Laman KM2: 6674 KM2 Index File Size: 12.1 Kb


TAG SP 588: Hakisan Politik UMNO Bahana Kikisan Mahathir
By Spirit of Truth

28/1/2002 2:25 am Mon

Laman M@rhaen
27/1/2002.

Hakisan Politik UMNO Bahana Kikisan Mahathir

(UMNO's Political Erosion and Corrosion Under Mahathir)

Oleh: Spirit Of Truth

Kuasa penting, yang pada satu ketika dulu memacu dan menentukan kekuasaan UMNO sudah terhakis kini, dengan segala prinsip berdemokrasi yang menjadi tunggak perjuangannya sudah lemah dan longlai, sehinggakan UMNO menjadi sebuah parti yang sungguh dibenci dan dikutuk orang ramai. Wawasan politik UMNO semakin terlindung, pertahanan kubu kuatnya ditinggalkan oleh orang Melayu yang dulu-dulu memang rela menyokong. Kini orang Melayu menghumbankan parti itu untuk terus mencengkam kuasa bersandarkan nafsu serakah seorang penguasa.

Dua Lagi Dewata UMNO

Selepas menghinjak demokrasi dan menghumbannya ke tepi, nilai-nilai kerukunan beragama pula telah diperlekehnya, disusuli dengan penghinaan terhadap hak asasi manusia, kini UMNO sedang menyibuk menyembah dewi dan dewata bikinannya sendirian untuk terus bernafas mepertahankan kerajaan. Dewata utama dalam rumah berhala politik UMNO ialah syaitan yang banyak kepala dalam bentuk Fanatisme Melayu, Rasuah, Komunisme, Rasisme dan Materialisme. Demikianlah beberapa dewata yang sedang dipuji-puja oleh para pemimpin UMNO dalam kehidupan mereka. Ketua penyembah berhala mereka adalah para pemimpin politik UMNO, dan persembahan pemujaan mereka adalah darah para pembangkang yang mereka korbankan. Zikir dan ratib mainan mereka sudah berjaya mengalahkan apa juga bentuk zikir dan ulangannya dalam kaedah ibadah keagamaan yang ada, manakala gaharu dan perasap setanggi mereka berupa keazaban dan penghinaan yang ditanggungi oleh para wira yang mereka dera dan zalimi di kalangan masyarakat yang mahukan Reformasi.

Teori dan prinsip UMNO sudah begitu haprak dan berbahaya, sehingga sanggup mendewa-dewakan seorang ketua yang tidak berguna, seolah-olah beliau lebih berkuasa daripada Allah yang Maha Esa, sedangkan pemimpin bertaraf purba ini sudahpun menindas rakyat, menyemai fahaman perkauman, dengan tujuan menonjolkan ketuanan golongan atasan UMNO. Inilah doktrin songsang, palsu dan penuh penipuan dan momokan yang membuatkan sesiapa sahaja yang taksub dan penuh percaya terhadapnya akan dilaknat Allah.

[Sila lihat Dewata UMNO oleh SOT: 18.1.02 - UMNO's Three False 'gods' -- Malay Fanaticism, Racism and Materialism)]

Tiang Seri UMNO yang Semakin Goyang

Penyalah-gunaan undang-undang, jenayah politik yang mengaibkan, ketaksuban kepada kebendaan dan kebahagiaan dunia oleh para pemimpinnya, keruntuhan moral, reputnya kebebasan media, penonjolan teori yang menyongsang kebenaran, barang-bukti yang memaparkan keruntuhan akhlak, sudah lama meresap dalam parti, sehingga mencemar setiap tahap susunan budaya politiknya, sambil racun berbisa itu direlakan merembat para pengikut parti sehingga mereka lalai menyedari kehaprakan parti dan pemimpinnya. Demikianlah reputnya keadaan UMNO kerana memperlekehkan seruan pengikutnya sehinggakan parti hanya menumpukan perhatian kepada kerakusan seorang pemimpin angkuh yang tidak sedar diri, Mahathir, yang begitu bergelumang dengan segala kejijikan dan dosa yang menyebabkan keruntuhan parti.

