Laman KM2: 6679 KM2 Index File Size: 9.1 Kb


TAG SP 590: Balasan Yg Maha Esa Menjadikan UMNO Tidak Bermaya
By Spirit of Truth

29/1/2002 11:41 am Tue

Laman M@rhaen
29/1/2002

Balasan Yang Maha Esa Menjadikan UMNO Tidak Bermaya

(Divine Retribution - Saps the Life of a Defunct UMNO)

Oleh: Spirit of Truth

Walaupun sudah memerintah negara hampir 50 tahun lamanya, UMNO seperti yang kita ketahui nasibnya kini, sudah jauh menyimpang daripada perjuangan asal untuk menyediakan kepimpinan berdemokrasi, sehinggakan bertukar wajah menjadi gergasi politik yang korup bertaraf bedebah gara-gara kepimpinan zalim oleh Mahathir.

UMNO yang Bercelaru

UMNO ialah sebuah parti perkauman Melayu, yang kini dinaungi oleh pemimpin Melayu yang bergelumang dengan segala dosa kerakusan mereka, sehinggakan parti itu semakin berat kerana banyak dosa besar yang sarat dan gara-gara ketaksuban menerajui satu rencana menghukum dan memenjarakan beberapa wira reformasi yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Kematian UMNO, kalau difikirkan secara rasionalnya, adalah satu balasan Allah kepada sebuah parti yang sudah jauh menimpang daripada landasan kebenaran setelah ia menjadi begitu haprak dan korup disebabkan perbuatan seorang penzalim yang ketakutan akan segala kerja jijiknya. UMNO sudahpun lumpuh dari segi ekonominya, menggelupur kesakitan, meraung kerana pendarahan, dan berpecah-belah kerana dilaknati Allah. Tidak ada seorang insanpun, betapa pintar dan bijaksana peribadinya, dapat mengelak bencana yang dilaknati Allah. Segala kerja menyelamatkannya yang dilakukan oleh Mahathir melalui segala tipu muslihat dan salah-guna kuasa yang ada padanya, hanya melambangkan kebodohannya, dan merupakan lambang betapa terdesaknya beliau untuk menyungkup segala jenayah besarnya.

UMNO Membarah kerana kehilangan arah

UMNO sudah kehilangan arah, kerana itu cahaya semarak demokrasi sudahpun kehilangan kilauannya, gara-gara kerja jijik rasuah, dan perkauman, yang telah merompak hak asasi marhaen dan warga negaranya. Inilah yang telah menonjolkan kepimpinan seorang diktator zalim yang berjaya menghina keluhuran Perlembagaan negara, dan sesiapa sahaja yang berani mencabar diktator itu dihambat daripada jawatannya untuk diaibkan. Kesannya, racun berbisa yang membarah dalam pentadbiran kerajaan sudah menular dan mengancam kerukunan hidup sebuah masyarakat yang bercelaru hidupnya.

'Indrajala' ketuanan UMNO yang palsu

Usaha haprak menonjolkan satu ketuanan Melayu melalui kepimpinan UMNO yang punya banyak kuasa melalui pelbagai cara yang merancakkan mainan propaganda dan pengiklanan songsang sebuah parti politik yang sedang nazak keadaan sebenarnya, adalah satu usaha untuk menyerkap segala kedaifan parti yang sudah lama menjelma dan usang kegiatannya persis keusangan pemikiran seorang pemimpin tua yang sudah sewel dan nyanyuk. UMNO di bawah kepimpinan Mahathir sudah menjadi sebuah parti politik yang ketinggalan zaman dan tidak mempunyai peranan lagi untuk mencatur masa depan negara dan bangsa. Ketua ulungnya yang tua dan sewel pemikirannya sedang berjuang melawan masa untuk terus menyelamatkan diri dan partinya. Semua itu adalah kerja sia-sia yang tidak berguna kerana UMNO akan mati juga. Kalau Malaysia mahu membangung seperti yang sepatutnya, segala sistem purba yang sudah usang dan tidak berguna haruslah diganti dengan sistem yang relevan dan boleh diterima oleh satu masyarakat pelbagai kaum seperti yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim.

Kemusnahan UMNO sebagai kegiatan bencana dan balasan

Keputusan Allah mendatangkan bala terhadap UMNO yang banyak dosanya, mesti dilihat sebagai satu bencana gara-gara balasan mengikut suratan Qada dan Qadar. Inilah bencana yang mesti difahami oleh orang UMNO betapa bencana hasil laknat Allah itu akan menyerlahkan penonjolan parti politik yang berunsur pelbagai kaum. Sejarah manusia telah merakamkan betapa Allah tidak pernah engkar mengenakan hukuman Illahi terhadap mahkluk insani yang mengengkari wahyunya. Allah tidak akan merelakan rakyat yang tertindas terus hidup ditindas dan kerana itu Mahathir akan dihumbankanNya daripada muka bumi bersama UMNO ciptaan Mahathir sekali.

