sebuah negara yang hdiup sempurna. Untuk membuka peti dana New York, Malaysia mengorbankan martabat rakyatnya sendiri, yang merupakan kaum pribumi beragama Islam semuanya, yang disahkan terpenjara tanpa sebarang perbicaran yang diperlukan, dan semua nama mereka adalah pasti tersenarai sebagai anggota PAS.

Penangkapan itu dijadikan bukti betapa Malaysia, mengikut tradisi kediktatoran yang sebenar, mempunyai apa yang dikatakan kestabilan politik. Berapa banyakkah penangkapan itu dianggap mencukupi? Kalau lima puluh difikirkan tidak mencukupi apakah kemungkinan ia mencecah 200? Bekalan bahan penangkapan memang tidak ada tepian, kerana Malaysia mempunyai pengganas merata tempat, yang mudah dipilih di kalangan yang bijak pandai, terpelajar dan berani.

Ada sebuah syarakat perundingan yang juga merupakan broker kewangan, yang memang terkenal kerana mengenakan cas perundingan yang tinggi, sedang menjadi penasihat yang menaja segala kekejian ini, kerana tugas mereka ialah untuk memberikan penonjolan bermartabat kepada segala kerja penangkapan kerajaan. Lagipun, di samping segala khidmat profesional yang biasa yang merangkumi percetakan kad jemputan (di Amerika) mereka dijangka memberikan sepatah dua kata untuk menyokong usaha kerajaan merayu ihsan di sana. Kalaulah para penaja tidak menyebut sesuatu yang tinggi terhadap kata-kata mengampu nilai bon keluaran Malaysia, mereka fikir kerja haprak mereka ini dianggap sudah mencukupi.

Kalulah syarikat yang memberikan khidmat kerana bayaran yang tinggi ini memperakui bahawa bon kerajaan Malaysia mempunyai jaminan ianya akan dilunaskan (menepati tarikh matangnya - penterjemah), bon itu boleh dijamin dengan premium yang rendah sahaja oleh syarikat insuran tempatan. Transaksi seperti ini adalah perkara biasa dan dikenali sebagai 'bon yang dijamin oleh insuran'. Tetapi, kalau diambil kira apa yang telah terjadi kepada syarikat Enron (di Amerika - penterjemah) dan kepada kerajaan Argentina, Malaysia dijangka akan menerima layanan yang tidak menarik minat di Amerika.

Berbeza dengan fahaman di rantau ini, pasaran dana di New York masih mempunyai fahaman sensitif terhadap Malaysia, tidak kiralah kalau semua pengganas di negara itu sudah dimusnahkan. Perdana Menteri Malaysia mungkin membebek bahawa kerajan Malaysia menjamin segala bonn yang dipasarkan, dan segala peristiwa lakonan terhadap kestabilan politik di Malaysia dijangkanya sudah memadai untuk segala lakonan ini. Begitulah juga gelagat Argentina dulu, dan kini segala jaminan mereka yang serupa itu ternyata langsung tidak laku.

Ada segelintir pemimpin yang mahukan jaminan konkrit sebagai satu bentuk jaminan yang lebih selamat. Tetapi apakah bentuk gadaian yang dapat ditonjolkan? Sebarang kertas jaminan yang diangap berharga sudah ternyata tidak akan dapat dilunaskan. Ini terserlah kalau diambil-kira martabat sistem perundangan di Malaysia. Mahkamah di Malaysia sentiasa mempunyai jalan untuk menyelamatkan pihak pembela setiap kali kerajaan didakwa. Untuk lebih mudah dan adil, anggota rombongan istimewa Malaysia seharusnya dibenarkan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh wartawan kewangan bebas, secara terbuka.

Semua bon yang dijadikan bahan gadaian Malaysia seharusnya diteliti dengan penuh berhati-hati. Satu ketika dulu sebuah kementerian di Malaysia telah pergi ke London untuk mendapatkan pinjaman bernilai $5 bilion, sambil mengemukan bon gadaian hak Malaysia yang baru sebagai cagaran. Satu siasatan biasa mendapati bahawa bon itu adalah bon palsu. Kejijikan tipu-muslihat itu telah didedahkan oleh akhbar Malaysia. Sidang pengarang akhbar itu sudahpun dipecat, bersama satu kumpulan wartawannya. Memanglah tidak ada sebarang kaitan rasmi terhadap kesan siasatan bebas para wartawan akhbar itu dengan kematian akhbar itu akhirnya.

Siasatan bagaimana para pegawai satu kementerian kerajaan Malaysia berani mengagihkan kertas bon yang palsu untuk menjadi bahan cagaran pinjaman rasmi kerajaan Malaysia sengaja dipengapkan tanpa banyak penjelasannya. Kisah itu sengaja diperam walaupun adalah laporan lanjut yang amat jelas dikemukakan kepada Badan Pencegah Rasuah Malaysia (BPR). BPR memang terkenal dengan beberapa pendakwaan yang berjaya setakat ini, walaupun segala bukti terhadap sogokan dan rasuah bertimbun melambak dalam simpanan mereka.

Semua pihak harus ambil perhatian!! Kini, muncul sekutu peperangan menghapuskan keganasan. Sila bangun semua untuk menyambut ketibaan mereka.

Tamat.

Terjemahan: SPAR

Asal: KM2 6681 Ref: http://www.geocities.com/harunrmy/21Malaysians.html