Usaha haram UMNO untuk terus bernafas

Apa yang disaksikan oleh rakyat Malaysia sekarang ini, ketika krisis yang paling dahsyat sedang melanda negara, ialah proses kematian sebuah parti politik Melayu yang fanatik perkaumannya yang bernama UMNO. Pada waktu yang sama muncul satu anjakan paradigma di kalangan rakyat negara ini yang menonjolkan sebuat parti pelbagai kaum yang lebih berwibawa hasil pemikiran Anwar Ibrahim. Suasana kelam-kabut yang sedang melanda negara sekarang ini adalah hasil unsur-unsur berkecamuk UMNO yang penuh semangat fanatik, keangkuhan, riak, kehaprakannya dan segala unsur negatif yang akan membunuh UMNO dan parti sekutunya. Semua itu akan digantikan oleh suasana politik rakyat Malaysia yang baru di luar hambatan unsur rasisme, fanatisme dan kebudak-budakan. Semua itu akan lenyap diganti dengan kematangan berpolitik, yang memahami wawasan rakyat negara berbilang kaum dan menyuntik semangat setiakawan untuk kemajuan negara.

UMNO yang berkarat akan terus melarat tanpa kemampuan dibaiki

Kehancuran UMNO yang berkekalan memang sudah tidak dapat dielakkan lagi. Inilah kesannya apabila parti itu kehilangan nilai murni berpolitik yang bergerak mengikut rentak masa. Kehancuran yang muktamad itu memang mudah dijangka dan sejarah akan menentukan saat nazaknya. Kini, UMNO hanya bergantung kepada kuasa yang disalah-gunakan, melalui tindak-tanduk seorang pemimpin haprak yang ketinggalan zaman. Kerana takutkan kehilagnan kuasa itu, makanya UMNO di bawah Mahathir sedang tercungap-cungap, hidup dengan masa yang dipinjamkan kepada Mahathir untuk terus mencengkam kuasa yang disalah-gunakan.

UMNO di perhentian terakhirnya

Proses kereputan UMNO sedang terlaksana dengan cepatnya, kerana kuasa yang mempercepatkan kehancurannya itu adalah bukan calang-calang kuasa. Dengan kuasa abadi itu pentadbiran yang korup dan rakus akan dihumban, untuk diganti dengan proses pertumbuhan tamadun bangsa. UMNO sudah melepasi zaman peranannya, dan kini merupakan satu kuasa yang sudah tidak bergigi, berhampas dan berbasi yang menghampiri hujung perjalanannya. Ia sudah tidak relevan lagi untuk rakyat negara ini. UMNO hanya laksana seorang insan yang sedang kesakitan kerana penyakit kanser, tetapi kelihatan bergaya keraja mekap yang membungkusi kesakitannya. Betapa hebatpun mekap yang dikenakan, rangka tua yang sudah ketandusan tenaga tidak akan bertahan lama. Seperti seorang pemimpin tua yang 77 tahun usianya, parti itu akan mati juga disebabkan ketandusan idea baru untuk menyuntik hormon yang dapat menyegarkannya.

Eloklah kita menghabiskan masa yang berharga dalam membincangkan paradigma politik yang berunsur pelbagai kaum pendekatannya. Tiada guna kita menghabiskan masa cuba menyuntik semangat baru kepada UMNO yang menunggu musim nazaknya. Mahathir sudah menjadi bahan sejarah negara, penuh kejijikan zaman silamnya, tidak relevan dan sudah tidak bermakna. Biarkan Mahathir bersendirian untuk merancang bentuk pusaranya dan kubur UMNO bikinannya. Marilah kita bina satu kehidupan baru dengan percaturan politik hidup yang baru.

-Semangat Kebenaran-
(Spirit Of Truth)

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://marhaen0.tripod.com/mar_a_sot11.html

UMNO' s Political Erosion and Corrosion under Mahathir

By Spirit of Truth

The vital force, which at one time animated and kept UMNO powerful has withered, its highly appreciated democratic principles has been devastated, and this once mighty Malay party has been scorned now, its political radiance gravely obscured, its stronghold abandoned by the Malays, today it is kept alive with borrowed power from a corrupted executive. The person who struck the death blow on UMNO is non other than the people rejected 77-year old senile and corrupt leader, Mahathir. Today UMNO is synonymous with cruelty, corruption, arrogance, deceit, communism, and power abuse. Its image is tainted with gangsterism, immorality, and cheating using executive power.

