Laman KM2: 6675 KM2 Index File Size: 6.4 Kb


TJ SP MGG: Menyalahkan Org Luar Kerana Masalah Di Depan Mata!!!
By M.G.G. Pillai

28/1/2002 2:29 am Mon

Menyalahkan Orang Luar Kerana Masalah Di Depan Mata!!!

(Blaming the foreigner for a problem closer home)

Oleh: M.G.G. Pillai

Ada satu cara tipu-helah politik yang dikatakan berunsur bijaksana secara menuduh negara luar akan perkara yang tidak berani dicetuskan dalam negara sendiri. Demikianlah halnya dengan Malaysia yang pantas menuduh Amerika Syarikat kerana mewujudkan keadaan yang tidak berperi kemanusian terhadap para tahanan Gulag di Teluk Guantanamo di Cuba. Pada waktu yang sama Malaysia mempertahankan sikap layanan yang diberikannya kepada pendatang tanpa izin (PTI) yang dipenjara di pusat-pusat tahanan PTI di Malaysia. Kaedah penahanan memang berbeza tetapi cara layanan yang haprak memang serupa. Kuala Lumpur dan Washington bukannya penaja khemah latihan musim panas (summer camps) kata mereka. Kedua pihak bertegas, mereka memberikan layanan yang sempurna terhadap 'pesalah' yang ditahan tanpa kerelaan mereka, dan kedua-dua negara mempertahankan tindakan mereka sebagai usaha yang betul dan benar sahaja. Tetapi, kedua-dua pihak menuduh pihak yang lain secara suka-suka terhadap perilaku penahanan mereka.

Peperangan mengganasi keganasan memang diterima-pakai. Demikian bebekan menteri luar Malaysia, Syed Hamid Albar, cuma Washington dituduh tidak melayan para tahanan mereka secara berperi-kemanusiaan. Ketua pemuda UMNO Hishamuddin Hussein turut sama menunjukkan muka marah-bodohnya. Seperti biasa, duta Amerika di Malaysia, Mrs. Marie Huhtala, menafikannya. Begitulah perangai duta Malaysia di Washington ketika AS menggunakan perkataan kesat terhadap sikap Malaysia melayan PTI daripada Indonesia dan Bangladesh. AS bertindak membisu dalam hal banduan tahanannya, sambil bersikap bersahaja di negara sendiri tetapi bersikap menyinga di negara orang. Tetapi, itu juga perangai Malaysia dan banyak negara lain lagi dalam perkara semacam ini. Tetapi, di manakah Syed Hamid Albar dan Hishamuddin Hussein ketika Ketua Polis Negara membaham mantan timbalan perdana menteri Dato Seri Anwar Ibrahim sehingga matanya lebam? Bagaimanakah perasaan mereka terhadap layanan kerajaan terhadap seorang insan yang bakal menjadi perdana menteri negara, yang kini bergerak dengan kerusi roda dan menanggung penyakit tulang belakangnya? Sikap mereka mendiamkan diri laksana syaitan tuli memang sungguh menghairankan.

Akhbar perdana kita memang sudah dikasi dan dilatih untuk tidak mempersoalkan isu yang berat-berat kepada para jemaah menteri dan peniaga dalam negeri. Seandainya 'peraturan' itu dilanggari, mereka menerima bahananya. Menteri kabinet dan para peniaga seharusnya tidak diperbodohkan lebih teruk daripada kebodohan yang memang ada pada mereka. Peraturan begini mempunyai banyak kesannya. Para wartawan membuat laporan tanpa semangat mengkritik apa yang mereka dengar, dan jadilah akhbar Malaysia bahan cetak yang mengandungi kisah kerajaan yang kasar untuk didengar. Berita dilihat hanya setelah bahannya menjadi batu nisan di kubur si mati, tanpa ada relevannya dan kaedah bagaimana berita itu tersebar. Setiap kali Perdana menteri menaja sidang akhbar, segala cakapannya tersebar luas di akhbar-akhbar, tanpa sebarang usaha untuk mengaitkan jalan ceritanya. Untuk menentukan segala ucapan PM tersebar luas, keseluruhan cakapannya disiarkan bermuka-muka. Kalau dia dan menterinya mengkritik dunia, rencana itu mendapat layanan istimewa di akhbar perdana. Seandainya disoal akan keadaan yang serupa di tanah air sendiri, wartawan yang menyoal itu akan mendapati jawatannya sudah tidak selamat lagi.

Kerana itu, kita sekarang ini sedang hidup di sebuah negara yang penuh impiannya. Malaysia dikatakan sebuah negara yang sempurna kerana mempunyai Perdana Menteri dan orangnya memberitahu kita begitu, selalu. Saya mempunyai satu teori yang diulangi selalu: akhbar perdana kita memang dibaca setiap hari, oleh rakyat Malaysia yang kebanyakannya membaca untuk mencari andaian kesilapan yang sedang melanda. Membaca apa yang tersurat untuk mencari makna yang tersirat memerlukan kesenian yang hebat. Tentu kita kagum melihatkan ketepatan perkara ini apbila kita mengandaikan satu peristiwa, sebagai contohnya yang berlaku di Caracas dengan keadaan yang serupa di negara kita. Apabila sesuatu masyarakat itu menjadi semakin autoritarian, adalah lebih ketara perkara ini terjadi. Apabila kebebasan akhbar di Malaysia hanya mempunyai kaitan dengan puja-memuja pemimpin haprak yang sedang mencengkam kuasa, kesenian hebat mengecam yang tersirat menjadi satu bahan purba pula.

Akhbar Malaysia menonjolkan kritikan terhadap salah-laku Amerika di Pusat Gulag di Caribbean, sehingga mencetuskan krisis dalaman. Akhbar itu, yang merupakan tukang karut Kerajaan, memaparkan kisah yang mempunyai klu betapa maklumat pertama saya mengenai kemajuan politik tertanam dalam satu kisah panjang, katakanlah dalam bidang 'horticulture' Adakalanya klu itu lebih jelas lagi. Demikianlah kisah dongeng yang dinafikan oleh kerajaan tetapi yang melibatkan dua insan yang ulung dalam dunia politik negara ini. Seorang sedang terpenjara kerana buatan sendiri di Putrajaya dan seorang lagi terpenjara di Sungai Buluh kerana mainan mahkamah oleh musibat yang terpenjara di Putrajaya.

Di ibukota negara yang penuh dengan desas-desusnya, tidak ada asap yang tidak ada setanggi perasapnya. Gelagat terburu-buru menteri luar dan ketua pemuda UMNO terhadap layanan tahanan Amerika di Gulag Cuba itu adalah satu kiasan betapa wujudnya satu semangat ketakutan yang membara di hadapan muka. Secara tiba-tiba para menteri kabinet dan pemimpin BN menjadi terangsang kerana ketakutan dengan desas-desus itu. Rancangan konspirasi yang melibatkan ugutan mati terhadap perdana menteri bukannya satu mainan tukang ugut, walaupun kerajaan menolakknya sebagai cerita karut. Berita itu tidak menjamin tidak akan menjelma semula. Begitu juga dengan desas-desus betapa senjata yang dicuri di Grik dulu tidak semuanya yang dapat diperolehi semula, sedangkan ia sudah berada di tangan pihak yang tidak patut menyimpannya.


M.G.G. Pillai.
pillai@mgg.pc.my

Terjemahan: SPAR

Asal: KM2 6669