Kalau laknat Allah ini sudah difahami, adalah wajar rakyat negara ini menjauhkan diri daripada UMNO. Biarkan para pemimpin UMNO merasakan cebisan ujian penderaan Allah dan janganlah pula kita menjadi mangsa yang tersauk dalam ujian Allah itu. Marilah kita selamatkan negara daripada komunis politik ini semuanya, yang dipimpin oleh seorang komunis politik bedebah yang mempunyai hanya satu agenda untuk terus mencengkam kuasa agar segala kekayaan negara dapat terus dirembatnya.

Semangat Kebenaran
(Spirit Of Truth)

Terjemahan: SPAR
29/1/2002




Asal:

http://marhaen0.tripod.com/mar_a_sot13.html

Divine Retribution - Saps the Life of a Defunct UMNO

By Spirit of Truth

After arrogantly ruling the nation for well nigh 50 years, UMNO as we survey it's fate, has receded far from it's original struggle of providing democratic leadership, and is now transformed into a political corrupt monster by the ruthless despot Mahathir. UMNO is now convulsed by the destructive effect of Divine retribution for its atrocities and cruel sins it has perpetrated upon the people and those heroes who fought against its oppression.

UMNO entangled in the mesh of its accumulated falsities

A Malay racist party UMNO, is now afflicted by the agonies of contending greedy politicians, entangled in the mesh of its accumulated falsities, receding further and further from truth, and sinking deeper and deeper into a suicidal carnage due to its it's neglect and persecution of Reformation heroes led by the undaunted, peerless Anwar Ibrahim. The death of UMNO, if seen rationally, is due to God's wrathful anger, to a party that has strayed far from truth, having rendered spiritually destitute, morally bankrupt by a frightened despot Mahathir. UMNO is now economically paralysed, writhing, bleeding, and breaking up beneath the avenging rod of GOD. No mortal, however smart, can avert this natural process of destruction. Mahathir and his futile effort to resurrect through earthly or temporal power, is not only a reflection of his stupidity, but reflects the great fear that has overtaken his being due his capital crimes.

UMNO is dying because it has lost its bearings

UMNO has lost its bearings, in which the bright flame of democracy is fast dying out, in which the forces of a blatant corruption and racism, have usurped the rights of the people and citizens, has raised its ugly head of despotism and is now protruding its ugly features, in which the majesty of the Constitution has been disgraced, and they who arose to defend that national charter, has been hurled form their position, discredited, in which the virus of racism and corruption is eating into the vitals of an already disordered society.

The 'Indrajala' of false sense of UMNO's power signalises its death pangs.

The tyrant's futile attempt to project UMNO's false sense of power through fraudulent means, such as over propaganda, over marketing of a rejected party, over projecting to camouflage its dying popularity, and various money dependent ways to salvage its hopeless future, all these if seen rightly, are signs of its death pang, of an outmoded order, just like its outmoded leader Mahathir. UMNO has spent its force, has demonstrated its falsities and bareness, lost irretrievably its opportunities, and is hurrying to its doom. UMNO is being rolled up by the people, and is crashing in oppression and ruin. Its very old and senile leader is fighting with time to keep him and UMNO alive, all in utter futility. UMNO has to die, if Malaysia were to develop, and there is no other way because this is the way of nature, outmoded and useless systems must be replaced by a socially relevant system, like multiethnic polity, ushered in by Anwar Ibrahim.

The destruction of UMNO is an act of retributory calamity

The judgment of God against a sinful UMNO, must be viewed as a retributory calamity and an act of holy discipline. It is once a visitation from God and a cleansing process for the rotting UMNO politics, Its fires punish the perversity of UMNO, and replaces it with a clean multiethnic relevant order. Human history has witnessed God has never allowed the sins of an unregenerate UMNO and its leader, whether of omission or commission, to go unpunished, nor will God abandon his creatures to their fate, he will purge the nation from the evils of Mahathir and UMNO.

Having realised that UMNO has become the victim of God cleansing power, having understood that UMNO is sinful, it will be vital for Malaysians to shun and keep away from UMNO. Let its leaders taste the punishment of GOD and let us not become a party to it. Let us save our nation from these political bandits whose one single aim is to remain in power to plunder the nations wealth. - M@RHAEN

-Spirit of Truth-
29 Jan 2002