Another two of UMNO's false gods - Corruption and Communism

Having dethroned democracy, rejected religious virtues, dumped human values and rights, UMNO is now busy worshiping idols and gods it has created for its illegal survival. The chief idols in UMNO's political temples are the multiple evils of Malay Fanaticism, Corruption, Communism, Racism and Materialism, at whose altars UMNO followers are in various forms of worshipping. Their high priests are the UMNO politicians, their sacrifice are the blood of the persecuted rivals, their incantations outworn shibboleths and insidious and irrelevant formulas, their incense, the smoke of anguish that ascends from the persecuted and the tortured heroes of Reformation. UMNO's theories and policies, so unsound, so pernicious, which deify a worthless leader, and exalt the leader above the one true GOD, which seeks to subordinate the people, discriminate races, which tolerate the dominance of UMNO elites over all others,, these are the dark, the false, and crooked doctrines, for which any man or people, who believes in them, or acts upon them, must in due time, incur the wrath and chastisement of GOD. (SOT 18.01.2001: UMNO's Three False 'gods' -- Malay Fanaticism, Racism and Materialism)

The Weakened Pillars of a Dying UMNO

The abuse of law, shameless political crimes, inordinate love of earthly pleasure by its leaders, laxity in morals, the deterioration of press freedom, the advocacy of theories that are the very negation of purity, of morality and chastity, these evidences of moral decadence, invading the party from within and without, permeating into every spectrum of its organisational culture, instilling their poison in its members blacken still further an unrepentant UMNO and its erstwhile leader. Brimful and bitter indeed is UMNO's failure to heed to the call of the people, instead it has transferred its allegiance to a arrogant stubborn leader, Mahathir, who himself is polluted with evils and vices that catalysed the collapse of the party.

UMNO's illegal bid for survival - the 'trade off' of Democracy

What Malaysians witness at the present time, during this gravest crisis in the history of Malaysia, is the natural death of an outmoded Malay fanatical racist political UMNO paradigm and the birth of a more matured multiethnic unity and culture promoted and promulgated by Anwar Ibrahim. The tumult of this age is characteristic of the impetuosity and irrational instincts of UMNO's Malay fanaticism, its follies, its prodigality, its false pride, and contempt of virtue all of which will kill UMNO and its allies. Replacing this will be the coming of age of Malaysian politics, beyond racism, fanaticism, and immaturity, a polity new and novel, appropriate and relevant for the future well being of the people and the nation.

UMNO's Corrosion and Erosion is permanent and beyond repair.

The ultimate destruction of UMNO is inevitable, having lost political values and its reason for existence, being out of date and irrelevant to the needs of time, UMNO's imminent doom is easily expected and history will confirm its final demise. It is now clinging on precariously to an abused executive power, through the irresponsible act of its forgone hopeless leader Mahathir. Its false sense of power is giving UMNO its artificial respiration, it is indeed living on borrowed time through criminal abuse of power by Mahathir.

UMNO - at terminal end of its life span

The process of UMNO's swiftly ongoing disintegration is in rapid progress, that forces that is hastening its doom is non other the forces of natural change, where outmoded and corrupt orders are replaced in the ever advancing process of human civilisation. UMNO's role has been played, it has spent is force of power, it has done its job and it has reached the end of its road. It is already become spoilt (basi) and irrelevant to the needs of the people. It is like a person dying of terminal cancer but with its 'make up' it looks as if it is not sick, but no matter how much make up, its fate as a outmoded old, energy sapped party is irreversible. Just like its 77-year old terminal stage leader, the party will die as a result of being deprived of the creative spirit to recreate itself.

Let us spend our time on a new political paradigm of multiethnic politics, instead of trying extend artificially the life of a 'sure to die UMNO'. Mahathir is now history, he is an ugly past, irrelevant and empty. Leave him to himself to dig his own grave to bury himself and UMNO, we build a new order, a new life and a new polity.

-Spirit of Truth-
27 Jan 2002